Anugerah Juara Lagu ke 24 perfect!
11 Jan
Anugerah Juara Lagu ke24, perfecto! Tiada apa yang boleh saya caci kali ini. Anugerah Juara Lagu ke24 terlalu sempurna bagi saya. Mungkin ada kurang sana sini, tetapi masih tidah mencacatkan persembahan Anugerah Juara Lagu ke 24 malam ini. Terbaik.
Persembahan pembukaan Anugerah Juara Lagu ke 24 kali ini diserikan dengan penampilan istimewa Dato’ Siti Nurhaliza bersama Lan. Lagu dibawa merupakan lagu yang menjuarai anugerah juara Lagu sebelum ini. Sangat sempurna!
Saya sebenarnya, tidak mengikuti perjalanan Anugerah Juara Lagu ke 23 daripada awal. Anugerah ini tidak sehebat mana tahun lepas. Itu yang buat saya kurang mahu mengikuti. Entah macam mana, malam ini saya terpanggil untuk menonton. Ok, saya tidak rugi!
Lagu pertama saja, saya sudah terpukau. Alya membawa lagu kerana sayang dengan sempurna. Vokal Alya sangat mantap bagi saya. Lagu Adam dan Hawa nyanyian Misha Omar pun menarik minat saya juga. Oh, saya tidak sebulu sebenarnya dengan Misha Omar. Tetapi, bab nyanyian saya terpaksan akurlah.Misha punya kekuatan vokalnya yang tersendirinya. Persembahan hamper sempurna.
Eh, tetapi saya sangat teruja dengan persembahan artis-artis Indi. Sangat memukau beb! Bunkface, Hujan, Yuna punya keunikan yang hebat. Pandangan jujur saya, vocal mereka tidaklah terlalu bagus tetapi saya tabik spring dengan cara mereka di atas stage. Sangat bersahaja tetapi mangkaw hasilnya!
Persembahan terakhir oleh Faizal Tahir juga tak kurang hebatnya. Salah satu sebab kenapa saya mahu menonton Anugerah Juara Lagu ke 24. Hahaha. Katanya, beliau tidak sihat tapi alhamdulilah ok je saya tengok. Melodi selalu buat-buat cerita biasa jadi luar biasa kan? Hahaha.
The best part of the nite pada saya sewaktu Amy and the Gang keluar!!! Search terbaik forever woo. Saya di rumah pun naik syok dan layan sampai nyanyi ala-ala tengah layan konsert. hahaha.
Oklah,itu serba sedikit review saya untuk Anugerah Juara Lagu ke 24. Secara keseluruhannya, hampir sempurna! Dengar-dengar cerita, penerbit Anugerah Juara Lagu ke 24 pun orang baru kan? Kiranya, pada saya beliau Berjaya buat saya tidak memaki hamun. Wakakaka.
Keputusan Juara Lagu ke 24:
Vokal terbaik: Black (Aku Rindu Sayang Kamu)
Persembahan terbaik: Aizat (kau Aku)
Tempat ketiga: Bercinta (Faizal Tahir)
Tempat kedua: Dan sebenarnya (Yuna)
Juara : Pergi (Aizat)
p/s: Internet di rumah macam siput lately. WTFish sungguh Streamyx ni!!!!




Yuna Deserve IT !
MrRollies´s last blog ..Hulurkan Tangan,Ringankan Beban
[Reply]
Lizz Reply:
January 12th, 2010 at 5:16 pm
Yuna terbaik!!! giler sempoi
[Reply]
apa yang penting tekaan aku yuna naib juara memang tepat!! ha3 idup indie!! yehhaaaa! suke giler time yuna pefom.. >_<
yash´s last blog ..Live Blogging Dari HandPhone Terus ke Blog
[Reply]
Lizz Reply:
January 12th, 2010 at 5:17 pm
aku memang dah agak Yuna akan menang. if tak, lari penonton tv3. wakakaka
[Reply]
hoho, mantap abis. ni mesti leh nyanyi ni. bila cik liza nak wat single pertama? mana tahu, ajl30 boleh masuk. hehe
mohdisa´s last blog ..Dalam Cuka Ada Suka dan Duka
[Reply]
Lizz Reply:
January 12th, 2010 at 5:19 pm
hahaha. kalau aku masuk, bankrup industri muzik. muahaha. i just love entertainment
[Reply]
Yang sempat tengok Amy SEarch. Ingat mula-mula keluar dulu memang gempak satu negara.
Pengumunan : Terima kasih kepada teman-teman yang dah singgah di rumah baru denaihati @ denaihati.com
denaihati´s last blog ..10.01.10 Hijrah Hidup pada usia 10 tahun
[Reply]
Lizz Reply:
January 12th, 2010 at 5:20 pm
tak rugi tengok Search tu kat mana2 function pun..huhu. band2 dulu selalu perform baik punya. hehehe. saya dah tengok ur new home
[Reply]
wah bila tukar layout baru?lama tak jenguk sini..heh apapun happy sbb yuna menang tempat ke dua..support orang perlis! heh..
fit´s last blog ..Lenguh kaki? Hilangkan sendiri hanya di rumah!
[Reply]
Lizz Reply:
January 12th, 2010 at 5:24 pm
baru tukar lepas blog kena hacked. muahaha. tapi, nak tukar lagi ni cuz ni theme sementara. ahaks! hehe, Yuna sangat talented!
[Reply]
pergh… knapa ramai suka lagu indie ni..? sumpah aku xsuka langsung lagu indie… kenapa kah..?
lazaac´s last blog ..Mana satu yang betul..? lazaac@Iazaac
[Reply]
Lizz Reply:
January 12th, 2010 at 5:29 pm
hahaha. For your informatation…dulu aku gaduh2 ngan adik cuz aku kutuk2 indie band..last2, aku akur cuz mereka memang lebih berbakat dr band sedia ada yang cap ….****
hehehe
[Reply]
semua artis yg bertanding mmg best..jadi x heran le kalu aizat, FT, Yuna dgn Black menang kan
Khairil´s last blog ..Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikulnya
[Reply]
Lizz Reply:
January 13th, 2010 at 2:31 pm
tapi, ada pulak yang kata2 kononnya Aizat memang sebab orang dalam., ntah apa2. dengki lah tuh. hahaha
[Reply]
Semua nya buat yang terbaik, juri mesti pecah kepala nak memilih ah. Tahniah untuk semua pemenang dan buat yang belum berjaya…. Hidup Berani untuk Gagal! Usaha lagi k?
Dak Wan´s last blog ..Islam Malaysia
[Reply]
Lizz Reply:
January 13th, 2010 at 2:33 pm
rasanya, tahun ni punya AJL bermaruah banyak compare yang lepas
[Reply]
lagu y mng mmg best…mmg sgt2 mantap sumenya kali ni…i y x ske dgr lagu pn layan….aizat mmg best..
[Reply]
Lizz Reply:
January 13th, 2010 at 2:38 pm
kan? Indie band tu contohnya…before ni malas nak amik tau..tapi pas tengok performance diorang malam tuh…pergh! i will be their fanz lepas ni.muahaha
[Reply]