Dunia Macam Kartun, Pentas Lakonan Semata-mata!

15 Mar


Dalam hidup, ada ketika kita tersilap langkah. Kita salah memilih jalan hidup terbaik buat diri kita. Kita tak boleh menyesali perkara yang dah lepas. Kalau kita merungut, kalau kita menyalahkan takdir sekalipun. Tiada apa yang akan merubah. Kan?

Saya simpati pada teman-teman yang terlalu lemah. Hati kecil mereka tidak sekuat pandangan mata kasar kita tentang diri mereka. Kasihan. Setiap kali mereka jatuh, mereka menyalahkan Tuhan. Mereka kata Tuhan tidak adil. Katanya lagi, Tuhan tidak sayangkan mereka.

Jahil sungguh.

Mereka lupa, setiap perkara yang terjadi itu pasti ada sebabnya. Apa saja nasib yang Tuhan berikan pada kita, hakikatnya kita sudah sama-sama menyetujuinya sewaktu di dalam perut ibu. Jadi, untuk apa kita persoalkan tentang nasib kita lagi? Kan dah deal dulu. kan? Lupa yek?

Pada teman-teman yang terlalu sakit kerana ditinggalkan kekasih hati sehidup semati. Hello. Bangkitlah. Sedarlah. Sudah-sudah hidup dalam dunia fantasi korang. Sehidup mungkin, tetapi mana mungkin semati. Kubur lain-lain sayang. Ada double decker punya kubur ke? Tak ada kan?

Berhentilah menangis. Kalau dia buka untuk korang, pasti Tuhan sudah sediakan seseorang yang jauh lebih bak untuk korang. Percayalah. Pilihan Tuhan tidak pernah silap. Pilihan manusia saja yang selalu kerja nafsu. Cinta tipu-tipu. Wake up guys!

Pada teman-teman yang baru kehilangan ayah atau ibu tercinta. Saya turut merasa simpati. Tetapi jangan terus bersedih. Mereka masih melihat kita dari jauh. Cuma, tugas kita megirimkan doa buat mereka. Jangan meratapi terlalu lama. Kita pun akan menyusul juga nanti. See you there!

Pintu syurga atau neraka jelah soalnya. Sendiri mahu ingat.

Pada teman-teman yang terasa dirinya terlalu miskin. Tak perlu merasa seperti itu. Kita semua sama. Biar miskin tapi bahagia. Ada duit berjuta, belum tentu korang akan bahagia. Tuhan sudah tetapkan rezeki kita. Cuma, mungkin belum sampai masanya Tuhan tunjukkan puncanya.

Bersabarlah!

Saya minta maaf. Entry ini saya karang dalam masa 8 minit. Jari saya terlalu ingin berkongsi entri ini. Tak penting pada kamu, tak apa. Ianya penting untuk saya. Kalau tidak, saya akan terus hanyut dengan dunia yang macam kartun ni. Pentas lakonan semata-mata!


27 Responses to “Dunia Macam Kartun, Pentas Lakonan Semata-mata!”

  1. apiih 15. Mar, 2010 at 10:11 pm #

    bersyukurlah dengan apa yg kita ada di dunia ini…
    apiih´s last blog ..Sony Bakal Melancarkan Playstation Move! My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yes, daku bersyukur aje. malas nak banyak songeh.hahaha

    [Reply]

  2. hilmi 15. Mar, 2010 at 10:12 pm #

    btul2… kdg2 diorang ni terlampau ikut perasaan, tk sedar samada baik atau buruk… dan, redhalah dgn sgla ketentuan Ilahi, pasti ada hikmah di setiap satu perkara yang Dia tetapkan

    P/S: woah,, tajuk ada iras2 lagu ‘Drama King’ ;D
    hilmi´s last blog ..ThE CoOlEsT pOsT bY xPrO96 My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yep. time Tuhan beri kesenangan wat2 lupe..bile dapat bala sket pandai nak salahkan itu ini. kesian kan org camni. termasuk gwe :P

    [Reply]

  3. wazy 15. Mar, 2010 at 10:17 pm #

    Hidup ni ibarat roda,kadang-kadang kita berada di atas,kadang-kadang kita berada di bawah,seprti apiih komen tu,kita haruslah bersyukur dengan apa yang kita adadi dunia ni
    wazy´s last blog ..Streamyx Oh Streamyx Part 2 My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kalau kita pencipta, bolehlah wat roda tu sentiasa kat bawah kan? huhu

    [Reply]

  4. ain_chokio 15. Mar, 2010 at 10:56 pm #

    sgt tersentuh bace entri ne ok..btol ape ko ckp sume.nak2 part kene tinggal kekasih..kte tatau kot ape yg terbaek ntok kte..tak mesti ape yg kte rase bagos tu, memang bgos ntok kte..hah..cm wat karangan suda..huhu
    ain_chokio´s last blog ...:abah tak siuman??:. My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    manusie mmg camtu wei. selalu rase pilihan dia terbaik. aku selalu fikir, bile T

    [Reply]

  5. Wan Perlis 15. Mar, 2010 at 11:48 pm #

    wah cayalah entri yang best ambil masa 8 minit ja.
    beriman kepada Qada dan Qadar
    kehidupan ni tak perlu sedih.
    beli buku La Tahzan
    Wan Perlis´s last blog ..Jadilah Kita Manusia Yang Baik My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ish,entry ni biase2 aje sebab rasa perlu untuk diri sendiri jugak.ahaks!
    Lat Tahzan?best ek?

    [Reply]

    Wan Perlis Reply:

    La Tahzan adalah buku yang paling laris kat Malaysia dan Indon dan negara2 lain
    tanya pakcik google
    Wan Perlis´s last blog ..Jadilah Kita Manusia Yang Baik My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    oh, kalau macam tu..i will buy it ;) toceh2

  6. Park Air 15. Mar, 2010 at 11:56 pm #

    sedih betul entri ni, kalau di timpa kesusahan sabar banyak2, ramai lagi yang lebih susah..
    kalau nak tengok kartun bukak #612 tengok spongebob. ;)
    Park Air´s last blog ..Contest – Header for Rowena My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    lah, sedih ke? hehehe.tak ade niat nak buat org sedih pun woo :P
    betul, kalau rase kite susah..belakang kite tu sebenarnye melimbun2 org yg tgh meraung2 minta bantuan. ade kite kesah? hmm

    [Reply]

  7. aus 16. Mar, 2010 at 12:50 am #

    hehe , arap2 sme yg membace fikir bnde yg same , xkn asyik nk hidup layan perasaan je .
    aus´s last blog ..Mari Sayang , Kita berbual Mesra My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    layan perasaan jiwang tak elok. hohooho

    [Reply]

  8. Jaws 16. Mar, 2010 at 1:16 am #

    Bill gates pernah cakap, dunia ni memang tak adil..
    pergunakan ketidak adilan itu sebaik mungkin..
    enjoy la hidup..
    kesusahan itu satu keseronokan..
    kegagalan itu satu hiburan..
    asyik berjaya dan menang jer pon bosan gak idup..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yep. macam org yg selalu kaya lah. mereka juga ada masa cakap yg kaya tak best! belum tenty bahagia. hohoho. dunia memang macam tu.

    [Reply]

  9. ariff 16. Mar, 2010 at 5:03 am #

    aku sentiasa merasakan yang diri aku ni miskin.
    miskin tau, selagi tak kerja, selagi tu miskin
    ariff´s last blog ..Tips Senang Cari Blog CommentLuv My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    betul. macam aku lah.wahahaha

    [Reply]

  10. eiyda 16. Mar, 2010 at 12:43 pm #

    bersyukur dengan apa yang Tuhan kurniakan pada kiter..walo sepahit mn pon..kiter kn tabahkan ht..jgn salahkan Tuhan…dah takdirnya..dan setiap apa yang berlaku pasti ade hikmahnyer..itu yng selallu aku pk..kalo tetiba terasa kekurangan lam hidup ni…huhu
    eiyda´s last blog ..eiyDa:: Adakah anda si kembar Burung Biru Itu?:: My ComLuv Profile

    [Reply]

  11. ahmadyusrie 16. Mar, 2010 at 4:05 pm #

    terima kasih atas nasihat yang berguna…tak ubah macam pakar motivasi..
    hidup tak selalu indah, semua orang akan rasa jatuh…parut kesan jatuh tu akan bagi pengajaran berguna buat kita
    eyh macam x de kaitan je komen ni…

    [Reply]

  12. mello 17. Mar, 2010 at 2:22 am #

    lizz..aku tak lemah..aku masih mampu berdiri ntuk menyuarakan kebenaran meskipun aku dianiaya sedemikian rupa..hahaha berpuitis sungguh!

    anyway, mmg btol pe yg ko ckp.. ingt org lain yg lebih susah.. ^_^
    mello´s last blog ..Infiniti | Melodi Radhi OAG khas buat isteri My ComLuv Profile

    [Reply]

  13. F I T 17. Mar, 2010 at 9:27 am #

    bila dah dewasa ni semuanya pasal masa depan..bukan lagi kegembiraan sementara… ermm kebelakangan ni saya ada skit mood swing a hehe ntah a..semua benda tak menjadi :)
    F I T´s last blog ..Hi bloggies! My ComLuv Profile

    [Reply]

  14. x-po 17. Mar, 2010 at 1:32 pm #

    kpd org yg hipokrit, haktuih byk2..hoho

    [Reply]

  15. fatin 17. Mar, 2010 at 8:50 pm #

    artikel ni membuatkan kita lebih sedar daripada mainan dunia..lagipun, dunia ni, hanyalah sementara..
    fatin´s last blog ..Pilihan Yang Terbaik My ComLuv Profile

    [Reply]

  16. cik epal 17. Mar, 2010 at 9:23 pm #

    ingat orang yang lebih susah. nanti kita akan lebih bersyukur dengan apa yang kita ada :)
    cik epal´s last blog ..Iwan AF 8?? Adakah kita pernah bertemu dahulu?? jangan nak perasannnn boleh tak cik epal oii? My ComLuv Profile

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.