Bujang Sepah Lalalitamplom (Lawak Pecah Usus)

Bujang Sepah Lalalitamplom drama lawak yang serious santai habis. Saya dah follow Bujang Sepah ni dari telemovie lagi. Bujang Sepah Lalalitamplom ni kiranya sengaja ditayangkan cuz telemovie sebelum ni memang dapat sambutan. Rugi kalau tak tengok.

Kat blog Harajuku saya, ada jugak saya buat review berkenaan telemovie Bujang Sepah Silalitamplom. Masa saya buat review tu, saja suka-suka tapi macam tak percaya aja woo. Mostly keywords yang masuk dalam blog Harajuku saya tu sejak hari saya publishkan review tu sampai sekarang ni tentang telemovie Bujang Sepah Silalitamplom.

Bagus, rakyat Malaysia pandai dah hargai telemovie melayu kampung kan? Bangga daku.

Selepas kejayaan telemovie Bujang Sepah Silalitamplom dan Lemang Si bujang Sepah, sekarang ni tengah tayang drama Bujang Sepah Lalalitamplom dekat Astro Prima. Tak pasal-pasal, lepas habis drama Halimah Jongang we all 1 family akan sambung layan drama lawak ni plak. hehehe.

Tak rugilah layan drama-drama lawak Sepah ni. Rasanya diorang ni memang betul-betul comedian. Lawak slumber aje. So, kalau korang nak layan or buat-buat macam nak layan drama ni boleh lah korang ke download dan tengok kat sini

Artikel Berkaitan

6 responses to “Bujang Sepah Lalalitamplom (Lawak Pecah Usus)

  1. memang besh…dah ketiga-tiga bujang sepah nih sekepala,silap-silap orang ingat diorang nih adik beradik pulak….cuma bila masuk tang babak-babak ala P.ramlee tuh aku tak leh masuk sikit….lagenda tuh,sapa cuba jadi atau menjadi atau cuba melakonkan balik pon still tak sama…kadang-kadang cam menyampah lak…..

    kalau buat koleksi download confirm laku punyer lah…ye tak?hahahaha!
    .-= Piston Pecah´s last blog ..Awan Dania Siri 2 – Episod 21 =-.

  2. takotnya…nanti usus pecah =)
    .-= syura´s last blog ..Kena Tagged..Auww!! =-.

  3. FTN

    hmm..kalau sampai pecah usus, maknanya tahap gaban dah tu.
    kesian aku yang takde astro nih..
    terpaksa berharap kat internet..donlod la maknanye tuh
    kalau takde post ni, silap2 tak tahu pun ada sitcom bersiri sepah nih..haha
    .-= FTN´s last blog ..Alangkah Indahnya Begini.. =-.

  4. AMR

    best! sebelum nipun dah tengok siri-siri dia sebelum ni.. mmg pecah usus.. sampai terkeluar urat kentut.. haha.. 🙂

  5. hahaha.. memang pecah perot Sepah buat lawak.. selamba.. yang aku paling takleh tahan gelak time diorang praktis main music.. si Suib tetiba main lagu rock.. tak pasal2 kene ketuk kepala dengan kuali.. hahaha.. ketuk btol2 plak tu.. adooii.. memang boleh memutuskan urat kentut dok gelak..
    .-= Anarm´s last blog ..Aku seorang jurujual buat Direct Selling =-.

  6. Pingback: Juara Maharaja Lawak 2011: Saya Pilih Sepah! | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge