Dunia Hiburan Tidaklah Sekotor Mana. Rasa Nak Setuju Tak?

Jadilah apa saja yang kamu mahu dalam hidup kamu. Mahu jadi doktor? silakan berkhidmat untuk masyarakat. Teringin jadi peguam, biarlah nanti kamu menjadi peguam yang adil dan tidak mudah menerima rasuah. Kalau teringin menjadi artis, terpulanglah pada diri kamu. Jika merasa menjadi tukang kebun itu lebih baik, oh silakan!

Semuanya terletak pada diri kamu.

Dulu, masa kecil. Saya teringin menjadi penyanyi. Sumpah, mana saja saya berada atau apa saja perkara yang saya lakukan. Saya pasti menyanyi. Mulut macam kena daulat tak boleh stop menyanyi. Menginjak umur setahun demi setahun, cita-cita saya bertukar-tukar.

Ada masa, saya mahu menjadi pelakon. Ada masa, saya ingin terbang ke awan menjadi pramugari. Selepas melihat orang membaca berita, bertukar cita-cita lagi. Mahu menjadi pembaca berita! Bila melihat Karam Singh Walia petah bercakap, dan menyampai informasi. Teringin pula menjadi wartawan.

Oh, itulah jiwa saya. Saya sukakan hiburan!

Malangnya. Ada manusia di dalam keluarga saya yang tidak melihat kerjaya di dalam bidang hiburan ini as kerjaya yang “elok”. Dulu, saya memberontak juga. Rasa tidak adil bila ada yang memandang serong dan rendah dengan kerjaya anak seni.

Pada saya, setiap kerjaya ada misinya.

Jiwa saya masih ke arah dunia hiburan.  Jiwa saya sudah biasa dengan dunia hiburan. Saya tak nampak di mana buruknya kerjaya yang berkaitan dengan dunia hiburan sebenarnya.

Pokok pangkalnya, diri kita. Manusia yang memegang kerjaya itu.

Orang kata, dunia artis tu kotor. Dunia artis tu penuh dosa semata-mata. Dunia artis tak boleh nak jamin masa depan. Penuh dengan maksiat itu ini. Kalau dah kata artis, bahu kiri pasti berat dengan dosa. Solat pasti selalu ditinggalkan.

Adoi. Saya cukup benci dengan andaian macam ni.

Macam ni saja. Dosa atau apa saja yang buruk, bukannya datang daripada kerjaya kita. Tetapi, ianya berpunca daripada lemahnya iman kita. Bukan semua artis kotor, bukan 100% daripada mereka buat maksiat, meneguk air setan, berjoget tarian sinchan dalam disko. Bukan semua!

Jadi imam pun boleh berzina, sedangkan pak guard boleh rogol perempuan, jadi orang-orang besar pun boleh “beli” toyboy. Alah, jadilah apa saja pun. Asalkan pandai jaga diri dan maruah, InsyaAllah selamat.

Oh, saya masih terkilan sebab tidak dapat meneruskan impian menjadi wartawan. Jadi, jangan marah kalau rasa mual-mual baca entry di blog ni. Blog ini saya perlukan untuk membuat liputan dengan cara saya sendiri. wahahahaha!

p/s: Jangan suka merendah-rendahkan kerjaya orang even dia bekerja sebagai Pelayan Kelab Malam sekalipun! Jangan judge orang membuta tuli. Tak baik. Kita tak tahu cerita hidup orang woo

Artikel Berkaitan

46 responses to “Dunia Hiburan Tidaklah Sekotor Mana. Rasa Nak Setuju Tak?

  1. setuju sangat..memang betul entri ni tulis sebab tu la artis2 kita ni banyak boleh dilabelkan sebagai idol actually..gosip tak bertempat dan murahan je buat diorang nampak teruk!…
    .-= gualayanje´s last blog ..Artis Fan Manchester United Sanggup Potong Rambut =-.

    • betul tu betul..gosip dari wartawan tu jugak sebenarnya

      • ishak~itulah tapi wartawan perlukan bahan. Memang ada setengah wartwawan yang buat gosip murahan. Tapi, ada juga yang jalankan kerja tip top.hohohoo

        semuanya depends on each individu.

    • gualayanje~Hati kena kental bila diorang ni nak jadi artis. mahu or not, gosip tetap ada. Cuma, silapnya perspektif kebanyakkan orang dengan kerjaya artis ni buat semua sama-sama nak burukkan kerjaya ni.

      Mungkin ada artis yg “tak boleh pakai” tp jangan buat-buat pandang pulak bila ada yang sampai masa jadi lebih baik dari kita. Tengom aje Wilma 😉

  2. Tersenarai di comluv.com hari ni. Bagus2. Silap2 banyak nanti blog Malaysian yang tersenarai kat situ.

    Kawan saya ada cakap, wujud satu jenis perempuan ni yang memang pergi clubbing semua, bf cina tapi kalau kat rumah sembahyang semua cukup 5 waktu. hm.. dengar macam susah nak percaya, tapi itulah..

    yang penting kita tak fikir kita ni bagus sangat daripada orang lain. sesungguhnya mungkin kita lagi teruk
    .-= ariff´s last blog ..TM High Speed Broadband (HSBB) Malaysia Speed Test – Memang LAJU!! =-.

    • memang ada. In fact ramai. Yang macam baik pun belum tentu solat cukup 5 waktu termasuk tuan blog ni. My fren masa uni dulu, memang muka hampeh. set-set kelur malam balik subuh tapi solat tak pernah lupa baca Quran.

      Saya sendiri pun baca Quran tunggu Khamis malam Jumaat. Benda macam tu, buat saya berfikir. Semua buat silap, cuma cara kita saja berbeza ;)Artis pun macam tu lah

      *erk, thanks beritahu. huhuhu.tak sangka bley dalam list yang sama dengan kak kujie. terharu 😛

  3. lumrah la kot. tiap2 kerja pun for ada ‘label’nye. sabar je la. kadang2 best gak bila orang assume benda2 yg tak betul sebab senang nk jadik baik bila orang expect kita untuk berperangai kurang baik ye tak?
    .-= kusut´s last blog ..tentang Shrek Forever After (2010) Trailer =-.

    • kena baca 3 kali komen ni untuk faham. hehehehe. ok, i got it now 😉

      mungkin jugak. Ada jenis manusia yang tidak mahu dipandang rendah oleh orang lain. apalagi kalau dikatakan kurang baik. Maybe dia akan cuba jadi yang lebih baik dari apa yang dia ada sekarang.

  4. jadilah ape yg kite nak jadi..huhuhuhu
    .-= apiih´s last blog ..Persepupuan Yang Tidak Dijangka =-.

  5. hmm tak semua tp kebanyakkan la.
    berapa kerat artis yg boleh dijadikan contoh.
    betul kata kak wardina.
    indonesia dah hasilkan filem Islamic dengan baik.
    malaysia bila lagi.
    setakat syukur21?
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Jadilah Kita Manusia Yang Baik =-.

    • Mungkin dalam proses agaknya. try to be positive 😉
      Dunia hiburan Indonesia luas dan ramai. Mungkin sebab itu Malaysia kurang hasilkan filem2 macam ni. Maybe belum ramai yang terbuka hati. Kalau buat untuk ikut trend tak ada guna rasanya.

  6. Dunia hiburan ni sebenarnya sama macam dunia orang-orang biasa…mereka hidup pon macam kita,aktiviti pon macam kita cuma mereka yang terlibat dalam dunia seni ini lebih dikenali….lebih ekslusif…berbanding kita.

    Apabila dikenali,mungkin ada orang-orang biasa yang menjadikan mereka contoh/tauladan atau ikon..tapi kalau dah contoh tu perangai macam setan…itu yang tak bagusnya..habis semua mereka yang terlibat dalam dunia seni terpalit dengan perbuatan itu…

    Jadi..mereka-mereka tu kena berfikir terlebih dulu la kan..jangan kuar paper baru nak insaf….

    terjah sis Liza…jangan tak terjah…haha <– lari topik…!
    .-= Piston Pecah´s last blog ..Renung-renungkan Dan Selamat Beramal =-.

    • yes, mereka semua tu manusia biasa aja pun, bukannya boleh terbang. hehehe. betul, kehidupan mereka lebih ekslusif. Silap sikit, abislah.

      Menda2 tu semua diorang kena tahu and terima cuz diorang yang pilih kerjaya tu, sebab tu saya kata. pandai-pandai bawa diri. Setan biarkan jadi setan. Pandai2 lah nak jawab nanti.hohohoho

  7. Salam kak Lizz,
    Daus terkena dah… Daus selalu anggap dunia artis tu kotor…

    Sebabnya:

    -Jarang artis pakai tudung, kalau pakai tudung pun siap buat statement lagi akan pakai tudung pada ‘sekian2’
    tarikh…

    -Ramai artis yg ditangkap khalwat dan meneguk air kencing setan…

    – Buat statement bodoh buang tudung kerana ingin mencari rezeki… Sheila Rusly dgn Wardina still leh cari rezeki walaupun bertudung… huhu

    Banyak lagi sebab2nya…
    Tapi lepas baca post akak ni,

    Daus anggap dunia hiburan ni taklah sekotor mana pun…
    Seperti yang Piston Pecah komen, Dunia hiburan ni sama je macam orang2 biasa, yang bezanya dia’orang cerai-berai, khalwat, berkahwin masuk paper…

    Semuanya kerana media, takde media, sebut je dunia hiburan tu org tak heran…

    INGAT HIJAU : INGAT DAUS

    Ingat Hijau : Ingat Daus
    .-= Daus´s last blog ..She-Wolf – The Last Sentinel Di TV3 =-.

    • im glad lah kau Daus cakap macam tuh lepas baca my post. betul, artis ni kita tahu cerita mereka sebab media semata-mata. Mahu or not, diorang kena telan.hehehe

      kerjaya tu tak ada salahnya kalau pandai bawa diri. mungkin betul, aurat semua tuh dosa tapi itu hal mereka dengan Tuhan. Jangan kita pulak melebih-lebih.sian kat artis2 kadang.

  8. xkisah lah jd pape pon..jnji kena pandai bawak diri…kan..dan jgn sesekali mengutuk dan mengeji pe yg org lain lakukan…cermin diri dulu..huhu..
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa::Dah Bersedia Tamatkan Zaman Bujang:: =-.

  9. ramai yg ada tanggapan skeptikal yg dunia hiburan ni kotor sebab hari2 kita disogok dengan berita2 negatif dunia hiburan (cerai,gaduh,so’sial’,etc)
    saya tak salahkan mereka, itu pemikiran tipikal manusia.

    tapi yang pasti, bila berkecimpung dengan dunia hiburan ni, secara langsung @ tidak kita akan dikelilingi oleh perlanggaran hukum islam secara kerap so kebarangkalian untuk kita terjebak sama tu lebih besar.
    contoh, pergaulan bebas laki pompuan, waktu solat, sentuh laki pompuan, aurat,etc..

    ya saya setuju kerja ape pun buleh jadi kotor kalau si perlakunya salah gunakan tanggungjawab/kuasa tapi bukankah lebih elok kalau kita jauhkan diri daripada benda yg lebih cenderung untuk menghampiri kemungkaran.

    p/s: ohh baik aku berhenti sekarang, banyak idea lagi sebenarnya, baik aku tulis post baru…hehe

    • oh, terjebak tu soal tak ada pendirian. hal pendirian hidup ni penting sangat2. Soal pergaulan bebas laki perempuan, solat tak cukup, sentuh laki, aurat tu in fact manusia biasa pun buat cuma tidak masuk paper. kehkehkeh

      tapi, saya fahamlah apa maksud komen ni.heheheh. anyway, tak salah nak komen panjang2 as long as dibawah topik yang betul. no hal woo 😛

  10. Semuanya bergantung pada keperibadian seseorang artis atau penghibur tersebut..

    Jika pembawakan karakter mereka baik, sudah tentu orang akan mengagumi mereka. Jika tidak, sebaliknyalah.

    Yang menyebabkan tanggapan orang ramai tentang dunia hiburan ni seperti kotor sebab sikap sesetengah artis yang mencemarkan industri hiburan itu sendiri.
    .-= fatin´s last blog ..Hidayah Milik-Nya =-.

    • yep. sesetengah memang boleh bawa efek pada yang lain jugak. kesian yang tidak bersalah. huhuhu. tapi, tak boleh nak kata apa. mereka memilih kerjaya tuh. so, kene tahan telinga 😉

  11. Salam..

    Sebenarnya bergantung dari sudut mana kita memandang..

    Kalau dr sudut agama Islam, membuka aurat, bercampurgaul lelaki dan perempuan yg bukan muhrim, bermain alat muzik yg melalaikan, menyanyi sehingga melalaikan dan lain2 lg yg ada disebutkan itu memang hukumnya HARAM. Bersolat tetapi melakukan perkara2 yg dilarang dalam Islam adalah salah satu tanda solat kita belum cukup sempurna. Namun kedudukannya disisi Allah Taala.. wallahua’lam..

