Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?

Lelaki memandang setiap wanita daripada segi apa? Penampilannya, gaya hidupnya atau pun pegangan hidupnya? Mana satu yang setiap lelaki impikan dan harapkan daripada wanita zaman sekarang? Apakah isu dara atau sudah ditebuk tupai masih diambil kira pada zaman ni? Hmm.

Saya yakin, setiap seorang daripada kita ada pandangan masing-masing berkenaan isu ini. Terpulanglah pada korang semua untuk menilainya daripada sudut pilihan korang. Hak korang.

Cuma, kadang-kadang saya terfikir. Kalau saya, seorang wanita. Mahukan lelaki yang begini dan begitu. Kalau boleh mahukan yang terbaik. Pasti ada syarat untuk penuhi kriteria pasangan hidup. Saya yakin, lelaki pun sama. Walau tidak banyak, tapi pasti ada terdetik di dalam hati. Mahukan wanita begini dan begitu untuk dijadikan isteri. kan?

Apa yang lelaki nilaikan daripada seorang wanita ek?

Penampilan yang menawan macam artis? Gaya hidup yang serba mewah? wanita pilihan tu masih punya dara ataupun tidak? oh, yang mana satu penting wahai lelaki? Pada saya, penampilan hebat bukan bermaksud wanita itu cukup hebat. Jangan padang daripada luaran saja.

Hidup mewah bukan boleh menjanjikan kebahagian pun selepas berkahwin. Terlebih mewah pun susah jugak kan? Iya lah, minta lelaki belikan itu ini. Nak nampak serba mewah lah katakan. Haih. Nak ke lelaki dengan wanita-wanita macam ni ek?

Oh ya. macam mana pulak dengan isu dara? Lelaki zaman sekarang kisah ke tidak kalau wanita yang dia cadang untuk jadikan sebagai isteri tu sebenarnya sudah ditebuk tupai. Masih nak teruskan atau tidak? Penting ke isu dara pada lelaki zaman sekarang?

Mengikut kata-kata teman saya yang lelaki, zaman sekarang lelaki tidak pandang dara atau tidak. Bila saya tanyakan alasan padanya. Slumber saja mereka menjawab “sebab lelaki sekarang pun belum tentu 100% dara”. Well, era globalisasi agaknya.

Dara pun diglobal kan jugak. 1 untuk semua. Sengal.

Ini pendapat peribadi saya. Minta maaf kalau ada yang terasa yek. For me, untuk memilih wanita sebagai isteri kena berhati-hati. Jangan dipandang sangat dengan penampilan yang hebat, gaya hidup ala-ala anak raja sekalipun. Pilihlah wanita yang lelaki itu yakin boleh dibimbing.

Jangan pandang mereka untuk hari ini saja, tapi pandang mereka untuk 50 tahun akan datang. Kalau di dalam hati yakin yang wanita pilihan tu boleh dibentuk dan dibimbing..pilihlah dia menjadi teman hidup semati. Kalau kurang yakin, fikir-fikirkanlah.

Manusia zaman sekarang, pada pandangan saya terlalu memandang remeh isu ni. Mereka membuat keputusan untuk bernikah atas alasan cinta. Hakikatnya, mereka lupa. Cinta tanpa rasa ikhlas kerana Allah, im sure tidak akan kemana. Cinta lebih kepada nafsu semata-mata.


p/s: Apa pendapat korang ek? Pasangan korang masih berdara ke? Confirm?


Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

42 responses to “Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?

  1. AMR

    stuju sangat dgn kenyataan kat atas.. kita kena pandang pasangan kita untuk masa-masa akan datang.. Tengoklah senario hari ni, tukar bini cam tukar baju je.. haish~~

  2. Salam.. well zaman sekarang walau dah ada lelaki yg tak kisah ttg pompuan ada dara ke tak… tapi bg saya adalah penting perempuan itu still dara kerana ia melibatkan keturunan kita kelak..
    .-= FaisalReza´s last blog ..Senarai Individu Terkaya di Malaysia tahun 2010 =-.

    • yep. for me, its depends jugak kan pada lelaki tuh. mmg ade aje lelaki yg xkesah hal dara skrg ni.kadang2 rase Malaysia ni dah mcm US plak. terlalu kebaratan. huhuhu

  3. xun

    excellent writings.
    saya?
    Macam si DIA..
    .-= xun´s last blog ..Personal Photo Wall =-.

    • si DIA tu akan jadi milik u jugak if memang dah jodoh 😉
      jangan terlalu mengejar si DIA. Biarkan takdir Allah yang tentukan. usaha sket2 boleh. hehehe
      good luck adik! 😉

  4. rupa paras & gaya no 2.. yg penting akhlak la.. nak yg biasa2 je.. emm.. ntah la.. act there’s no reason when we love someone.. yang dara tu penting bg aku.. sbb aku masih?? hehe.. takpe, Allah dah tentukan perempuan yang baik hanya untuk lelaki yg baik..

    tak gitu Lizz? wink wink! ahahaha =D
    .-= mello´s last blog ..Perlu ke tengok resit setiap kali cashout duit? =-.

    • ntahlah, kalau ikut firman dalam Quran memang cam tulah tp zaman skrg ni..susah nak guna ayat tuh mello. kadang2 aku yg xberapa baik ni pun ade gak terdapat yg sangat2 baik. hahaha. at 1 time, cepat2 sedar yg dia tidak sesuai utk aku cuz dia boleh dapat wanita yg lebih baik. hehehehe

      ko masih ada dara?syukur. wakakaka 😛

  5. saya memilih pompuan yg menerima sy seadanya..minat yg sma,perangai pon sama..pyh la nk cari mcm nie…ops..muke mesti gebu taw..i likes..wakakakaka ;p
    .-= apiih´s last blog ..Twit2Tel.com – Telefon Twitterer dengan PERCUMA =-.

  6. pilih la pasangan sekufu…jgn nak y hebat je tp x trlayan…
    huhu..org skrg ni trend nak y cantik luaran je kan..mcm bangga bwk g mana2 kot..tp blkg org lain asyik mkn hati je btpe..

    btpela nak ssahkan idup…janji baik n mampu djaga sudah..:p
    .-= OranGe´s last blog ...::Potret Itu::. =-.

  7. isu yang agak menarik untuk dikupas..ape2 pun perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..
    .-= fatin´s last blog ..Penantian Yang Mendebarkan =-.

  8. jangan fikir sangat benda ni..jadilah diri korang sendiri..lelaki tak suka pompuan yang memaksa2..
    .-= wanmus´s last blog ..IsuHangat.Net Blog Yang Membosankan! =-.

  9. uish..tbe2 rase insaf bace ne..sgt sokong part cinta seseorg itu kerana Allah..hurmmm..papepon up 2 diri masing la kan..sume org ade citarasa sniri..gud job ah..=)
    .-= ain_chokio´s last blog ...:abah tak siuman??:. =-.

  10. fuhh…lizz..entry ..tapi saya ada jawapan untuk soalan last tu….pasangan saya masih suci sebelum kahwin…confirm..
    .-= eyriqazz´s last blog ..Ho Ho.. Balik kampung =-.

  11. Rupa yang cantik tu sekejap jek..bila da tua..kedut sane sini gak..hehe…yg paling penting pilih la seseorang yang hatinyer suci dan bersih…huhu..pandai jg diri dan maruah diri serta maruah arg len…
    Insyaallah..aman dunia akhirat…
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa::Lelaki yang selamber atau Perempuan yang suke bergosip?? =-.

  12. Cik Lizz,

    Persoalan mengenai dara ini, hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Tapi FYI, ayah saya mengahwini emak saya pada waktu dia janda beranak 3 (anak perempuan kesemuanya.).

    Ketiga-tiga mereka itu kini adalah kakak-kakak yang sangat saya sayang. Begitu juga dengan kakak yang seorang lagi dan juga 2 orang adik lelaki saya.

    Berbalik pada persoalan dara, rasanya ayah saya tidak pernah memikirkan akan soal itu. Kasih sayang, perkongsian hidup dan keikhlasan adalah kunci bagi segala-galanya.
    .-= rohaizad´s last blog ..Khas buat isteriku… =-.

    • hi en Ijad.hehehe.

      kalau siapa yang terima janda…memang dia sudah tahu hal itu. itu kes special dan lelaki yang baik dan betul2 iklas saja akan terima hal ni. tapi, untuk wanita2 yg masih belum berkahwin tetapi sudah hilang dara rasanya memang hampehlah kan.huhuhu

  13. Aku memilih pasangan wanita kerana keperibadiannya..
    .-= Fazreen´s last blog ..Your writing rock but boring =-.

  14. the most important is the personality.. whether she’s matured or not.. =)
    .-= kenwooi´s last blog ..Royal Armouries Museum at Leeds =-.

  15. Hurmmm… maksudnya yang tidak menjada keperawanan sebelum berkahwin?
    Kalau macam tu, terpulang kepada bakal suami. Cuma berdoa sajalah…. 🙂
    .-= rohaizad´s last blog ..Khas buat isteriku… =-.

  16. Kalau dah suka + sayang, nyawa pun kalau boleh nak ditukar ganti.. =)
    .-= kertaz´s last blog ..Windows Explorer sebagai FTP Client =-.

  17. aus

    owh lizz , entahla . Aku cm x bape nk ade idea sgt..
    tapi aku lebihkan pada sikap , kalau hati yg baik insyaallah mudah dibentuk sbb hati yg baik tumbuh dari kesan kebaikkan diri.

    so far , dah 5 thn aku jg gf aku , alhamdulilah die boleh faham , hormat , tolak ansur sme . aku senang dgn care tu , but aku sedar . jalan terbaik adalah berpegang pade agame..

    ok !
    .-= aus´s last blog ..Tips SPM | Edisi Terima Result =-.

  18. melihat dari aspek hati dan budi pekerti, iman ilmu dan amal…juga sifat hormat menghormati kedua orang tua serta yang berada di sekeliling…
    .-= Piston Pecah´s last blog ..Kamera Digital boleh zoom sejauh 10 KM =-.

  19. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
    “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]

    Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
    “Janganlah kalian menikahi perempuan itu kerana kecantikannya, mungkin kecantikannya itu akan membawa kerosakan bagi mereka sendiri. Janganlah pula kalian menikahi mereka kerana mengharap harta mereka, mungkin hartanya itu akan menyebabkan mereka sombong. Akan tetapi, nikahilah mereka dengan dasar agamanya. Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam lebih baik, asalkan ia beragama.” [HR Ibnu Majah]

    sekian
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Lari Ikut Teman Lelaki – Berapa Harga Seorang Wanita? =-.

  20. kalau ambik kisah pasal dara tu,ikutlah…dalam kita sebagai orang islam nie…..lelaki tu tak pernah berzina dia akan dapat perempuan yang tak pernah berzina,maksudnya ada dara lah lah kan…….
    .-= ishak´s last blog ..Panas : tutorial buat banner beranimasi ringkas =-.

  21. mungkin lebih 90% lelaki akan tengok luaran dulu, rupa, appearance, dressing, lifestyle n such…
    tumpang tanya…macam mana nak tau masih dara atau sudah ditebuk tupai? kene tanya ke?

  22. iekha izzaikha

    bukan sume laki mcm tu,,,pompuan pon same jgk,,,,dunia sekarang dah tak blh nk salahkn laki je,,,pompuan pon lbh kurang je,,,,kalu laki dan pompuan same2 hargai hubungan mereka,,,,perkara buruk takkan berlaku,,,,percaya pada tuhan akan hubungan masing2,,,,,bercinta lah kerana tuhan bukan kerana [email protected]…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge