Kalau dah kahwin, wanita yang dulunya bertudung dah boleh togel ek?

3 Mar


Kalau dah kahwin, wanita yang dulunya bertudung dah boleh togel ek? Suami suruh ke apa? Sebelum ni bertudung tujuan asalnya untuk apa? Takutkan Allah atau takutkan tohmahan orang? Sorry, entry kali ini saya berani kata akan buat kawan-kawan saya meluat dengan saya.

Peduli apa. Siapa berani buat, beranilah tanggung rasa malu. yummy!

Saya suka memerhati perangai orang sekeliling saya. Kalau saya berdiam, bukan bermakna saya ada masalah. Tapi, saya diam kerana sedang memerhati! Itu sebenarnya. Perangai manusia memang unik. Saya sedar hal itu. Makin lama, makin saya boleh terima.

Kalau dulu, saya selalu sembur tidak tentu pasal. Kononnya, nak puaskan nafsu sendiri! Nak balas dendam. Ah, itu dulu. Zaman budak hingusan. Publisiti murahan.muahaha



berbalik pada topik saya. Kalau dah kahwin, wanita yang dulunya bertudung dah boleh togel ek? Saya sengaja mahu menyentuh hal ini bukan kerana mahu membalas dendam. Tidak sama sekali. Itu hak mereka untuk mengherdik saya. Itu kisah lama. Mungkin inilah karma saya. Mereka sekarang yang sebenarnya patut diherdik.

Maaf kalau melebih, tapi pada saya. Mereka layak dicaci dan lebih hina sebenarnya. Maaf sekali lagi.

Saya pelik. Semua tahu dengan teknologi Facebook sekarang kan? Masing-masing nak tunjuk gambar-gambar badan terlentok sana sini. Oh itu bukan urusan saya. Badan kamu, buatlah apa saja. Cuma, saya agak mengucap panjang bila terpandang koleksi gambar-gambar “sahabat” lama.

Kalau sebelum ini (sebelum berkahwin), tudung tidak pernah lepas. Melekat. Bukan calang-calang orang, dengan bangganya mereka mengaku yang mereka bersekolah di sekolah agama. Kalau dulu, kemain mempersoalkan kenapa saya tidak mahu bertudung? Tak malu ker? Tak takut dosa? Mak bapak tak marah ke?

Sekarang, saya pula mahu soal pada mereka (im sure tak ada yang sanggup jawab).

Mana tudung atas kepala? Dulu kan paka tudung labuh jugak? Kenapa lepas kahwin boleh buka tudung masa tepi pantai? Kenapa pakai seluar pendek macam anak cina? Tak malu dengan mak mertua? tak malu dengan mak bapak? Eh, suami izinkan yek? Kalau suami dah izinkan, Tuhan pun izinkan jugak?

Jawablah kalau berani. I dont mind if ada nak melaser pun. Silakan.

Saya malas nak panjangkan cerita. Cuma, kesimpulannya. Saya malu bagi pihak mereka. Sorry, tapi saya rasa samada iman mereka masih tidak cukup kuat atau asas agama mereka yang sangat teruk buat mereka jadi sebegitu. Saya tidak pernah berkecil hati dengan herdikan mereka suatu masa dulu. Saya tahu siapa saya, saya sedar dimana silap saya, saya tahu dosa saya, saya tahu itu semua.

Cuma, saya syukur gila sebab tak mulut bangkai macam mereka. Saya berterima kasih sebab Tuhan berikan saya hati yang tidak sesuci mana dek dosa saya sendiri tapi sekurang-kurangnya tidak sebusuk mereka ini. Pada saya, sebelum nak menyusahkan diri menilai buruk baik orang lain..baiklah fikirkan dulu iman sendiri tu dulu.

Chow bebeh. Oh, menarik sungguh hukum karma ni. I like!


37 Responses to “Kalau dah kahwin, wanita yang dulunya bertudung dah boleh togel ek?”

  1. pakeri 03. Mar, 2010 at 1:03 am #

    hmm,kalau berbogel untuk publisiti mmg teruk r..klu suami yg suruh punmesti la dalam bilik je kan..buat ape nak tunjuk gbr bogel kat orang luar.buat malu je..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kalau dalam bilik, tak perlu nk pertikaikan.ahaks! tapi, kalau pi pantai berseluar pendek, tudung ilang..pose pelik2..rase macam segan lak. lain lah i yg mmg hawau ni buat. muahahahah

    [Reply]

  2. ishak 03. Mar, 2010 at 1:04 am #

    yes saya first komen Mereka rasa mereka dah dimiliki..mereka rasa tak payah lagi kot nak bertudung…..menjadi kebiasaan dalam hal sebegitu..akan tetapi ada gak yang tak bertudung bila khawin tiba-tiba bertudung pulak..macam minah arab gak tudung..siap ada pudrah lagi
    ishak´s last blog ..Tips nak beri nasihat atau teguran dengan betul My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    maybe betul jugak. dah dimiliki padahal diorang lupe Allah tu pemilik diorang yg hakiki. im not ustazah, bukan alim warak pun. tapi, bila mende2 camni jadi..rase macam ape2 ntah. huhuhu

    [Reply]

  3. khairil 03. Mar, 2010 at 1:12 am #

    orang macam tu pegangan x kukuh… cepat berubah
    kalau ye pun ikut cakap suami, suami kena tanggung dosa si isteri
    khairil´s last blog ..Ada Apa Dengan Akademi Fantasia My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    rasanya, sah2 suami kena tanggung..seingat saya lah. macam tu ustaz cakap dulu2. huhu. sapa jadi laki ku..sure berat bahu kiri. kuikuikui

    [Reply]

  4. ..ein.. 03. Mar, 2010 at 2:00 am #

    kalau nak ikut kan, rmai yg letak gmbr ntah ape2 kat social network skrg…xtau la…xtau malu ke…dl elok2 je..tb2 kat social network mereka tu penuh dgn gmbr pose yg sgt2 menarik…klo jual, kompem mahal…ade yg kat luar bertudung elok je..tp bila tepek gmbr kat laman social network, hilang segala tudung…ein pun bukan la baik sgt, tp selalu juga terpikir…watpe pkai tudung then tepek gmbr2 free hair n seksi2…kompem kena pelempang maut dgn abah…
    ..ein..´s last blog ..bila yang HALAL dikahwinkan dengan yang HARAM, apa akan terjadi My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehe. actually, bab2 ni i pun tak berani nk kutuk2 org cuz sometimes i buat jugak. tapi,macam dah lama xbuat n rasanya macam pic yg free hair dah removed dah from my fb. cume, tag dr kawan2 aje. its ok, bukan isu ni kat sini cume i just tak suka dengan org yg kutuk2 org tp sebenarnye iman dalam hati tak lah sehebat mana pun rpanya.. memalukan.

    [Reply]

  5. ariff 03. Mar, 2010 at 3:26 am #

    NI mesti kes tak puas hati ngan senior masa kat sekolah, betul x?
    ariff´s last blog ..Hi U.. Bleh kenal? :D My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    bukan senior pun. 1 kelas. ahaks! mulut cam konpiden baik padahal ada gak cita2 nak jadi cam aku dulu2. muahahaha :P

    [Reply]

  6. namaakusiti 03. Mar, 2010 at 7:13 am #

    biar lazer…….
    coz bende nih slalu diambil enteng kan.
    kalo tak lazer nnti mate tak celik pd realiti….
    sokong sangat tajuk nih 10000000000%
    jadikan sempadan dalam kehidupan…
    namaakusiti´s last blog ..aku malu….JHaZKiTaRo sorry…. My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    mak aih, banyaknyer % sokong tuh.ahaks!
    kalau ikutkan nak aje tanya die dalam fb tu jugak..tapi, ta nak lah memalukan diri org kan?cuz diri sendiri pun tak btol jugak.muahahaha. tapi, bila fikir2 balik…rasa jijik jugak dengan org macam ni

    [Reply]

  7. apiih 03. Mar, 2010 at 9:11 am #

    klu suami suruh ke arah kebaikan xpe,tapi kalau suami suruh kearah keburukan,jgn sesekali si isteri ikot,walopon suami paksa..huhu
    apiih´s last blog ..Kini Berpindah!! My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    rasanya, suami tak suruh tapi isteri je try nak buat. nak buat laki bangga kot. minta2 dah lama2 nanti die ok balik. huhu

    [Reply]

  8. cik sarah 03. Mar, 2010 at 9:37 am #

    hehe…x suke gax orang yang macam gitu…lebey kurang gax kalo mase gemuk pakai tudung..bile da kurus buke tudung…
    cik sarah´s last blog ..le tour de langkawi~~ :) My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    a’ah kan. bley buat 1 topik baru ni. ahaks! baru perasan. lagi2 dalam iklan dalam tv n majalah kan?hehehehe

    [Reply]

  9. makdara terdiva 03. Mar, 2010 at 9:57 am #

    mungkin sbb nak tunjuk yg badan tu masih solid, masih begetah, masih cun-melecung walaupun anak dah 10..hohoho!!!! kat SANA esok, bersiap-sedialah para suami2 yg spoting-moting tu utk sesi soal-jawab..
    makdara terdiva´s last blog ..selamat hari jadi SAYANGku My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    huhuhu. kalau fikirkan hari sana tu, sure rasa takut sangat2. huhuhu. yang jawab komen ni lagilah takut :P

    [Reply]

  10. aini 03. Mar, 2010 at 10:56 am #

    ramai ni yang macam ni. tak tahu nak kate ape dah. Kalau tegur kang kate kite tak open minded.. Mungkin bangga dengan kecantikan dir..
    aini´s last blog ..Mahu Sedih Atau Gembira Menggila? My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kalau nak kata hal open minded ke tak, rasanye org tu sengal. for me, soal agama tak leh cakap open minded ke tak. even im not perfect n alim, seriously tak pernah nak mainkan soal agama. tudung memang wajib, cume saya aje yg belum cukup sempurna 100%. sikit2, improve diri ke arah itu….

    [Reply]

  11. jedi 03. Mar, 2010 at 11:03 am #

    maruah + aurat….amalan smpai mati di kira…di sukat…

    da kawen pun dosa tetap dosa

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yeah, maruah paling berharga for me. aurat sedang dalam proses memperbaiki. pray for me !

    [Reply]

  12. x-po 03. Mar, 2010 at 12:01 pm #

    ingtkan mula2 td perkataan tonggeng..hahaha

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ko memang.bab2 tonggeng ko sker.wakakaka

    [Reply]

  13. Azah 03. Mar, 2010 at 12:32 pm #

    biasala manusia, sentiasa rasa diri seniri perfect.
    salah orang nampak, mati-matian ditegur dikutuk.
    bila diri seniri yang dikutuk, mati-matian bagi alasan. “kubur aku, suka ati aku la..”
    kan?
    dun emo beb, nnt tambah lg satu kedut.
    hoho..
    matap lah kak ipar aku ni, dah pakai innity.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    eh, emo ke entry ni wei?hahahaha.
    aku bukan emo, aku just pertahankan hak aku yg pernah kene kutuk2 dulu. now, masanya utk revealed.wakakaka. *kidding
    ade mase, kite kene tegur ngan care camni. maybe bukan kawan2 aku je yg terase…im sure ade manusia lain yg “terkena” gak ni. biarkan…

    [Reply]

  14. eiyda 03. Mar, 2010 at 12:39 pm #

    entry best ni..
    teringat kat sorang kawan…dulu aku sekolah agama…time sekolah..die mmg warak ok..pakai tudung labuh…tapi lepas kawen…ngan orang kaya aka suami orang..die skang free hair..huhusayang sekali kan..sebab suami yg suruh…huhu..
    tapi pe2 pon die tetap baik cam dulu jugak…
    eiyda´s last blog ..eiyDa:: Berurusan dengan lelaki buat anemia i hilang:: My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    pelik kan? untuk apa die pakai tudung labuh dulu agaknye..selalu tertanya dalam hati actually. huhuhu.

    [Reply]

    eiyda Reply:

    mungkin jugak desakan suami..dan suami die seorang yang glammer VIP mybe..pakai tudung nmpk tak moden..huhu…entah lah..xfaham..huhu
    eiyda´s last blog ..eiyDa:: Berurusan dengan lelaki buat anemia i hilang:: My ComLuv Profile

    [Reply]

  15. Piston Pecah 03. Mar, 2010 at 3:27 pm #

    entah la…ada yang terbalik…sebelum kawin tak pakai tudung,lepas kawin pakai tudung…semuanya bergantung pada orangnya lah…apa yang dia faham pasal pemakaian tudung dan kenapa perlu pakai… bukan tiada paksaan tapi memahami kenapa dan mengapa.. tak salahkan yang tak pakai tudung,kamu juga tahu hukumnya kan..taknak bercakap macam alim sangat cuma masing-masing dah besar dan tanggung dosan dan pahala sendiri.. dan juga tak semestinya yang pakai tudung itu kadangkala elok sifat dan perangainya…seperti contohnya : yang kene tangkap khalwat ada jugak yang bertudung kalau tak silap…tangkap apa lagi ek…dalam video-video haram tuh pun ada gak… yang penting memahami kenapa dan mengapa…juga dalam hati itu ikhlas dan tahu apa yang di buat… aku pon tak sempurna..cuma, itulah kita manusia biasa…terperangkap diperangkap – jawab dalam kubur masing-masing ye bila tiba masa nanti…enddds
    Piston Pecah´s last blog ..Awan Dania Siri 2 – Episod 22 My ComLuv Profile

    [Reply]

  16. Maria 03. Mar, 2010 at 4:24 pm #

    diorg tu dulu2 tak dapat nak tayang2… dah kawen konon2 laki tak kesah, lepas geram la… lain la klu dulu2 kite mmg tak pakai tudung… so dah tak heran dah dgn org2 cam ni… ibarat meludah ke langit, jatuh kena muka sendiri balik…

    [Reply]

  17. izzat aziz 03. Mar, 2010 at 4:45 pm #

    Mengikut bahasa pasar, togel dan bogel tu dua benda yang berbeza.. bogel adalah bogel seperti kita tahu dan togel merupakan berbogel selepas melakukan emm…. haha tiba-tiba mencelah..

    tak kiralah lepas kahwin ke sebelum kahwin peraturan tetap sama, cuma bertambah sorang je dalam list untuk membenarkan korang bertogel.. hehe
    izzat aziz´s last blog ..Halalkan Penguguran Anak,Mengurangkan Jenayah? My ComLuv Profile

    [Reply]

  18. Wan Perlis 03. Mar, 2010 at 8:50 pm #

    sinis entri kak lizz.
    harap kawan2 tu mai baca na.
    kalau suami bagi buka aurat kpd umum, Wan Perlis labelkan sebagai dayus.
    jgn marah.dah betul kot.
    Wan Perlis´s last blog ..Lari Ikut Teman Lelaki – Berapa Harga Seorang Wanita? My ComLuv Profile

    [Reply]

  19. hazman aka species1980 04. Mar, 2010 at 8:08 am #

    rasanya perkara ini bukan saje terjadi pada yang lepas kawin…. yang masuk program pelangsingan badan pun ada…. kalau perasan mereka nie akan ada gambar SEBELUM dan SELEPAS.SEBELUM masuk slimming program bertudung elok tapi bile SELEPAS ( dapat bentuk badan ideal ) pakai vogue abis…. siap posing maut lagi…
    hazman aka species1980´s last blog ..Dabai Bumi Kenyalang My ComLuv Profile

    [Reply]

  20. FTN 04. Mar, 2010 at 12:22 pm #

    ish..bahaya juga facebook ni, tak pasal-pasal ternampak aurat isteri/suami orang..ouch!

    susah nak ditegur..ada jenis suami yang tak kisah isteri sexy (mcm artis sorang tu), ada suami yang tak kisah isteri bukak tudung kat tepi pantai untuk ditayangkan kat FB, ada suami tak kisah isteri dia hisap rokok dan amik gambar untuk tayang kat FB, ada suami yang tak kisah gi clubbing dengan isteri pastu tayang kat FB..ish byk betul nak tayang kat FB..

    dalam konteks kali ini, dua-dua pun salah. isteri dan suami. pandai-pandailah jaga diri.
    FTN´s last blog ..Rambut Sama Hitam (tapi bertudung labuh), Hati Lain-lain My ComLuv Profile

    [Reply]

  21. izma 04. Mar, 2010 at 5:34 pm #

    kadang2 manusia mudah mula dengan apa yang pernah die tegakkan dulu2 sampai sudahnya mereka pon sama2 condong ke arah yang mereka hina dulu.

    tapi selagi ada nafas, belum terlambat untuk berubah ke arah yang lebih baik..

    wallahualam..
    izma´s last blog ..Platinum Movie Suites, Cineplex Damansara My ComLuv Profile

    [Reply]

  22. Fazreen 09. Mar, 2010 at 8:29 pm #

    ish nasib baik single lagi..kena cari yg betul2 ni..xmau hipokrit..

    eh dah psg plugin tu..hehhee

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.