Kekasih Hati Si Polan Lelaki Lembut. Boleh terima ke?

Kekasih hati saya seorang lelaki lembut. Kekasih hati saya tidak seperti lelaki-lelaki lain di luar sana. Kekasih hati saya tidak sempurna macam orang lain. Kekasih hati saya bukan lelaki sejati. Teruja?

Ok, maaf. Bukan cerita saya pun. Sekadar pembuka bicara untuk topik kali ini.

Apa pendapat kamu tentang isu ini? Tentang seorang wanita yang mempunyai hubungan cinta bersama lelaki lembut. Saya perbetulkan perspektif korang semua dulu ok. Lelaki lembut yang saya maksudkan, bukanlah lelaki pondan ya. Pondan lain cara hidupnya.

Pondan berbeza dengan lelaki lembut. Pondan pada pandangan saya, lelaki yang menyerupai wanita dalam pelbagai aspek. Apa yang ada pada wanita, akan ada pada lelaki pondan. Lelaki pondan sedaya upaya merubah diri mereka secara fizikal dan juga nalurinya seperti wanita sejati.

Kononnya. Mahu menjadi wanita sejati. Mereka lupa asal kejadian mereka.

Cuma, kita tidak boleh juga mengejek mereka. Bukan itu caranya. Islam tak mengajar kita sebegitu bukan? Tak perlu lah mengajuk cara mereka berjalan, tidak usah juga buat-buat memuji kecantikan palsu mereka itu. Lebih baik kita berteman dengan mereka saja.

Hari demi hari, kita nasihatkan mereka. Tidak perlu menyakitkan hati mereka. Cukuplah sekadar kita memberi contoh terbaik pada mereka. Mereka tidak buta hati, cuma pincang sedikit tentang ilmu dunia dan agama. Kita pun ada dosa yang lain. Kita serupa saja.

Berbalik isu kekasih hati saya seorang lelaki lembut.

Ada juga saya melihat pasangan kekasih yang sebegini. Si wanita, seperti wanita-wanita lain juga. Lembut, ayu, sopan santun. Sejuk mata memandang. Tapi, bila saya terpandang si lelaki. Saya terkedu. Tiada banyak beza di antara mereka! Macam mana si wanita berjalan, begitu jugalah si lelaki berjalan.

Melenggang lenggok. Agak cute juga sebenarnya 🙂

Itu soal berjalan. Belum lagi saya sentuh soal memegang dulang makanan. hehehe. Kadang-kadang saya sedikit cemburu bila melihat gelagat si lelaki itu. Gaya memegang dulang beliau sangat lembut dan berhati-hati ok. Sambil membawa dulang, berjalan melenggang lenggok ke sana dan kemari. Boleh korang imagine? 😉

Itu apa yang saya lihat tentang aspek fizikal. Naluri mereka macam mana pula?

Ok, saya pernah juga terlihat satu aksi percintaan yang sangat romantis dan sangat jiwang karat juga. Selalunya, saya meluat dengan aksi-aksi begini. Pada saya, bercinta ada batasnya. Perlu jaga adab, perlu lihat orang kiri kanan bila kita hendak buat aksi macam dalam drama hindustan. hohoho.

Tapi, lain pula kisahnya bila saya melihat adegan asmara pasangan wanita dan si lelaki lembut. Ah, comel. Kalau korang ada peluang, jangan sesekali lepaskannya ok 😛

Akan ada aksi begini. Si wanita membelai rambut si lelaki, si lelaki pula akan meletakkan kepala di atas bahu si wanita (yang biasa sebaliknya), cara si lelaki bertutur dengan si wanita..pergh! 110% lembut ok. Kalah suara lembut si wanita itu. ahaks!

Mungkin wanita di sini, ada pengalaman bercinta dengan lelaki lembut. Mungkin juga ada teman korang yang pernah bercinta dengan lelaki lembut, atau mungkin juga korang ada cerita-cerita atau pendapat tentang isu ini, silakan beri pendapat. Saya beri mandat. hehehe.

Macam biasa, jagalah adab korang ya semasa memberi komen. Jangan ada yang terasa dengan kata-kata korang.

Pendapat peribadi saya, begini. Pasangan kita itu lelaki lembut atau tidak, itu adalah pilihan hati kita. Jangan sesekali kita pandang rendah dengan pasangan kita kalau itu sudah jodoh kita. Lelaki lembut, sama macam lelaki biasa. Cuma, mungkin nalurinya ada sedikit kelainan.

Lelaki lembut dilahirkan dengan satu naluri yang sama seperti wanita. Hati mereka mudah tersentuh seperti wanita, mudah terguris barangkali andai ada yang menyakitkan hati mereka. Sama macam naluri wanita, tetapi mereka lelaki! Mereka punya hak untuk bercinta dan punya zuriat juga. Sekian!

Artikel Berkaitan

53 responses to “Kekasih Hati Si Polan Lelaki Lembut. Boleh terima ke?

  1. Delacroix

    Saya ditakdirkan untuk mempunyai sebilangan besar kawan yang sebegini. Bukan sekadar lembut, tapi yang pondan pun bersepah.Namun, tidak pernah sekali saya dan teman-teman lain menyisihkan mereka. Betul kata kamu, mereka juga punya naluri. Cuma sedikit berlainan.

    Tetapi untuk berkasih dan bercinta dengan golongan lembut ini, sukar untuk saya beri komen yang membina. Bukan lah maksud saya, kita tak boleh langsung berpacaran dengan mereka. Tapi, kebanyakan yang saya lihat dengan mata saya sendiri, hubungan itu tidak sampai ke mana. Kalau ada yang berjaya sekalipun..nisbahnya terlalu kecil. Maaf kalau saya katakan, jarang-jarang lelaki lembut yang ada hati dengan perempuan. Selalunya mereka ini suka tengok lelaki juga!

    Seorang sahabat saya, berkasih dengan seorang lelaki lembut. Mereka dating macam pasangan lain juga. Si lelaki saya tak nafikan, seorang yang berpewatakan menarik, dressing up to date dan pembersih orangnya. Si perempuan, ayu bertudung litup, bersopan santun, jalan pun terkiput-kiput..pendek kata kalau bawak balik kampung jumpa mak bapak…confirm pass! Mereka hampir bertunang. Namun, bila harinya hampir tiba, si lelaki mengubah fikiran. Katanya dia tak dapat terima si perempuan dan teruskan hubungan. Apa lagi, bergaduh sakan la. Gaduh punya gaduh, terbongkarlah cerita..rupanya si lelaki itu GAY dan dah ada BOIFREN. Makanya, teman saya si perempuan ini, meraung tak ingat dunialah.

    Ada beberapa orang teman rapat saya di ofis dulu, begitu juga. Mereka yang lembut ini berkahwin dan dapat zuriat…tetapi selepas itu, bercerai dan kembali ‘lembut’. Ada juga yang berkahwin, tetapi tak dapat teruskan peranan sebagai suami. Tak boleh..katanya. Tapi bila dengan lelaki juga, boleh pulak. Heran! Ada juga sebilangan mereka, yang lembut bila bekerja di waktu siang…(jadi lelaki lah)…tetapi bila malam…mula lah drag. sakan. Mekap & dressing diorang..saya tabik spring. Dari segi bab-bab kecantikan, menghias rumah, kekemasan dan memasak, mereka jauh lebih advance dari perempuan. Percayalah. Saya sendiri pernah masuk ke dalam rumah mereka, menjengah ke dapur dan bilik tidur…perghhh. Superbb!

    Dari sudut logiknya, mereka dalam dunia mereka sendiri. Mereka tak pernah hiraukan kata-kata nista masyarakat yang memandang serong. Mereka berjaya dan berkerjaya malah dari sudut persahabatan, mereka sangat setia. Cuma mungkin dari sudut agama kita, tidak pernah mengajar sebegitu. Ok, saya tak mahu komen mengenai sensitiviti keagamaan serta dosa pahala. Bagi saya, berani buat berani tanggung.

    Pendapat saya, cara kita mendekatkan diri dengan golongan lembut ini sangat penting. Mereka sensitif. Atau dalam ertikata lainnya, mudah sentap. Tetapi jika di beri kesedaran yang mendalam, saya percaya mereka boleh berubah. Kalau ditakdirkan jodoh kita dengan lelaki lembut, jangan melatah. Sebaliknya kita bimbing dia supaya dapat jadi ketua keluarga yang baik dan jadi contoh kepada anak-anak. Bukan begitu?

    • wow! menarik. saya tak terfikir pula yang lelaki lembut tu sebenarnya GAY! saya tak rasa pula lelaki lembut boleh jadi sampai macam tu. pada pendapat saya, lelaki lembut, pondan, gay, bapok ada definisi tersendiri. bukan ya?

      saya rasa, teman kamu ni tersalah memilih dan lelaki itu bukan dikategorikan as lelaki lembut dah, tapi die GAY. gay ni bahaya. ajaran sesat sungguh. huhuhu. soal agama memang susah kita nak katakan.

      cuma, apa yang saya tahu..kalau sampai merubah kejadian asal yang Tuhan dah berikan pada kita..memang berdosa. itu mungkin ditujukan pada bapok kot. huhuhu. tak tahulah. dosa pahala, Tuhan yang tetapkan.

      p/s: nape mesti kite bersaya kamu ni beb?? hahahaha. neway, nice comment 😉

      • Delacroix

        Saya tidak mengatakan yg lelaki lembut itu semuanya gay. Tapi kebanyakannya begitu. Pondan dan bapok itu definisinya sama aja. Mereka ini golongan yang mengubah diri mereka jadi perempuan sehabisnya. Mekap, cara jalan, bercakap dan pakai baju perempuan. Istilah yang digunakan bila mereka berkeadaan begitu ‘drag’. Contohnya..”Nok, malam ni mak nak drag carik jantan.” Jangan terkejut ye…ini salah satu contoh yang sangat biasa untuk golongan-golongan ini berbicara sesama mereka. Cara penggunaan ayat dan perkataan pun, kalau kamu dengar…kamu boleh bezakan sama ada mereka ini golongan straight atau tidak.

        p/s : terlalu banyak hakikatnya yang saya tahu ketika berkawan dengan mereka. Adakalanya ngeri untuk saya bayangkan. Tapi itulah hakikat zaman ini…

        • oh, istilah tu saya ada terdengar juga. bak daripada kengkawan lain yang 1 sekolah dan bersifat sebegitu mahupun dari cerita2 kamu juga sebelum ini 🙂 thanks tolong inform di sini jugak. sharing is caring. gegege

          zaman sekarang macam2 boleh jadi. yang haram, manusia halalkan.neraka mereka kata syurga. ah, dunia akhir zaman!

  2. erm lelaki lembut kengkadang tengok diorang ni geli gk..adoii tolong la..tapi for girl, lagi baik ada bf lembut dari dapat bf yang ganas and tak pandai nak care..kesian a kalu girls dapat golongan camtu..erm tapi tak semua lelaki itu tak baik..ada je yang care dan full of love. salah satu cara nak tau, tgk laki tu suka layan budak2 ke tak..hahaha pecah rahsia.. 😛
    .-= F I T´s last blog ..Alamat-Alamat IPTA Bagi Yang Mengisi Borang UPU =-.

    • kehkehkeh.untung kalau dapat laki yang suke kanak2. tak susah aku nak jaga anak sorang2 nanti. hahahaha. betul juga kata kau tuh. kadang2 geli tapi kadang2 gelihati 🙂 ehehe. jadi hiburan lak kat aku time2 stress 😛

  3. xpenah ader kwn yg pondan nih..asl diorang nk jadi pondan??walhal diri itu lelaki..act to be lelaki larr..hahahaha
    .-= apiih´s last blog ..20 sebab kenapa lelaki tak kahwin-kahwin. =-.

    • jangan terkejut, mereka jadi macam tu kerana persekitaran mereka beb. bukan asal kejadian sebenarnya. pengaruh kawan2 hakikatnya. sebab itu, kita tak boleh dan kalau boleh haramkan mulut kite dr menjejek2 diorang.

      tak merubah, nanti makin mereka menjadi2. kita kena beri nasihat secara bijak 😉

  4. golongan lelaki lembut ni ramai jugak jumpa time belajar dulu,personaliti mereka lain skit,siap mekap ,guna gincu dan celak,tetapi bab belajr pehh ok pulak

  5. lelaki lembut kadang2 bkn slh dirinya sndri..mungkin masa kecik die sudah diasuh sebegitu..cth la,adik bradik len semua pompuan n die sorg je laki..mase kecik akak2 duk mekap pakai baju gurl kt die..last2 mmg sah lembut la kan..hahaha..xpon genetic lembut kot..muahaha

    psl pondan mmg sesaje dorg nak buat..mmg menyampah la..tp bez kawan ng dorng..duit kite x abes,..hahaha

    psl pompuan dpt lelaki lembut tu xley nk kate pe la…kena tnye pompuan yg pnah rase.hehehe

    • hahahaha. nanti kite tanya gurl yang pernah couple ngan lelaki lembut same2 ye 😛
      mungkin btul jugak sebab asuhan mase kecik. macam aku lah. aku dibesarkan dengan 4 lelaki dlm adik bradik. jd, jgn merase or mengidamlah nak tny aku psl barbie doll 😛

      mungkin hal tu akan berlaku jike sebaliknya. ade logiknye.

      tapi, btul macam ko kate. best kwn ngan diorang. mereka ni ade 1 hati yg istimewa. cukup lembut. baik giler. hhehehehe

  6. entah la…aku sis rase ek??kalau mereka ini lembut tapi masih still lelaki kan???sembahyang pon masih di saf lelaki kan???
    .-= Piston Pecah´s last blog ..Monday Blues…Terasa Kehilangan Pagi ini =-.

    • mereka je yang tahu sape diri mereka 🙂 rasanya, tentang hukum2 agama semua sama. mereka pun takkan berani agaknya nak buat sampai kesitu kot. tak tahulah ye..huhuhuh

  7. btol tue lizz…

    lembut ke x ke…terima la seadanya…

    sama gak kalo perempuan kasar…

    sebab setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya

    • hehehe. aku perempuan yg agak kasar gara2 dibesarkan ngan adik bradik yg semuenye laki. kehkehkeh. lelaki lembut ni, tak perlu takut sangat..kalau gay tu bahaye sket kot.

  8. lelaki lembut bukan sebarang lembut tau..pada saya mereka sama saja. ada hati perasaan yg perlu dijaga. jika mereka terpesong, bantulah mereka dengan agama. InsyaAllah, mereka akan kembali ke pangkal jalan jika kena caranya.. tak baik duk kutuk2 depa tau.. hehe..
    .-= sueella´s last blog ..Update Contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” =-.

  9. Pingback: My Top 10 Blogger (Female Bloggers) | Si Buchuk | Hidup Berani Untuk Gagal

  10. Auuww…mengancam u~
    heheh
    .-= tin kosong´s last blog ..Cara nak cover kemaluan =-.

  11. Boleh je.. Jgn dianaktiri lelaki lembut.
    .-= zool´s last blog ..Jaya Jusco AEON dibuka semula =-.

  12. aku sangat suka lelaki lembut..!Awww…Kelas gitu…!!

  13. aku tak pernah kisah pon dengan lelaki lembut selagi perangai diorang ok…
    tapi kalau perangai tu macam celaka.. bukan kata lelaki lembut.. lelaki keras pon aku menyampah…
    .-= topo´s last blog ..4 Tips Tingkatkan Trafik Dengan Memahami Pelawat =-.

  14. pengakuan memalukan diri:

    aku pernah “tergoda” dengan sorang lelaki yang bolehlah tahan lembut..
    series baik giler mamat tu, dah la poket tak pernah kering..
    suka belanja aku… arghhhhh [ wth ]
    macam manalah perempuan macam aku ni tak tertarik..

    nasib baiklah aku ni budak sekolah yang rajin mendalami ilmu agama,
    kalau tak apalah yang dah terjadi? [ nada sedih ]

    hahahahaha!
    .-= Zala Wajik´s last blog .. =-.

    • alhamdulilah, kalau macam aku ni..sah2 hanyut dah. aku ni ilmu agama tak berapa nak dalam ni. huhuhuhu. tapi, bab suke kene blanjer tu kene agak2 ar kot. jgn suke bedal duit orang sangat mak aku cakap, nanti best2 kene ungkit. huhuh

  15. aus

    ohoho ,
    isu menarik . ahaha . laki lembut dan ponda mmg berbeza .
    tapi slalu kalau nampak laki lembut pun org panggil pondan je.
    biasa la , kebiasaan kita .

    aku ada kawan laki lembut , bukan jenis yang pondan la . diorang ni jenis yang sopan .
    ahaks , selalu nya jns yg banyak adik beradik dari perempuan la .
    .-= aus´s last blog ..ADUKA DIKEJAR POLIS LAGI . =-.

  16. kalao dah jodoh nak buat camner..
    hehe..

  17. ish3…kalo boleh nak laki gagah perkasa..

  18. hehe laki tu nk bg romantik kot sbb tu lemah gemalai skit..haha
    .-= x-po´s last blog ..BILA DAH KAHWIN, NAK ANAK CEPAT ATAU LAMBAT? =-.

  19. tak pernah lagi dapat kenal dengan lelaki lembut…
    .-= cik epal´s last blog ..happy birthday Nazatul Atiqah =) =-.

  20. best ke eh cple ngan laki lembut?pmpuan tu mst kena ada hati yang gentleman sket kan.Tp cmne pon diorang ttp ad perasaan,cuma lebih sket dari yang biasa kan.sy mmg x boleh kot ngan diorg nih..sbb sy nih sabarnya kurang sket..mulut pon ikut sedap belasah je.huhu,,,kang tiap2 ari la mandi air mata bf tuh sbb tguris hati…huhu..
    .-= OranGe´s last blog ..Jelingan Maut beb… =-.

    • kehkehkeh. kalau kurang sabar maybe tak boleh kot. for me, gurl yang betul2 ati die lembut..sabar boleh ngan laki2 lembut ni, aku tak boleh. kadang2 boleh jadi sarkas jerit2 😛

  21. Hmmm……. fenomena nie agak payah kalau tak dibendung dari awal. So, parents & siblings kena take part menjalankan tugas. Biasanya lembut nie kalau tak gay, bisex…….
    .-= Dak Wan´s last blog ..Tagged Profile =-.

    • huhu. tak jugak..lembut tak bahaya kalau tak sampai ke gay/bisex cuz mmg ade laki yg dilahirkan macam ni. naluri mcm gurl sket tp tak sampai ketahap jadi macam tuh semue

  22. sebaiknya lelaki tu berubah kepada perwatakan lelaki sejati.
    perlu berusaha untuk berubah..join aktiviti lasak,main bolasepak,futsal
    lelaki menyerupai wanita adalah haram.
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Segelintir Bebudak Myspace Yang tut =-.

  23. Sy_pondantaw

    aa222, kte22 ske cite kt atas tu, eii22 ske sangat, betol2, taya la ejek lelaki lmbut, dye(sy) pun ade perasaan jge taw, bkan perasaan je, hati dye(sy) cpat sgt tesntuh, ape2 pown, sy stuju nan cte ats niie, sy ske larhhh, tme kasih spe yg tulis cte ni, sbb cte ats tu byk puji lelaki lmbut, huhu, 😀

    • Mashitah Sukri

      Kite tengah berkawan rapat dengan lelaki lembut bahasa kasar pondan. Kite selesa dengan dia walaupun dia macam tu. Sekarang dia dah berubah perlahan lahan nak jadi lelaki semula. Tapi hati kena kuatlah sebab kte dah macam swapping role dia perempuan kite lelaki. Kalau tak mula whatapps , call dia takkan mula. Calon suami idaman kite lelaki lembut sebab mereka baik sangat.

  24. aku pernah couple dengan lelaki lembut,tapi dia tak la lembut sangat, maybe more to lemah lembut. errr,macam sama bunyinya,tapi trust me,lain. hehe.

    kejap je couple sebab aku rasa tak leh serasi. aku ni jenis kasar. bila dengan dia aku rasa macam aku laki,dia perempuan. terbalik dah. hee.

    • bidadariapi

      Sy setuju dgn na.fi….(biapon lewat utk setuju….hikhik)bkn ape tlglah jadi lelaki perkasa…sy merayu….nape nk jadi lmbut..tp one thing for sure kkdang pelik cmne dia bole mlenggang lebey dr pompuan…bkn ker mlenggeng boleh di kontrol???…hmmmm

  25. saya akui saya tergolong dalam kategori lelaki lembut ni..tapi naluri,pemakaian,penampilan masih fitrah yang dikurniakan Allah iaitu lelaki..tak teringin pun nak jadi perempuan,saya bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan..

    pasal kena ejek tu,saya dah imun…dah lali dah dengar…saya telan jerr asalkan saya masih belum melanggar fitrah..

    pasal berpasangan ni,saya memang teringin pun nak ada pasangan..macam emma maembong ke,shila amzah ke…ceywahh!!!…berangan jer aku..tapi,itulah..apakah persepsi golongan Hawa? mampukah mereka menerima lelaki yang tidak sempurna seperti saya untuk dijadikan suami mereka yang sah? 😀

    Yang menaip,
    MUHAMMAD FAREEZ YUSRAN

  26. Alornk

    Salam Saudara Fareez Yusran dan kawan2 lain. Saya memahami apa yang saudara hadapi, kerana saya pun dalam situasi serupa kemungkinannya. Berdasarkan kepada isu yang di atas tu, saya mempunyai rakan wanita di mana kami dah kenali lebih 2 tahun, sering keluar bersama-sama namun tetap menjaga batas susila. Selama ini saya terfkir, apakah dia tidak segan berkawan dan keluar berdua2an dengan saya? Semalam, semasa keluar di ambang Tahun Baharu, saya spontan melamarnya. Dia sangat terkejut, dia akui dia tiada sesiapa yang istimewa di hatinya. Namun menyerahkannya kepada saya sejauh mana saya serius dengannya. Arghh…saya bertanyakannya, dia pula tanya saya. Siap tanya ‘are u serisu?’ ‘dah solat istikharah?’ ‘dah fikir masak2?’. Saya seorang yang bekerjaya dan dia pun sama. Sama-sama sibuk. Jadi, saya perlukan kata putus segera daripadanya sebelum bertindak apa2 yang selanjutnya. Saya tidak mahu kami keluar lagi dari semasa ke semasa tanpa adanya matlamat dalam perhubungan. Dalam pada itu, saya sebenarnya rasa ralat kerana saya buntuk memikirkan apakah penerimaan keluarganya nanti. Mungkin dia dapat terima saya, tetapi bagaimana dengan keluarganya yang ramai lelaki? Bagaimana saya mahu adapt dengan mereka yang saya rasa macam sukar sahaja. Entah lah. Maaf la saya ceritakannya kepada saudara. Hanya nak maklumkan, akan ada yang boleh menerima kita, cuma bergantung kepada keyakinan kita. Dan, saya sendiri pun dalam usaha untuk membina keyakinan dalam hati. Tatkala saya mahu menduga dia, nampaknya saya sendiri yang terduga. Allahu Rabbi.

  27. Gee

    Assalammualaikum.Saya ada berkawan dengan seorang lelaki lembut di tempat kerja saya dan dia pernah melamar saya untuk menjadi teman wanita dia.Tetapi saya menolak lamaran dia secara baik.Namun selepas beberapa lama saya rasa yang saya mempunyai perasaan yang lebih dr seorg kawan terhadap dia.Saya rasa confuse..Boleh saya mintak pendapat bagi sesiapa yang pernah berpasangan dengan lelaki lembut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge