seo
Archive | February, 2010

Lelaki Suka Menipu: Fakta atau Tuduhan?

17 Feb

Lelaki suka menipu untuk selamatkan diri mereka daripada apa? Lelaki suka menipu disebabkan perkara apa? Adakah lelaki suka menipu hanya kerana ada yang memaksa? Ok, lelaki-lelaki sila cool seminit. Intro ini sekadar pertanyaan kosong tanpa maksud ye.ahaks!

Mungkin ada yang sudah tahu, saya lebih ramai kawan  lelaki berbanding wanita. Itu cara saya. Saya selesa dengan cara lelaki walau ada yang agak tidak puas hati. Relax beb. Ini cara gua woo. Jangan ditanya berapa banyak koleksi barbie doll saya ada.

Memang tak pernah ada. Tak ingin ada pun. kihkihkih. Saya tak main cakap sorang-sorang dengan patung tak bernyawa tu. Saya cuma main panjat pokok rambutan jiran, panjat pokok kelapa separuh jalan sebab cuak tinggi sangat, saya main tangkap ikan dalam parit dengan adik dan abang, saya suka main badminton dengan abang-abang even saya selalu jadi mangsa buli tapi saya juara lompat getah jugak. kehkehkeh.

Melalut. Ok, saya teruskan dengan tajuk kali ini. Lelaki suka menipu. Is it satu fakta atau tuduhan ek? hmm. Biar saya senaraikan dulu pengalaman dan pemerhatian saya tentang lelaki-lelaki dikeliling saya. Thats cool gila bila kita dilahirkan sebagai wanita tapi ada sense untuk tahu rahsia lelaki. wakakakaka!* gila kau Liza


Lelaki akan menipu bila ibu bapa mereka bertanya kemana mereka pergi semalaman dan tidak pulang ke rumah.

Kata saya: Anak mana yang suka bila kena marah dengan mak ayah kan? Unless korang ada penyakit keturunan kronik. Itu lain cerita. Tapi, biasanya bukan saja lelaki. Malah kebanyakkan wanita pun akan menipu dengan mak bapak ni. Cuma, nisbah lelaki menipu mak bapak dalam case macam ni lagi tinggi berbanding wanita. Wanita ni agak cuak sikit bab-bab menipu mak bapak. Lelaki ni teror buat muka macho. Konon dia anak lelaki, boleh melepak sampai langsuir nak keluar ajak dating sekalipun. wakakaka.

Lelaki akan menipu bila adik-beradik terjumpa surat cinta di dalam beg sekolah mereka.

Kata saya: Ah, saya 110% berani kata yang lelaki memang akan menipu kalau terkena situasi macam ni. hello, adik-beradik ok. Mana nak letak muka kalau dalam surat tu dok baby baby, sayang, mama papa padahal nikah pun tidak lagi nak berangan jadi parents lak. huwaa!!! Jawapan kalis peluru paling mustajab rasanya waktu tu  cuma 1. “Itu surat kawan aku lah. Aku tolong simpankan aje”. muahahaha. Dasar. Kalau wanita, biasanya kalau dah kantoi terang-terang macam ni..alamat diam seribu bahasa lah gamaknya. Nak cover muka tak boleh dah. Bukan macam lelaki, mereka hebat cover muka bersalah ok!

Lelaki akan menipu bila kawan-kawan marah sebab datang lambat bila ada reunion atau any function

Kata saya: 150% saya katakan IYA. 70% daripada teman-teman saya adalah lelaki. Alahai, dah naik masak ranum dengan alasan tak boleh blah bila dah janji jam 8am tapi batang hidung nampak jam 10:45am. Alasan logik tak logiklah, “mak aku suruh teman  pergi kedai tadi.” gegegege. Masak sungguh deng :p Cuma, ada 1 menda pelik dengan cara menipu yang ini. Betul atau tak, lelaki cuma akan menipu hal macam ni dengan kawan-kawan wanita saja tetapi bila jumpa geng lelaki semula..slumber aja cakap “aku tidur mati tadi dowh. Mengantuk giler.” Dodol kan?

lelaki akan menipu bila girlfriend dah sms ayat merajuk “abang dah tak sayangkan orang, orang nampak abang jalan berdua dengan perempuan tadi…”

Kata saya: kahkahkah. Saya rasa majoriti lelaki akan mula menipu untuk pertama kalinya bila berdepan dengan masalah ni. Mulalah menipu kata perempuan yang berjalan dengan dia tu sepupu dia, adik dia lain nenek lah and whatever lah kan. wakaka! Its reality ok. Ramai kawan-kawan lelaki saya macam tuh. Saya tidak setuju bila hal macam ni. Kalau tak salah, untuk apa menipu? Kalau betul keluar jalan dengan kawan perempuan lain, terus terang kan senang. Nak cari penyakit untuk apa? For me, bila bercinta perlu jujur dan tidak perlu terlalu cemburu. Kalau teman lelaki saya menipu hal ni, sorry to say. Dia lelaki yang tidak jujur dan penakut. Just be honest, tak ada salahnya berkawan dengan wanita lain dan keluar berdua atas urusan “sah” unless urusan “haram” itu lain ceritalah. Come on lelaki. Tak perlu menipu hal kecik ni. Bila dah selesa sangat , bimbang -pulak terbawa sampai ke alam rumah tangga. hmm, susah nanti!

Itu kata saya, pendapat saya tentang isu lelaki suka menipu. Tak ada yang 100% betul dan tak ada juga yang tidak boleh diterima langsung sebab lelaki atau wanita sama aja. Lelaki menipu keranai sebab ini dan wanita pulak kerana sebab lain. Kenyataan sebenarnya begitu. hahahahaha. So, apa kata korang pulak?

Saya benarkan korang nak menghentam atau apa saja tapi please make sure jaga adab ya. Ini soal lelaki dan wanita. Korang pun sure salah satu daripadan tu kan unless korang khunsa. Sekian. lulululu.

Valentine’s Day Hari Penyerahan Tubuh Pada Pasangan?

15 Feb

Valentine’s Day sebenarnya untuk siapa? Valentine’s Day patut dirai oleh agama apa? Kadang-kadang saya sedikit keliru dengan istilah Valentine’s Day ni. Haih, setahu saya Valentine’s Day cuma  dirai oleh manusia yang beragama Kristian. Tak mungkin saya salah. hohoho

Oleh kerana saya rajin sedikit hari ni. wakaka. Jadi, saya telah bantu korang semua untuk memahami dengan lebih tepat sendiri sejarah Valentine’s Day ni. Korang boleh dapatkan info lebih lanjut tentang sejarah Valentine’s Day ni di sini . Pleaselah fahamkan semula untuk siapa Valentine’s Day ni sebenarnya naa. huwaa! Keciwa daku (Ops terlebih sudah.kahkahkah)

Bukan apa, saya naik muntah dengan sesetengah orang Islam di Malaysia ni yang dok menyambut Valentine’s Day ala-ala mereka tu semua beragama Kristian  pula. Ada masa, bukan lagi ala-ala. Malah macam betul mereka tu sudah bertukar agama Kristian. Sorry to say lah ye.

Dah itu hakikatnya yang berlaku depan mata. Biasanyalah.

Lain orang, lain cara penerimaan mereka dengan Valentine’s Day ni. Pendapat korang dengan saya mungkin agak berbeza. Pada saya, Valentine’s Day tu sebenarnya cuma satu hari biasa saja. Tiada apa yang istimewa pun. Cuma, kalau setakat nak mengada-ngada “termenyambut” sekalipun. Saya hanya akan wish suka-suka saja. kehkehkeh.

Kalau saudara Rohaizad pelik dengan cara orang Islam menyambut Valentine’s Day, saya lebih teruk. Bukan takat pelik, hampir pengsan mendengar cerita jelik kawan-kawan. Ada yang sudi berkongsi cerita zaman dulu-dulu. Kononnya, bukan cerita mereka tetapi cerita orang lain.

Sila fikir yang positif sahaja. Mungkin betul cerita kawan, dan bukan cerita jelik mereka sendiri. kwang kwang kwang!

Mengikut cerita teman saya itu, pernah waktu sambutan Valentine’s Day zaman di sekolah menengah dulu. 1 geng lelaki dan 1 geng wanita akan buat perjanjian “permainan aksi” mereka. Setiap pasangan akan berjanji untuk melakukan seks haram mereka malam Valentine’s Day tersebut.

Nak kata bodoh mungkin agak kasar, tapi saya “up” sikit bodoh kepada bodohlisme. muahahaha. kan?

Menyambut Valentine’s Day bukanlah suatu dosa pada hakikatnya.  Tiada salahnya dengan hari itu sebenarnya. Sesiapa saja boleh menghormati dan menyambutnya kalau mahu. Cuma, manusia yang melebih-lebih untuk menyambutnya. Menggunakan Valentine’s Day sebagai 1 alasan untuk “berkasih sayang” haram.

Buatlah lagi. Mana tahu dapat anak instant nanti, bolehlah diberikan nama Valentine. Sekian, hahaha!

Gong Xi Fa Chai Buat Kaum Cina, Lagu Bikin Insaf Buat Orang Islam

12 Feb

Tinggal beberapa hari lagi kaum Cina akan menyambut Tahun Baru Cina. Pasti meriah. Saya dan keluarga sudah bersiap sedia untuk tidak dapat melelapkan biji mata tepat jam 12 malam Tahun Baru Cina nanti. kehkehkeh. Pastinya, bunyi mercun sana sini di kawasan taman perumahan saya.

Saya masih ingat lagi, dulu waktu belum cukup ada rasa kesabaran dalam hati. Biasalah darah muda selalu nak menyirap. wakaka. Setiap kali musim perayaan Tahun Baru Cina, saya akan mengeluh. Saya cukup benci bunyi bising. Inikan pula, mercun merah yang besar kebaboom mereka tuh beraksi.

Haih. Umur mendewasakan kita. Saya selalu tersenyum bila ingat semula waktu itu.

Sekarang tidak lagi. Malah saya pula yang dok terlebih excited kadang-kadang. Macam sekarang, saya excited menunggu jiran-jiran Cina saya memberi sekotak limau mandarin paling cikai pun. kehkehkeh. Saya teruja melihat jiran sebelah rumah menggantung tanglong. Lawa woo ;)

Apalah sangat dengan bising dan hingar bunyi mercun gergasi mereka tuh kan? Biarlah. Masa mereka untuk bergembira. Selamat Tahun Baru Cina!!!

Pejam celik, pejam celik. Hari ini dah Jumaat kan? Kadang-kadang, saya faham kenapa mak selalu mengira hari di dalam hidupnya. Mak selalu kata “kurang 1 hari dalam hidup kita”. Ayat yang sangat pendek tetapi saya faham maksud di sebalik itu.

Hari ini, sewaktu di dalam perjalanan ke UTM. Saya terdengar lagu Tobat Maksiat dendangan Wali Band. Aduh, menyentuh gila hati saya. Rasa macam nak samak satu badan aja lepas mendengar setiap lirik lagu tersebut.Rasa kotor sangat dengan dosa-dosa. huwaa!!

Cuba korang hayati video ni dan kalau ingin lebih puas membaca lirik lagu ni, boleh baca di sini

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.