seo

Menjadi Blogger Tegar. Layakkah Anda?

28 Mar

 Banner
  • Sharebar

Blogging kalau kena caranya, memang seronok. Kalau tahu tricks, lagi best. Blogging kalau kena caranya pasti boleh tambah pendapatan. Kaya raya, mungkin tidak. Tapi, nak hidup senang sikit dan tambah income harian..sure boleh!

Bukan takat itu saja. Kalau betul nak jadi blogger tegar, jiwa kena kental. Boleh terima teguran, boleh dengar nasihat orang, boleh sikit lebih kurang, lah senang cerita. Korang macam mana? Kalau sikit- sikit nak melenting, baik tak usah ada cita-cita tinggi melangit nak jadi blogger tegar.

Serious, blogging bukan untuk orang yang jiwanya sentiasa kacau. Kacau maksud saya, jatuh dalam kategori yang mana seseorang tu punya sifat sensitif terlampau, asal dapat komen kena kutuk start nak meleleh air mata, kalau tak pun dok melenting sebab tak puas hati orang kutuk blog dia itu ini.

Kalau korang dalam kategori yang saya sebutkan di atas, hmm. Susah woo nak maintain dalam dunia blogging ni. huhuhu

Saya sudah berblogging lebih kurang 3 tahun. Bermula dengan blog picisan Harajuku, yang mana mulanya saya sekadar isikan dengan cerita-cerita personal. Entah macam mana, sehari sebelum saya ke Mekah mengerjakan umrah bersama keluarga. Saya tergerak hati menulis artikel yang agak serious. Tentang mentaliti rakyat Malaysia di jalan raya.

2 minggu saya tinggalkan blog, dan bila pulang ke Malaysia. Punyalah saya terkejut bila macam-macam komen saya dapat. Sejak daripada itu, penulisan saya berganti-ganti. Ada masa, saya menulis secara santai. Ada masa, bila perlu saya menulis artikel yang makan dalam. Siapa yang makan cili, pandailah dia terasa pedas.

Setiap kali saya menulis entry yang makan dalam, biasanya memang perkara tu yang tengah bermain di dalam fikiran saya! Lama-kelamaan, ramai pula yang minta saya teruskan menulis artikel-artikel yang berbaur agak serious ni. Saya pada mulanya, mahu hentikan saja menulis isu-isu yang agak sensitif.

Bukan apa, kadang-kadang saya rasa susah nak puaskan hati semua orang. Kalau yang ini, mahukan begini. Kalau yang itu pula, mahukan yang lain. Bila saya tegur yang ini, yang itu terasa. Mula nak melenting. Kalau sebaliknya, begitulah juga kejadiannya.

Tapi, bila difikirkan balik. Kenapa saya mesti berhenti menulis tentang isu-isu yang saya pilih sendiri?

Saya sedar yang saya tidak mungkin puaskan hati semua orang. Jadi, biarlah. Saya akan terus menulis sampai kapan pun. Samada korang suka atau tidak, saya begini lah seadanya. Untuk menjadi yang terbaik, bukanlah mustahil. Tapi, dalam perjalanan untuk menjadi yang terbaik itulah yang kita kena kuatkan hati!

Jadi, pada someone yang telah email dan bertanyakan soalan tentang perkara ini, inilah jawapannya! Pedulikan apa orang nak kata tentang kita. Ambil teguran itu boleh, tapi tak payahlah nak pakai semua sebab belum tentu yang menegur kita itu sudah cukup baik untuk dijadikan contoh ;)

Jadilah diri sendiri. Itu sudah memadai. Cheers!

p/s: Saya tiada masalah nak dengar masalah korang. Silakan kalau mahu bercerita. Just email me at lizarazak84[at]gmail[dot]com. Hidup kalau dapat berbahagi segalanya, pasti seronok!

p/s/s: Jemput ke blog si puitis. Kalau berminat nak tulis puisi atau apa saja, boleh email me di alamat email seperti atas jugak. No big deal!


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

54 Responses to “Menjadi Blogger Tegar. Layakkah Anda?”

  1. fatin 28. Mar, 2010 at 4:32 pm #

    betul tu..memang dalam banyak perkara, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. setiap orang mempunyai pendapat masing2 untuk dikongsikan. yang penting cara penerimaan seseorang itu.

    artikel2 kat blog ni kebanyakannya best untuk dibaca :)
    .-= fatin´s last blog ..Cikgu Yang Paling Aku Kagumi =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yes, betul fatin. perkara paling sukar bila bab nak puaskan hati semua manusia. hohoho. jadi,for me buatlah apa saja seadanya..

    psst, thanks ;) biasa2 aje

    [Reply]

  2. Kujie 28. Mar, 2010 at 4:43 pm #

    kita bukan senang atas kesusahan orang..kan
    Berblogging selalunya membuatkan kita one step ahead..lebih alert dgn perkara2 dipersekitaran dan idea time memandu mencurah2..hahahaha
    .-= Kujie´s last blog ..Top Blogger Kantoi Pakai Baju Yang Sama Di Dua Majlis Berbeza =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahaa. betul2. in fact, idea lebih mencurah time tunggu giliran dekat mana2 kaunter.wahaha.

    p/s:thanks komen kat sini. huwaa!! kak kujie bikin gwe terharu. hehehe

    [Reply]

  3. klcitizen 28. Mar, 2010 at 4:57 pm #

    sememangnya saya juga bersetuju,
    walaupun saya bukanlah blogger tegar spt liza…
    .-= klcitizen´s last blog ..tips mencari barang salah letak… =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    thanks. tapi, saya pun bukanlah tegar sangat pun. saja2 buat macam tegar. kehkehkeh

    [Reply]

  4. Piston Pecah 28. Mar, 2010 at 5:13 pm #

    menulis pon sebab nak berkongsi sesuatu tapi bukan untuk di copy paste… kalau kene kutuk pon terima aja kelemahan itu kalau rasa nak jadi lebih bagus di masa akan datang..dalam dunia maya nih, apa kesan lah sangat kalau dibandingkan dengan dunia dekat luar sana.
    .-= Piston Pecah´s last blog ..Exchange Link =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    a’ah. betul. alam maya ni kalau ada problem pun boleh buat bodoh aje. hehehe.just, kadang2 jumpa blog yang berbalas2 gado dekat entry rasa lawak jugak gak ;)

    [Reply]

  5. Wan Perlis 28. Mar, 2010 at 5:37 pm #

    blog skopnya luas. terppulang kpd kita memilihnya.
    blog suka2 je :)
    dan jgn gadoh2 dlm blog
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Anti Earth Hour =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yep. pandai2 lah bawa diri dan hala tuju sendiri dalam dunia blogging ni.hehehe

    [Reply]

  6. ain_chokio 28. Mar, 2010 at 6:07 pm #

    yang paling taleh blah, gado perang2 sesame blogger..haiya..tak baes nak gado kat luar ke??org patot blogging ne wat kwn..ne nak gado watpe..ye..tak salah kot nak luahkan prasaan..tp luah secara general la kot..tayah gado2..br tegar kan??huhu
    .-= ain_chokio´s last blog ...:bolehkah??tak boleh la kot..hesh:. =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    perang2 sesame blog ni memang lawak pun ada. aku malas nak join unless aku rasa nak tumpang glamer jap.wakakaka

    [Reply]

  7. apiih 28. Mar, 2010 at 6:32 pm #

    saya menulis blog,hanya untuk berkongsi maklumat dan benda-benda yang menarik,hope segala tulisan sy x dpat la cemuhan yg x elok..ihihihi..im blogging coz i like to share sumthing news and share wat i like..ihihhihihi
    .-= apiih´s last blog ..Touchscreen Guitar!! =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    thats good apiih. just do and write whatever u want ;)
    cemuhan takkan merubah apa sangat pun. teruskan berkarya.hehehehe

    [Reply]

  8. F I T 28. Mar, 2010 at 9:13 pm #

    tujuan saya tulis blog adalah suka-suka dalam serius. walaupun dalam suka-suka still ada pencapaian yang membanggakan..walaupun saya bukan ke arah penulisan serius tapi dapat memenangi beberapa contest besar boleh dijadikan kayu ukur saya dalam dunia blogging. harap-harap taring saya masih dan akan sentiasa berbisa dalam dunia blogging ni :)
    .-= F I T´s last blog ..Tanda korang ni ping-whore + Mungkin Membantu Untuk Naikkan Trafik! =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kalau dah menang contest besar2 tu kira hebat dah. teruskan berkarya selagi boleh. serious atau tidak penulisan tu tak penting, yang penting ada mesej yang perlu disampaikan ;)

    [Reply]

  9. Anarm 28. Mar, 2010 at 9:20 pm #

    blogger yang jarang update blog bleh masuk kategori blogger tegar tak? hehe..

    mula berblog sebab nak kembalikan ingatan tentang ilmu web yg penah belajar kat kolej dulu.. makin lama ilmu tu makin hilang.. nasib baik sempat kenal dgn dunia blogging.. terus lantik diri sendiri jadi blogger.. hehe.. sekarang ni alhamdulillah ingatan pd ilmu tu dh dapat balik, malah dah bertambah dari masa ke semasa.. kadang2 lama tak update blog sebab study tentang skrip2, coding2..

    setakat ni takde lagi terima komen2 yg negatif kaw2.. sume komen kt blog ckp “bagus entri ni! cantik! menarik! ko memang dabom!”.. teringin gak nak dapat komen yg negatif, yg maki hamun kalo bleh.. nak belajar cara kawal perasaan plak.. :P
    .-= Anarm´s last blog ..Edit theme WordPress di localhost =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    nak ke?kang dapat terkedu kang. wahahaha *gurau :P
    blogger tegar ni salah 1 cirinya rajin update blog tapi kalau tak pun tak apa. blog anarm bukan calang2. jarang update tapi bila update beri info yang sangat2 best!

    [Reply]

  10. khairil 29. Mar, 2010 at 12:23 am #

    skrng ni jarang update blog, jadi x termasuk dlm blogger tegar…tapi dlm blo just share apa2 yg patut dan blogging for fun..x terlalu fokus dgn trafik, duit suma sbb nanti semangat nak blogging dah jadi lain
    .-= khairil´s last blog ..Jom Membeli Belah Secara Online =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    memang ada blogger yang antu trafik. huhuhu. for me, memang jaga trafik tapi tak ada lah sampai nak paksa2 diri nak update mende2 lucah or gune keyword lucah utk tujuan trafik ni. huhu. buat sekadar yg mampu

    [Reply]

  11. hafizazmi17 29. Mar, 2010 at 12:24 am #

    setuju >.<
    .-= hafizazmi17´s last blog ..Google Chrome Extension! Best! =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    thanks

    [Reply]

  12. kulanz 29. Mar, 2010 at 1:48 am #

    saya memang tak layak lagi dipanggil blogger tegar.. masih banyak yang perlu dipelajari, tapi kalau setakat teguran, kritikan, sumpah-seranah, masih dapat terima..
    .-= kulanz´s last blog ..Malubang dan Lagenda Kapal Nahkoda Supirak =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    teguran and kritikan yang positif, kite amik. mana yang memang niat nak jatuhkan semangat kite..bolayan. hehehe

    [Reply]

  13. Luth Textile 29. Mar, 2010 at 2:43 am #

    blogging untuk kepuasan. itu je..
    blogger tegar? malu la nak kata diri kita ni tegar la apa la semua.. sapa la diri ni ..

    kalau orang label kita blogger tegar takpala.. tapi kalau dalam entry tulis pasal diri kita dan kata kita ni blogger tegar, itu bukan naik lif dan tekan sendiri ke?

    alahai.. kan kan kan?
    :P
    .-= Luth Textile´s last blog ..Sertai Kontes : Releven ke tidak hadiah berbanding syaratnya? =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kalau ada blogger yang tulis dalam entry khas untuk beritahu semua orang yang die adalah blogger tegar..aku kompem tak mau dah masuk blog die. alergi cuz seriously poyo. muahahaha

    tapi, memang ada spesies cam ni. tak mustahil ;)

    [Reply]

  14. meo188 29. Mar, 2010 at 2:51 am #

    blogging 4 fun kot…
    .-= meo188´s last blog ..Hadiah Cik Y@n@ M!B cute kepada perjuangan komik online Freewebcomic =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    depends on orang ;)

    [Reply]

  15. faizal yusup 29. Mar, 2010 at 4:08 am #

    aku menulis bukan kerana nama…
    kerana sifat kasih pada sesama insan… hawhawhaw…
    .-= faizal yusup´s last blog ..Tekanan Dan Saluran Emosi =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahaha! its lyrics kan :P

    [Reply]

    Mr.Bintang Reply:

    sambung..

    “Kita sama semuanya sama…
    Apa yang ada hanyalah kehidupan…”

    hehehehe… :P

    [Reply]

  16. ahmadyusrie 29. Mar, 2010 at 8:36 am #

    soalan,macam mana nak kelaskan blogger tu tegar atau tak ye? adakah dengan lamanya berblog, jenis penulisan, kekerapan update atau macam mana?
    buat masa ni biarlah aku kekal sebagai blogger sambilan/suka-suka..
    tak ada tekanan, buleh update bila2 rasa nak, tulis pun tak perlu nak terikut-ikut dengan trend, boleh jadi diri sendiri..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    blogger tegar perlu ada banyak ciri2 yang positif yang diperlukan oleh blogger. boleh ask mana2 blogger yang dah lama dalam dunia blogging ni. sudah faham benar dengan selok belok dunia ni. aku cuma blogge picisan kelas bawahan aje. muahahaha.

    aku update ikut suka hati. tapi, memang susah sangat nak update hal2 personal.

    [Reply]

  17. zuls 29. Mar, 2010 at 12:08 pm #

    menjadi blogger tegar? hehe.. orang biasa nilai pencapaian ikut jumlah kejayaan.. jarang sekali yang kira mengikut ketahanan dalam proses untuk berjaya.. padahal itu yang lagi bernilai..
    .-= zuls´s last blog ..Blogger’s Template Designer =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ketahanan mental fizikal tu penting. bila fizikal ok, boleh menulis and if mental ok boleh berfikir waras sket.hehehe.

    blogging ni mengajar banyak sangat menda. dari sekecil2 perkara sampai sebesar alam.

    [Reply]

  18. eiyda 29. Mar, 2010 at 1:14 pm #

    bagi aku lak..aku menulis sebb aku suke..dan entry2 tu org nk kutuk ke..ape ke..ape ke lantak lah..mmg dulu mase mula2..bila der yg kutuk agak terasa dan mula la putusa asa..but now da tak heran..hehe..lom layak bergelar blogger tegar ni…masih banayk hal yg kn belajar…masih cetek ilmu ni..huhu
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Best ke ada Blog dan bergelar Blogger:: =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sama.aku pun cetek ilmu. masih bertatih untuk improvekan diri. belajr dari mereka yang dah berpengalaman. kutuk2 tu biasa. tabahkan hati .hehehe

    [Reply]

  19. ishak 29. Mar, 2010 at 2:56 pm #

    aku belum layak nak jadi blogger tegar huhu,takut gak nanti jadi sadiq sigaraga …heheheh

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kan?aku takut jadi sadiqah sigaragara.hahahaha

    [Reply]

  20. wazy 29. Mar, 2010 at 3:24 pm #

    blog memang banyak jenis,huhuhu tapi saya belum boleh jadi blogger tegar sebba jarang-jarang update
    .-= wazy´s last blog ..Streamyx Oh Streamyx Part 2 =-.

    [Reply]

  21. ery 29. Mar, 2010 at 3:29 pm #

    nak jadi blogger kena kasik taruk besi dalam hati.. jangan taruk taman nnt bunga semua layu.. ape yg aku mengarut nih.. alamak… huhuh
    .-= ery´s last blog ..Tin Kosong Dapat Award?? =-.

    [Reply]

  22. mello 29. Mar, 2010 at 5:45 pm #

    aku rse mcm nk tulis puisi la lizz.. nnt aku tulis, aku bg kt ko.. then ko letk la kt bwh tu by mello.. chantekkkk! hahahaha
    .-= mello´s last blog ..Cerita ceriti karun =-.

    [Reply]

  23. Een 29. Mar, 2010 at 7:47 pm #

    tgk saja Peter, pemilik mashable dot com. dulu orang kutuk blog dia sbb update tentang web breaking news yg mana dia dapat dari web2 lain. Sekarang Mashable dh jadi salah satu prolific blog. NK berjaya, pedulikan ckp org lain, trust your own heart, all is well…haha

    [Reply]

  24. zik 30. Mar, 2010 at 9:36 am #

    Blogging menyeronokkan.. tapi tengok entry jugak..hehe..
    .-= zik´s last blog ..Sambut Program Earth hour di kampung baru. =-.

    [Reply]

  25. rohaizad 30. Mar, 2010 at 11:41 am #

    Blogger tegar?
    Belum sampai tahap tu lagi rasanya :)
    .-= rohaizad´s last blog ..NiagaKit – sistem web jualan, perniagaan dan sokongan. =-.

    [Reply]

  26. Bean Moreno 04. Apr, 2010 at 9:31 am #

    sape tak kenal lizarazak betul…hak3…kadang2 kritkan adalah satu yang bagus yang tak bagus nya bila blogger perasan diri dah bagus then semua orang nak dikritik.
    .-= Bean Moreno´s last blog ..MATAHARI TAK KAN SAMPAI KE MALAM – ENTRI 3 IN 1 =-.

    [Reply]

  27. Amir 06. Apr, 2010 at 2:36 pm #

    lizz, dulu saya pun berblogging hanya untuk diri sendiri dan kawan2. bila baca blog khai, baru terasa nak nak tulis blog yang guna domain dan hosting sendiri. rasa kepuasan.

    masa guna blogspot dulu, teringin nak tulis pasal isu semasa tapi takut kawan2 cakap saya poyo, skema. haha.. tapi nak seribu daya kan, tak nak seribu dalih. saya keluar dari kepompong hidup saya untuk jadi part-time blogger… :D
    .-= Amir´s last blog ..ABPBH 2009: Siti Nurhaliza Bintang Paling Popular =-.

    [Reply]

  28. x-po 07. May, 2010 at 11:20 am #

    sememangnya aku bercita2 nk jd seorang blogger tegar..hoho

    [Reply]

  29. Rara 07. May, 2010 at 11:29 am #

    Tapi dapat email dari anon yang tak fikir dulu rasionalnya pon susah jugak. Ala, tak semua orang boleh cool je setiap masa, bohonglah kalau tak melenting sikit pon if ada apa-apa yang buat hati dia terusik :) )
    .-= Rara´s last blog ..Email dari anonymous yang tidak boleh diterima =-.

    [Reply]

  30. Myza 11. May, 2010 at 10:38 am #

    hoho, panduan yg sgt b’guna utk blogger bru cam sy! klu ad yg kurang@salah dipersilakan tegur ye :D
    .-= Myza´s last blog ..Happy Mother’s Day ~❤ =-.

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Page Rank dan Alexa. Blog Korang Di Takuk Mana? | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Lizarazak.com - 04. Apr, 2010

    [...] dah di”updated” ni pun daripada blog Rohaizad. Berapa Page Rank Rohaizad tu? Hok olah, blogger tegar tu sure lah lagi ligat woo. Rasanya blog Rohaizad.com tu bukan satu-satunya blog beliau.hehehe. Im [...]

  2. Blogger Hebat Takkan Mudah Rasa Diri Mereka Bagus.Setuju? | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Lizarazak.com - 06. Apr, 2010

    [...] ada 10 blog. Pergh! Dunia Plastik makin lama makin menarik. Masing-masing berlumba nak dapat title Blogger tegar seantero dunia, kepingan nak masuk senarai antara blogger kelas atasan dan antara aktiviti harian [...]

  3. Manusia Batu Api- Versi Khas Untuk Bloggers Including Me | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 07. May, 2010

    [...] just dissapointed sket. Dalam dunia blogging ni pulak saya jumpa macam-macam jenis manusia batu api. So sad ok. Kalau orang tu memang [...]

  4. 3 Blog Malaysia Yang Cukup Berinformasi Untuk Blogger | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 16. Aug, 2011

    [...] Tapi, entry ni bukanlah entry mengampu. Tak ada kerja saya nak mengampu blogger lain. hahahaha! Tapi, entry 3 Blog Malaysia ini saya tulis untuk buat saya lebih fokus dan terarah dalam dunia blogging ni. Siapa bilang jadi blogger tak seronok? [...]

Leave a Reply