Kawan dan Pelajaran, Yang Mana Patut Kita Dahulukan?

Kawan dan pelajaran, 2 perkara yang sangat saya pentingkan. Keduanya. Kawan, tempat saya berhibur, tempat saya bergaduh sayang, tempat saya mencurahkan masalah dan pelajaran pula saya perlukan untuk hari akan datang. Saya sayangkan keduanya.

Sayang saya tidak pernah berbelah bagi untuk kedua perkara ini.

Malangnya, saya manusia biasa. Mungkin saya alpa dengan dunia pelajaran yang sedang saya jalani sekarang atau adakah saya punya teman yang sangat tidak memahami kehendak hati saya? Siapa yang salah antara kami dan siapa pula yang betul antara kami?

Bukan niat untuk memuji diri sendiri. Tiada niat ke arah itu. Siapalah saya jika dibandingkan dengan yang lain. Kamu semua pasti lebih hebat berbanding saya. Kita punya kelebihan masing-masing. bukan? Cuma, mungkin saya agak lebih sedikit berbanding teman-teman daripada segi pelajaran. HANYA PELAJARAN.

Kami bukan pelajar sekolah asrama penuh. Kami tidak bersekolah di sekolah anak-anak orang kaya selalu pergi. Anak-anak Dato’ selalu ditempatkan. Kamu cuma punya duit ke sekolah harian biasa saja. Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru (SMKMB) tempat saya menimba ilmu.

Saya mengaku, saya selesa berteman dengan pelajar yang bermasalah. Entah, saya suka berteman dengan mereka. Mungkin mereka tidak berapa pandai di dalam pelajaran tetapi mereka punya HATI YANG SANGAT BESAR. Mereka tidak mementingkan diri.

Dipendekkan cerita, selepas PMR saya dipisahkan daripada teman-teman. Hanya saya seorang yang “termasuk” di dalam kelas Sains Tulen. Sejak daripada itu, saya seperti sedikit dipulaukan. Asal bertembung, mereka akan sindir. “Eh budak pandai mana boleh campur ngan kitaorang”. Saya katakan “Bila masa aku pandai. Cuma rezeki aja lah”.

Dek kerana tuntutan pelajaran. Saya selalu tidak dapat menghabiskan masa bersama mereka. Bukan sengaja. Tetapi, memang saya sibuk dengan itu ini. Sejak hari itu, sindiran semata-mata yang mereka beri. Saya redha saja dan telan semua. Saya bukan seperti yang mereka sangkakan. Itu yang pastinya.

Selepas SPM, hanya 3 daripada kami yang berjaya ke menara gading. Yang lain, sudah maju.hehehe. Mereka berkahwin dan ada yang punya anak 3 sekarang ni. Rezeki hidup mereka. Biarlah. Tapi, kami bertiga ni. Selalu sangat menjadi sasaran untuk dibualkan. Ntah apa-apa.

Bukan sengaja tidak mahu ke sana ke mari. Adatlah belajar. Sibuk sepanjang masa. Hanya kami bertiga yang faham antara satu sama lain. Manusia-manusia lain cuma tahu memerli dan mengejek. Kononnya kami tidak mahu berkawan dengan orang-orang yang tiada pelajaran. Malu nak berjalan dengan orang bodoh lah.

Bodoh sungguh mentaliti mereka.

Bertahun-tahun saya tahan. In fact, bukan saya seorang. ke 2 teman yang lain juga begitu. Terpaksa bekorban itu ini untuk menjaga hati kawan-kawan yang menganggap diri mereka bodoh. Ada assignment yang perlu dihantar pun, terpaksa kami lupakan dirumah. Bimbang jika dibawa sekali katanya poyo nak tunjuk-tunjuk.

Susah kan orang macam ni?

Hal semalam buat saya ke tahap maksima. Saya sudah bosan dengan sindiran. Hanya kerana saya tidak dapat hadir ke satu reunion sekolah menengah, saya di perli seperti ini ” kau tak nak join kiteorg? Oh dah sombong sekarang ek. Dah tak nak join kiteorang, ye lah nak join dengan orang educated aje”.

WTFish. Im sorry. Tapi bila bercakap, biar guna otak jangan guna mulut pekung.

Oh, saya sangat benci bila orang tidak tahu respect teman-teman sendiri. Merasa dirinya terlalu bagus. Mahu kita saja mengikut rentak mereka. Bila dia mengherdik orang sana sini boleh, bila sampai diri sendiri terkena…hmm. Saya membalas kata-kata itu dan si empunya diri diam agak lama dan selepas  itu saya terima 2 sms daripadanya. Meminta maaf versi macho nak cover malu.

Cuma, maaf. Saya tidak ada nafsu nak melayan sekarang. Tunggulah saya rasa selera balik. hahahaha. Orang yang bermulut longkang perlu kita ajar. Biarkan. hahahahaha. Ini sebenarnya kebodohan yang ada pada dirinya. Bukan bodoh kerana kurang pelajaran tetapi bodoh dengan keadaan diri sendiri. Chiow

p/s: Akan ke majlis perkahwinan saudara di Kampung Melayu Majidee dan selepas itu akan ke rumah abang untuk bermain-main dengan anak-anak saudara!! yehaa. Cik Iza datang sayang 😉

Artikel Berkaitan

13 responses to “Kawan dan Pelajaran, Yang Mana Patut Kita Dahulukan?

  1. kawan dan pelajaran harus digandinkan b’sama..
    baru la mantap hasil nyer nanty..
    .-= saya_aRief´s last blog ..kUaNtiTi aTaU kUALiTi… =-.

  2. Pelajaran dan kawan2 kedua-duanya sama penting..
    In this situation, mungkin kawan2 yang merasakan diri mereka tak pandai tu tidak memahami kesibukan kawan mereka yang melanjutkan pelajaran..
    mungkin sebab mereka tak pernah mengalami kehidupan sebagai pelajar ipt..

    disebabkan, mereka rasa diri sendiri tak pandai, mereka ni selalu nak merendah diri dan berprasangka buruk terhadap sahabat mereka yang pandai..

    semuanya bergantung pada individu..kalau mereka benar2 mengenali sahabat mereka, mereka takkan berfikiran negatif terhadap sahabat mereka 😉

    • i think manusia ni kurang memahami siapa diri kawan dia sebenarnya.hahaha. belum pernah sekali pun menunjuk2 hal pelajaran depan dia. sebab tahu dia akan berkecil hati. tapi, dia masih tidak berubah.

      now, sudah penat 😉

  3. dalam aspek memilih kawan memang perlu berhati-hati,takut kawan akan buat kita terjerumus kepada perkara yang tidak betul dan terus hanyut..ada juga yang tidak begitu sebaliknya mampu membetulkan sifat kawannya dan menjadi orang yang berguna..

    kedua-duanya penting kerana dalam melayari dunia sebagai seorang yang bernama pelajar kita perlu kawan dan juga ilmu .Kawan boleh menjadi orang yang akan membantu kita dalam sesuatu pelajaran yang sukar dan juga pemangkin semangat kita dalam meningkatkan lagi keputusan kita….

    dua-dua memang penting cuma perlu tahu memilih dan juga apa yang hendak dibuat..berkawan pon perlu berhati-hati lagi-lagi jika tidak pandai membawa diri.
    .-= Piston Pecah´s last blog ..[Filem] Kamsah – V3 Samseng Jalanan =-.

    • memang, keduanya penting dan dah cuba sedaya upaya menjaga persahabatan tuh bertahun-tahun. Bila sakit hati, sabarkan diri tapi kita kan manusia biasa. ada masa, bila manusia hilang respek..geram jugak. hohohoho

  4. aku rasa dua2 sngt pnting,tanpa kawan kite akan kesunyian dan tanpa pelajaran,kite akn ketinggalan..
    .-= apiih´s last blog ..Titanic Versi 2!! =-.

  5. yang penting..
    buat mana yang terbaik untuk diri sendiri

    tapi…
    agaknya, kalau tak gi reunion tu,
    but…
    liza hulur sponsor besar2 sikit… takdelah kena pulau atau kena sindir, kut

    tak taulah
    saja nak jadi batu api kat sini
    jangan marah ya
    .-= klcitizen´s last blog ..tangan yang memberi lebih baik…. =-.

    • sponsor? doakan daku kaya, maybe boleh lepas tuh.hehehehe 😉

      ini cara terbaik. diamkan diri. Biarkan dia berfikir apa salah dan silap dia. tidak membenci tapi cuma beri dia teguran. if tidak, sampai ketua dia bermulut longkang.huhuhuh

  6. Pingback: IMCurtain.com

  7. bagi aku, dua2 penting..mmg ssh nk pisahkan dua2 ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge