seo

Haram Ke Kalau Kita Berkawan Dengan Pengkid?

8 Mar

 Banner
  • Sharebar

Isu pengkid bukan hal baru dalam masyarakat kita di Malaysia. Kalau kita lihat hari ini, jumlah pengkid ni bukannya makin menurun, malah makin menjadi-jadi pulak. Jangan salahkan orang lain, tak perlu nak tuding jari ke sana ke mari.

Tanya diri korang sendiri. Apa agaknya penyebab pengkid ni makin meligat.

Saya tak kata yang saya sokong apa yang pengkid-pengkid di luar sana buat. Saya tak pernah beri kata-kata perangsang pada pengkid supaya mereka dapat melebarkan sayap mereka dan terus dalam dunia ciptaan mereka tu. Tak mungkinlah kan?

Cuma, pada saya pengkid ni tak perlulah kita nak pulau-pulaukan. Tak perlu kita nak kutuk-kutuk, tak elok jugak kalau kita nak jauhkan diri daripada mereka. Mereka kan Cuma pengkid, bukannya binatang yang haram untuk kita pegang pun.

Kadang-kadang saya pelik dengan perangai dan mentaliti orang kita ni (saya nak kata melayu sebenarnya). Orang lain yang buat dosa dengan Tuhan, tapi diorang pula yang melebih-lebih. Jijik kononnya nak berkawan dengan si pengkid ni.

Pada saya, masalah tidak akan selesai kalau begini caranya.

Pengkid tu manusia. Mereka  mungkin kurang daripada segi bimbingan agama. Mungkin bukan salah mereka sampai jadi pengkid. Mana kita tahu apa masalah mereka kan? Apa yang kita tahu? Ejek-ejek mereka saja. Kan?

Mengaku sajalah.

Pengalaman saya berteman dengan pengkid taklah seteruk mana pun. Mereka punya masalah sendiri, ada cerita disebalik kejadian abnormal sebagai pengkid tu dalam diri mereka. Saya selesa dan tiada masalah berteman dengan mereka. Bukan dosa pun.

Teman saya, menjadi pengkid kerana trauma dengan kejadian “seks” oleh muhrim sendiri. Sejak itu, teman saya menjadi benci menjadi wanita. Padanya, wanita buat diri dia seperti terlalu lemah. Jadi, menjadi pengkid adalah terbaik baginya. Mahu kelihatan berani seperti lelaki. Bukan salah dia kan jadi pengkid hari ini?

Seorang lagi, mengikut cerita daripada mulutnya sendiri. Dia menjadi pengkid kerana cara asuhan keluarga. Katanya, ayahnya terlalu inginkan anak lelaki tetapi bila lahir si dia adalah wanita.

Dek kerana “tersalah” didikan oleh ayah dan ibu, TERSALAH ya bukan sengaja. (jangan menghukum  sesuka suki), teman saya itu terarah menjadi seorang pengkid. Tetapi, alhamdulilah. Rasanya teman saya sekarang sedang dalam proses pemulihan semula.

Saya difahamkan oleh si empunya badan, dia ingin kembali menjadi wanita yang tulen.

Saya tidak pernah pulaukan mereka. Saya tidak kisah berteman dengan mereka. Saya ikutkan saja rentak mereka selagi tidak melanggar hukum hakam agama. Saya tahu aktiviti mereka tetapi tidak pulak saya memaki.

Saya percaya, orang begini tidak akan lembut hatinya kalau kita terus menghina. Saya lebih suka biarkan mereka dengan cara mereka, dengar cerita mereka tetapi dalam masa yang sama beri contoh yang baik pada mereka.

Percayalah, hati mereka tidak sekeras mana. Akan sampai satu masa, kalau kena caranya…mereka akan tergerak hati untuk berubah!

p/s: Kalau sudi, boleh baca artikel saya bertajuk Pentingnya Ketulenan Gaya Penulisan Seorang Blogger di blog Pengupas Jalanan.


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

44 Responses to “Haram Ke Kalau Kita Berkawan Dengan Pengkid?”

  1. syin 08. Mar, 2010 at 1:26 pm #

    ” Pengkid tu manusia. Mereka mungkin kurang daripada segi bimbingan agama. Mungkin bukan salah mereka sampai jadi pengkid. Mana kita tahu apa masalah mereka kan? Apa yang kita tahu? Ejek-ejek mereka saja. Kan? ” – sokong….pandai2 la kita bawa dia ke jalan yg benar….biar dia berubah suatu hari nanti……. (^_^)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    nak kata 100% berubah dalam masa yg singkat tu maybe susah..tp, kalau dapat ubah diorang sket2 pun ok kan? aku naik meluat kalau org pandang2 serong kat diorang. mengejek belakang2 plak tuh. huhuhu

    [Reply]

  2. Meow 08. Mar, 2010 at 1:31 pm #

    haha…bahaya tu kak…

    jangan terpengaruh sudah
    .-= Meow´s last blog ..Kontest Teka Tajuk Drama Ezy4u.Org =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    InsyaAllah tak kot. tak ada bahaya pun, as long as kite tahu jage diri. lain lah kalau diorang buat something kat kite n kite pun merelakan. itu kes lain kan?

    [Reply]

  3. rina 08. Mar, 2010 at 1:52 pm #

    bukan pengkid je, ‘kumpulan’ yang dianggap bermasalah pun, masyarakat mesti akan sisihkan, pastu kutuk gila2…entah lah, bagi kita lah kan, kita semua manusia yang sering melakukan kesilapan cuma setiap kesilapan tu berbeza…kalau tengok kat youtube, komen2 dorang sangat dasyat…kita bknlah menggalakkan mereka jd mcm tu, tp mcm mana mrk nak berubah kalau orang lain dingin dgn mereka kan…kita mmg hangin kalau ada org yang maki2 mencarut2 ‘kumpulan’ ni macam dia perfect sangat..
    .-= rina´s last blog ..Bola Sepak?AC Milan?kenapa??? =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    itulah, mana ade org normal yg nak galakkan mende2 camni kan..cume,macam x fair pulak kalau nk maki2, nk kutuk2 diorang…macam u cakap, semua manusia buat silap cume berbeza aje carenye.

    diorang ni mungkin jenis yg rase diri tu 100%perfect kot.

    [Reply]

  4. shahrinabd 08. Mar, 2010 at 2:07 pm #

    tak de salah kawan ngan pengkid, cuma janganlah menggalakkan diorang menjadi-jadi. Kalau ada ruang, silalah memberi sedikit nasihat.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    rasanya, kalau siapa yg galakkan tu.,.die sendiri yg tak betul. kan? for me, tak kesah pun kawan ngn diorang ni. just pandai2 jage diri.

    [Reply]

  5. pensel kontot 08. Mar, 2010 at 2:21 pm #

    erm….berkawan xsalah kot…
    just kawan jerk
    dia pun manusia gak….
    ku penah ade pengalaman berkawan dgn pengkid…
    tp kite pn jgn lah terikut hanyut…
    kena lah batasi gak….
    actually pengkid neh mcm pempuan gak…cume kasar je
    .-= pensel kontot´s last blog ..Ini baru satu permulaan baru… =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    pengkid kite nampak care die pakai semue macam boy , they try to be macam lelaki sebenar tp biasanya dalam hati still lembut.;)

    kalau bab terhanyut macam diorang tu kene tau2 sendiri lah kan..rasanya kene ada pendirian sendiri. for me, tak ada masalah hal2 tuh

    [Reply]

  6. kertaz 08. Mar, 2010 at 2:22 pm #

    Pengkid pun diorang tetap manusia.. Kalau kita da member yg pengkid, try la selami jiwa diorang tu.. Kot2 boleh try ubah diorang balik.. At least try.. =)
    .-= kertaz´s last blog ..Selamat Tinggal Kucing.. =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yeah, try..biasanya menjadi. kalau kena caranya. cuma, jangan lah berharap sangat n pakse2 diorang..bagi diorang fikir sendiri

    [Reply]

  7. eiyda 08. Mar, 2010 at 2:54 pm #

    pengkid ke pondan ke…normal..kiter tetap makhluk Allah..dan manusia..cume ‘gelaran’ tu kadang2 buat kiter jd xsuke..
    pengkid..mybe die jd cam tu bersebab..aku ada kenal ramai jugak lah budak2 pengkid nak2 yg keje kt fast food area2 tempt aku keje..dorang ok jek…same jek cam kiter kan..
    jgn cepat menghukum..sebaiknyer kiter menilai dulu…
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa::Lelaki yang selamber atau Perempuan yang suke bergosip?? =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sebaiknyer kite kenal hati budi n cerita diorang semue tu dulu..ini tidak, asal nampak macam teruk aje, taknak kawan. jijik konon. tak nak terpengaruh lah ape lah..susah lah orang2 kite ni.

    [Reply]

  8. hydir 08. Mar, 2010 at 3:17 pm #

    tak salah dan tak haram berkawan dengan pengkid sbb saya juga ada kawan sekerja yg macam tu .. tp apa usaha kita utk membawanya kembali ke arah jalan yg lurus tu perlu dilihat ..

    kadang2 bila berkawan dengan golongan mcm ni kita tak kisah pun sedangkan kita tahu cara mereka itu salah. Bimbinglah mereka dengan cara berhemah, cerita slow2 .. tak banyak, sikit mereka akan berubah juga tetapi kena sentiasa konsisten dengan usaha kita.

    Tapi realitinya, kita tak berani nak tegur kerana takut mereka kecil hati .. hmmm .. jika sedemikian sampai bila pun mereka tak kan berubah dan tanggungjawab kita juga takkan lepas!
    .-= hydir´s last blog ..Sahabat adalah upgrade kepada kawan =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    oh, hal tak berani tu cuz takut mereka kecik ati tu perlu jugak. cuz, kalau salah langkah, silap2 mereka makin teruk. kite kena pandai sket bab2 ni. slowly lah, jangan tiba2 poyologos aje nak wat syarahan. itu bukan langkah bijak kot. huhuhu

    [Reply]

  9. jedi 08. Mar, 2010 at 4:29 pm #

    hati popuan…sekeras mana pun akan lembut jua…

    aku pun penah kawan ngan pengkid

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehe. yeah, sememangnya :P

    [Reply]

  10. Wan Perlis 08. Mar, 2010 at 5:19 pm #

    cara terbaik adalah nasihat pengkid tu jadi perempuan sejati, bawa ke kuliah agama, tgk rancangan keagamaan
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Lari Ikut Teman Lelaki – Berapa Harga Seorang Wanita? =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    cara yg agak vaik. alah,diorang tak kesah pun if mende2 camni. diorang tahu cume kalau dah org kampung pandang serong diorang gi surau…bukan salah diorang kan if malu nk pi..huhuhu

    [Reply]

  11. mello 08. Mar, 2010 at 5:33 pm #

    yup btol ckp ko.. tak perlu nak pulau2 org neh apatah lg benci membenci.. yg perlu bg la nasihat secara elok ke.. setiap org ada mslh tersendiri..
    .-= mello´s last blog ..Satu impian menjadi realiti | Mushmello (dot) com =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    masalahnyer bukan pade si pengkid aje, orang2 kite punyer pemikiran ni yg lagi teruk.huhuhu

    [Reply]

  12. apiih 08. Mar, 2010 at 6:12 pm #

    nak berkawan boleh,tp jgnlah sampai kite terpengaruh dgn pengkid jugak..uhuhuhu
    .-= apiih´s last blog ..Twitter/FanFou (Ditiru??) =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    taklah, insyaAllah..pandai2 jaga diri. mana yg ok, kite ikut.mane yg salah tu kite janganlah join. kan dah besar ;)

    [Reply]

  13. AMR 08. Mar, 2010 at 11:25 pm #

    kena tengok pada perangai pengkid tu jugak. Kalau perangai macam haram dan cenderung nak membawa kita ke arah tu jugak, baik jauhkan diri… berkawan biar seribu…. :)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    betul. tapi, biasanya group2 ni diorang tak masuk campur hal org lain kot. kite sendiri yg kene fikir nak join ke tidak activity diorang tuh ;)

    [Reply]

  14. naz 09. Mar, 2010 at 12:42 am #

    classmate aku dulu 2-3 org pengkid, tp aku kwn, as long diorg tak buat taik. hoho
    .-= naz´s last blog ..Optimize SEO Blog Melalui Profile Twitter Anda =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    diorang takkan buat taik, kalau kite tak mulakan ;)

    [Reply]

  15. Scromix 09. Mar, 2010 at 3:01 am #

    best pe kawan ngn pengkid. satu kepala.hehe
    .-= Scromix´s last blog ..Selamat Kembali Scromix & Pengajaran Daripada Raja Lawak 4 =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ahaks! its depends on diri sendiri. for me, tak kisah pun kawan dengan diorang cume yeah family akan pandang serong n akan risau.hahahaha

    [Reply]

  16. Piston Pecah 09. Mar, 2010 at 11:15 am #

    berkawan untuk membetulkan semula akhlak mereka..bawa mereka keluar dari dunia itu dan kembali ke pangkal jalan…memang tidak mudah, tapi jika dicuba secara perlahan-lahan pasti mereka juga akan berubah dan kembali kepada keadaan asal..pasti ada sebab kenapa mereka jadi begitu, berikan peluang dan harapan serta berdoa supaya mereka tidak terus sesat ke jalan yang tidak diredhai ALLAH…
    .-= Piston Pecah´s last blog ..Asmaradana – Slot Samarinda TV3 – Mulai 9 Mac 2010 =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yes, tak pernah pulak nak buat secara drastik. tak pernah pun nak ceramah2 apa2.cume, biler diorang ade prob..dengar n lame2 diorang akan tahu yg kite tak pernah pandang serong pd diorang…

    [Reply]

  17. x-po 09. Mar, 2010 at 8:12 pm #

    tgk2, ko yg jd mangsa diorg..hukhuk
    .-= x-po´s last blog ..COUPLE JAUH MENYEKSAKAN HIDUP =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahaha. so far,tak pernah lah.ok aje. kalau kite yg melayan..itu lain cite.

    [Reply]

  18. Fazreen 09. Mar, 2010 at 8:43 pm #

    aku ada kwn pengkid tomboy dan seangkatannya..best kawan dgn dorang tak hipokrit mcm sesetengah wanita tulen
    .-= Fazreen´s last blog ..You Only Need 5 Minutes =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kan?aku pun same pendapat macam ko even aku ni pompuan tulen.wakakak!

    [Reply]

  19. yang 10. Mar, 2010 at 8:49 am #

    ahaks… masuk kelas mate jap…
    tak salah kawan ngan pengkid… jangan terpengaruh sudah la…
    pengkid pun manusia biasa juga cuma ada silap ‘skru’ skit…
    .-= yang´s last blog ..Rasa macam dah tepu… mana silapnye =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    skru yang silap pasang tulah yang patut kite tlg betulkan. kan?huhuhuhuhuhu

    [Reply]

  20. izam 10. Mar, 2010 at 10:28 am #

    sy terharu dgn artikel ni bkenaan pengkid..
    krn desakan hidup sorg pompuan nak tukar ciri sorg lelaki.
    TETAPI
    pe pula cerita lelaki yg tukar ciri sifat sorg pompuan..
    .-= izam´s last blog ..enTourage edge™dualbook Untuk Mahasiswa =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kalau cerita lelaki jadi wnaita tu lain entry ek. nanti saya kupas if ada masa.hehehehe

    [Reply]

  21. F I T 10. Mar, 2010 at 3:34 pm #

    bagi saya pengkid ok lagi..tapi yang tak tahan ni mak nyah..adoiii tolong la..ngalahkan perempuan je gaya..

    tapi memang betul a pengkid ni maybe berasal dari keluarga yang nak anak lelaki…dan ada jugak yg ada sejarah hitam.. moga cepat-cepat la golongan ni bertaubat :)
    .-= F I T´s last blog ..I got RM20 from Nuffnang. You too can get lorr! =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    alasan tu memang logik. memang dah ade pengalaman pun. tapi, mak nyah tak sehebat pengkid tau fit. huhuhu

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Bukan Jual Mahal | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 28. Jan, 2011

    [...] kan, ni dialog apa? hahahaha! Sebenarnya, itu dialog saya dengan someone. Of course lah lelaki. Saya bukan lesbian or pengkid nak bercinta dengan perempuan. hahaha! Saja, saya tulis entry “Bukan jual mahal” [...]

  2. Jawapan Balas Bagi Entri:: Perempuan Yang Tak Tutup Aurat Jarang Nak Solat | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 05. May, 2011

    [...] masalah ke kalau saya kawan dengan perempuan yang free hair? Tak kot. Mak saya tak marah pun. Berkawan dengan pengkid ke lesbian pun dia tak marah. kehkehkeh!! For me, setiap manusia tu sebenarnya dalam hati kecil dia ada niat [...]

Leave a Reply