Apa pendapat kamu: Bekahwin dan Belajar part time atau Habiskan Pelajaran Dahulu Baru Berkahwin
16 Jan
Berkahwin dan belajar part time atau belajar dahulu baru berkahwin. Mana satu pilihan terbaik? Begini saja, untuk tidak menyakitkan hati mana-mana pihak. Kan lebih elok, kita kecilkan skop dan hanya berdiskusi tentang diri sendiri saja.
Maksudnya, mana satu pilihan diri kamu?
Sejujurnya, saya sengaja menimbulkan tajuk ini kerana 1 sebab. Saya rimas dengan mulut-mulut di luar sana yang “bising-bising” menyuruh saya berkahwin.
Alasan manusia kampung barangkali, umur saya sudah 25 tahun.
Sorry, saya terpaksa menggelar kamu manusia kampung kerana saya tidak suka cara kamu berfikir. Pemikiran sebegitu hanya untuk orang-orang yang tidak memandang jauh ke hadapan.
Pandangan saya, maaf kalau ada yang tersinggung. Kadang-kadang, saya pun penat juga kalau asyik menjaga hati kamu semua. Nah, silakan ambil gelaran kampung itu. Sigh.
Saya selalu mengunci mulut bila ada teman-teman yang menyatakan hasrat untuk berumahtangga padahal belum habis belajar ketika itu. Kononnya, perkahwinan bukan alasan untuk mereka tidak dapat menghabiskan pelajaran.
Ok, pada saya itu hanya alasan semata-mata. Realitinya lain beb
Saya beri contoh. Orang kata, perkahwinan itu seronok. Ok, saya setuju kalau “seronok “ yang dinyatakan itu ditujukan kepada soal seksualiti. Beb, seks beb. Binatang pun tahu seronok ok. ahaks!
Tolak ke tepi soal seks itu. Fikirkan tanggungjawab. Si suami perlu menjadi ketua keluarga dan menjadi hakim untuk sebarang keputusan kelak. Perlu memberi nafkah untuk si suami dan si anak. Ok, andaikata sedang belajar. Tak ke sakit kepala.
Mana mahu memikirkan soal rumahtangga yang baru. Kalau nasib kurang baik, dapat pula isteri yang selalu bikin masalah. Tidak memahami si suami. Sikit-sikit merajuk kerana jarang dapat habiskan masa. Asyik di fakulti saja. Kalau ternampak si suami bersama perempuan lain, mula mahu cemburu.
Pergh! Psiko gila perempuan macam ini. hahahaha. Tapi, ini ada terjadi ok!
Itu kalau si suami. Kalau saya pula. Saya perlu melihat contoh-contoh dihadapan mata saya. Siapa lagi kalau teman-teman sekuliah dan teman lama yang lain.
Waktu mahu berkahwin, bukan main seronok bercerita pada saya dan saya sekadar melayankan saja nafsu orang yang mahu berkahwin itu. hahaha. Terdetik juga di dalam hati, biar benar si polan ini mahu berkahwin. Mata kasar saya melihat seperti seorang yang belum cukup bersedia.
Tapi, tidak baik juga mengandaikan dan menghakimi manusia daripada luaran. Jadi, saya terima secara positif. Mungkin, bila sudah berkahwin si polan akan lebih terurus hidupnya. Silakan.
Malangnya. Senyuman dan kegembiraan si polan tak lah lama. 6 bulan pertama agak baik-baik. Nampak seri di wajah si polan. Tapi, selepas itu mendung bak gerhana matahari semalam. ahaks!
Bila ditanya, si polan mengaku dia penat. Terlalu letih untuk ada 2 tanggungjawab. Dia perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Itu tuntutan agama. Masa yang sama, dia perlu fokuskan pelajaran juga.
Terlalu banyak masalah yang diceritakan kepada saya berbanding hal best-best. Sebenarnya, pada saya tiada salahnya kalau mahu berkahwin sewaktu masih belajar. Tiada siapa yang melarang.
Cuma, perlu difikirkan apa tugas kamu kelak. Apa kamu sudah bersedia menerima semua dugaan rumahtangga dan belajar sekaligus. Kalau kamu manusia yang tegar dan tahu cara handle masalah, percayalah kata saya. Kamu akan dapat 2 kebahagiaan!
Cuma, kalau kamu jenis yang sentiasa inginkan perhatian, sentiasa mahukan pasangan berada di sisi 24 jam bersama kamu, manusia yang tidak boleh langsung berjauhan dengan pasangan, manusia yang terlalu bergantung hidup dengan pasangan lah senang cerita…
ok, sila lupakan hasrat ingin berkahwin kalau belum habis belajar ye!
Percayalah, kamu takkan kemana kalau sentiasa bergantung dengan pasangan. Mahu berkahwin silakan, mahu belajar silakan tetapi perlu tahu keupayaan diri kamu sendiri. Janganlah mengikut rentak teman-teman lain terlampau dekat.
Merana diri kalau tersalah langkah!
Entry ini saya tujukan buat teman-teman yang telah kecundang di dalam pelajaran mereka baru-baru ini. Jangan bersedih terlalu lama. Silap sekali, tidak bererti kamu akan kalah selamanya. Move on ok!!





