Bukan Semua Pelacur, Perempuan Jahat

Bukan semua pelacur, perempuan jahat. Bukan semua pelacur dengan senang hati merelakan badannya diratah. Saya tidak pernah fikirkan begitu. Pelacur juga manusia biasa macam kita. Kan?

Bagi saya, semuanya berlaku pasti bersebab.

Jangan sesekali korang memandang hina pelacur di luar sana. Pada saya, tidak adil. Sesekali, cuba letakkan diri korang sebagai pelacur 😛 Mungkin korang akan rasa se”best” mana agaknya menjadi pelacur selepas itu kot. hehehehe

Saya terpanggil untuk buat entri ini selepas menonton Malaysia Hari Ini pagi tadi. Wawancara hero tak berapa nak tinggi tetapi seriously saya gilakan wajahnya* kehkehkeh bersama Mazidul Akmal Sidik mengenai rancangan 999 malam nanti 😉

’Kupu-Kupu Malam Batam’. Menarik kan topik ni. hahaha

Selepas menonton Malaysia Hari Ini, saya terus membuka blog milik Mazidul Akmal Sidik. Silakan baca entri terbaru “Eski sudah nenen?” di blog beliau. Kalau korang punya hati, pasti korang akan ada perasaan simpati macam saya juga selepas membaca entri tersebut.

Biarpun batinnya mungkin terseksa, hemat saya, sifat keibuannya tidak pernah luntur dan terkubur. Kepada anak dan keluarga, dia cuba kedengaran bahagia walaupun setakat ini dia mendakwa dipaksa melayan nafsu serakah lebih 100 lelaki berhidung belang.

Pendapat peribadi saya, perempuan ini bukanlah perempuan yang jahat. Kalaulah dia punya pilihan yang jauh lebih baik berbanding menyerahkankan diri kepada bapak-bapak ayam, pasti dia tidak memilih jalan ini.

Sadis kan? Nasib tidak menyebelahi padanya.

Saya teringat kisah seorang teman yang terpaksa melacurkan diri walaupun umurnya waktu itu baru mencecah 16 tahun. Mujur saya tidak cepat melatah. Bukan senang juga mahu mendengar cerita teman saya itu.

Pada awalnya, saya marah. Saya tidak memaki tetapi sekadar menyalah dan terus menyalahkan dia sehingga akhirnya dia menitiskan air mata. Ok, sejujurnya saya rasa bersalah dan saya yang salah!

Saya terdiam. Saya sedar, saya telah menghukum dia tanpa beri masa untuk bercerita. Akhirnya, saya mohon maaf  padanya dan minta dia menceritakan pada saya.

Katanya, dia terpaksa. Hutangnya keliling pinggang.

Saya tanya lagi “kenapa kau berani berhutang? “.

Jawab teman saya “Kalau aku tak pinjam duit, dari mana nak bayar yuran sekolah?”.

Oh Tuhan. Saya menarik nafas dalam mendengar alasan itu. Kalau korang yang ada di tempat saya waktu itu, bagaimana rasanya? Hmm. Cukuplah cerita lama. Teman saya itu kecundang di dalam pelajarannya. Sudah begitu nasibnya.

Saya tidak tahu di mana dia berada sekarang. Doakan saja dia hidup bahagia kalau masih ada lagi umurnya dan sedekahkah Al-Fatihah kalau dia tiada lagi bersama kita sekarang. Amin.

Jangan lupa, saksikan laporan khas 999 malam ini,’ Kupu-Kupu Malam Batam’, jam 9 malam.

Artikel Berkaitan

33 responses to “Bukan Semua Pelacur, Perempuan Jahat

  1. fuhh,entry yang berkesan…tak berani nak komen panjang..berat bahu memandang,berat lagi bahu yg memikulnya….

  2. gua setuju..klu terpakse kan nk wat mcm ner!
    *tetibe gua plak

  3. ntah a.. tatau nak kata apa.. tu negeri orang.. negeri sendiri mintak jangan ada a tempat-tempat gitu.. tadi pun fit tgk gk MHI tu..ada tunjuk yang keja kutip sampah..maybe mazidul nk fokus kt diorang kenapa diorang tak jadi pelacur je lagi senang lagi selesa.. rasanya mesti yg keja kat tempat sampah tu kata lebih baik keja kat tempat buang sampah cari rezeki halal dari keja pelacur dan dapat duit haram.

    Just nak share, ada pepatah Arab kata “Seringkali Kefakiran itu membawa kepada kekufuran.” Wallahualam..

    • mungkin yang pelacur terpaksa jadi pelacur cuz bimbangkan nyawa orang2 tersayang kot. kalau2 diugut maybe. ntah, ada 1001 kemungkinan. tapi, tengok anak2 kecil mengutip sampah tadi..adoi. sedih nyer 🙁

  4. kesian kan makcik2 yg terpaksa jual tubuh utk dapat duit.. kat kb pernah sy tengok yg sebaya nenek sy masih jadi pelacur.. padahal sebenarnye, suami dorang yg jual dorang..

  5. ape yg bagus melacurkan diri nih???perbuatan haram..menjatuhkan maruh..huhuhu

  6. xsemua manusia bertuah…

  7. sebenarnya konsep yg sama juga kita kene apply terhadap semua benda. Ada sebab kenapa org merempit, ada sebab kenapa seseorang itu bekerja sambil lewa, ada sebab kenapa seseorang itu menjadi peminta sedekah, wallahualam

  8. “kalau terasa diri kita malang/susah..ingatlah, masih ada lagi yg lebih malang/susah daripada kita”..kata2 hikmat inilah yg buat saya terus kuat/tabah meneruskan kehidupan..

    marilah kita sama2 ambil iktibar dgn cerita tersebut..

  9. mungkin betul kata akak, ada yg demi mencari rezeki utk hidup ~
    Jam 9 mlm ini ? ok ok ! Thanks sbab beritahu ^^)

    • haha. tengok jangan tak tengok 🙂
      mungkin caranya salah, tapi itulah…tiada pilihan agaknya.
      bukan senang nak idup dalam dunia ni kalau tak beul2 kuat iman. huhuh

  10. aus

    em
    memang , aku penah gak kawan dengan sorang pelacur ,
    memang ape yg dapat aku katekan
    pelacur tidak memilih utk menjadi pelacur .
    mungkin keadaan mendesak menyebabkan mereka hilang sedikit pertimbangan .
    xpernah lagi dalam sejarah aku bila ditanya kepada perempuan

    ” bila besar nk jadi apa sayang ? ”

    jawabnye ” pelacur ”

    mungkin mereka dipandang hina tetapi hanya menebalkan muka dan bersahaja untuk mengatakan pada dunia bahawa mereka tidak apa -apa
    sedangkan hati meronta – ronta utk melepaskan diri . mungkin apabila terlibat sekali , mereka merasakan diri tidak berguna lagi lalu meneruskan perbuatan yang sama .

    yang salahnya , terletak pada masyarakat kita sendiri yang tidak mahu memberikan peluang dan tunjuk ajar ttp hanya pandai menuding jari kepada mereka .

    • betul. masalah kat orang2 kita ni…bila nak hukum terngok luaran saja. asal nampak jahat, mengata. asal nampak kotor terus hina. mana ada orang yg nak jadi pelacur. unless perempuan tuh alien. kikiki

  11. Delacroix

    Kita dikurniakan tuhan akal dan fikiran yang waras..boleh berfikir mana baik dan buruk..bukan begitu? Bumi tuhan ini luas, rezeki tuhan taburkan di mana-mana saja. Jadi..mengapa pilih jalan sebegitu? Secara logiknya, ya..mungkin kita boleh memahami masalah mereka, kesempitan hidup, hutang keliling pinggang dan sebagainya.

    Tak punya pilihan? Bagi saya, pilihan itu akan sentiasa ada jika kita berfikir bahawa setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan menghukum diri sendiri dengan terjun ke jalan hitam itu hanya semata kerana kononnya tidak punya pilihan atau kesempitan hidup…

    Maaf jika saya tak memahami situasi dan keadaan teman kamu itu. Mungkin dia tersepit…atau apa jua sebabnya,…membuatkan dia jadi begitu. Tapi saya percaya, jika dia kuat dan tabah untuk menghadapi rintangan…pasti akan ada jalan yang lebih baik untuknya…

    Pokok pangkalnya…diri kita sendiri. Bukan begitu?

    • aloha! yeah, ada benarnya juga cuma kadang2 bila kita tak berada kat tempat mereka..kita tak tahu apa cerita disebaliknya. macam ko kata, bumi Tuhan ni luas, dan hakikatnya kita tahu yang kita sekadar penumpang saja tapi bukan seua orang yang kuat dengan “cubaan” Tuhan.

      saya dan mungkin juga kamu pun ada masalah dan tak ada siapa pun yang tahu apa cerita dibaliknya. tuan punya badan saja yg akan tahu. orang luar cuma boleh mengandaikan saja. kan?

  12. aku setuju..mungkin diaorang ada masalah2 masing….tapi kenapa perlu pilih jalan ini..sedangkan ada banyak kerja2 yang boleh buat..hurm…no komen…

  13. naz

    mmg tak semua jahat, tp kenapa diorang pilih jalan buruk tu. byk lg keje kosong kot. mcm idea mazidul je. wahaha
    .-= naz´s last blog ..Lagi provokasi terhadap Islam =-.

  14. rosak ttp rosak..jahat dr segi maruah..baik cmne pun, org sure akan pandang jijik..so jgn la jd pelacur
    .-= x-po´s last blog ..MULUT KORANG CAMNE? LASERKAH? =-.

    • orang yang fikirkan diri mereka malaikat saja yang pandang jijik pada pelacur. pelacur pun hamba Tuhan juga. Kadang2, bila hidayah Tuhan sampai pada mereka..silap2 ketua pelacur pun boleh jadi ustazah 1 day. huhuhuhu.

  15. Aku sokong entry ni..bagi aku memang betul Bukan Semua Pelacur, Perempuan Jahat..
    mungkin mereka (pelacur) jadi begitu di atas sebab yang kita sendiri tidak tahu..
    mungkin juga mereka seorang yang baik..
    jadi, jangan terlalu mudah menghukum orang lain..
    ingat sikit, hidup ini umpama roda..
    p/s : Aku lebih sanggup kawan dengan pelacur yang berhati baik, dari berkawan dengan orang ala-ala baik, sopan santun TAPI hipokirt dan suka menjatuhkan orang lain..

  16. tapi kadang2 ade jugak yang sengaja menjaja tubuh diorang utk dapat wang mudah.. wallahualam~

  17. sian budak tu takde duit nak bayar yuran 🙁

  18. Melacur tu haram..takde hukum yang membernarkan..
    tapi aku pun memang simpati dengan diorang tu..takkan nak buat suka2 je..mesti ade sesuatu yang dia alami yang memaksa ke arah tu..
    pernah tengok kat youtube interview dengan pelacur..kesian woo
    .-= mario´s last blog ..Kutuk Kemangkatan Sultan Johor:Aduka Taruna Dalam Masalah =-.

  19. tp awat mereka tak cari kerja lain.
    pembantu kedai ke,house keeping hotel ke..
    mereka perlu ditarbiyah
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Segelintir Bebudak Myspace Yang tut =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge