Cerita dalam kelambu tak perlu nak beritahu 1 dunia

24 Feb


Cerita dalam kelambu tak perlu nak beritahu 1 dunia. Cerita hal suami isteri tak usah nak promote. Posisi apa korang buat malam semalam pun, tak payah nak cerita pada orang. Kalau cerita dengan kengkawan time minum-minum kat kedai kopi pun dah buat saya rasa malu, inikan pulak nak heboh seantero Malaya dalam Facebook.

Haiya. Saya kadang-kadang pelik dengan perangan manusia-manusia. Kalau manusia yang bukak cerita dalam kelambu ni kategori bohsia, spesies saya yang tak berapa nak alim ni..saya boleh terima. Oh ini tidak, kami pulak yang macam baik bab-bab ni. hahahaha.

Majoriti kawan-kawan saya yang sudah berkahwin ni memang tak berpelajaran tinggi (sumpah bukan nak menghina), mereka ada alasan untuk belajar sampai tahap itu saja. I dont care about that. Cuma, kadang-kadang disebabkan mentaliti mereka ni yang saya rasa mentaliti yang sangat-sangat rendah buat saya bosan nak bersama.

Sorry to say that. Minta maaf kerana terpaksa membuka pekung kawan-kawan sendiri. Terpaksa sebab dah tak tahan. huhu

Saya tidak kisah nak berkawan dengan sesiapa. Saya pun bukan baik sangat. Saya spesies belum cukup iman di dada. Bukan macam kawan-kawan lain yang ramai juga tudung sentiasa melekat kat kepala, bukan macam mereka yang tak pakai baju ketak-ketat macam sarung nangka, saya tak baik macam mereka yang tak pernah memaki hamun kawan-kawan.

Saya bukan macam mereka. Tapi, saya pelik kenapa diorang ni semua tak tahu malu bila bercerita hal-hal suami isteri kat semua kawan-kawan. Haiya. Dah hilang rasa malu ke? Kata dah baik sangat, kata saya ni tak tahu malu buka aurat sana sini, tapi korang canang cerita malam pertama, posisi terhebat, size bra, aksi suami korang kat Facebook tak kisah ek?

Alahai, pelik bin ajaib.

Pada saya, sebelum sibuk-sibuk menegur si polan tu tak reti jaga aurat, dok berzina ke, berpeluk-pelukan ke..ada baiknya korang lihat diri korang tu. Kalau rasa-rasa diri belum sampai tahap nak nasihat orang, tak usahlah nak tunjuk bagus. Cuma saya sampai saat ni memang tak puas hati kenapa majoriti manusia saya yang selalu cerita dalam kelambu diorang ni semuanya berlagah macam dia ustazah sebelum ni? Lagak macam ustazah tapi nafsu kalahkan bohsia.

Tiada rasa malu. Gwe malu wei dengar cerita korang :(


30 Responses to “Cerita dalam kelambu tak perlu nak beritahu 1 dunia”

  1. Jaws 24. Feb, 2010 at 4:16 pm #

    hahahaha…
    apepon semua manusia buat silap..
    insan tu kan pelupa..
    so, tak salah utk buat silap..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    pelupa tak apa, tapi bila kelakuan macam ni bukan pelupa memang dah semulajadi kot. huhuhu. *aku byk dosa ni. if timbang, patah alat timbang tuh :P

    [Reply]

  2. rohaizad 24. Feb, 2010 at 4:25 pm #

    Ya tak ya jugak ehhh… kat FB tu, habis semua di expose… alahai…
    rohaizad´s last blog ..Liabiliti yang memotivasikan diri. My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    facebook tu dah jadi ape2 ntah bile org yg mentaliti tak berapa nk elok gune:( bukan salah fb, org yg gune facebook tu yg sengal. huhuhu.

    [Reply]

  3. jue 24. Feb, 2010 at 5:08 pm #

    aku ni yg dah kawen pun segan mendengar set set pompuan ni nak bercerita/bertanya hal dalam kelambu dkt couple yg baru kawen..sengal ke apa? ko dah merasa sudah lah..lagi nak kecoh hal org apsal..ntah hape2 org cam gini
    jue´s last blog ..TQ All My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    pelik kan dengan orang2 ni..perkara2 macam tu pun tak reti segan. lain ar kalau bukan islam..lainlah. ini, dah ar islam, muke n perwatakan baik2 aje.. adoi.

    [Reply]

  4. jedi 24. Feb, 2010 at 5:15 pm #

    petanda dunia akhir zaman…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    itulah. dah tak ada rase malu lagi dah. aku yg dengar ni rase nak tampar2 aje. huwaa!!!

    [Reply]

  5. kai 24. Feb, 2010 at 5:16 pm #

    tu le pasal…
    mcm2 yang berlaku…
    nk wat mcm mne lagi…
    dorang dah terbiasa kot..
    kai´s last blog ..Noktah Cinta My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    maybe diorang excited sangat kot cuz before ni bosan dah jadi macam baik2. haiya. huhuhuhuhu

    [Reply]

  6. apiih 24. Feb, 2010 at 5:53 pm #

    wat pe nk cite bende yg privasi nih??diorg tuh nk dptkan perhatian jerk..haha..klu aku malu dowh..hahaha
    apiih´s last blog ..Perjalanan Hidup Sebuah Laman Bergelar FaceBook My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    erk. aku mule biarkan aje..tapi, biler sampai dalam FB pun nak cite2 soal laki bini..meluat lak :P

    [Reply]

  7. darling 24. Feb, 2010 at 5:58 pm #

    dasatnye.. wujud ke org macam 2?
    darling´s last blog ..i miss you theeeeeseeee much! My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ini fakta n cite btul ;) my frenz. huhuhu

    [Reply]

  8. eiyda 24. Feb, 2010 at 6:16 pm #

    kisah lam kelambu..kisah berdua sahaja..antara suami ngan isteri..mn boleh nk jaja sane sini…xpatot tu..huhu..memalukan jek..berdosa lak tu…
    orang skang ni..tau la Open kan..tapi jgn la keterlaluan…melampaui batas2nye..huhu..
    eiyda´s last blog ..eiyDa:: aku sebenarnya Dua Alam..apekah??. :: My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aku pun open gak. boleh aje nak borak lawak sarkas hal2 lucah ni tp biler diorang ni bercakap hal yg memang btul2 diorang buat..jadi geli geleman lak aku. huwaa!!!

    [Reply]

  9. ahmadyusrie 24. Feb, 2010 at 7:34 pm #

    eii…gelinya, ade gak ke pompuan perangai camtuh..
    kalo orang buka keaiban kita kita marah…
    diorang ni pulak tanpa segan silu bukak cerita dlm kelambu…
    one word…’murah’

    [Reply]

    Lizz Reply:

    if lelaki, tak heran. tapi, cuz my frens ni semuenyer gurl yg wat perangai geli2 ni. rase nak muntah.hohohoho.

    [Reply]

  10. aus 24. Feb, 2010 at 7:45 pm #

    hahahak , agakla..
    ade gk jumpa org2 jenis camni..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    memang wujud. if dilayan, menjadi2 ghairah diorang tuh.hahahaha

    [Reply]

  11. AMR 24. Feb, 2010 at 9:49 pm #

    Ada jugak manusia camtu ekk…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    of course lah ada. cume, rezeki nak jumpe ngan tak ajelah. ahaks1

    [Reply]

  12. Kujie 24. Feb, 2010 at 9:51 pm #

    Ada satu blog – selalu cerita bab laki bini – sampai kes bau ‘dia punya’ dng bau ‘ laki dia punya’ pun nak di tulis kat blog..jijiknya…

    berdosa tu…..
    Kujie´s last blog ..Rasa Nak Pergi Guling-Guling Kat Sana… My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hukhukhuk. sedih ade orang macam tuh. tak tahulah. kurang didikan agame ke, kurang rasa malu ke, kurang siuman. huwaawawa.

    [Reply]

  13. Fazreen 24. Feb, 2010 at 9:52 pm #

    nasib baik aku dah clean up facebook profile..
    Fazreen´s last blog ..Dear Facebook stalkers, promoters and anonymous, I have removed you My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kahkahkah. kenape?ko ade cite lucah naa?muahaha *kidding

    [Reply]

  14. sueella 24. Feb, 2010 at 10:30 pm #

    dah ada macam2 kemudahan kt dunia siber nih.. ada juga org salahgunakan.. bukan dekat facebokk jek, kat blog pun sama, suka sgt citer aib sendiri.. suka buka aib org lain.. ade org tu.. bangga sgt bila bila dpt tunjukkan kehebatan dia.. insaf-2lah.. duk dunia ni hanya sementara, akhirat kekal abadi

    [Reply]

  15. 1tomyam 26. Feb, 2010 at 12:03 am #

    waaah ada jugak cerita2 gitu dalam FB ya…..tak berapa cerdik lah kalau gitu…
    1tomyam´s last blog ..Wanita Dan Persamaan Gender: Isu Yang Akan Terus Berpanjangan My ComLuv Profile

    [Reply]

  16. Wan Perlis 26. Feb, 2010 at 5:50 pm #

    agak2 la nak cerita..Islam melarangnya !
    Wan Perlis´s last blog ..Artis Kita Semakin Bangang – suam-suam kuku My ComLuv Profile

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Ini Caranya Kalau Perlu Deal Dengan Spesies Rude People. Cool Babe! | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Lizarazak.com - 15. Apr, 2010

    [...] ni, saya cuma nak fokus pada 1 aja perangai jelek manusia ni. Itu pun sebab saya baru je deal ngan spesies manusia macam ni. Teng teng teng, ok perangai [...]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.