Apa pendapat kamu: Bekahwin dan Belajar part time atau Habiskan Pelajaran Dahulu Baru Berkahwin

Berkahwin dan belajar part time atau belajar dahulu baru berkahwin. Mana satu pilihan terbaik? Begini saja, untuk tidak menyakitkan hati mana-mana pihak. Kan lebih elok, kita kecilkan skop dan hanya berdiskusi tentang diri sendiri saja.

Maksudnya, mana satu pilihan diri kamu?

Sejujurnya, saya sengaja menimbulkan tajuk ini kerana 1 sebab. Saya rimas dengan mulut-mulut di luar sana yang “bising-bising” menyuruh saya berkahwin.

Alasan manusia kampung barangkali, umur saya sudah 25 tahun.

Sorry, saya terpaksa menggelar kamu manusia kampung kerana saya tidak suka cara kamu berfikir. Pemikiran sebegitu hanya untuk orang-orang yang tidak memandang jauh ke hadapan.

Pandangan saya, maaf kalau ada yang tersinggung. Kadang-kadang, saya pun penat juga kalau asyik menjaga hati kamu semua. Nah, silakan ambil gelaran kampung itu. Sigh.

Saya selalu mengunci mulut bila ada teman-teman yang menyatakan hasrat untuk berumahtangga padahal belum habis belajar ketika itu. Kononnya, perkahwinan bukan alasan untuk mereka tidak dapat menghabiskan pelajaran.

Ok, pada saya itu hanya alasan semata-mata. Realitinya lain beb 😉

Saya beri contoh. Orang kata, perkahwinan itu seronok. Ok, saya setuju kalau “seronok “ yang dinyatakan itu ditujukan kepada soal seksualiti. Beb, seks beb. Binatang pun tahu seronok ok. ahaks!

Tolak ke tepi soal seks itu. Fikirkan tanggungjawab. Si suami perlu menjadi ketua keluarga dan menjadi hakim untuk sebarang keputusan kelak. Perlu memberi nafkah untuk si suami dan si anak. Ok, andaikata sedang belajar. Tak ke sakit kepala.

Mana mahu memikirkan soal rumahtangga yang baru. Kalau nasib kurang baik, dapat pula isteri yang selalu bikin masalah. Tidak memahami si suami. Sikit-sikit merajuk kerana jarang dapat habiskan masa. Asyik di fakulti saja. Kalau ternampak si suami bersama perempuan lain, mula mahu cemburu.

Pergh! Psiko gila perempuan macam ini. hahahaha. Tapi, ini ada terjadi ok!

Itu kalau si suami. Kalau saya pula. Saya perlu melihat contoh-contoh dihadapan mata saya. Siapa lagi kalau teman-teman sekuliah dan teman lama yang lain.

Waktu mahu berkahwin, bukan main seronok bercerita pada saya dan saya sekadar melayankan saja nafsu orang yang mahu berkahwin itu. hahaha. Terdetik juga di dalam hati, biar benar si polan ini mahu berkahwin. Mata kasar saya melihat seperti seorang yang belum cukup bersedia.

Tapi, tidak baik juga mengandaikan dan menghakimi manusia daripada luaran. Jadi, saya terima secara positif. Mungkin, bila sudah berkahwin si polan akan lebih terurus hidupnya. Silakan.

Malangnya. Senyuman dan kegembiraan si polan tak lah lama. 6 bulan pertama agak baik-baik. Nampak seri di wajah si polan. Tapi, selepas itu mendung bak gerhana matahari semalam. ahaks!

Bila ditanya, si polan mengaku dia penat. Terlalu letih untuk ada 2 tanggungjawab. Dia perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Itu tuntutan agama. Masa yang sama, dia perlu fokuskan pelajaran juga.

Terlalu banyak masalah yang diceritakan kepada saya berbanding hal best-best. Sebenarnya, pada saya tiada salahnya kalau mahu berkahwin sewaktu masih belajar. Tiada siapa yang melarang.

Cuma, perlu difikirkan apa tugas kamu kelak. Apa kamu sudah bersedia menerima semua dugaan rumahtangga dan belajar sekaligus. Kalau kamu manusia yang tegar dan tahu cara handle masalah, percayalah kata saya. Kamu akan dapat 2 kebahagiaan!

Cuma, kalau kamu jenis yang sentiasa inginkan perhatian, sentiasa mahukan pasangan berada di sisi 24 jam bersama kamu, manusia yang tidak boleh langsung berjauhan dengan pasangan, manusia yang terlalu bergantung hidup dengan pasangan lah senang cerita…

ok, sila lupakan hasrat ingin berkahwin kalau belum habis belajar ye!

Percayalah, kamu takkan kemana kalau sentiasa bergantung dengan pasangan. Mahu berkahwin silakan, mahu belajar silakan tetapi perlu tahu keupayaan diri kamu sendiri. Janganlah mengikut rentak teman-teman lain terlampau dekat.

Merana diri kalau tersalah langkah!

Entry ini saya tujukan buat teman-teman yang telah kecundang di dalam pelajaran mereka baru-baru ini. Jangan bersedih terlalu lama. Silap sekali, tidak bererti kamu akan kalah selamanya. Move on ok!!

Artikel Berkaitan

32 responses to “Apa pendapat kamu: Bekahwin dan Belajar part time atau Habiskan Pelajaran Dahulu Baru Berkahwin

  1. hurm sgt rumit kes ni tapi sume trpulg pd empuyer diri..takder mende yg xder masalah..nk mkn pun ade mslh jugak beb..hee =)

    btw be strunggle ok !
    .-= [email protected] last blog ..Pembantu Rumah pun manusia bukan malaikat kan.. =-.

    • yeah, hakikatnya buatlah apa saja yang kita mahu di dalam hidup selagi mampu handle semuanya kan? cuma, ada sesetengah orang yang gagal membahagikan masa sebaiknya. tuntutan nafsu diturutkan tetapi tuntutan hidup yg lain dilepaskan. huhuhu

      kf, hows ur life now? hehehe.

  2. kawen je la dulu.. =) lagi berkat
    .-= jard´s last blog ..RTM bakal berpindah ke Kajang dalam masa dua tahun. =-.

  3. hrm.. kalau dah rasa macam jodoh tu dah sampai kawin dulu pun boleh, kalau nak belajar dulu pun boleh, kawin lambat sikit. Terpulang kepada prioriti individu. Asalkan jangan salahkan perkahwinan sebab gagal dalam pelajaran. Kalau lambat berkeluarga, jangan pula salahkan sebab sambung belajar. Senang cerita kalau dah pilih mana-mana jalan – jangan menyesal. Anggap apa yang buruk terjadi , sebagai dugaan. Huh panjang dah ..macam ceramah la pulak.
    .-= zuls´s last blog ..Blogger & Twitterer Perihatin =-.

    • hahaha.eh, tak nampak macam ceramah at all lah Zul. bagus, at least ada yang boleh fikir2 jugak dengan apa yg u dah komen ni. me too 😉

      for me, paling penting bukan pilihan yang dah dibuat tu betul ke tidak..tapi lebih penting bila dah buat pilihan tu kene jalankan tanggungjawab dengan btul. back to basic, semuanya ditangan Tuhan. kita buat pilihan berpandukan takdir Tuhan juga..

      ok, nak kahwin lah kalau macam ni. kikiki *kidding

  4. bagi fit baik habiskan pelajaran dulu. selalunya lepas kahwin ni banyak benda kena fikir untuk stabilkan hidup berpasangan ni. memang skit complicated pada permulaannya. bukan apa, takut-takut stress tu mengganggu pelajaran. tapi kalu dah ada harta berbukit-bukit masa belajar tak salahkan untuk kahwin. yang menjadi masalah bila nk kahwin masa belajar sekarang ni duit a..apa-apa pun bersabar je. Jodoh yang kuat takkan ke mana. ^_^
    .-= F I T´s last blog ..Page Number Navigation Untuk Blogger.com =-.

    • yes, exactly! betul, point yang sangat bagus Fit. masalah utama adalah DUIT. kalau ada duit, InsyaAllah kalau ada masalah pun waktu belajar even berkawin…taklah stress sangat. huhuhu.

  5. Pendapat aku.. kalau ada kemampuan dan keinginan untuk belajar.. teruskanlah sebab, kalau dah berumah tangga tanggungjawa yang dipikul akan menyebabkan ‘belajar pun serupa tak belajar’. Namun jika jodohnya dah tiba, jangan ditolak kerana tentu ada hikmahnya…
    .-= Nazz´s last blog ..30 Jenis Blog dan Blogger =-.

    • yeah, sama pendapat kite Nazz tapi maybe diluar sana ramai yang berpendapat lain. itu terpulang tapi apa yang kau sebut itu semuanya sama dengan aku. hohohoho. apa-apapun, kalau dah takdir tuhan kata dah sampai masa perlu kahwin and belajar at the same time..tak ada boleh tolak. huhuhu

  6. jgn ikut cakap orang.. buat je ape yg kita nak… hidup kita sendiri… kalau ada yg bising-bising.. kamu tenung muka org tersebut dan jelirkan lidah.. hahaha..

    sekian.. cheers
    .-= Pert Doherty´s last blog ..Kereta Kebal Remote Control untuk yang ada akaun Lelong.com.my!! =-.

    • wakakaka. so sweet. i like ur style ar. jelir lidah ek. kikiki.
      for me, tak ada masalah sangat cuma bila membebel macam mak nenek and sibuk2 nak suruh orang kawen macam dia gak and lepas tu bila susah terhegeh2 nak ngadu wat sakit jiwe lah. hohoho.

      nampak sangat tak ada perancangan dalam idup orang macam tuh. huhuhu

  7. betul kata liza tu..kalau tak bersedia jgn cuba2 utk berkahwin..yg penting cara kita handle mslh mesti pandai..ramai jgk kwn2 sy yg dh kwin ms bljr tp stkt ni sy tgk diorg nye pointer naik mendadak..itu rahsia diorg, sy pn xtau..n kbyknny punya suami yg dh bekerja..kalau msg2 xkeje mmg ssh jgk…huhu

    tp semuanya terpulang pd kesediaan dan kemampuan masing2..=)

    • wah, good news! selalunya saya dengar perkara sebaliknya. ada yang gagal terus pun ada. tapi, itulah masing2 punya cara handle masalah. kalau pandai urus masa, pandai bez mana priority semuanya akan ok.

      kalau yang xkeje, baik jangan kawen dulu lah. huwaa. kang tak pasal2 gaduh cuz tak cukup duit nak beli pampers anak2. huhuhu

  8. saya rasa elok blajar dulu,baru kawin..klau x pening pale nk urus semua tuh..huhuhu

    • huhhuu. itu maybe terbaik pada kita tapi ada setengah orang lain caranya. kalau menjadi, orang tu hebat tapi kalau sebaliknya..maksudnya berkahwin waktu tengah belajar and kecundang tuh yang malu tuh. huhu

  9. depend pada situasi…for me,habiskan belajar dulu..dah kahwin byk komitmen lain…
    .-= eyriqazz´s last blog ..Penangan Cik Epal dan Melromeo =-.

    • huhu. itu dia komen daripada yang dah berkahwin 🙂
      thanks, tapi itulah hak masing2. for me, maybe belajar dulu lagi safe tapi tak tahu jugak kalau tiba2 ternak kawen. kehkehkeh

  10. em.. bg aku, bia cukup semua & betol2 ready ntuk kahwin baru la kahwin.. ready dari segi kewangan, tanggungjawab dan lain2..

    weh, entri ko ni mcm aku punya entri dulu la…hehehe.. ade masa usha la..

    http://mushmello.blogspot.com/2009/11/kahwin-sebelum-kerja-atau-selepas-kerja.html
    .-= mello´s last blog ..Tanda-tanda lelaki ikhlas jatuh cinta & jatuh hati =-.

  11. Study dulu ah…. adik perempuan teman pon kahwin umur 30. Kalau dah mengandung, susah kan nak belajar? At least 2-3 tahun baru boleh nak gi belajar balik.
    .-= Dak Wan´s last blog ..Rahsia Bulan Kelahiran =-.

  12. tgk org jgak.. tapi pada pendapat lazaac, better habis belajar, nak buat apa, buat la… lagi fokus, nak jaga anak, nak jaga rumah suma tu…

  13. for me..nak belajar dulu kasi habis baru fikir kahwiin…tapi kalau dah jodoh sampai awal..kita layankan aje la 😀
    .-= cik epal´s last blog ..review: di mana ada kemahuan..di situ ada highway…bak kata ADNAN SEMP-IT =-.

  14. Paling baik study dulu tapi kalau dah ada hubungan yg boleh membawa maksiat jadi kahwin dah jadi wajib pulak tu.
    .-= denaihati´s last blog ..Bertudung untuk fesyen atau ikut syariat =-.

  15. kalau aku nk khwin cpt..dh xsbr ni nk bg nafkah batin..hahaha
    .-= x-po´s last blog ..MALAM PERTAMA AKU YANG BEGITU MENDEBARKAN =-.

  16. Better habiskan study dlu baru kahwin sbb berumah tangga memerlukan komitmen yg tinggi.. =)
    .-= KertaZ´s last blog ..Sempoi Gila Movie “Adnan Semp-It” Ni! Wohooo! =-.

  17. Hm, NI rumit sikit. Terpulang kepada individu sebenarnya. Kalau yang study kat luar negara ada yang lebih baik kahwin terus.

    Kalau sayalah, kalau ada yang sesuai kat sini saya kawin terus je tapi jodoh bukan kat sini. So tunggu habis belajar la kan.
    .-= ariff´s last blog ..Orang Russia Belajar Bahasa Malaysia =-.

  18. xun

    i’ll read back later. mama suruh pulang, tak sempat baca. 🙂
    .-= xun´s last blog ..Langkawi Trip 2010 – Awesome! =-.

  19. mamat

    Dapatkan kerja dulu baru fikir mahu kawin. Siapa mau bagi duit untuk kawin dan nafkah makan bini kalau tak ada pendapatan.? Takan orang tua pulak kena tanggung.. Malu lah. Jasa orang tua tak terbalas lagi nak kawin susahkan orang…

    Nafkah batin ramai yg mau bagi…Ha ha ha. Nafkah tempat tinggal, makan minum dan pakai siapa mau bagi Dong?…sendiri mau ingat.

  20. ala..baru 25, so skunk 26 lah ye. biasa lah tu kalau soalan pasal kahwin diajukan. soalan fevret org melayu tu. bekerja sambil belajar pun payah, begitu juga berkahwin sambil belajar. kalau pandai bahagikan masa dan dapat pasangan yang understanding, Alhamdulillah, indahnya jadi isteri dan student at the same time.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge