Kekasih Hati Si Polan Lelaki Lembut. Boleh terima ke?
29 Jan
Kekasih hati saya seorang lelaki lembut. Kekasih hati saya tidak seperti lelaki-lelaki lain di luar sana. Kekasih hati saya tidak sempurna macam orang lain. Kekasih hati saya bukan lelaki sejati. Teruja?
Ok, maaf. Bukan cerita saya pun. Sekadar pembuka bicara untuk topik kali ini.
Apa pendapat kamu tentang isu ini? Tentang seorang wanita yang mempunyai hubungan cinta bersama lelaki lembut. Saya perbetulkan perspektif korang semua dulu ok. Lelaki lembut yang saya maksudkan, bukanlah lelaki pondan ya. Pondan lain cara hidupnya.
Pondan berbeza dengan lelaki lembut. Pondan pada pandangan saya, lelaki yang menyerupai wanita dalam pelbagai aspek. Apa yang ada pada wanita, akan ada pada lelaki pondan. Lelaki pondan sedaya upaya merubah diri mereka secara fizikal dan juga nalurinya seperti wanita sejati.
Kononnya. Mahu menjadi wanita sejati. Mereka lupa asal kejadian mereka.
Cuma, kita tidak boleh juga mengejek mereka. Bukan itu caranya. Islam tak mengajar kita sebegitu bukan? Tak perlu lah mengajuk cara mereka berjalan, tidak usah juga buat-buat memuji kecantikan palsu mereka itu. Lebih baik kita berteman dengan mereka saja.
Hari demi hari, kita nasihatkan mereka. Tidak perlu menyakitkan hati mereka. Cukuplah sekadar kita memberi contoh terbaik pada mereka. Mereka tidak buta hati, cuma pincang sedikit tentang ilmu dunia dan agama. Kita pun ada dosa yang lain. Kita serupa saja.
Berbalik isu kekasih hati saya seorang lelaki lembut.
Ada juga saya melihat pasangan kekasih yang sebegini. Si wanita, seperti wanita-wanita lain juga. Lembut, ayu, sopan santun. Sejuk mata memandang. Tapi, bila saya terpandang si lelaki. Saya terkedu. Tiada banyak beza di antara mereka! Macam mana si wanita berjalan, begitu jugalah si lelaki berjalan.
Melenggang lenggok. Agak cute juga sebenarnya
Itu soal berjalan. Belum lagi saya sentuh soal memegang dulang makanan. hehehe. Kadang-kadang saya sedikit cemburu bila melihat gelagat si lelaki itu. Gaya memegang dulang beliau sangat lembut dan berhati-hati ok. Sambil membawa dulang, berjalan melenggang lenggok ke sana dan kemari. Boleh korang imagine?
Itu apa yang saya lihat tentang aspek fizikal. Naluri mereka macam mana pula?
Ok, saya pernah juga terlihat satu aksi percintaan yang sangat romantis dan sangat jiwang karat juga. Selalunya, saya meluat dengan aksi-aksi begini. Pada saya, bercinta ada batasnya. Perlu jaga adab, perlu lihat orang kiri kanan bila kita hendak buat aksi macam dalam drama hindustan. hohoho.
Tapi, lain pula kisahnya bila saya melihat adegan asmara pasangan wanita dan si lelaki lembut. Ah, comel. Kalau korang ada peluang, jangan sesekali lepaskannya ok
Akan ada aksi begini. Si wanita membelai rambut si lelaki, si lelaki pula akan meletakkan kepala di atas bahu si wanita (yang biasa sebaliknya), cara si lelaki bertutur dengan si wanita..pergh! 110% lembut ok. Kalah suara lembut si wanita itu. ahaks!
Mungkin wanita di sini, ada pengalaman bercinta dengan lelaki lembut. Mungkin juga ada teman korang yang pernah bercinta dengan lelaki lembut, atau mungkin juga korang ada cerita-cerita atau pendapat tentang isu ini, silakan beri pendapat. Saya beri mandat. hehehe.
Macam biasa, jagalah adab korang ya semasa memberi komen. Jangan ada yang terasa dengan kata-kata korang.
Pendapat peribadi saya, begini. Pasangan kita itu lelaki lembut atau tidak, itu adalah pilihan hati kita. Jangan sesekali kita pandang rendah dengan pasangan kita kalau itu sudah jodoh kita. Lelaki lembut, sama macam lelaki biasa. Cuma, mungkin nalurinya ada sedikit kelainan.
Lelaki lembut dilahirkan dengan satu naluri yang sama seperti wanita. Hati mereka mudah tersentuh seperti wanita, mudah terguris barangkali andai ada yang menyakitkan hati mereka. Sama macam naluri wanita, tetapi mereka lelaki! Mereka punya hak untuk bercinta dan punya zuriat juga. Sekian!







Saya ditakdirkan untuk mempunyai sebilangan besar kawan yang sebegini. Bukan sekadar lembut, tapi yang pondan pun bersepah.Namun, tidak pernah sekali saya dan teman-teman lain menyisihkan mereka. Betul kata kamu, mereka juga punya naluri. Cuma sedikit berlainan.
Tetapi untuk berkasih dan bercinta dengan golongan lembut ini, sukar untuk saya beri komen yang membina. Bukan lah maksud saya, kita tak boleh langsung berpacaran dengan mereka. Tapi, kebanyakan yang saya lihat dengan mata saya sendiri, hubungan itu tidak sampai ke mana. Kalau ada yang berjaya sekalipun..nisbahnya terlalu kecil. Maaf kalau saya katakan, jarang-jarang lelaki lembut yang ada hati dengan perempuan. Selalunya mereka ini suka tengok lelaki juga!
Seorang sahabat saya, berkasih dengan seorang lelaki lembut. Mereka dating macam pasangan lain juga. Si lelaki saya tak nafikan, seorang yang berpewatakan menarik, dressing up to date dan pembersih orangnya. Si perempuan, ayu bertudung litup, bersopan santun, jalan pun terkiput-kiput..pendek kata kalau bawak balik kampung jumpa mak bapak…confirm pass! Mereka hampir bertunang. Namun, bila harinya hampir tiba, si lelaki mengubah fikiran. Katanya dia tak dapat terima si perempuan dan teruskan hubungan. Apa lagi, bergaduh sakan la. Gaduh punya gaduh, terbongkarlah cerita..rupanya si lelaki itu GAY dan dah ada BOIFREN. Makanya, teman saya si perempuan ini, meraung tak ingat dunialah.
Ada beberapa orang teman rapat saya di ofis dulu, begitu juga. Mereka yang lembut ini berkahwin dan dapat zuriat…tetapi selepas itu, bercerai dan kembali ‘lembut’. Ada juga yang berkahwin, tetapi tak dapat teruskan peranan sebagai suami. Tak boleh..katanya. Tapi bila dengan lelaki juga, boleh pulak. Heran! Ada juga sebilangan mereka, yang lembut bila bekerja di waktu siang…(jadi lelaki lah)…tetapi bila malam…mula lah drag. sakan. Mekap & dressing diorang..saya tabik spring. Dari segi bab-bab kecantikan, menghias rumah, kekemasan dan memasak, mereka jauh lebih advance dari perempuan. Percayalah. Saya sendiri pernah masuk ke dalam rumah mereka, menjengah ke dapur dan bilik tidur…perghhh. Superbb!
Dari sudut logiknya, mereka dalam dunia mereka sendiri. Mereka tak pernah hiraukan kata-kata nista masyarakat yang memandang serong. Mereka berjaya dan berkerjaya malah dari sudut persahabatan, mereka sangat setia. Cuma mungkin dari sudut agama kita, tidak pernah mengajar sebegitu. Ok, saya tak mahu komen mengenai sensitiviti keagamaan serta dosa pahala. Bagi saya, berani buat berani tanggung.
Pendapat saya, cara kita mendekatkan diri dengan golongan lembut ini sangat penting. Mereka sensitif. Atau dalam ertikata lainnya, mudah sentap. Tetapi jika di beri kesedaran yang mendalam, saya percaya mereka boleh berubah. Kalau ditakdirkan jodoh kita dengan lelaki lembut, jangan melatah. Sebaliknya kita bimbing dia supaya dapat jadi ketua keluarga yang baik dan jadi contoh kepada anak-anak. Bukan begitu?
[Reply]
Lizz Reply:
January 29th, 2010 at 12:39 pm
wow! menarik. saya tak terfikir pula yang lelaki lembut tu sebenarnya GAY! saya tak rasa pula lelaki lembut boleh jadi sampai macam tu. pada pendapat saya, lelaki lembut, pondan, gay, bapok ada definisi tersendiri. bukan ya?
saya rasa, teman kamu ni tersalah memilih dan lelaki itu bukan dikategorikan as lelaki lembut dah, tapi die GAY. gay ni bahaya. ajaran sesat sungguh. huhuhu. soal agama memang susah kita nak katakan.
cuma, apa yang saya tahu..kalau sampai merubah kejadian asal yang Tuhan dah berikan pada kita..memang berdosa. itu mungkin ditujukan pada bapok kot. huhuhu. tak tahulah. dosa pahala, Tuhan yang tetapkan.
p/s: nape mesti kite bersaya kamu ni beb?? hahahaha. neway, nice comment
[Reply]
Delacroix Reply:
January 29th, 2010 at 12:56 pm
Saya tidak mengatakan yg lelaki lembut itu semuanya gay. Tapi kebanyakannya begitu. Pondan dan bapok itu definisinya sama aja. Mereka ini golongan yang mengubah diri mereka jadi perempuan sehabisnya. Mekap, cara jalan, bercakap dan pakai baju perempuan. Istilah yang digunakan bila mereka berkeadaan begitu ‘drag’. Contohnya..”Nok, malam ni mak nak drag carik jantan.” Jangan terkejut ye…ini salah satu contoh yang sangat biasa untuk golongan-golongan ini berbicara sesama mereka. Cara penggunaan ayat dan perkataan pun, kalau kamu dengar…kamu boleh bezakan sama ada mereka ini golongan straight atau tidak.
p/s : terlalu banyak hakikatnya yang saya tahu ketika berkawan dengan mereka. Adakalanya ngeri untuk saya bayangkan. Tapi itulah hakikat zaman ini…
[Reply]
Lizz Reply:
January 29th, 2010 at 1:06 pm
oh, istilah tu saya ada terdengar juga. bak daripada kengkawan lain yang 1 sekolah dan bersifat sebegitu mahupun dari cerita2 kamu juga sebelum ini
thanks tolong inform di sini jugak. sharing is caring. gegege
zaman sekarang macam2 boleh jadi. yang haram, manusia halalkan.neraka mereka kata syurga. ah, dunia akhir zaman!
[Reply]
erm lelaki lembut kengkadang tengok diorang ni geli gk..adoii tolong la..tapi for girl, lagi baik ada bf lembut dari dapat bf yang ganas and tak pandai nak care..kesian a kalu girls dapat golongan camtu..erm tapi tak semua lelaki itu tak baik..ada je yang care dan full of love. salah satu cara nak tau, tgk laki tu suka layan budak2 ke tak..hahaha pecah rahsia..
.-= F I T´s last blog ..Alamat-Alamat IPTA Bagi Yang Mengisi Borang UPU =-.
[Reply]
Lizz Reply:
January 29th, 2010 at 12:42 pm
kehkehkeh.untung kalau dapat laki yang suke kanak2. tak susah aku nak jaga anak sorang2 nanti. hahahaha. betul juga kata kau tuh. kadang2 geli tapi kadang2 gelihati
ehehe. jadi hiburan lak kat aku time2 stress
[Reply]
xpenah ader kwn yg pondan nih..asl diorang nk jadi pondan??walhal diri itu lelaki..act to be lelaki larr..hahahaha
.-= apiih´s last blog ..20 sebab kenapa lelaki tak kahwin-kahwin. =-.
[Reply]
Lizz Reply:
January 29th, 2010 at 1:08 pm
jangan terkejut, mereka jadi macam tu kerana persekitaran mereka beb. bukan asal kejadian sebenarnya. pengaruh kawan2 hakikatnya. sebab itu, kita tak boleh dan kalau boleh haramkan mulut kite dr menjejek2 diorang.
tak merubah, nanti makin mereka menjadi2. kita kena beri nasihat secara bijak
[Reply]
hmmmm. Ewwwww?
[Reply]
Lizz Reply:
January 29th, 2010 at 1:15 pm
ko dari dulu sampai sekarang dok wat komen spam camni wei. geget jari ko kang. muahahaha
[Reply]
golongan lelaki lembut ni ramai jugak jumpa time belajar dulu,personaliti mereka lain skit,siap mekap ,guna gincu dan celak,tetapi bab belajr pehh ok pulak
[Reply]
Lizz Reply:
January 29th, 2010 at 4:13 pm
bukan lain sikit kot, lain banyak. ada yang totally nak jadi pompuan. tapi, if lembut hati aje tak ubah apa2 fizikal..boleh tahan lagi. huhuu.
[Reply]
lelaki lembut kadang2 bkn slh dirinya sndri..mungkin masa kecik die sudah diasuh sebegitu..cth la,adik bradik len semua pompuan n die sorg je laki..mase kecik akak2 duk mekap pakai baju gurl kt die..last2 mmg sah lembut la kan..hahaha..xpon genetic lembut kot..muahaha
psl pondan mmg sesaje dorg nak buat..mmg menyampah la..tp bez kawan ng dorng..duit kite x abes,..hahaha
psl pompuan dpt lelaki lembut tu xley nk kate pe la…kena tnye pompuan yg pnah rase.hehehe
[Reply]
Lizz Reply:
January 29th, 2010 at 4:16 pm
hahahaha. nanti kite tanya gurl yang pernah couple ngan lelaki lembut same2 ye
mungkin btul jugak sebab asuhan mase kecik. macam aku lah. aku dibesarkan dengan 4 lelaki dlm adik bradik. jd, jgn merase or mengidamlah nak tny aku psl barbie doll
mungkin hal tu akan berlaku jike sebaliknya. ade logiknye.
tapi, btul macam ko kate. best kwn ngan diorang. mereka ni ade 1 hati yg istimewa. cukup lembut. baik giler. hhehehehe
[Reply]
entah la…aku sis rase ek??kalau mereka ini lembut tapi masih still lelaki kan???sembahyang pon masih di saf lelaki kan???
.-= Piston Pecah´s last blog ..Monday Blues…Terasa Kehilangan Pagi ini =-.
[Reply]
Lizz Reply:
January 29th, 2010 at 4:17 pm
mereka je yang tahu sape diri mereka
rasanya, tentang hukum2 agama semua sama. mereka pun takkan berani agaknya nak buat sampai kesitu kot. tak tahulah ye..huhuhuh
[Reply]
btol tue lizz…
lembut ke x ke…terima la seadanya…
sama gak kalo perempuan kasar…
sebab setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya
[Reply]
Lizz Reply:
January 29th, 2010 at 8:43 pm
hehehe. aku perempuan yg agak kasar gara2 dibesarkan ngan adik bradik yg semuenye laki. kehkehkeh. lelaki lembut ni, tak perlu takut sangat..kalau gay tu bahaye sket kot.
[Reply]
lelaki lembut bukan sebarang lembut tau..pada saya mereka sama saja. ada hati perasaan yg perlu dijaga. jika mereka terpesong, bantulah mereka dengan agama. InsyaAllah, mereka akan kembali ke pangkal jalan jika kena caranya.. tak baik duk kutuk2 depa tau.. hehe..
.-= sueella´s last blog ..Update Contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” =-.
[Reply]
Lizz Reply:
January 29th, 2010 at 8:45 pm
ahaks! betul. silap orang kite ni..keje nak mengejek tak tentu hala. padahal orang tu tak ada buat salah pun kat diorang. saje2. hohohoho
[Reply]
Auuww…mengancam u~
heheh
.-= tin kosong´s last blog ..Cara nak cover kemaluan =-.
[Reply]
Lizz Reply:
January 31st, 2010 at 9:21 pm
hahaha. siut je ko
[Reply]
Boleh je.. Jgn dianaktiri lelaki lembut.
.-= zool´s last blog ..Jaya Jusco AEON dibuka semula =-.
[Reply]
Lizz Reply:
January 31st, 2010 at 9:44 pm
betul. lelaki tu just lembut cuz diberi hati yg agak lembut. tp, die tetap lelaki normal for me..
[Reply]
aku sangat suka lelaki lembut..!Awww…Kelas gitu…!!
[Reply]
Lizz Reply:
February 2nd, 2010 at 11:51 pm
haha. nakal
[Reply]
aku tak pernah kisah pon dengan lelaki lembut selagi perangai diorang ok…
tapi kalau perangai tu macam celaka.. bukan kata lelaki lembut.. lelaki keras pon aku menyampah…
.-= topo´s last blog ..4 Tips Tingkatkan Trafik Dengan Memahami Pelawat =-.
[Reply]
Lizz Reply:
February 2nd, 2010 at 11:52 pm
hahaha. betul jugak ape ko cakap. orang tak kaco idup kite, kite pun xleh lah nak kisahkan hal diorang gak naa
[Reply]
pengakuan memalukan diri:
aku pernah “tergoda” dengan sorang lelaki yang bolehlah tahan lembut..
series baik giler mamat tu, dah la poket tak pernah kering..
suka belanja aku… arghhhhh [ wth ]
macam manalah perempuan macam aku ni tak tertarik..
nasib baiklah aku ni budak sekolah yang rajin mendalami ilmu agama,
kalau tak apalah yang dah terjadi? [ nada sedih ]
hahahahaha!
.-= Zala Wajik´s last blog .. =-.
[Reply]
Lizz Reply:
February 2nd, 2010 at 11:54 pm
alhamdulilah, kalau macam aku ni..sah2 hanyut dah. aku ni ilmu agama tak berapa nak dalam ni. huhuhuhu. tapi, bab suke kene blanjer tu kene agak2 ar kot. jgn suke bedal duit orang sangat mak aku cakap, nanti best2 kene ungkit. huhuh
[Reply]
ohoho ,
isu menarik . ahaha . laki lembut dan ponda mmg berbeza .
tapi slalu kalau nampak laki lembut pun org panggil pondan je.
biasa la , kebiasaan kita .
aku ada kawan laki lembut , bukan jenis yang pondan la . diorang ni jenis yang sopan .
ahaks , selalu nya jns yg banyak adik beradik dari perempuan la .
.-= aus´s last blog ..ADUKA DIKEJAR POLIS LAGI . =-.
[Reply]
Lizz Reply:
February 2nd, 2010 at 11:59 pm
kahkakah. pengaruh adik bradik kuat woo. aku jadi macam tak berapa nk girlie sangat cuz itu jugak. muaahhaha.
[Reply]
kalao dah jodoh nak buat camner..
hehe..
[Reply]
Lizz Reply:
February 3rd, 2010 at 12:00 am
hehehe. tak salah pun kan?
[Reply]
ish3…kalo boleh nak laki gagah perkasa..
[Reply]
Lizz Reply:
February 3rd, 2010 at 12:01 am
terlebih gagah pun susah jugak.
[Reply]
hehe laki tu nk bg romantik kot sbb tu lemah gemalai skit..haha
.-= x-po´s last blog ..BILA DAH KAHWIN, NAK ANAK CEPAT ATAU LAMBAT? =-.
[Reply]
Lizz Reply:
February 3rd, 2010 at 12:11 am
huhuhu. if terlebey gemalai,,geli beb
[Reply]
tak pernah lagi dapat kenal dengan lelaki lembut…
.-= cik epal´s last blog ..happy birthday Nazatul Atiqah =) =-.
[Reply]
Lizz Reply:
February 3rd, 2010 at 12:12 am
sesekali dapat kenal, seronok
mereka baik biasanya.
[Reply]
best ke eh cple ngan laki lembut?pmpuan tu mst kena ada hati yang gentleman sket kan.Tp cmne pon diorang ttp ad perasaan,cuma lebih sket dari yang biasa kan.sy mmg x boleh kot ngan diorg nih..sbb sy nih sabarnya kurang sket..mulut pon ikut sedap belasah je.huhu,,,kang tiap2 ari la mandi air mata bf tuh sbb tguris hati…huhu..
.-= OranGe´s last blog ..Jelingan Maut beb… =-.
[Reply]
Lizz Reply:
February 3rd, 2010 at 12:13 am
kehkehkeh. kalau kurang sabar maybe tak boleh kot. for me, gurl yang betul2 ati die lembut..sabar boleh ngan laki2 lembut ni, aku tak boleh. kadang2 boleh jadi sarkas jerit2
[Reply]
Hmmm……. fenomena nie agak payah kalau tak dibendung dari awal. So, parents & siblings kena take part menjalankan tugas. Biasanya lembut nie kalau tak gay, bisex…….
.-= Dak Wan´s last blog ..Tagged Profile =-.
[Reply]
Lizz Reply:
February 3rd, 2010 at 12:17 am
huhu. tak jugak..lembut tak bahaya kalau tak sampai ke gay/bisex cuz mmg ade laki yg dilahirkan macam ni. naluri mcm gurl sket tp tak sampai ketahap jadi macam tuh semue
[Reply]
sebaiknya lelaki tu berubah kepada perwatakan lelaki sejati.
perlu berusaha untuk berubah..join aktiviti lasak,main bolasepak,futsal
lelaki menyerupai wanita adalah haram.
.-= Wan Perlis´s last blog ..Segelintir Bebudak Myspace Yang tut =-.
[Reply]
aa222, kte22 ske cite kt atas tu, eii22 ske sangat, betol2, taya la ejek lelaki lmbut, dye(sy) pun ade perasaan jge taw, bkan perasaan je, hati dye(sy) cpat sgt tesntuh, ape2 pown, sy stuju nan cte ats niie, sy ske larhhh, tme kasih spe yg tulis cte ni, sbb cte ats tu byk puji lelaki lmbut, huhu,
[Reply]