seo
Archive | March, 2010

Doakan Yang Terbaik Buat Din Beramboi

31 Mar

Doakan yang terbaik buat Abang Din Beramboi yang sedang koma akibat infected by rat urine ye. Sama-samalah kita doa mudah-mudahan Abang Din Beramboi sihat semula dan melepasi waktu krtikal ini. Phew. Abang Din Beramboi merupakan comedian yang sangat berbakat. As a muslim, sedekahkan doa untuk beliau.

Pada sesiapa yang masih tidak tahu tentang Abang Din Beramboi, bolehlah baca secara online di sini dan di bawah ini adalah sedikit daripada keratan berita tersebut.

KUALA LUMPUR: Popular comedian and radio presenter Din Beramboi is in an induced coma at the Selayang Hospital’s Intensive Care Unit (ICU) after being infected by rat urine when shooting a pet show, according to friends of the artist.

Kalau hari ini kita kalah, tak semestinya esok pun sama. Andai hari ini kita sedih, esok mana tahu rezeki kita bergelak ketawa pulak. Katakan lah hari ini kita kecewa, siapa tahu esok kita akan dapat sesuatu yang istimewa untuk hilangkan rasa kecewa tu balik. Kan?

Sebenarnya, tiada seorang pun di antara kita yang tahu tentang hidup kita selepas ini.

Kita bukan Tuhan, bukan  jugak tabib peramal nasib. Sudah-sudahlah buat kerja bodoh menilik nasib. Bawa pulang ke pangkal jalan. Siapalah si tabib tu yang nak mengatur urusan hidup kita yang menjadi milik Tuhan sejak azali lagi kan?

Kita jangan mudah kecewa dengan apa yang Tuhan beri pada kita hari ini. Belajarlah untuk bersyukur. Manusia mudah sangat alpa pada pemberian Tuhan. Kalau sudah diberi rezeki yang agak lebih, mereka lalai dengan dunia. Kalau ditarik balik, barulah mula nak menadah tangan.

Saya pun macam tu juga. Saya manusia yang selalu buat salah.

Manusia tidak pernah sempurna mana. Selangkah kita maju kehadapan, hakikatnya masih ada yang tertinggal dibelakang. Sepatutnya, kita bawa bersama. Bila maju kedepan, jangan lupa yang dibelakang. Jangan lupa daratan orang Sepanyol kata.

Sejak mendengar berita tentang Abang Din Beramboi yang sekarang terlantar sakit di hospital, saya macam seram sejuk. Saya mulai terfikir sesuatu. Inilah namanya kehidupan. Hari ini kita gelak ketawa, hari esok siapa tahu kita akan diam seribu bahasa?

Mari kita doakan Abang Din Beramboi ye! Doakan juga untuk diri kita semua supaya jangan terus leka dengan arus dunia. Huh.

Juara Kaki Tidur. Lelaki Atau Perempuan?

30 Mar

Siapa kaki tidur, angkat tangan! Siapa juara tidur kampung, angkat kaki! hakhak. Entri kali ini, adalah di atas permintaan seorang teman. Mungkin dia sedang membuat kajian barangkali yek tentang tidur ni. hehehe. Tak apalah, yang penting saya pun suka nak kupas isu tidur ni. Excited jugak!

Rasanya, semua orang akan agree kan kalau saya katakan yang tidur itu adalah suatu keperluan dalam hidup. Agree? Beb, mana ada orang yang boleh tahan kalau tak tidur woo. Kalau ada pun, maybe makhluk ciptaan Tuhan yang tidak tidur itu unik bin ajaib. ahaks!

Tidur perkara wajib.

Cuma, persoalannya sekarang. Siapa di antara lelaki mahupun perempuan yang kaki tidur terhebat? Sesetengah orang kata, kalau dilihat daripada pandangan kasar. Mungkin lelaki yang menjadi juara tidur ni. Kononnya lelaki ni kurang memikirkan masalah sekeliling sangat. Asal dapat tilam dan bantal aja, semua masalah yang ada hilang.

Lelaki dikatakan jarang memikirkan masalah. Dengan kata kurang sopan sikit, lelaki tak fikirkan masalah sangat pun. Jadi, bila lelaki tidur. Tiada sebarag gangguan emosi atau apa saja. Bila tiada gangguan, tidur pun macam best sangat dan tak reti-reti nak bangun. Itu yang tidur lelaki nampak macam berkualiti sungguh. Bila  hahahaha.

Entahlah, itu kata sesetengah orang.

Kata saya pula. Mungkin jugak juara kaki tidur ni memang lelaki. Saya menulis mengikut pengalaman sebagai seorang anak perempuan tunggal di dalam keluarga ok. Sila jangan nak beremo dekat sini kalau tidak puas hati nanti ye wahai lelaki. hehehehe

Ok, sepanjang 25tahun saya hidup bersama abang-abang dan adik lelaki tersayang. Apa yang saya boleh saya katakan di sini adalah yeah mereka memang juara kaki tidur! SubhanaAllah. Susah ya ampun kalau nak kejutkan mereka bangun tidur. hahaha!

Kalau waktu cuti tuh, waktu tu lah juara mereka terselah. Kalau yek pun penat or nak qada’ tidur. Janganlah melebih kan? Ini tidak. Selagi jam belum cecah jam 12pm, jangan haraplah diorang nak bangun. muahahaha. Itu pun waktu minimum ok, kalau datang mengarut boleh sampai jam 2pm!

Serious. Kadang-kadang rasa nak simbah air aja. wakakaka

Cuma, tak boleh nak confident kata lelaki yang juara kaki tidur ni kan? Sebab, ada juga teman-teman perempuan saya yang juara tidur jugak! Cuma, tempoh tidur tu tak lama lah macam adik-beradik saya. Tapi, saya rasa kurang sopan lah kalau perempuan kaki tidur ni.

Unless, kalau dah kepenatan sangat. Lain lah jugak.

Tapi, kalau selalu sangat tidur macam buaya ngeri jugak kan? Memang ada tau. Lagi-lagi kalau kita duduk hostel. Pergh! For me, saya tak rasa saya kaki tidur sangat sebab kalau paling lambat pun saya akan bangun pagi around 10am. hehehehe. Entahlah, susah nak cakap siapa juara sebenar. muahaha

P/s: Apa kata korang?  Lelaki ke perempuan yang patut kita gelar juara kaki tidur???hehehe.

Menjadi Blogger Tegar. Layakkah Anda?

28 Mar

Blogging kalau kena caranya, memang seronok. Kalau tahu tricks, lagi best. Blogging kalau kena caranya pasti boleh tambah pendapatan. Kaya raya, mungkin tidak. Tapi, nak hidup senang sikit dan tambah income harian..sure boleh!

Bukan takat itu saja. Kalau betul nak jadi blogger tegar, jiwa kena kental. Boleh terima teguran, boleh dengar nasihat orang, boleh sikit lebih kurang, lah senang cerita. Korang macam mana? Kalau sikit- sikit nak melenting, baik tak usah ada cita-cita tinggi melangit nak jadi blogger tegar.

Serious, blogging bukan untuk orang yang jiwanya sentiasa kacau. Kacau maksud saya, jatuh dalam kategori yang mana seseorang tu punya sifat sensitif terlampau, asal dapat komen kena kutuk start nak meleleh air mata, kalau tak pun dok melenting sebab tak puas hati orang kutuk blog dia itu ini.

Kalau korang dalam kategori yang saya sebutkan di atas, hmm. Susah woo nak maintain dalam dunia blogging ni. huhuhu

Saya sudah berblogging lebih kurang 3 tahun. Bermula dengan blog picisan Harajuku, yang mana mulanya saya sekadar isikan dengan cerita-cerita personal. Entah macam mana, sehari sebelum saya ke Mekah mengerjakan umrah bersama keluarga. Saya tergerak hati menulis artikel yang agak serious. Tentang mentaliti rakyat Malaysia di jalan raya.

2 minggu saya tinggalkan blog, dan bila pulang ke Malaysia. Punyalah saya terkejut bila macam-macam komen saya dapat. Sejak daripada itu, penulisan saya berganti-ganti. Ada masa, saya menulis secara santai. Ada masa, bila perlu saya menulis artikel yang makan dalam. Siapa yang makan cili, pandailah dia terasa pedas.

Setiap kali saya menulis entry yang makan dalam, biasanya memang perkara tu yang tengah bermain di dalam fikiran saya! Lama-kelamaan, ramai pula yang minta saya teruskan menulis artikel-artikel yang berbaur agak serious ni. Saya pada mulanya, mahu hentikan saja menulis isu-isu yang agak sensitif.

Bukan apa, kadang-kadang saya rasa susah nak puaskan hati semua orang. Kalau yang ini, mahukan begini. Kalau yang itu pula, mahukan yang lain. Bila saya tegur yang ini, yang itu terasa. Mula nak melenting. Kalau sebaliknya, begitulah juga kejadiannya.

Tapi, bila difikirkan balik. Kenapa saya mesti berhenti menulis tentang isu-isu yang saya pilih sendiri?

Saya sedar yang saya tidak mungkin puaskan hati semua orang. Jadi, biarlah. Saya akan terus menulis sampai kapan pun. Samada korang suka atau tidak, saya begini lah seadanya. Untuk menjadi yang terbaik, bukanlah mustahil. Tapi, dalam perjalanan untuk menjadi yang terbaik itulah yang kita kena kuatkan hati!

Jadi, pada someone yang telah email dan bertanyakan soalan tentang perkara ini, inilah jawapannya! Pedulikan apa orang nak kata tentang kita. Ambil teguran itu boleh, tapi tak payahlah nak pakai semua sebab belum tentu yang menegur kita itu sudah cukup baik untuk dijadikan contoh ;)

Jadilah diri sendiri. Itu sudah memadai. Cheers!

p/s: Saya tiada masalah nak dengar masalah korang. Silakan kalau mahu bercerita. Just email me at lizarazak84[at]gmail[dot]com. Hidup kalau dapat berbahagi segalanya, pasti seronok!

p/s/s: Jemput ke blog si puitis. Kalau berminat nak tulis puisi atau apa saja, boleh email me di alamat email seperti atas jugak. No big deal!

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.