    Kalau kita pandang dr sudut kemanusiaan.. ada banyak aktiviti atau kerja lain yg lebih teruk dr menjadi artis. Namun kotornya dunia artis itu bukan kerana namanya tetapi kerana pengamalnya. Kalau dah kena label dunia artis itu kotor.. kenapa mereka yg terlibat tidak berusaha membersihkannya. Bahkan yg mengeruhkan lagi aku tengok semakin ramai. Mereka itukan idola.. jika idolanya ‘menyenget’… yg mengikut ‘mengherot’..

    Hanya pandangan aku sahaja..
    .-= Zoul´s last blog ..Ujian Memandu =-.

    • dosa pahala tu urusan Allah. Aku tak berani nak bercakap tentang itu. sedangkan zaman nabi dulu, penjahat or what yg memang tak pernah buat pahala dalam hidup n tiba2 beri minum air pada anjing, Tuhan berikan tempat disyurga. so, soal pahala dosa tu memang out. aku tak berani nak komen 😉

      mana kita tahu hati artis2 tuh. mana tahu setiap hari terdetik jugak dalam hati diorang nak berubah menjadi lebih baik cume takkan mereka nak warwarkan.

      individu yg ikut idola mereka tu bulat2 yang sengal.heheheh

  12. FTN

    betul. jangan salahkan kerjaya. salahkan diri kita sendiri. artis pun boleh berjaya dan menjadi ikon yang bagus kepada peminat

    contoh:
    Kumpulan Raihan, KRU, Siti Nurhaliza, Wardina, dll.

    tapi kan, tentang kisah cukup solat sebagainya tetapi masih ke clubbing etc tu rasanya agak pelik. Sepatutnya solat itu mencegah kita dari perbuatan keji. Perkara ni selalu juga ditanya dalam forum2 agama. Cuba try google 🙂

    *tolong betulkan kalau saya silap
    .-= FTN´s last blog ..Kalau Nak Jual Ikan, Lebih Baik Parkir di Pasar =-.

    • oh,mungkin ada sebahagian iman mereka belum cukup cukup. macam jugak tok imam masjid yg sepatunya kita agungkan. secara logiknya imam tak boleh membuat perkara jijik. contoh zina. solat tetap solat tapi zina itu soal nafsu. 2 perkara yang berbeza 😉

  13. seni itu indah selagi tidak disalahgunakan 😀
    .-= meo188´s last blog ..RadioActive : Point of View (Usermode present Ugly Space Jelly) =-.

  14. aus

    owh kau nk jadi wartawan . patutla mcm blog ulasan aku tgk.
    hehehe…
    yup , sokong .aku suka mentaliti cmni ,
    kalau dah salh sendiri x sedar , yg lain jugak nk tuding jari .
    .-= aus´s last blog ..Macam Biasa , Kita Bual Mesra Lagi =-.

  15. btol ape ko ckp tu..manusia suka sgt judge org..huhu..tapi berlakon kan byk pegang2..bukan dosa ke tu??
    .-= ain_chokio´s last blog ...:ye..sy buncit..shhhhh:. =-.

    • so kesimpulannya, kerjaya tu mmg xelok pun..matlamat takleh nk menghalalkan hukum..ye dak?

    • itu memang dosa. aku tak cakap benda2 yang ada dalam kerjaya tu halal dan dapat pahala cuma kita as manusia yang serba kurang ni tak boleh nak pandang hina n rasa kotor dengan kerjaya tu. mana hak kita nak jatuhkan hukum kan?

  16. nak komen apa yek?

    hmm… kalo dolu2, orang tua tak suka kalu dapat menantu artis … macam citer… ibu mertua ku..
    tapi sekarang nih… siapa yang jadi artis dah jadi idola plak..nak kata ape…
    .-= yangbagik´s last blog ..Benchmarking Wanita Melayu =-.

  17. Bambang

    Dear Blogger,

    Kami menyokong sepenuhnya kenyataan saudari mengenai dunia hiburan tidak kotor. Kami juga berharap dunia ini mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan artis-artis wanita akan terus berpakaian serba seksi dan mendedah aurat.

    Kami berharapkan dengan ini akan ada lebih ramai (mengikut Hukum Statistiks & Kebarangkalian) lelaki2 tempatan dan lelaki2 warga asing (halal & haram) yang mengalami peningkatan nafsu syahwat (sedikit atau banyak) di mana sebahagian daripada mereka mungkin tinggal, bekerja atau lepak berdekatan di mana anak2 perempuan, adik2 perempuan, kakak2, ibu2 serta kenalan2 dan ahli2 keluarga perempuan kita juga tinggal, bekerja, lepak, bermain atau bersekolah.

    Walaupun sebahagian artis2 demikian tidaklah selucah mana, tetapi seksi itu seks dan seks itu seksi kepada lelaki2 tempatan dan pendatang2 sekeliling anak2 perempuan kita.

    Orang Melayu kata, “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”. Namun begitu ada di antara kami, “sikit-sikit, lama-lama jadi GUNUNG BERAPI!”. Baru best!

    Orang putih pula berkata, “If you are not part of the solution, then you are part of the problem.” Kami berterima kasih kepada saudari kerana menjadi sebahagian daripada solution kepada kurangnya wanita2 seksi di tempat2 awam dan di media2 massa untuk menaikkan paras nafsu syahwah lelaki2 tempatan dan warga asing di sekeliling kita.

    Untuk akhiri, kami ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana menambah kebarangkalian akan ada lebih ramai lelaki2 tempatan & warga asing akan lebih berfantasi untuk bersama2 dengan para2 wanita.

    TERIMA KASIH!

    Bambang,
    Acquisitions Committee,
    NAILMEN,
    National Association of Immigrant and Local Men.

    • The longest comment. Great. i like it. Tapi, lebih memotivasikan para artis yang maybe terbaca artikel ni sekiranya Mas Bambang dapat menasihatkan dengan cara yang lebih baik.

      Kadang-kadang, ilmu psikologi adalah terbaik bila kita bercakap soal ini. Bila nasihat berbaur sindiran, takkan mengubah apa-apa dan kadang-kadang boleh membuat masalah tu menjadi lebih teruk.

      Boleh bikin Gunung Berapi tu meletus lebih teruk 😉

      p/s: Link blog nya?

  18. artis pun manusia biasa gak..ada baik ada tak baik..diorang pun tak terlepas dari buat kesalahan..kita pun takleh la mengharap yang terbaik dari diorang..
    .-= F I T´s last blog ..No Sweat =-.

  19. hiburan, artis suma ni duniawi je..yg baik jadikan tauladan yg buruk jadikan sempadan..

  20. emmm aku kalau nk ckp psl agama, mmg aku xbpe nk suka sbb aku ni bkn alim sgt pun..tp aku tertarik dgn ayat ni

    ‘Dosa atau apa saja yang buruk, bukannya datang daripada kerjaya kita. Tetapi, ianya berpunca daripada lemahnya iman kita. Bukan semua artis kotor, bukan 100% daripada mereka buat maksiat, meneguk air setan, berjoget tarian sinchan dalam disko. Bukan semua!’

    tp kalau kerjaya pun dah tak elok, camne?
    .-= x-po´s last blog ..PATUTKAH LAGU LUAR DIKURANGKAN DI RADIO MALAYSIA? =-.

    • jangan pandang “kerjaya” tu yang buruk tp individu yang lakukan perkara yang xelok tu aje patut kita jadikan tauladan. tapi, tak bermaksud kita nak pandang jijik kan? Dosa ke apa ke itu soal dia dengan Tuhan. Kita nak menyusahkan diri dan bajet diri baik sangat pun tak boleh. its not fair

  21. maybe kita byk baca benda2 tak elok pasal artis ni. sbb tu mindset kita, jadi artis ni x bagus ni.

  22. Dear Lizz,

    I don’t know much about Malaysia Entertainment Industry nor any other part of the worlds entertainment industry. However, I believe that nothing is wrong if anybody who would want to join in that field but I think let us ponder on Malaysian entertainment industry NOW, I’m so sure there are a lot of it’s negativity. Even new artists would be shock with the real colors of it. We don’t know the truth that lies behind it. We don’t know how dirty it is.

    At the end of the day, I think that whoever who wants to enter the entertainment industry must have a strong faith and believe in religion that is Islam as because the bad impact from it (gossips, rumors, lies, deception, etc) will give a huge impact on that person. So if that individual knows that he/she are not strong enough to withstand the hurdles then I strongly think that he/she should not enter the entertainment industry. Cause I think everybody knows the result from it. Hanyut.

    It’s true that even some of the Imam does unbelievable things which are against Islam but what are the chances, the likelihood, the probability of it to occur?

    Something for everyone to ponder? hahaha sorry if I hurt anybody’s feelings haha just stating a point here. Anyways I like your post. keep it up!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge