seo

Oh Kampung Juga Tempat Paling Cool!

13 Mar

 Banner
  • Sharebar




Saya baru pulang dari Kampung Melayu, tempat di mana saya dibesarkan. Itulah satu-satunya kampung yang saya ada. ahaks! Kampung Melayu yang berada ditengah-tengah bandar Johor Bahru. Saya tak pernah lupa kampung Melayu tu.

Banyak memori bagi kami adik beradik dekat situ. Rumah tak segah mana. Bilik air tak banyak mana. Lantai sopak sana sini. Tiada mozek untuk rumah yang murah itu. Dinding cuma bertukar cat bila ada kenduri kahwin saja. Itupun kalau ada duit lebih. Itulah Kampung Melayu Majidee. hehehe.

Duduk dekat kampung jugak yang best kan?

Setiap kali ada kenduri kahwin jiran-jiran lama, saya pasti ke situ. Terasa gila aura desa. Seronok tengok makcik-makcik merewang sambil bergosip. Power-power pulak tu! Kadang-kadang rasa macam makcik-makcik tu semua ada bakat nak jadi pengacara Melodi. wakakaka!

Kalau di rumah sekarang, jangan haraplah nak ada semua ni. Rewang? Tak ada dah. Semua main order catering saja. Masing-masing nak tunjuk yang diorang tu semua kaya raya. Bila anak kahwin, waktu tu lah nak tunjuk harta. hahahaha. Kenyataan beb.

Saya masih ingat waktu mula-mula pindah ke taman perumahan. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu betapa tak bestnya hidup. hahaha. Realitinya, walau rumah agak besar daripada rumah kampung tetapi tidak sehebat mana rasanya.

Suasana kampung dengan taman perumahan ni berbeza sangat. Walaupun sudah lebih 8 tahun saya tinggal di taman perumahan di Johor Bahru ni, saya tetap tidak dapat lupakan kenangan bersama-sama jiran-jiran di Kampung Melayu.

Bukan bersaudara, tapi kami akrab macam keluarga! Bila susah, sama-sama merasa. Bila senang pun macam gitu jugak. Kalau kat taman, korang ada ke rasa macam ni semua? Tak ada kan? Kalau ada pun, itu rezeki korang lah kan. ahaks!

p/s: Kalau rasa sudah lama tidak menjenguk mak ayah di kampung, silalah sedar diri. Jangan lupa asal usul anda. Jangan malu nak mengaku yang kita anak kampung! Chiow.

p/s/s: Esok saya akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan jiran lama. Happy dapat jumpa kawan-kawan sepermainan! Tadi rewang, dan sekarang saya letih. Tetapi kerana rindukan semua, saya tulis juga entry!! yehaa :)


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

26 Responses to “Oh Kampung Juga Tempat Paling Cool!”

  1. Fazreen 14. Mar, 2010 at 12:02 am #

    nasib baik ak dok kg…mlm2 best o sejuk je tido..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    seriyes?ko kampung kat mane woo? best gile je aku dengar ni.huwaa!!!

    [Reply]

    Fazreen Reply:

    ko kt selatan ak kt utara. kg aku kg tualang area pokok sena, kedah. baru je dok kg sbb parents bt rumah ktkg halaman dorang
    .-= Fazreen´s last blog ..Anyone can blogging but few master it =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    owh, kawan aku ade sorg duduk kat area pokok sena rasanya. ko bley speaking utara naa?

    [Reply]

  2. Park Air 14. Mar, 2010 at 12:56 am #

    umah nenek aku dah xde orang duk lepas nenek meninggal. so xde kampung dah… kiranya umah orang tua aku pun perumahan, x de suasana kampung sangat…
    .-= Park Air´s last blog ..Bomoh Sekarang Sudah Moden =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    taman perumahan ni memang tak best cuz ade pagar.hahaha. tapi, jiran2 aku cool cuz ktorg rumah kembar 2 sepatutnye tapi we all pecahkan sket dinding tepi n belakang untuk senang main pusing2.hahahaha

    [Reply]

  3. apiih 14. Mar, 2010 at 2:08 am #

    cuti mid sem balik kg..wahahaha..cuti sminggu..best duk kg,leh bgn lwt…muahahaha..lgpon kat kg ade seseorg…hehehehehe
    .-= apiih´s last blog ..Bagaimana Cara Meng’Download’ Emel Rakan Daripada Facebook =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    cheh. itulah sebabnye ko suke balik kampung kan?wakakakaka :P

    [Reply]

  4. naz 14. Mar, 2010 at 3:07 am #

    den syg kampung den, sebab kg den cool, ado wireless. ahaha :P
    .-= naz´s last blog ..10 inspirasi blogging dari 10 lagu melayu popular =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    pergh!giler cool lah ade wireless. hahahaa. kampung melayu ni ade jugak kot tp nak bukak laptop depan2 jiran tu rase poyo lak. terkuburlah hasrat nak gune wireless kay situ.hahaha

    [Reply]

  5. meo188 (brader luv...huhuhu) 14. Mar, 2010 at 4:31 am #

    yup….. forget your roots… it will bring u shame… oh yeah!

    balik kampung…

    (comment in ditulis ketika tgh bercuti di kg )
    .-= meo188 (brader luv…huhuhu)´s last blog ..Anugerah Pekomik 2010 =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    haiya, menambah kejelesan daku.wakakaka! tadi si een. hahaha

    [Reply]

  6. MrRollies 14. Mar, 2010 at 10:00 am #

    Tiada tempat boleh kalahkan kampong :P
    I LOVE MY KAMPONG !!

    [Reply]

    Lizz Reply:

    where is ur kampung maa?hehehe

    [Reply]

  7. eiyda 14. Mar, 2010 at 2:09 pm #

    masa kecik2 kg is the best place kalo time cuti sekolah..tp skang da agak suram..sebb da ramai yg xder…atok jek yg still ade…mak2 sedara ramai lah..kazen2 pon da keje..kaqwen..balik kg..kalo time raya best..kalo time len xbape best sangt…umh kg sejuk jek kan..suasa yg nyaman..sunyi..aman damai..huhu..
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Adakah anda si kembar Burung Biru Itu?:: =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    huhuhu. ni memang btul2 kampung ni. kampung melayu ni, tak macam tu.biase2 aje. kampung ditengah bandar.hehehe.

    [Reply]

  8. ain_chokio 14. Mar, 2010 at 3:09 pm #

    alamak..mak ayah jauh sgt la nak g lawat..huhu..

    btw dok kg mang bes..sejuk je..=)
    .-= ain_chokio´s last blog ...:abah tak siuman??:. =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kampung melayu ni xsejuk pun. huhuhu :(

    [Reply]

  9. Wan Perlis 14. Mar, 2010 at 6:47 pm #

    kehidupan di kampung lebih seronok daripada di kl
    percayalah..
    tribute to my blog banner.hehe
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Jadilah Kita Manusia Yang Baik =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kehkehkeh!! pandai kamu :P hehehehe

    [Reply]

  10. mello 14. Mar, 2010 at 6:48 pm #

    aku suka duk kg.. suka suka suka.. suka tgk pokok kelapa, pokok2, burng2 berkicauan.. ayam, itik, angsa, kucen liar berkejaran.. nyaman je… oops, terover pulak..hahaha
    .-= mello´s last blog ..Kisah seekor burung gagak hitam yang haus.. =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ops, tak terover pun, i like :P
    best.dulu jiran ade angsa..we all kene kejo.pergh1 seronok btol!!

    [Reply]

  11. rohaizad 14. Mar, 2010 at 7:00 pm #

    Kampung yang paling best?
    Of courselah Kampung Melayu Majidi…

    p/s: The MOST WANTED kampung in JB and Singapore!

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehe. kan? best.balik sekolah je jalan kaki ramai2 lalu batang paip :P
    pastu weekend aje bley main panjat2 pokok, masuk parit.hahahha

    [Reply]

    rohaizad Reply:

    Lalu batang paip yang tak boleh blah tu…. ahahaha
    .-= rohaizad´s last blog ..Buat duit dengan affiliate melalui blog – terima kasih kerana memahami. =-.

    [Reply]

  12. etomyam 15. Mar, 2010 at 2:25 am #

    wah, cantik betul gambar rumah kampung tu…memang klasik dan dalam perancanganaku tu.. :D
    .-= etomyam´s last blog ..Apa Dalam fikiran Bapak Bila Kahwinkan Anak Usia 11 Tahun? =-.

    [Reply]

Leave a Reply