seo
Archive | January, 2010

Takziah Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor

22 Jan

Takziah atas kemangkatan DYMM Sultan Johor, Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi hari ini. Tiada apa yang dapat saya katakan lagi. Cuma doa dan Al-Fatihah saja yang boleh saya berikan untuk almarhum. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat.

UPDATED: Saya baru saja menonton program Nasi lemak Kopi O di tv 9. Rasa sayu bila melihat pengacara, Aziz Desa seakan terlalu sedih dengan kemangkatan DYMM Sultan Johor,  Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi.

Rupa-rupanya, Aziz Desa menyatakan bahawa DYMM Sultan Johor, Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi pernah memberi beliau sejumlah wang suatu masa dahulu. Ketika itu, Aziz Desa membuat liputan. DYMM Sultan Johor, AlmarhumTuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi bertanya kepada beliau mengapa kasutnya koyak (kalau tidak silap) dan beliau menjawab “patik tiada wang Tuaku”.

Ketika itu juga, DYMM Sultan Johor, Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi mengeluarkan sejumlah wang dan menyerahkan kepada saudara Aziz Desa dan seorang lagi temannya. Terlalu mendalam bagi saya.

Soal DYMM Sultan Johor, Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi yang dinyatakan punya sifat garang atau tidak, itu tidak perlu kita persoalkan. Tidak boleh dipersoalkan . Kita rakyat dan saya menumpang di tanah Johor.

Saya sudah banyak mendengar cerita-cerita bahawa DYMM Sultan Johor, Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi itu adalah seorang yang sangat mesra rakyat dan sangat pemurah. Kalau jahat yang dihadapkan kepada Almarhum, masakan tidak dihukum.

Tetapi, buatlah walau sedikit pun kebaikan dihadapan Almarhum. InsyaAllah, ada imbalannya. Rakyat Johor lebih mengenali siapa DYMM Sultan Johor, Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al KhalidiSultan yang istimewa. Tiada protokol di raja di dalam kamus hidup Almarhum. Sikap itu jugalah yang menjadi contoh rakyatnya sehingga saat ini. Termasuk saya.

Ikuti berita mengenainya di bawah:-

JOHOR BAHRU, 22 Jan. – Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memaklumkan demikian setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim berkenaan kemangkatan baginda pada jam 7.08 malam tadi.

Terdahulu pada sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar telah di masukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah gering.

Ekoran itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar hari ini dilantik sebagai Pemangku Sultan semasa kegeringan baginda Sultan.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli melalui satu kenyataan memaklumkan, Jumaah Majlis Diraja membuat keputusan itu di bawah Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 selepas menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan mengenai kegeringan baginda.

Menyorot kembali, Almarhum Sultan Iskandar yang diputerakan pada 8 April 1932 adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia kelapan iaitu antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989.

Almarhum Baginda adalah putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad dan dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.

Sumber:  Umno Online

Bukan Semua Pelacur, Perempuan Jahat

21 Jan

Bukan semua pelacur, perempuan jahat. Bukan semua pelacur dengan senang hati merelakan badannya diratah. Saya tidak pernah fikirkan begitu. Pelacur juga manusia biasa macam kita. Kan?

Bagi saya, semuanya berlaku pasti bersebab.

Jangan sesekali korang memandang hina pelacur di luar sana. Pada saya, tidak adil. Sesekali, cuba letakkan diri korang sebagai pelacur :P Mungkin korang akan rasa se”best” mana agaknya menjadi pelacur selepas itu kot. hehehehe

Saya terpanggil untuk buat entri ini selepas menonton Malaysia Hari Ini pagi tadi. Wawancara hero tak berapa nak tinggi tetapi seriously saya gilakan wajahnya* kehkehkeh bersama Mazidul Akmal Sidik mengenai rancangan 999 malam nanti ;)

’Kupu-Kupu Malam Batam’. Menarik kan topik ni. hahaha

Selepas menonton Malaysia Hari Ini, saya terus membuka blog milik Mazidul Akmal Sidik. Silakan baca entri terbaru “Eski sudah nenen?” di blog beliau. Kalau korang punya hati, pasti korang akan ada perasaan simpati macam saya juga selepas membaca entri tersebut.

Biarpun batinnya mungkin terseksa, hemat saya, sifat keibuannya tidak pernah luntur dan terkubur. Kepada anak dan keluarga, dia cuba kedengaran bahagia walaupun setakat ini dia mendakwa dipaksa melayan nafsu serakah lebih 100 lelaki berhidung belang.

Pendapat peribadi saya, perempuan ini bukanlah perempuan yang jahat. Kalaulah dia punya pilihan yang jauh lebih baik berbanding menyerahkankan diri kepada bapak-bapak ayam, pasti dia tidak memilih jalan ini.

Sadis kan? Nasib tidak menyebelahi padanya.

Saya teringat kisah seorang teman yang terpaksa melacurkan diri walaupun umurnya waktu itu baru mencecah 16 tahun. Mujur saya tidak cepat melatah. Bukan senang juga mahu mendengar cerita teman saya itu.

Pada awalnya, saya marah. Saya tidak memaki tetapi sekadar menyalah dan terus menyalahkan dia sehingga akhirnya dia menitiskan air mata. Ok, sejujurnya saya rasa bersalah dan saya yang salah!

Saya terdiam. Saya sedar, saya telah menghukum dia tanpa beri masa untuk bercerita. Akhirnya, saya mohon maaf  padanya dan minta dia menceritakan pada saya.

Katanya, dia terpaksa. Hutangnya keliling pinggang.

Saya tanya lagi “kenapa kau berani berhutang? “.

Jawab teman saya “Kalau aku tak pinjam duit, dari mana nak bayar yuran sekolah?”.

Oh Tuhan. Saya menarik nafas dalam mendengar alasan itu. Kalau korang yang ada di tempat saya waktu itu, bagaimana rasanya? Hmm. Cukuplah cerita lama. Teman saya itu kecundang di dalam pelajarannya. Sudah begitu nasibnya.

Saya tidak tahu di mana dia berada sekarang. Doakan saja dia hidup bahagia kalau masih ada lagi umurnya dan sedekahkah Al-Fatihah kalau dia tiada lagi bersama kita sekarang. Amin.

Jangan lupa, saksikan laporan khas 999 malam ini,’ Kupu-Kupu Malam Batam’, jam 9 malam.

Penangan Entry Malas Oleh Saudara Jerung Perkasa

20 Jan

Merujuk kepada tajuk entry Malas yang cukup simple oleh saudara Jerung perkasa. Saya sekadar senyum bila membaca entry beliau. Sangat simbolik sebenarnya bagi saya.

Saya sengaja menggunakan perkataan simbolik di sini kerana saya tidak rasa saudara Jerung Perkasa cakap-cakap kosong saja. Pasti ada sesuatu yang bermain di dalam kepala beliau kini sehingga beliau terkena penyakit Malas itu.

Malas hanya satu perkataan yang bisa kita gunakan pada satu-satu masa kecemasan. Itu bagi saya. Mungkin berbeda juga bagi korang semua. Kita punya hak untuk memilih definisi Malas itu sendiri ;)

Mungkin saudara Jerung Perkasa punya masalah tersendiri. Macam kita-kita juga. Manusia beb, mana ada hidup tiada masalah kan? Saya ada, kamu pun pasti ada.

Itu cerita Malas Jerung Perkasa. Silakan membaca entry beliau untuk teruskan bacaan yang pada saya agak cute sebenarnya even beliau mengatakan entry itu sekadar entry merapu. hahaha

Baca dengan teliti. Saya suka dengan statement beliau tentang cerita cinta beliau :)

Pada pada, setiap penulisan pasti ada sesuatu yang kita boleh ambil isinya. Terima kasih Jerung perkasa sebab sedarkan saya daripada terus tidur dan hanyut dengan penyakit malas. ahaks!

Saya sekarang bekerja part time. Tidak sesibuk mana pun, cuma adatlah baru-baru masuk ke tempat orang. Rasa kekok. Tapi, syukur saya tiada masalah untuk berteman dengan sesiapa pun.

Im glad, saya bukan kera sumbang. muahaha.

Masalahnya sekarang, saya tiada laptop untuk access internet di rumah. Adoi. Rasa kosong siut. InsyaAllah, akan ada laptop tapi bukan sekarang sebab banyak lagi perkara yang mesti didahulukan. haih.

Sabar Liza, sabar itu suku daripada iman. wakakaka!

Jadi, buat masa sekarang saya akan menjawab komen-komen di waktu siang. Entry saya akan teruskan juga, cuma taklah selebat selalu. Agak sibuk dengan Projek Master dan juga projek Software Engineering lagi.

Urusan peribadi bisa diatur. hahaha.

Tahniah buat teman-teman bloggers yang semakin rancak menghiburkan pembaca blog korang. Hiburkanlah hati mereka selagi boleh. Tanpa mereka, siapalah kamu. kehkehkeh.

Jumpa lagi! Muah ~

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.