seo
Archive | February, 2010

Twitter Kena Hacked?

26 Feb

Twitter kena hacked ke? Ada problem dengan Twitter sejak semalam kan? Tak pernah-pernah saya dapat DM daripada Milimilo selama ni, tup-tup dapat DM yang menggoda semalam. kikiki. Mana lah saya nak percaya si Milimilo yang hantar kan?

Tapi saya buat bodoh mulanya. Tapi, selang 2 or 3 jam lepas tu dapat pula DM daripada entah siapa-siapa punya account twitter ntah. Haih, confirm ada something wrong ni dengan Twitter. Im not sure kenapa dan tak ada masa lagi nak buat eksperimen.

So, kalau sesiapa yang tahu apa puncanya. Why not share ek. huwaa!!! Susah lah kalau Twitter kena hacked. Boleh jejas kerja bloggers kan? huhuhuhu. Si burung kena lastik ke apa ni yerk? Haih, asal ada applications yang canggih sikit aje, adalah hantu yang nak dengki. hmm.

Hopefully Twitter akan ok lah lepas ni. Rasa tak keruan jugak kan tiap-tiap hari dapat DM horny-horny. wakakaka! Ngok ngek gila. hahahaha. Tengok ni.

Anyway, masih belum terlambat lagi rasanya kan nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua muslimin dan muslimat. Mudah-mudahan sama-sama lah kita mengikut cara hidup Nabi Muhammad S.AW. Satu je harapan, kalau boleh next year biarlah iklan atau drama-drama dekat TV tu sopan sikit time-time Maulud ni. huhuhu. Ini tak, hari kita ingat junjungan kita Astro dok pasang balik Konsert Akademi Fantasia. Terkinja-kinja.

Ada otak. fikir-fikirkan lah. Jangan rakus sangat nak kan keuntungan, sesekali tayang program berilmiah berkat dan mana tau boleh kaya lepas tu kan?wakakaka :P

Saya Menang RM400 Untuk Contest Hidup Berani Untuk Gagal

25 Feb

Keputusan Contest Hidup Berani Untuk Gagal sudah ramai yang tahu. Rasanya. Alhamdulilah, saya tersenarai sebagai pemenang di dalam kategori Top Ranking google.com.my. Oh, tak tahu nak kata apa. Syukur sangat-sangat. First time mencuba join contest yang sangat berilimiah, contest SEO yang saya langsung tak tahu sebelum ni, bergantung harapan dengan blog cap ayam yang baru berusia 3 bulan waktu itu dan akhirnya saya berjaya.

Bro Denaihati ada memperlawa pada para pemenang untuk buat 1 entri khusus berkenaan keputusan Hidup Berani Untuk Gagal ni dan war-warkan hal kemenangan ni. Tapi, dek kerana saya terlalu busy untuk menyiapkan proposal projek Master’s saya. huhuhu. Tak dapat jugak saya siapkan entry ini.

Lagipun, saya tak selesa pula nak canang kat semua orang yang saya menang contest tuh. hehehe.

Mungkin ada yang masih tidak tahu senarai  penuh pemenang contest Hidup Berani Untuk Gagal ni. Jadi, kat bawah ni saya letakkan link blog-blog para pemenang ok. Untuk senarai penuh pemenang termasuk jumlah insentif referral contest ni, bolehlah dapatkan di blog bro Denaihati ok.

Top 10 Ranking @ google.com

1. www.fakhriramley.com/Menang RM400.00 + RM50 (Ranking no 1)

2. www.aenaz.com/archives/2009/12/06/hidup-berani-untuk-gagal/Menang RM400.00

3. melayuboleh.kmzack.com/Menang RM400.00

4. denaihati.blogspot.com/2009/…/contest-hidup-berani-untuk-gagal.htm : Tidak layak menang

5. www.mohdhafizuddin.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal.htmlMenang RM400.00

6. beliamuda.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal/Menang RM400.00

7. www.melayubolehzone.co.cc : Sudah menang dalam katogeri lain.

8. wawwi.comHadiah saguhati RM100.00

9. lili-aimhigh.blogspot.comHadiah saguhati RM100.00

10. sibintang.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal/ : Sudah menang dalam katogeri lain.

Top Ranking @ google.com.my

1. www.aenaz.com/archives/2009/12/06/hidup-berani-untuk-gagal : Hadiah utama sudah menang dalam katogeri lain + RM50 (Ranking no 1)

2. beliamuda.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal/ : Sudah menang dalam katogeri lain.

3. melayuboleh.kmzack.com/ : Sudah menang dalam katogeri lain.

4. www.melayubolehzone.co.ccMenang RM400.00

5. www.azizwan.com/hidup-berani-untuk-gagal/Menang RM400.00

6. sibintang.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal : Menang RM400.00

7. azuanrazi.com/Menang RM400.00

8. www.lizarazak.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal/Menang RM400.00

9. blog.mohdisa.com/contest/hidup-berani-untuk-gagal/Hadiah saguhati RM100.00

10. wawwi.com/hidup-berani-untuk-gagal/ : Sudah mendapat hadiah saguhati dalam katogeri lain.

11. josh.my/2009/…/josh-lim-budak-cina-yang-hidup-berani-untuk-gagal/Hadiah saguhati RM100.00


Pagi ini lepas saya isi minyak kereta buatan Malaysia saya tuh kat Petronas. Tergerak pulak hati saya nak pergi ke mesin ATM. Padahal saya tahu, duit dalam account Maybank saya cuma cukup untuk makan McDonald sekali aje. wakakaka.

Saya slumber check baki duit dan eh eh eh bertambah! Yeah, bro Denaihati dah masukkan “hadiah” saya. Thanks sangat-sangat. Orang kata, Tuhan tahu yang terbaik untuk kita. Sebab itu, saya jarang nak mengungut kalau tak ada duit langsung dalam tangan. Saya percaya, rezeki tu Tuhan dah tetapkan nilai, masa dan waktu bila akan jadi milik kita.

Macam dapat durian runtuh hari ini. Belum habis happy dengan duit dalam akaun Maybank, saya check pulak CIMB. Saya hairan, mana pulak datangnya duit banyak-banyak ni? Dalah hati saya fikir, takkan abang-abang saya? Kalau mereka yang kasi, biasanya tak main masuk akaun. hmm.

Puas saya fikir, sampai nak keluarkan duit dari akaun CIMB pun tak jadi. Tak tahu duit tu dari mana. Saya balik ke makmal komputer tempat saya belajar dan bekerja. Saya check  CIMB click. Saya semak transaksi yang saya lakukan sebelum ni. Oh ok. Duit tu hasik penat lelah saya bersama Nuffnang!!

Saya yang clear kan cheque dan saya lupa. Bagus betul kau Liza! hahaha

Alhamdulilah, tabung saya ada sedikit amaun. Macam tahu-tahu aja saya perlukan duit. Saya bercadang nak jual produk-produk HPA (website lama ni kurang menarik, tak ada feel nak update.ahaks!) dan Cosway secara online. Cuma, tak ada modal nak mula. Bila dapat duit macam ni, rezeki lah kan? kukuku. InsyaAllah, kalau shopping cart saya macam dah cun nanti saya boleh mulakan bisnes online pulak! lalalala.

Pray for me ;)

p/s: baru 4 hari dengan Innity. Tapi, dah nak dekat RM 10 dalam akaun saya dengan 1 aje blog berdaftar. Saya dah start nak jatuh cinta dengan Innity tapi rasa sayang dengan Nuffnang tetap ada. hehehehe. Saya nak tengok performance Innity dalam 2 weeks lagi. If ok, akan saya teruskan tapi setakat ni status Glitterati saya masih maintain. hmm.

Bujang Sepah Lalalitamplom (Lawak Pecah Usus)

24 Feb

Bujang Sepah Lalalitamplom drama lawak yang serious santai habis. Saya dah follow Bujang Sepah ni dari telemovie lagi. Bujang Sepah Lalalitamplom ni kiranya sengaja ditayangkan cuz telemovie sebelum ni memang dapat sambutan. Rugi kalau tak tengok.

Kat blog Harajuku saya, ada jugak saya buat review berkenaan telemovie Bujang Sepah Silalitamplom. Masa saya buat review tu, saja suka-suka tapi macam tak percaya aja woo. Mostly keywords yang masuk dalam blog Harajuku saya tu sejak hari saya publishkan review tu sampai sekarang ni tentang telemovie Bujang Sepah Silalitamplom.

Bagus, rakyat Malaysia pandai dah hargai telemovie melayu kampung kan? Bangga daku.

Selepas kejayaan telemovie Bujang Sepah Silalitamplom dan Lemang Si bujang Sepah, sekarang ni tengah tayang drama Bujang Sepah Lalalitamplom dekat Astro Prima. Tak pasal-pasal, lepas habis drama Halimah Jongang we all 1 family akan sambung layan drama lawak ni plak. hehehe.

Tak rugilah layan drama-drama lawak Sepah ni. Rasanya diorang ni memang betul-betul comedian. Lawak slumber aje. So, kalau korang nak layan or buat-buat macam nak layan drama ni boleh lah korang ke download dan tengok kat sini

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.