seo
Archive | February, 2010

Cerita dalam kelambu tak perlu nak beritahu 1 dunia

24 Feb

Cerita dalam kelambu tak perlu nak beritahu 1 dunia. Cerita hal suami isteri tak usah nak promote. Posisi apa korang buat malam semalam pun, tak payah nak cerita pada orang. Kalau cerita dengan kengkawan time minum-minum kat kedai kopi pun dah buat saya rasa malu, inikan pulak nak heboh seantero Malaya dalam Facebook.

Haiya. Saya kadang-kadang pelik dengan perangan manusia-manusia. Kalau manusia yang bukak cerita dalam kelambu ni kategori bohsia, spesies saya yang tak berapa nak alim ni..saya boleh terima. Oh ini tidak, kami pulak yang macam baik bab-bab ni. hahahaha.

Majoriti kawan-kawan saya yang sudah berkahwin ni memang tak berpelajaran tinggi (sumpah bukan nak menghina), mereka ada alasan untuk belajar sampai tahap itu saja. I dont care about that. Cuma, kadang-kadang disebabkan mentaliti mereka ni yang saya rasa mentaliti yang sangat-sangat rendah buat saya bosan nak bersama.

Sorry to say that. Minta maaf kerana terpaksa membuka pekung kawan-kawan sendiri. Terpaksa sebab dah tak tahan. huhu

Saya tidak kisah nak berkawan dengan sesiapa. Saya pun bukan baik sangat. Saya spesies belum cukup iman di dada. Bukan macam kawan-kawan lain yang ramai juga tudung sentiasa melekat kat kepala, bukan macam mereka yang tak pakai baju ketak-ketat macam sarung nangka, saya tak baik macam mereka yang tak pernah memaki hamun kawan-kawan.

Saya bukan macam mereka. Tapi, saya pelik kenapa diorang ni semua tak tahu malu bila bercerita hal-hal suami isteri kat semua kawan-kawan. Haiya. Dah hilang rasa malu ke? Kata dah baik sangat, kata saya ni tak tahu malu buka aurat sana sini, tapi korang canang cerita malam pertama, posisi terhebat, size bra, aksi suami korang kat Facebook tak kisah ek?

Alahai, pelik bin ajaib.

Pada saya, sebelum sibuk-sibuk menegur si polan tu tak reti jaga aurat, dok berzina ke, berpeluk-pelukan ke..ada baiknya korang lihat diri korang tu. Kalau rasa-rasa diri belum sampai tahap nak nasihat orang, tak usahlah nak tunjuk bagus. Cuma saya sampai saat ni memang tak puas hati kenapa majoriti manusia saya yang selalu cerita dalam kelambu diorang ni semuanya berlagah macam dia ustazah sebelum ni? Lagak macam ustazah tapi nafsu kalahkan bohsia.

Tiada rasa malu. Gwe malu wei dengar cerita korang :(

Stressed? 7 Ways to Keep Your Cool

23 Feb

Setiap manusia akan ada masa-masa stress melampau tahap cipan. Stress dengan kawan-kawan, stress dengan karenah parents yang tak habis-habis nak suruh buat itu ini, stress melayan bos yang berlagak macam tenuk, ada juga yang stress dengan diri sendiri. hahahaha.

Ada sesetengah orang, memang teror sangat untuk handle diri diorang bila tengah stress kan. Saya? Oh, saya berada ditengah-tengah. Saya jarang terlalu emosional kalau tengah stress. Rasanya tak dapat apa pun nak emo-emo kan? Tak ada guna pun kalau nak marah-marah orang lain.

Kalau korang jenis tak tahu nak handle stress ni, boleh jadi parah. Mana tak nya, diri sendiri yang stress…orang keliling pulak jadi mangsa kan? Banyak cantik woo. hohohoho. So, disebabkan saya macam tak larat dah nak sambung proposal ni..jadi rasanya lebih baik saya share tip-tip sengal yang saya guna bila tengah stress tingkat 8. Sengal-sengal pun tetap cool babe.ahaks!

1) conteng kertas

Entah lah ek. Habit saya ni memang dari kecik lagi. Asal saya stress belajar aje, saya akan cepat-cepat cari pen or pensel. Once dah dapat tuh, saya akan biarkan aje tangan saya bergerak n tulis apa saja. Kalau time insaf, tangan saya akan tiba-tiba aja conteng dalam tulisan jawi. muahahaha. Kalau mood syaitonirajim, jenis tulisan yang sukar difahami oleh saya sendiri. hahahaha. But, its works tau! Kiranya, kertas tu macam virtual friend lah. Tempah curahan perasaan.wakakaka!

2)  Tulis diari

Orang kata, siapa yang menulis diari maksudnya dia tu jenis manusia yang sentimental. Saya tak setuju sama sekali. Saya rasa, saya suka juga tulis diari tapi saya bukan sentimental tapi ada masa, saya mental kalau dah stress sangat. ahahaha. Cuma, saya tak suka menulis diari dalam buku diari. Rasa macam kanak-kanak ribena (pendapat saya saja). Saya biasanya akan tulis diari dalam komputer saya. Paling best, tajuk file saya tu tidak akan sama dengan perasaan saya. Saya tak main tulis nama fail “hati terluka 1″ tetapi saya agak kreatif dengan memberi nama fail “Surah Al-Imran”. Ini soal psikologi. Tak ramai rasanya kawan-kawan saya akan sibuk-sibuk nak buka fail dengan nama ni kan?????? cheer :P

3)  Makan buah limau

Ini antara tips paling cool pada saya. Nak tahu kenapa? Sebabnya, setiap kali saya makan limau tuh..saya akan buat aksi macam penuh suka ria. Saya akan kupas buah limau tu dan kemudian saya akan makan satu persatu ulas limau tu dengan memuncungkan mulut depan sesiapa saja depan saya. Mereka akan nampak saya macam saya tengah cool giler, hakikatnya saya tengah cuba melupakan masalah-masalah “stupid” keliling yang bikin saya stress!

4)  Buat kajian pada handphone

Cara ni pun best jugak pada saya. Maybe sebab saya ni orang teknologi barangkali. wakakaka! Biasanya, bila saya tengah stress belajar atau bergaduh dengan kawan-kawan..saya akan tekan-tekan punat handphone saya. Setiap menu yang ada, saya kaji. Lama-lama tumpuan saya beralih pada masalah handphone dan bukannya hal-hal lain. wakakaka! Ini strategi untuk melupakan masalah dengan cari masalah baru. kahkahkah

5)  Bercakap-cakap dengan kucing

Alah, maybe korang pun tahu kan? Saya peminat kucing. In fact, semua binatang sebenarnya saya suka. So, apalah gunanya ada kucing sampai 8 ekor kat dalam rumah kan? Daripada dok stress, dok marah-marah tak tentu pasal..ada baiknya saya becakap dengan kucing. hahaha. Nampak macam perbuatan stupid, tapi saya percaya kucing tu kekasih nabi. Ada something dalam diri kucing yang boleh buat saya tenang giler woo…. huhuhuhuhu

6) Makan coklat!!!!

Takut gemuk? Alah, lupakan sekejap soal diet apa salahnya. Sesekali makan coklat best woo. Rasanya, semua dah tahu yang coklat ni penawar stress. Kalau saya stress time belajar, saya akan cari kitkat. ahaks! Maybe sebab saya tergoda dengan iklan kat TV kot naa? rehat sebentar bersama KITKAT :p

7) Buat to-do list.

Tips ni saya dapat daripada seorang kenalan baru. Beliau kata, salah satu punca kenapa kita selalu stress ni adalah disebabkan tiada perancangan! Yeah, saya setuju da saya akui silap saya tuh. In fact, saya selalu buat kerja last minute. Buruk gila perangai tapi dah itu cara saya. Bila stress, buat-buatlah macam cool ka?wakakaka!!! So, sebaiknya korang senaraikan kerja mana yang perlu korang lakukan dulu. Mana yang penting, letakkan di atas dan fokuskan untuk buat yang itu dulu. Barulah tak stress dengan dateline kan?????? gegegege

Hmm, oklah cukup 7 saja kot tips sengal daripada saya. Kalau korang nak ikut, silalah mengerti yang apa-apa kemungkinan selepas itu adalah tanggungjawab sendiri yek. kehkekeh. Cheers!

p/s: Saya masih berhutang dengan saudara Denaihati untuk menulis tentang keputusan contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Alhamdulilah, blog Lizarazak.com dapat tersenarai sebagai salah seorang pemenang. Oh rezeki..huhuhuhu

4 Perkara Yang Perlu Ada Sebelum Berkahwin. Tak Wajib, Sunat Aje

22 Feb

Hari ini, hari last untuk saya bermanja-manja di atas tilam empuk dengan masa yang agak lama. Esok, semuanya akan kembali normal. No wonder dulu, saya ada cita-cita ingin jadi Doraemon. Ini rupanya sebabnya. Mahu putar balik waktu. wakakaka.

Haih. Mengeluh sesekali tak apa. Mak kata, bukan saya. kahkahkah.

Semalam, happy gila lepas jumpa balik dengan teman-teman sekolah lama. Cuma, yang bezanya. Mereka ada yang sudah mengendong anak dan ada yang di antara kami masih lagi belajar. Macam empunya blog ini. Ada teman saya yang bermasam muka bila ditanya, “kau sudah kahwin belum?”.

Kasihan. Mungkin si teman itu cemburu barangkali dengan sahabat-sahabat yang lain. Punya suami dan anak sedangkan dia tiada.

Kemudian, ditanya pula pada saya. Soalan yang sama dan saya slumber jawab “not yet. study lagi, bagi aku masa 2tahun lagi.”. muahahaha. Tiba-tiba seorang teman lain menyampuk. “kau tengok si Liza ni, belum kahwin dok ceria aje.”.

Sebenarnya, dalam hidup kita tak perlu membanding-bandingkan cara kita dengan orang lain. Nasib mereka lain, cara mereka mahu bahagia pun lain. Jangan sesekali merasa diri kita lemah atau nasib kita yang sentiasa malang. Tak perlu.

Pada saya, bila kita hidup kita mesti tahu ke mana arah mahu pergi. Bukan setakat untuk hari ini, tetapi fikirkan untuk hari esok dan seterusnya sampai hari kita tutup mata kelak. Kalau mereka merasa dengan berkahwin dengan setakat sijil pelajaran seadanya (fikirkan sendiri sijil apa), biarkan.

Andai mereka rasa, bila sudah berkahwin akan ada lelaki yang boleh “membela” dan memberi makan mereka sampai ke mati pun biarkan saja. Kalau mereka yang membuat pilihan untuk hidup “bahagia” cukup dengan kereta kecil dan berumah comel (mungkin menumpang di rumah orang tua), kita tak boleh nak buat apa.

Itu pilihan hidup mereka. Mereka yang inginkan hidup begitu. Mungkin cita-cita mereka setakat itu.

Saya ada cita-cita lain. Saya ada tanggungjawab lain juga. Saya ada abang-abang yang mampu menyara saya dan ibu yang alhamdulilah rezekinya masih ada sisa untuk saya selepas kematian suami tercinta. Tapi, ibu selalu berpesan. Sebelum berkahwin, (untuk perempuan sahaja) kalau b0leh biarlah ada 4 perkara ni.


  1. Rumah- Jangan bergantung dengan lelaki. Jangan fikirkan perkara yang manis-manis sahaja. Fikirkan sebaliknya. Andaikata, waktu pertengahan usia perkahwinan. Kita berselisih faham dan akhirnya bercerai. Malangnya, kita tiada rumah dan selama ini menumpang rumah di atas nama  suami. Kemana mahu pergi selepas bercerai dan dihalau???
  2. Kereta- Kita perlu berdikari dan bantu suami. Jangan selalu sangat mengharapkan suami. Kalau boleh, biar ada 2 kereta di rumah. Memang tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga tapi janganlah hal-hal kecil pun kita nak minta dia tolong kan? berdikari beb! Soalnya, kalau tiada lulusan dan tiada ongkosnya…camna nak beli kereta kan? Unless korang anak orang kaya…
  3. Duit simpanan- my mom selalu pesan. Simpan duit. simpan duit, simpan duit. Sekarang jangan fikir nak pakai. Duit tu simpan dalam 1 akaun yang takkan ada orang tahu pun. Suami pun tak perlu nak kasi tahu (ada lelaki yang mata duitan kan?). Duit ni untuk simpanan masa tua nanti. Kot-kot dapat anak haramjadah kan? Nak dicampaknya kita ke rumah orang tua..time ni, keluarkan duit dan minta belikan kondo sendiri. cool kan? muahahaha
  4. Kerja- Saya tak tahu macam mana orang tak berkerja boleh berkahwin. Serious. Mungkin belanja kahwin ibu ayah yang support. Itu biasa. Tapi, macam mana kalau ada anak nanti ek? Dah ada duit simpanan ke kalau nak beranak nanti? nak cari selepas berkahwin? hmm..entahlah. Lain orang, lain caranya. Cuma, kalau boleh saya mahu ada kerja sebelum kahwin :( Saya tidak mahu mengharapkan duit suami. Nanti suami ada alasan baik punya masa bergaduh. kikikiki

Ini apa yang saya mahu dalam hidup saya. Jadi, untuk apa saya mahu bersedih bila ada bertanya soal kahwin tetapi tak perlu juga saya beriya senaraikan semua ini di depan mereka. wakakaka! Mungkin ada yang fikir saya terlalu bercita-cita tinggi.

Sorry to say tapi kita hidup dalam zaman canggih sekarang ni. Lelaki pun kadang-kadang pun ada yang tak guna, Habis madu, sepah dibuang. Ada koleksi menarik dan godaan leboh sikit depan mata..takkan diorang tak teruja kan? Jadi, bersusah-susah lah dahulu. Carilah harta sendiri dulu waktu muda mudi ni. Risau jugak kalau kena cerai ka? wakakakaka!!

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.