Takziah Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor

Takziah atas kemangkatan DYMM Sultan Johor, Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi hari ini. Tiada apa yang dapat saya katakan lagi. Cuma doa dan Al-Fatihah saja yang boleh saya berikan untuk almarhum. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat.

UPDATED: Saya baru saja menonton program Nasi lemak Kopi O di tv 9. Rasa sayu bila melihat pengacara, Aziz Desa seakan terlalu sedih dengan kemangkatan DYMM Sultan Johor,  Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi.

Rupa-rupanya, Aziz Desa menyatakan bahawa DYMM Sultan Johor, Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi pernah memberi beliau sejumlah wang suatu masa dahulu. Ketika itu, Aziz Desa membuat liputan. DYMM Sultan Johor, AlmarhumTuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi bertanya kepada beliau mengapa kasutnya koyak (kalau tidak silap) dan beliau menjawab “patik tiada wang Tuaku”.

Ketika itu juga, DYMM Sultan Johor, Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi mengeluarkan sejumlah wang dan menyerahkan kepada saudara Aziz Desa dan seorang lagi temannya. Terlalu mendalam bagi saya.

Soal DYMM Sultan Johor, Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi yang dinyatakan punya sifat garang atau tidak, itu tidak perlu kita persoalkan. Tidak boleh dipersoalkan . Kita rakyat dan saya menumpang di tanah Johor.

Saya sudah banyak mendengar cerita-cerita bahawa DYMM Sultan Johor, Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi itu adalah seorang yang sangat mesra rakyat dan sangat pemurah. Kalau jahat yang dihadapkan kepada Almarhum, masakan tidak dihukum.

Tetapi, buatlah walau sedikit pun kebaikan dihadapan Almarhum. InsyaAllah, ada imbalannya. Rakyat Johor lebih mengenali siapa DYMM Sultan Johor, Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al KhalidiSultan yang istimewa. Tiada protokol di raja di dalam kamus hidup Almarhum. Sikap itu jugalah yang menjadi contoh rakyatnya sehingga saat ini. Termasuk saya.

Ikuti berita mengenainya di bawah:-

JOHOR BAHRU, 22 Jan. – Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memaklumkan demikian setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim berkenaan kemangkatan baginda pada jam 7.08 malam tadi.

Terdahulu pada sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar telah di masukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah gering.

Ekoran itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar hari ini dilantik sebagai Pemangku Sultan semasa kegeringan baginda Sultan.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli melalui satu kenyataan memaklumkan, Jumaah Majlis Diraja membuat keputusan itu di bawah Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 selepas menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan mengenai kegeringan baginda.

Menyorot kembali, Almarhum Sultan Iskandar yang diputerakan pada 8 April 1932 adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia kelapan iaitu antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989.

Almarhum Baginda adalah putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad dan dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.

Sumber:  Umno Online

Artikel Berkaitan

30 responses to “Takziah Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor

  1. Takziah buat keluarga sultan johor..
    Semalam aku ada kluar makan ngan dua org mmber aku.. Location : Jelapang, Ipoh, Perak.. Time tu tengah hari & hujan panas.. Member aku sorg ni ada ckp yang kalau hujan time tengah hari ni petanda ada kerabat diraja mangkat.. Aku x percaya plak apa yg dia ckp tu.. Tp lepas tengok post ni.. Ish.. Betul ke hujan time tengah hari tu petanda? @_@
    .-= kertaz´s last blog ..Jangan buat macam tu lagi! =-.

  2. Takziah buat seluruh kaum kerabat kesultanan johor…
    Al-Fatihah…

  3. Takziah Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor..nak buat camner..ajal maut ditgn tuhan..huhuhu
    .-= apiih´s last blog ..10 Kelebihan Lelaki tiada kekasih =-.

  4. al fatihah. harap TMJ dah tak gengster dah dan sedia utk pikul tanggungjawab

    :angeldream:
    .-= angeldream´s last blog ..girls with ‘plastic’ attitude =-.

  5. sultan ni sultan yg garang kan?
    .-= x-po´s last blog ..MULUT KORANG CAMNE? LASERKAH? =-.

  6. huhuhu, banyak sungguh tinggal link 🙂
    Al-fatihah…

  7. takziah buat semua rakyat Johor. Semoga pemangku raja dapat mencontohi almarhum tuanku.
    .-= tin kosong´s last blog ..Cinta Itu Membunuh =-.

  8. smalam baru je dengar berita anak dia jadi pemangku..alih-alih baru je mangkat..erm

    -Al-Fatihah-
    .-= F I T´s last blog ..Wah I won Free Flight Ticket From MAS! Thanks MAS and Nuffnang. =-.

    • Almarhum mangkat jam 7:15pm sebenarnya, cuma diistiharkan kat tv jam 11 pm. kiranya, TMJ dilantik jadi pemangku selepas pengishtiharan tentang kemangkatan dibuat rasanya…

  9. Takziah buat seluruh kaum kerabat kesultanan johor…
    Al-Fatihah…

    p/s : aku pernah jumpa dan bersalam dengan AlmarhumTuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi masa aku study kat johor dulu (kembara johor)..
    .-= rizputra7´s last blog ..Why I Like It Longer =-.

  10. saya lebih cuak kalau terserempak dengan TMJ di tengah JB, pernah sekali memandu balik dari kolej, tiba2 ferrari no plat TMJ meluru keluar dari kem askar, nampak TMJ kat dalam. pergh.. berderau darah . kenapa berderau darah? hehe.

    :angeldream:

  11. Antara Sultan yang berjiwa rakyat. Membahasakan diri Almarhum dengan panggilan Engku sahaja, selain itu almarhum juga amat peramah dan juga amat simple.
    .-= Dak Wan´s last blog ..Why I Like It Longer =-.

  12. Pingback: Permohonan Maaf AdukaTaruna Kepada Rakyat Malaysia | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge