Masalah Hanya Episod Drama Tentang Kita

Kita adalah seperti apa yang kita lihat dan bagaimana kita fikir. Kalau positif yang kita mahukan, kita akan usaha untuk sampai ke situ. Kalau negative yang kita bayangkan, begitulah sudahnya. Tiada siapa yang dapat merubah diri kita, selain kita sendiri.

Empunya hati.

Sejujurnya, saya manusia yang tidak pernah fikirkan apa pandangan orang lain tentang diri saya. Mungkin agak “selfish” di situ tentang saya. Bak kata mak, setiap manusia ada perangai semulajadi. Rejamlah dengan apa sekalipun, memang begitulah sifatnya. Ahaks.

Cara saya cukup simple. Saya akan jadi diri saya sendiri, kecuali perkara itu melibatkan keluarga. Apa yang korang fikir tentang saya selepas itu, terpulang. Kalau selesa dengan cara saya, silakan berkawan. Kalau sebaliknya, pergilah cepat-cepat.

Agak terkejut bila dalam diam, karakter saya diperhatikan.

Saya seorang pendengar. Saya akan mendengar masalah teman-teman jika mereka mahu. Saya tidak akan bertanya apa masalah mereka selagi mereka sendiri yang tidak mulakan. Bukan semua suka berkongsi masalah. Karakter inilah  yang teman saya pertikaikan. Hahaha.

Selepas selesai sesi curhat, (curahan hati in indonesian) teman saya beri soalan cepu emas. “ kenapa kau macam tak ada masalah je? Tengah bahagia ke?”

Saya sekadar gelak syaitonnirajim ketika itu 😛

Dipendekkan cerita yang agak panjang. Teman saya mahu tahu rahsia. Rahsia yang bukan rahsia sebenarnya. Ini hanya soal bagaimana saya handle masalah dalam life yang tidak mungkin sempurna.

Simple.  Tidak susah mana kalau kita semua ingat dan berpegang bahawa masalah kan datangnya dari Allah.

Untuk muslim, kita diajar tentang qada’ dan qadar Tuhan. Kita tak boleh lari. Hidup ibarat roda, sekejap di atas kemudian kita akan ke bawah semula dan begitulah saban hari hingga roda itu .

Hidup kita pun macam tu. Semua manusia ada masalah. Selagi kita bernyawa, selagi itu kita akan mendapat masalah. Cool kan? Hahaha.

Kita boleh mengeluh kalau ditimpa masalah. Itu normal dan kita bukanlah nabi woo. Cuma, jangan sesekali patah semangat. Kita boleh bersedih, tapi jangan bawa kesedihan tu sampai merosakkan hidup kita. Kalau kita rasa kehilangan, cepat-cepat kita ingat yang kita  masih ada Allah. Tuhan takkan pernah tinggalkan kita kan?

Saya pernah hilang ayah tersayang. Saya pernah ditinggalkan lelaki, saya pernah ditikam oleh kawan baik saya sendiri, saya pernah rasa diri macam sampah. Tapi, saya cepat-cepat buka mata hati.

Mata hati dan bukan mata saja ye. Ahahahaha.

Hidup kita cara kita. Kalau mahu bahagia, cari cara untuk ke situ. Saya sentiasa mahu bahagia. Saya punya keluarga, walau tidak selengkap keluarga orang lain yang punya ayah. Saya terlalu bahagia walau tidak punya kakak untuk berkongsi masalah.

Ah, masalah itu hanya episode cerita. Habis satu  episode, akan datang episode baru. Cheers!

p/s: Entry ini saya tujukan khas untk diri sendiri dan untuk teman yang selalu memuji saya kononnya saya tidak punya masalah. Hahahaha. Gua ada masalah juga woo tapi  selalu buat bodoh. gegegege

Artikel Berkaitan

17 responses to “Masalah Hanya Episod Drama Tentang Kita

  1. same lak cam aku..
    aku der mslh..tp xsuke tunjuk yang aku ni ada masalah..biarlah aku yang tanggung selagi terdaya…xsuke bebankan org laen degn mslah aku..heheh…da ni sikap aku..
    org akan ingt aku ni heppy jek..xder mslh..walhal..berlambak2 mslh aku..heeh..

    • yeah. in fact, bukan kite aje yg ade prob. semue org ade. cume, camne nak handle ajelah. aku pun kadang2 rimas tgk org yg ade prob ngan org lain..kes lain..tp, kite lak kene tempias. macam xfair lah.

      maybe org camtu kene byk bace buku motivasi kot. huhu

  2. terima kasih saye dpt sesuatu dari catatan ini lizz..!

    emm senyum selalu lizz..

    suke sgt dgn catatan sprti..

    thumb -up !
    *senyum terukir..air titik jatuh hurm..=)
    .-= [email protected] last blog ..Saya berharap akan mengerti hal itu.. =-.

  3. lumrahlah dlm kehidupan, setiap manusia diuji dgn masalah, yang penting kita sendiri tahu bagaimana mengatasi masalah itu..
    .-= sueella´s last blog ..Entry terbaik pilihan juri HIDUP BERANI UTUK GAGAL =-.

  4. fikir je lah, setiap drama mesti ada happy ending.. so hidup pun samalah.. kalau kita positif last-last berakhir dengan elok gak..

    problem is a friend.
    .-= izzat aziz´s last blog ..Blog redesign, and more =-.

  5. aku respek ko lizz.. ko tabah. aku klau ade prob mmg bg kesan dlm idop seharian..hmm
    .-= mello´s last blog ..Cara bangang untuk tingkatkan traffic blog =-.

    • huhuhu. kena tabahkan hati sendiri. jadi anak yatim ni kadang2 beri aku punyer inner strength hebat giler. huhuhu

      ko boleh tabah jugak. tiap kali ade prob, fikir yang prob tu akan tamat juga nanti..

  6. ha3 kita mungkin dalam situasi yang sama tetapi dalam episod yang berlainan.. cehwah! mendalam bahsa aku.. kui3

    betol la sume org ada masalah sendiri cuma cara nak handle je lain2.. mungkin ada yang BODO cara handle nya dgn bunuh diri.. ada yang cara PANDAI dgn cool jek bila ada masalah mcm kita kowt noo? hak3 perasan suda…

    aku selalu ingat nie jek yang buat aku kuat.. “ALLAH takan bagi sesuatu ujian @ masalah sekira hambaNYA itu tak mampu menempuhinya..”

    KOOL beb!! heeeeeee….
    .-= yash´s last blog ..Tahukah Anda 7 Perkara Ni?? =-.

    • pergh. hebat bahasa ko beb. kehkehkeh. betul. ade kawan aku yg putus cinte sampai nak bunuh diri. ngok ngek giler. aku tak cakap aku alim tp kalau dah sampai nk bunuh diri tuh..nampak sangat iman die goyah. huwaa!! ngeri aku woo

  7. Drama is a fantasy but we can turn it into reality…
    .-= Fazreen´s last blog ..To Learn or not – That is the Question =-.

  8. aku nk pinjam hati ko blh x? hehe sbb aku ni ssh sgt nk lpekan ex aku
    .-= x-po´s last blog ..AKU HAPPY, AKU BANGGA, AKU SYUKUR SAMPAI RASA TAK LAPAR-LAPAR =-.

  9. aku pon ade masalah,tp aku sllu x tunjukkan masalah aku nih.smpi member-member aku sendiri pon pggl aku “muke xde perasaan”..haha,sbb aku sentiasa hepi-go-lucky waloupon diri ini diselembungi ngan plbagai masalah..hihi
    .-= apiih´s last blog ..Apa akan Jadi? Manusia Dengan Singa! =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge