seo

Stressed? 7 Ways to Keep Your Cool

23 Feb

 Banner
  • Sharebar

Setiap manusia akan ada masa-masa stress melampau tahap cipan. Stress dengan kawan-kawan, stress dengan karenah parents yang tak habis-habis nak suruh buat itu ini, stress melayan bos yang berlagak macam tenuk, ada juga yang stress dengan diri sendiri. hahahaha.

Ada sesetengah orang, memang teror sangat untuk handle diri diorang bila tengah stress kan. Saya? Oh, saya berada ditengah-tengah. Saya jarang terlalu emosional kalau tengah stress. Rasanya tak dapat apa pun nak emo-emo kan? Tak ada guna pun kalau nak marah-marah orang lain.

Kalau korang jenis tak tahu nak handle stress ni, boleh jadi parah. Mana tak nya, diri sendiri yang stress…orang keliling pulak jadi mangsa kan? Banyak cantik woo. hohohoho. So, disebabkan saya macam tak larat dah nak sambung proposal ni..jadi rasanya lebih baik saya share tip-tip sengal yang saya guna bila tengah stress tingkat 8. Sengal-sengal pun tetap cool babe.ahaks!

1) conteng kertas

Entah lah ek. Habit saya ni memang dari kecik lagi. Asal saya stress belajar aje, saya akan cepat-cepat cari pen or pensel. Once dah dapat tuh, saya akan biarkan aje tangan saya bergerak n tulis apa saja. Kalau time insaf, tangan saya akan tiba-tiba aja conteng dalam tulisan jawi. muahahaha. Kalau mood syaitonirajim, jenis tulisan yang sukar difahami oleh saya sendiri. hahahaha. But, its works tau! Kiranya, kertas tu macam virtual friend lah. Tempah curahan perasaan.wakakaka!

2)  Tulis diari

Orang kata, siapa yang menulis diari maksudnya dia tu jenis manusia yang sentimental. Saya tak setuju sama sekali. Saya rasa, saya suka juga tulis diari tapi saya bukan sentimental tapi ada masa, saya mental kalau dah stress sangat. ahahaha. Cuma, saya tak suka menulis diari dalam buku diari. Rasa macam kanak-kanak ribena (pendapat saya saja). Saya biasanya akan tulis diari dalam komputer saya. Paling best, tajuk file saya tu tidak akan sama dengan perasaan saya. Saya tak main tulis nama fail “hati terluka 1″ tetapi saya agak kreatif dengan memberi nama fail “Surah Al-Imran”. Ini soal psikologi. Tak ramai rasanya kawan-kawan saya akan sibuk-sibuk nak buka fail dengan nama ni kan?????? cheer :P

3)  Makan buah limau

Ini antara tips paling cool pada saya. Nak tahu kenapa? Sebabnya, setiap kali saya makan limau tuh..saya akan buat aksi macam penuh suka ria. Saya akan kupas buah limau tu dan kemudian saya akan makan satu persatu ulas limau tu dengan memuncungkan mulut depan sesiapa saja depan saya. Mereka akan nampak saya macam saya tengah cool giler, hakikatnya saya tengah cuba melupakan masalah-masalah “stupid” keliling yang bikin saya stress!

4)  Buat kajian pada handphone

Cara ni pun best jugak pada saya. Maybe sebab saya ni orang teknologi barangkali. wakakaka! Biasanya, bila saya tengah stress belajar atau bergaduh dengan kawan-kawan..saya akan tekan-tekan punat handphone saya. Setiap menu yang ada, saya kaji. Lama-lama tumpuan saya beralih pada masalah handphone dan bukannya hal-hal lain. wakakaka! Ini strategi untuk melupakan masalah dengan cari masalah baru. kahkahkah

5)  Bercakap-cakap dengan kucing

Alah, maybe korang pun tahu kan? Saya peminat kucing. In fact, semua binatang sebenarnya saya suka. So, apalah gunanya ada kucing sampai 8 ekor kat dalam rumah kan? Daripada dok stress, dok marah-marah tak tentu pasal..ada baiknya saya becakap dengan kucing. hahaha. Nampak macam perbuatan stupid, tapi saya percaya kucing tu kekasih nabi. Ada something dalam diri kucing yang boleh buat saya tenang giler woo…. huhuhuhuhu

6) Makan coklat!!!!

Takut gemuk? Alah, lupakan sekejap soal diet apa salahnya. Sesekali makan coklat best woo. Rasanya, semua dah tahu yang coklat ni penawar stress. Kalau saya stress time belajar, saya akan cari kitkat. ahaks! Maybe sebab saya tergoda dengan iklan kat TV kot naa? rehat sebentar bersama KITKAT :p

7) Buat to-do list.

Tips ni saya dapat daripada seorang kenalan baru. Beliau kata, salah satu punca kenapa kita selalu stress ni adalah disebabkan tiada perancangan! Yeah, saya setuju da saya akui silap saya tuh. In fact, saya selalu buat kerja last minute. Buruk gila perangai tapi dah itu cara saya. Bila stress, buat-buatlah macam cool ka?wakakaka!!! So, sebaiknya korang senaraikan kerja mana yang perlu korang lakukan dulu. Mana yang penting, letakkan di atas dan fokuskan untuk buat yang itu dulu. Barulah tak stress dengan dateline kan?????? gegegege

Hmm, oklah cukup 7 saja kot tips sengal daripada saya. Kalau korang nak ikut, silalah mengerti yang apa-apa kemungkinan selepas itu adalah tanggungjawab sendiri yek. kehkekeh. Cheers!

p/s: Saya masih berhutang dengan saudara Denaihati untuk menulis tentang keputusan contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Alhamdulilah, blog Lizarazak.com dapat tersenarai sebagai salah seorang pemenang. Oh rezeki..huhuhuhu


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

32 Responses to “Stressed? 7 Ways to Keep Your Cool”

  1. eiyda 23. Feb, 2010 at 6:33 pm #

    aku kalo stress akn dengar lagu kuat2…pastu makan coklat…huhu..
    x pon pot pet2 ngan adek..kalo die ade..kalo die xder…jerit jek lam bilik sorang2..hehehe..pastu kompem lega…

    tapi lebih baik kalo kita banyak kan doa dan wat solat sunat..InsyaAllah akan lebih tenang kan.
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: aku sebenarnya Dua Alam..apekah??. :: =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    dulu aku sker gak dengar lagu kuat2., tp bile dah makin tua ni rase lagu2 tu menyakitkan telinge lak. hehehehe. tp, mkn coklat tu mende wajib aku wat if stress :)

    [Reply]

  2. zuls 23. Feb, 2010 at 6:41 pm #

    bila stress saya suka tidor atau pegi jogging.. :)
    .-= zuls´s last blog ..Artikel Pertama di Bukisa =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    jogging terbaikk actually cume xder mase.huhuhu. tido tu sepanjang mase ade. kehkehkeh

    [Reply]

  3. budakhutaN 23. Feb, 2010 at 7:09 pm #

    pegi jogging… / pi menikmati keindahan alam… baca novel
    luangkan masa ntuk diri sendiri … berenang ker…
    fuh… kalu stress camtu la aku …
    .-= budakhutaN´s last blog ..Ini Bukan Dildo ! Fido Dido ! =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ko dok kat borneo beruntung sangat2 cuz bley tgk alam ni lg best aku.huhuhu. aku tensen, gi sane serius xingat ape dah.ahaks! swimming xleh cuz aku xreti :P

    [Reply]

    budakhutaN Reply:

    ahaks.. berenang kena wajib tau ni… just in case sumting happen..ada persiapan gak beb… ~_^.. kalau tak boleh carik yang real.. cuci mata ngan gambar2 menarik kat tenet ni.. hehehe…
    eh yg menarik tau..bukan yang gitu2
    .-= budakhutaN´s last blog ..Ini Bukan Dildo ! Fido Dido ! =-.

    [Reply]

  4. Eldy 23. Feb, 2010 at 8:02 pm #

    KitKat mahal, beli nips leh ? ha ~
    .-= Eldy´s last blog ..Penutup Tahun Baru Cina 2010 =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    nips yang kaler2 tu ek? boleh jugak lah. ahaks! tapi, daku tetap mahu kitkat :P

    [Reply]

    Fazreen Reply:

    aku juga sukakan kitkat…

    [Reply]

  5. ReD 23. Feb, 2010 at 8:48 pm #

    tengah dok belek2 enset tu, tiba2 enset tu HANG la.. rosak plak… lagi stress! hahahahah
    .-= ReD´s last blog ..~ ENTRY INI ADALAH UNTUK PEREMPUAN YANG CUKUP AKAL, BALIGH DAN INGIN MENJAGA KESIHATAN DALAMAN ~ =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahaha. itu lg best.mencabar skert kan? hahahaha. janganlah gi belek2 sambil hempas2 woo :P

    [Reply]

  6. x-po 23. Feb, 2010 at 11:06 pm #

    tahniah beb sbb mng contest denaihati..pe lg, blnja la member ko ni..ekekeh

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehe. thanks. tetibe ade rezeki nak menang pkak. huhu. blanjer?nnti aku fikir dulu naa.hehehe

    [Reply]

  7. kenwooi 23. Feb, 2010 at 11:41 pm #

    makan chocolate FTW! =D
    .-= kenwooi´s last blog ..5 Things About Chinese New Year 2010 =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    nyum nyum. choc. yummy :P

    [Reply]

  8. Fathiha Zainal 24. Feb, 2010 at 12:09 am #

    Suke tips yg no 6. Weeee~~~~
    .-= Fathiha Zainal´s last blog ..Sepintas lalu =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    me too. ahaks!

    [Reply]

  9. syin 24. Feb, 2010 at 7:52 am #

    bercakap dgn kucing……….? aishh…..hahhahaa…baik cakap sesorang je…haha..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ko tak try..try buat. hahaha. if ko cakap ngan orang n org xlayan…lagi tensi kan?wakakaka

    [Reply]

  10. denaihati 24. Feb, 2010 at 9:34 am #

    Betul lah tu memang ramai yang akan buat perkara yang disenaraikan tu bila stress..tapi yg paling bagus kita solat taubat bila2 je apabila kita rasa stress.
    .-= denaihati´s last blog ..Why An Online Bachelor Degree? =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yep. selain solat taubat, amalkan solat hajat mintak tenangkan hati balik. berkesan sangat2!

    [Reply]

  11. apiih 24. Feb, 2010 at 10:03 am #

    strees??senang jerk sy..saya suka makan ngan tidooo…hahahaha
    .-= apiih´s last blog ..Perjalanan Hidup Sebuah Laman Bergelar FaceBook =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    nanti gemuklah, lelaki gemuk xper..kalau aku wat camtu..lame2 jadi belon panas :(

    [Reply]

  12. tin kosong 24. Feb, 2010 at 1:05 pm #

    stress=tido best wo…
    .-= tin kosong´s last blog ..Masamnya Mangga Tu =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehe. memang. tapi if amalkan selalu lain jadinya woo.hehehe

    [Reply]

  13. ahmadyusrie 24. Feb, 2010 at 8:27 pm #

    ingatlah dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang..
    sedikit pesanan khidmat masyarakat..
    .-= ahmadyusrie´s last blog ..Relevan servo dalam kehidupan =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    thanks untuk pesanan tu. Allah tu ada penawar untuk segalanya ;)

    [Reply]

  14. fyqa 10. Nov, 2010 at 8:10 pm #

    salam…bila bace apa yang kamu tulis mmg menarik,sy mintak izin tuk copy n letak dlm fb sy…terima kasih…:)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    salam…boleh,thanks sebab mintak izin ;) amiklah..

    [Reply]

  15. Nina 31. Mar, 2011 at 3:07 pm #

    Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Nak Happy Ke Tak Nak Ni? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 08. Nov, 2010

    [...] tenang dan bukan main lepas kebaboooom terus. Nak tahu tips untk jadi cool sentiasa??? Baca tips di sini . Mana tahu boleh tolong korang yang selalu sedih-sedih, stress sokmo…hehehehe. Enjoy your [...]

Leave a Reply