Juara Kaki Tidur. Lelaki Atau Perempuan?
30 Mar
Siapa kaki tidur, angkat tangan! Siapa juara tidur kampung, angkat kaki! hakhak. Entri kali ini, adalah di atas permintaan seorang teman. Mungkin dia sedang membuat kajian barangkali yek tentang tidur ni. hehehe. Tak apalah, yang penting saya pun suka nak kupas isu tidur ni. Excited jugak!
Rasanya, semua orang akan agree kan kalau saya katakan yang tidur itu adalah suatu keperluan dalam hidup. Agree? Beb, mana ada orang yang boleh tahan kalau tak tidur woo. Kalau ada pun, maybe makhluk ciptaan Tuhan yang tidak tidur itu unik bin ajaib. ahaks!
Tidur perkara wajib.
Cuma, persoalannya sekarang. Siapa di antara lelaki mahupun perempuan yang kaki tidur terhebat? Sesetengah orang kata, kalau dilihat daripada pandangan kasar. Mungkin lelaki yang menjadi juara tidur ni. Kononnya lelaki ni kurang memikirkan masalah sekeliling sangat. Asal dapat tilam dan bantal aja, semua masalah yang ada hilang.
Lelaki dikatakan jarang memikirkan masalah. Dengan kata kurang sopan sikit, lelaki tak fikirkan masalah sangat pun. Jadi, bila lelaki tidur. Tiada sebarag gangguan emosi atau apa saja. Bila tiada gangguan, tidur pun macam best sangat dan tak reti-reti nak bangun. Itu yang tidur lelaki nampak macam berkualiti sungguh. Bila hahahaha.
Entahlah, itu kata sesetengah orang.
Kata saya pula. Mungkin jugak juara kaki tidur ni memang lelaki. Saya menulis mengikut pengalaman sebagai seorang anak perempuan tunggal di dalam keluarga ok. Sila jangan nak beremo dekat sini kalau tidak puas hati nanti ye wahai lelaki. hehehehe
Ok, sepanjang 25tahun saya hidup bersama abang-abang dan adik lelaki tersayang. Apa yang saya boleh saya katakan di sini adalah yeah mereka memang juara kaki tidur! SubhanaAllah. Susah ya ampun kalau nak kejutkan mereka bangun tidur. hahaha!
Kalau waktu cuti tuh, waktu tu lah juara mereka terselah. Kalau yek pun penat or nak qada’ tidur. Janganlah melebih kan? Ini tidak. Selagi jam belum cecah jam 12pm, jangan haraplah diorang nak bangun. muahahaha. Itu pun waktu minimum ok, kalau datang mengarut boleh sampai jam 2pm!
Serious. Kadang-kadang rasa nak simbah air aja. wakakaka
Cuma, tak boleh nak confident kata lelaki yang juara kaki tidur ni kan? Sebab, ada juga teman-teman perempuan saya yang juara tidur jugak! Cuma, tempoh tidur tu tak lama lah macam adik-beradik saya. Tapi, saya rasa kurang sopan lah kalau perempuan kaki tidur ni.
Unless, kalau dah kepenatan sangat. Lain lah jugak.
Tapi, kalau selalu sangat tidur macam buaya ngeri jugak kan? Memang ada tau. Lagi-lagi kalau kita duduk hostel. Pergh! For me, saya tak rasa saya kaki tidur sangat sebab kalau paling lambat pun saya akan bangun pagi around 10am. hehehehe. Entahlah, susah nak cakap siapa juara sebenar. muahaha
P/s: Apa kata korang? Lelaki ke perempuan yang patut kita gelar juara kaki tidur???hehehe.







lepas subuh tidoq balik
jgn tidoq sampai tak bangun subuh suda
kompem reject perempuan bangun selepas 8am =)
orang lain dah lihat dunia, kita masih di ruang yg sempit
.-= Wan Perlis´s last blog ..WanPerlis – ini blog baru saya =-.
[Reply]
Lizz Reply:
March 30th, 2010 at 3:11 pm
my mom selalu bising depa muke pintu bilik slagi tak bangun.hahaha.so, memang susah nak lepas kul 8am now. masa zaman hostel memang jaguh bangun lambant jugak. wakakaka
orang kata, lepas subuh tak elok tidur balik.rezeki susah masuk..ntah.betul ke?hehehe
[Reply]
dari pandangan mata kasar, lelaki adalah juara kaki tidur..
tapi, sebenarnya..bukan kira lelaki atau perempuan..
semuanya bergantung kepada seseorang individu tersebut..
perempuan pun ade juga juara kaki tidor ni..
.-= fatin´s last blog ..Hargailah Hubungan Persahabatan =-.
[Reply]
Lizz Reply:
March 30th, 2010 at 3:13 pm
itulah. kesian jugak ngan lelaki. apalah dosa, macam ramai yang kata lelaki hebat bab tidur ni. hahaha. tapi, memang ada spesies yang kaki tido tau. haiya
[Reply]
aku suka tido siang, tapi rasanya pompuan pun sama gak skang.. sama2 penat keje kot.
[Reply]
Lizz Reply:
March 30th, 2010 at 3:21 pm
if penat perkara biasa tapi ada spesies yang memang kaki tidur. pernah jumpa.ahaks!
[Reply]
aku rase kompom la laki paling kuat tidur,nak2 yg jenis berperut debab,,,hahahaha..kompom..kroooh..krooh…krooh x sedar dunia..ahahaha
.-= apiih´s last blog ..Batu-Bata!! =-.
[Reply]
Lizz Reply:
March 30th, 2010 at 3:36 pm
kwang kwang kwang. alah, perut debab tu bukan sebab tidur tapi sebab lain,hahahahaha
[Reply]
dua2 pon same kot..lebih2 lg kalau dtg dari keturunan yg same..
bila dah tido smpai x ingat dunia..haihhh!tak berkenan hakak!!!!
.-= makdara terdiva´s last blog ..anugerah bogel =-.
[Reply]
Lizz Reply:
March 30th, 2010 at 3:39 pm
hahahaha. ada pengalaman ke ngan orang keturunan ni??hehehe
memang ada makdara…wujud!!!
[Reply]
Juara kaki tidur ni bergantung pada keadaan seseorang..lelaki perempuan same jek kot…
aku kalo time ct…tido mmg xhengat dunia dah..kalo tak tgh hr tak bgn…tido mlm pon lewat…mesti ssh nk bgn kan…heheh
.-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Best ke ada Blog dan bergelar Blogger:: =-.
[Reply]
Lizz Reply:
March 30th, 2010 at 3:41 pm
yes, itlah rezen paling best nak beri. sulu masa degree.asal mak aku marah aje cuz bangun lewat..aku cakap aku tidur kul 4am kenalah bangun 4pm.wakakakaka
[Reply]
dua2 sama…aku pon kuat tido. And aku pompuan! hehe…
abang2 aku pon kuat tido…
[Reply]
Lizz Reply:
March 30th, 2010 at 3:47 pm
hahahaha.best ar.mengaku.kiki. tak apa, ini namanya tuntutan hawa nafsu selepas melihat aksi abang2 tido.muahaha
[Reply]
kalau lelaki kuat tidur pun boleh dimaafkan sbb selalunya lelaki ni kerja keras sket…
sama je kot dua2, tapi pandangan bias aku mengatakan perempuan lagi kuat tido…kahkah
[Reply]
Lizz Reply:
March 30th, 2010 at 4:46 pm
kahkahkah. pandangan biasa tu tak boleh guna ok. tak valid.hahahaha
[Reply]
sejak ada laptop dan internet, masa tidur saya sudah berkurangan.. hehe.. sekarang ni hari2 tidur 3-4 jam je.. masa selebihnya terbuang depan laptop..
.-= Anarm´s last blog ..Buang Widgeo.. Elakkan benda tak perlu di blog =-.
[Reply]
Lizz Reply:
March 30th, 2010 at 4:48 pm
baguslah macam tuh. hehehe. tapi, kalau kurang tidur pun bahaya jugak woo. malam ni tidur lama sket naa
[Reply]
aku rasa kalau dalam kelas, perempuan juara tidur. ini pengalaman kat sekolah dulu2 la.. time cikgu mengajar, pelajar2 perempuan cepat je terlelap dan tidur compare dgn pelajar2 lelaki.
.-= Amir´s last blog ..(GAMBAR) Adelaide Festival 2010: Northern Lights =-.
[Reply]
Lizz Reply:
March 30th, 2010 at 4:51 pm
kikiki. a’ah lah, terlepas pandang lak zaman sekolah dulu
ada betulnya. tapi,dalam kelas dulu budak lelaki yang selalu kena lastik dengan getah cuz mata asik tutup aja. oh, kesah zaman skolah! rindunyer..
[Reply]
of course la lelaki =P
dh la tido lama gila, tido mati pulak tu. pastu tdo bising, bdengkur ya ampun kuatnyaaaaa (edisi mengutuk abang2ku haha)
[Reply]
Aku kaki tidur, dan juga kaki susah nak tidur. ha! camner tu, aku pun heran. ada time gak kot.
.-= Stargone´s last blog ..Nuffnang =-.
[Reply]
aku ade masalah..
kalau dah tidur, susah nak bangun.
kalau dah bangun, susah nak tidur..
camner plak tu?
memang kalau dah bangun, 72 jam tak tidur pun tak ape..
kalau dah tidur, takde orang kejutkan seminggu pun boleh kot..
hehe..
[Reply]
keh keh…
nasib baik aku bukan yang kuat tido…
aku kuat makan..keh keh keh
.-= c.gadis´s last blog ..hampir aku jadi anak derhaka… =-.
[Reply]
Laki kuat tido! Yay!
.-= kertaz´s last blog ..Nak pegi ke x nak.. Hmm.. =-.
[Reply]
pompuan kuat tidoq dr lelaki…
hahahahahhahahahhahahahhahaha…
.-= meo188 (brader luv…huhuhu)´s last blog ..Aku Syok Kat Hang (Part 1 of 4) =-.
[Reply]
lepas kawin rasanya orang rumah aku tido lagi banyak dari aku, muahaha letih kot
.-= etomyam´s last blog ..Alang-alang Berblog Biar Sampai Dapat Peugeot 308 VTi & Kia Optima Novus =-.
[Reply]
aku le salah seorang juara kaki tido
hehe
.-= Luffy´s last blog ..BYE-BYE BLOGWALK BEBEH =-.
[Reply]
laki juara tido..perempuan juara cakap..betul tak? haha
.-= F I T´s last blog ..23 Gambar Peter Crouch Yang Kelakar Tak Hengat! hahaha! =-.
[Reply]
saya memang kaki tidur..tp time cuti ajerlah pasal nak rehatkan badan & minda..mmg pantang jumpa bantal, confirm terus terlena..
wife pulak susah nak tidur…oklah tu kanss..sorang tidur & sorang jaga..baru harmoni rumahtangga…
.-= Nadri ´s last blog ..Teknik Penipuan 3 Dalam 1 =-.
[Reply]