4 Perkara Yang Perlu Ada Sebelum Berkahwin. Tak Wajib, Sunat Aje
22 Feb
Hari ini, hari last untuk saya bermanja-manja di atas tilam empuk dengan masa yang agak lama. Esok, semuanya akan kembali normal. No wonder dulu, saya ada cita-cita ingin jadi Doraemon. Ini rupanya sebabnya. Mahu putar balik waktu. wakakaka.
Haih. Mengeluh sesekali tak apa. Mak kata, bukan saya. kahkahkah.
Semalam, happy gila lepas jumpa balik dengan teman-teman sekolah lama. Cuma, yang bezanya. Mereka ada yang sudah mengendong anak dan ada yang di antara kami masih lagi belajar. Macam empunya blog ini. Ada teman saya yang bermasam muka bila ditanya, “kau sudah kahwin belum?”.
Kasihan. Mungkin si teman itu cemburu barangkali dengan sahabat-sahabat yang lain. Punya suami dan anak sedangkan dia tiada.
Kemudian, ditanya pula pada saya. Soalan yang sama dan saya slumber jawab “not yet. study lagi, bagi aku masa 2tahun lagi.”. muahahaha. Tiba-tiba seorang teman lain menyampuk. “kau tengok si Liza ni, belum kahwin dok ceria aje.”.
Sebenarnya, dalam hidup kita tak perlu membanding-bandingkan cara kita dengan orang lain. Nasib mereka lain, cara mereka mahu bahagia pun lain. Jangan sesekali merasa diri kita lemah atau nasib kita yang sentiasa malang. Tak perlu.
Pada saya, bila kita hidup kita mesti tahu ke mana arah mahu pergi. Bukan setakat untuk hari ini, tetapi fikirkan untuk hari esok dan seterusnya sampai hari kita tutup mata kelak. Kalau mereka merasa dengan berkahwin dengan setakat sijil pelajaran seadanya (fikirkan sendiri sijil apa), biarkan.
Andai mereka rasa, bila sudah berkahwin akan ada lelaki yang boleh “membela” dan memberi makan mereka sampai ke mati pun biarkan saja. Kalau mereka yang membuat pilihan untuk hidup “bahagia” cukup dengan kereta kecil dan berumah comel (mungkin menumpang di rumah orang tua), kita tak boleh nak buat apa.
Itu pilihan hidup mereka. Mereka yang inginkan hidup begitu. Mungkin cita-cita mereka setakat itu.
Saya ada cita-cita lain. Saya ada tanggungjawab lain juga. Saya ada abang-abang yang mampu menyara saya dan ibu yang alhamdulilah rezekinya masih ada sisa untuk saya selepas kematian suami tercinta. Tapi, ibu selalu berpesan. Sebelum berkahwin, (untuk perempuan sahaja) kalau b0leh biarlah ada 4 perkara ni.
- Rumah- Jangan bergantung dengan lelaki. Jangan fikirkan perkara yang manis-manis sahaja. Fikirkan sebaliknya. Andaikata, waktu pertengahan usia perkahwinan. Kita berselisih faham dan akhirnya bercerai. Malangnya, kita tiada rumah dan selama ini menumpang rumah di atas nama suami. Kemana mahu pergi selepas bercerai dan dihalau???
- Kereta- Kita perlu berdikari dan bantu suami. Jangan selalu sangat mengharapkan suami. Kalau boleh, biar ada 2 kereta di rumah. Memang tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga tapi janganlah hal-hal kecil pun kita nak minta dia tolong kan? berdikari beb! Soalnya, kalau tiada lulusan dan tiada ongkosnya…camna nak beli kereta kan? Unless korang anak orang kaya…
- Duit simpanan- my mom selalu pesan. Simpan duit. simpan duit, simpan duit. Sekarang jangan fikir nak pakai. Duit tu simpan dalam 1 akaun yang takkan ada orang tahu pun. Suami pun tak perlu nak kasi tahu (ada lelaki yang mata duitan kan?). Duit ni untuk simpanan masa tua nanti. Kot-kot dapat anak haramjadah kan? Nak dicampaknya kita ke rumah orang tua..time ni, keluarkan duit dan minta belikan kondo sendiri. cool kan? muahahaha
- Kerja- Saya tak tahu macam mana orang tak berkerja boleh berkahwin. Serious. Mungkin belanja kahwin ibu ayah yang support. Itu biasa. Tapi, macam mana kalau ada anak nanti ek? Dah ada duit simpanan ke kalau nak beranak nanti? nak cari selepas berkahwin? hmm..entahlah. Lain orang, lain caranya. Cuma, kalau boleh saya mahu ada kerja sebelum kahwin
Saya tidak mahu mengharapkan duit suami. Nanti suami ada alasan baik punya masa bergaduh. kikikiki
Ini apa yang saya mahu dalam hidup saya. Jadi, untuk apa saya mahu bersedih bila ada bertanya soal kahwin tetapi tak perlu juga saya beriya senaraikan semua ini di depan mereka. wakakaka! Mungkin ada yang fikir saya terlalu bercita-cita tinggi.
Sorry to say tapi kita hidup dalam zaman canggih sekarang ni. Lelaki pun kadang-kadang pun ada yang tak guna, Habis madu, sepah dibuang. Ada koleksi menarik dan godaan leboh sikit depan mata..takkan diorang tak teruja kan? Jadi, bersusah-susah lah dahulu. Carilah harta sendiri dulu waktu muda mudi ni. Risau jugak kalau kena cerai ka? wakakakaka!!




wah..sungguh “daring” posting kali ini ya. No komen, ini adalah pendapat ikhlas dari lizz… Mungkin ada 1-2 yg kurang tepat pada spek mata ery.. tp ery setuju ngan apa yg lizz tulis… =)
tin kosong´s last blog ..Mari Berdisko
[Reply]
Lizz Reply:
February 21st, 2010 at 2:01 pm
daring ke? huhuhu. sorry ye kalau ade yg terase ke ape tp i just wrote ape yang ade dalam otak n ati ni. kuikuikui.
of course akan ade yg kurang tepat n maybe salah cuz kite berbeza ery
setiap org, lain care berfikir. hehehe.
[Reply]
ery Reply:
February 23rd, 2010 at 7:10 am
ya.. betoolll…
masing2 ada pendapat masing²..
ery´s last blog ..Dapatkan SMS Percuma
[Reply]
Lizz Reply:
February 23rd, 2010 at 11:56 pm
yep. tak ada org yg salah n tak ade yg 100% betul. depends on that person
ttg duit2 tue….
sampai mati pun tak cukup….
cume… teruskan mencari duit…. huhuhuhuhu

meo188 (brader luv…huhuhu)´s last blog ..Karikatur: Najib Tun Razak & Muhyiddin Yassin
[Reply]
Lizz Reply:
February 21st, 2010 at 2:03 pm
a’ah. maksud nyer, sediakan lah sedikit bekalan untuk masa tua or at least untuk duit masa nak uruskan jenazah nanti.ahaks! sakit, tue n mati tu something yg pasti woo
[Reply]
ahaks… perkara ni pun wajib gak ntuk lelaki… sebagai persediaan … tukar jak perkataan suami tu dengan isteri… ~_^
BudakhutaN´s last blog ..Oh Hero ku Sayang !
[Reply]
Lizz Reply:
February 21st, 2010 at 2:04 pm
hahaha. yeah, if rase perlu n hidup penuh bermaruah…dapatkan semue2 tu n after that bolehlah idup ngan sedikit rase kesenangan
[Reply]
eh kita serupa la..ada ibu je dan ada abang dan kakak..takde adik kan? hehe BTW betul akak cakap tu.. wanita tak perlu bergantung sepenuhnya kepada lelaki.. kena independant dan berdikari..sekurang-kurangnya takde la sesak sangat bila diri sendiri ada masalah..tapi bila kahwin tu hormatlah pasangan..jaga elok-elok masjid yang Allah bagi tu..kalau niat nak kahwin tu kerana Allah, insyaallah kekal selamanya..AMIN ^_^
F I T´s last blog ..Cash-out Pertama Selepas 5 ke 6 Bulan Bersama Nuffnang
[Reply]
Lizz Reply:
February 21st, 2010 at 2:08 pm
hi FIT. rasenye wanita skrg ni dah ade kesedaran ttg hal berdikari ni..cume, masih ade yg tak nak fikir jauh sket. maybe org akan kate i cerewet n cita2 tinggi sangat tp for me..kite tgk aje nnti sampai saatnyer nanti. huhuhu. maybe didikan parents jugak main peranan untuk anak2 fikir macam ni kot. kukuku
kahwin bukan hal main2 unless kalau nak kawen sebabkan hal seksual tu tak payah citelah. i dunt want to talk about it. for me, kawen tu soal yg paling rumit n bukan suka2.
[Reply]
betul2…
lizz aku setuju…
sblm kawen masti nak kena ada harta sendiri…
hehehehe
[Reply]
Lizz Reply:
February 21st, 2010 at 2:25 pm
huhuhu. for me, wajib cuz malu dah now ni pun abang2 yg tanggung makan. takkan kawen nnti nak pow diorang gak kan? ;(
[Reply]
post menarik..sblm kawen kalau boleh nk rumah sdiri…yg ptg duit simpanan..hehehehe
Maya´s last blog ..Jambatan Khas Untuk Haiwan Melintasi Hutan…..Special Gitu!!
[Reply]
Lizz Reply:
February 21st, 2010 at 2:28 pm
hehehe. rumah tu xperlu banglo janji ade rumah sendiri. hehehe. duit tu bekalan hari tua
[Reply]
Zaman sudah berubah..perempuan perlu bijak…saya ada 1 perkara je yang perlu ada sebelum kawin..1 perkara tu ialah 4 point di atas supaya bakal isteri saya tak menyusahkan saya..hahahaha
[Reply]
Lizz Reply:
February 21st, 2010 at 2:57 pm
hahahahahaha!! 4 in 1 naa. bijak sungguh lelaki ini.wakakaka!!! see, lelaki pun demand now kan? ;P
[Reply]
Fazreen Reply:
February 23rd, 2010 at 12:06 am
aku rasa kn ko patut install subscribe to comment plugin..baru best sket nk berbalas2 komen.. miahahaha
[Reply]
Lizz Reply:
February 24th, 2010 at 12:01 am
hehehe. disebabkan ko teror bab2 ni..nnti aku usha plugin tu naa
baik sifu.gegegege
huhu betul gak apa yang dituis oleh cik lizz,kehidupan sebelum dan selepas berkahwin jauh sekali perbezaannya dan yang penting duit duit dan duit.Kalau xde duit macam mana nak tanggung anak orang
wazy´s last blog ..Southern Wheel Motorsports
[Reply]
Lizz Reply:
February 21st, 2010 at 3:00 pm
my lecturer pernah cakap…kalau ikut statistik kat UK ke mane ntah, memang money problem tu punca utama penceraian. huhuhu
[Reply]
saya sngt setuju ngan lizz…antara syarat yang bg sayalah wajib kot…
tamat belajar dulu,ader keje tetap, ader gaji, der rumah, der kereta..dan dah cukup2 bersedia..
fizikal dan mental baru boleh kawen..
kalo rase belum bersedia, baik jgn kawen lagi..nnti kalo da der anak pon..rutin harian still same cam orang bujang..ssh tu..hehehe
[Reply]
Lizz Reply:
February 21st, 2010 at 3:04 pm
a’ah. betul jugak. ade banyak case yg dah kawen tp perasan diri tu bujang. anak nangis suruh org jage. pastu suka suki lepak ngan kengkawan padahal tggjawab kat rumah terabai. macam org bujang. belum bersedia, jgnlah kawen. adoi.
[Reply]
hahaha..tp kalau zaman sekarang ini dh consider wajib dah…
tak kira lelaki ke perempuan..kne berusaha..
Ika Suhaimi´s last blog ..Sape suruh bogel..??
[Reply]
Lizz Reply:
February 21st, 2010 at 3:07 pm
hehehe. wajib atau tak tu..depends on orang lah. kalau bley, nak ade semue tu tapi kalau dah jodoh tu tak leh nak cakap ape jugak. terpulang
[Reply]
sekarang bakal ‘ayah mertua’ aku dia mintak aku kerja dulu.. so dah green light lah.. just tunggu habis belajar pahtu kerja.. kalau rezeki elok, gaji boleh tahan untuk dua orang.. so kahwinlah aku..
[Reply]
Lizz Reply:
February 21st, 2010 at 3:21 pm
yeah. kalau ade bakal mak mertua terima anak menantu lelaki yang blum ade keje pinang anak die..sah2 die senget. kecuali dia risau anak die terlanjur tu lain cite
[Reply]
4 perkara ko tuh adalah perkara basic untuk laki kalau nak kahwin.
ades~ ko ni independant sangatla.. jangan kahwin lambat sangat sudah la.
ariff´s last blog ..Kita Merancang Allah yang Menentukan
[Reply]
Lizz Reply:
February 21st, 2010 at 3:23 pm
insyaAllah, sampai jodoh aku..kawen lah. cume, sebab dah terbiasa tak ade ayah kan..so, nak ke tak nak..kenalah independent secara LUAR BIASA sket dr org lain. nasib kite kan berbeza. pengalaman pun berbeza. kalau tak merasa, takkan tahu ape yg org tak berbapa rase
[Reply]
aku rase semua perkara tuh penting bagi aku..hahaha..kene simpan duit dlu laa…hihi
apiih´s last blog ..Bagaimana Hendak meng’RESUME’kan ‘corrupted/broken download’ menggunakan IDM dari MEDIAFIRE
[Reply]
Lizz Reply:
February 24th, 2010 at 12:03 am
simpan dlu duit yer. takyah lah plak nk tggu kaye raye sangat..maksud aku, simpan untuk hari tua lah
hehehehe
[Reply]
aku sokong walaupon aku lelaki hehehe….
rizputra7´s last blog ..Padah hina di Facebook
[Reply]
Lizz Reply:
February 24th, 2010 at 12:04 am
thanks ye. ahaks! laki pun kene ade semue ni actually tp cume wanita ni macam kaum yg selalu dianggap macam lemah kan?so, kene sediakan payung besar sket dr laki. hahaha
[Reply]
ushh,baru perasan,lizarazak pun dah pakai innity..bila nak buat contest lagi?hik3…
eyriqazz´s last blog ..Terjah | Ariff Shah Jejaka Russia Idaman Wanita Malaysia
[Reply]
Lizz Reply:
February 24th, 2010 at 12:06 am
hehehe. tunggu duit tabung penuh balik ek dulu.gegegege. sker aje nak try mende baru. tak try, tak tahu camner kan?hehehe
[Reply]
klo laki pun kena ada 4 benda tu gak kan?hehe
aizuddin´s last blog ..Laman Web Pilihan Untuk Kaki Bola
[Reply]
Lizz Reply:
February 24th, 2010 at 12:10 am
laki lagilah patut ade semue tu before kawen anak dara org..huhuhu
[Reply]
Yup, sokong apa yang lizz tulis tu..soalan paling favorite dalam dunia “dah kawin belum, bila nak kahwin?” Setiap orang ada sandpoint dan target masing-masing. Istilah kebahagian juga berbeza pada setiap individu.
Sya Isya´s last blog ..GUNAKAN KAWAN SEBAGAI ORANG TENGAH
[Reply]
terkadang lebih baik kawin awal.
boleh elak maksiat
Wan Perlis´s last blog ..Artis Kita Semakin Bangang – suam-suam kuku
[Reply]