Oh Kampung Juga Tempat Paling Cool!




Saya baru pulang dari Kampung Melayu, tempat di mana saya dibesarkan. Itulah satu-satunya kampung yang saya ada. ahaks! Kampung Melayu yang berada ditengah-tengah bandar Johor Bahru. Saya tak pernah lupa kampung Melayu tu.

Banyak memori bagi kami adik beradik dekat situ. Rumah tak segah mana. Bilik air tak banyak mana. Lantai sopak sana sini. Tiada mozek untuk rumah yang murah itu. Dinding cuma bertukar cat bila ada kenduri kahwin saja. Itupun kalau ada duit lebih. Itulah Kampung Melayu Majidee. hehehe.

Duduk dekat kampung jugak yang best kan?

Setiap kali ada kenduri kahwin jiran-jiran lama, saya pasti ke situ. Terasa gila aura desa. Seronok tengok makcik-makcik merewang sambil bergosip. Power-power pulak tu! Kadang-kadang rasa macam makcik-makcik tu semua ada bakat nak jadi pengacara Melodi. wakakaka!

Kalau di rumah sekarang, jangan haraplah nak ada semua ni. Rewang? Tak ada dah. Semua main order catering saja. Masing-masing nak tunjuk yang diorang tu semua kaya raya. Bila anak kahwin, waktu tu lah nak tunjuk harta. hahahaha. Kenyataan beb.

Saya masih ingat waktu mula-mula pindah ke taman perumahan. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu betapa tak bestnya hidup. hahaha. Realitinya, walau rumah agak besar daripada rumah kampung tetapi tidak sehebat mana rasanya.

Suasana kampung dengan taman perumahan ni berbeza sangat. Walaupun sudah lebih 8 tahun saya tinggal di taman perumahan di Johor Bahru ni, saya tetap tidak dapat lupakan kenangan bersama-sama jiran-jiran di Kampung Melayu.

Bukan bersaudara, tapi kami akrab macam keluarga! Bila susah, sama-sama merasa. Bila senang pun macam gitu jugak. Kalau kat taman, korang ada ke rasa macam ni semua? Tak ada kan? Kalau ada pun, itu rezeki korang lah kan. ahaks!

p/s: Kalau rasa sudah lama tidak menjenguk mak ayah di kampung, silalah sedar diri. Jangan lupa asal usul anda. Jangan malu nak mengaku yang kita anak kampung! Chiow.

p/s/s: Esok saya akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan jiran lama. Happy dapat jumpa kawan-kawan sepermainan! Tadi rewang, dan sekarang saya letih. Tetapi kerana rindukan semua, saya tulis juga entry!! yehaa 🙂

Artikel Berkaitan

26 responses to “Oh Kampung Juga Tempat Paling Cool!

  1. nasib baik ak dok kg…mlm2 best o sejuk je tido..

  2. umah nenek aku dah xde orang duk lepas nenek meninggal. so xde kampung dah… kiranya umah orang tua aku pun perumahan, x de suasana kampung sangat…
    .-= Park Air´s last blog ..Bomoh Sekarang Sudah Moden =-.

    • taman perumahan ni memang tak best cuz ade pagar.hahaha. tapi, jiran2 aku cool cuz ktorg rumah kembar 2 sepatutnye tapi we all pecahkan sket dinding tepi n belakang untuk senang main pusing2.hahahaha

  3. cuti mid sem balik kg..wahahaha..cuti sminggu..best duk kg,leh bgn lwt…muahahaha..lgpon kat kg ade seseorg…hehehehehe
    .-= apiih´s last blog ..Bagaimana Cara Meng’Download’ Emel Rakan Daripada Facebook =-.

  4. naz

    den syg kampung den, sebab kg den cool, ado wireless. ahaha 😛
    .-= naz´s last blog ..10 inspirasi blogging dari 10 lagu melayu popular =-.

    • pergh!giler cool lah ade wireless. hahahaa. kampung melayu ni ade jugak kot tp nak bukak laptop depan2 jiran tu rase poyo lak. terkuburlah hasrat nak gune wireless kay situ.hahaha

  5. yup….. forget your roots… it will bring u shame… oh yeah!

    balik kampung…

    (comment in ditulis ketika tgh bercuti di kg )
    .-= meo188 (brader luv…huhuhu)´s last blog ..Anugerah Pekomik 2010 =-.

  6. Tiada tempat boleh kalahkan kampong 😛
    I LOVE MY KAMPONG !!

  7. masa kecik2 kg is the best place kalo time cuti sekolah..tp skang da agak suram..sebb da ramai yg xder…atok jek yg still ade…mak2 sedara ramai lah..kazen2 pon da keje..kaqwen..balik kg..kalo time raya best..kalo time len xbape best sangt…umh kg sejuk jek kan..suasa yg nyaman..sunyi..aman damai..huhu..
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Adakah anda si kembar Burung Biru Itu?:: =-.

  8. alamak..mak ayah jauh sgt la nak g lawat..huhu..

    btw dok kg mang bes..sejuk je..=)
    .-= ain_chokio´s last blog ...:abah tak siuman??:. =-.

  9. kehidupan di kampung lebih seronok daripada di kl
    percayalah..
    tribute to my blog banner.hehe
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Jadilah Kita Manusia Yang Baik =-.

  10. aku suka duk kg.. suka suka suka.. suka tgk pokok kelapa, pokok2, burng2 berkicauan.. ayam, itik, angsa, kucen liar berkejaran.. nyaman je… oops, terover pulak..hahaha
    .-= mello´s last blog ..Kisah seekor burung gagak hitam yang haus.. =-.

  11. Kampung yang paling best?
    Of courselah Kampung Melayu Majidi…

    p/s: The MOST WANTED kampung in JB and Singapore!

  12. wah, cantik betul gambar rumah kampung tu…memang klasik dan dalam perancanganaku tu.. 😀
    .-= etomyam´s last blog ..Apa Dalam fikiran Bapak Bila Kahwinkan Anak Usia 11 Tahun? =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge