5 Ceritera Terkini

Heyya! Im back. Baru 2 hari rasanya saya tak dapat update blog tercinta ini tapi dah macam angau dibuatnya. Oh my God, apa sudah jadi dengan Streamyx di rumah???

Macam cipan ok. Bila laju, laju sangat macam zorro. Bila slow, kalahkan siput sedut. Hampagas woo.

So, rasanya kali ini biarlah saya buat update kilat. Nak tulis tajuk serius pun tak best masa ni. Tak ada guna cuz ramai balik kerja dah kan? hahaha. Ok, inilah salah satu tips yang saya dapat daripada blogger yang tak kedekut ilmu. Si Melz 😉

Update kilat minggu ini:-

1- Ahad lepas, saya telah ke Pahang dan alhamdulilah dapat akhirnya menziarahi pusara ayah saudara  yang telah kembali ke rahmatullah bulan Ramadhan yang lepas. Senonoh tak senonoh lah, sebab dah berabad baru nak ziarah tapi saya cuma mengikut orang je…(Cool lah highway Pantai Timur tuh, kalau merempit pun bagus ni. ahaks! )

2– Sepanjang perjalanan ke Pahang, saya mendapat ilham yang superb banyak untuk dicoretkan nanti di dalam blog cap ayam saya ni. hahaha. See, kalau dah kata kaki menulis..mana-mana campak pun tetap fikirkan idea untuk tulis nanti 😛 Tak senonoh kan??ahaks!

3- Saya masih merancang untuk hasilkan 1 forum tentang self improvement,motivation, relationship dan seangkatannya. Tetapi, kurangnya tunjuk ajar daripada sifu-sifu buat saya was-was untuk mulakannya. Silap langkah, hancur tapi kalau tak diikutkan kemahuan diri…haiya, rugi rasanya! Tengok sajalah nanti. Masih dalam perancangan.

4- Entah macam mana, minggu ini saya seakan sibuk mencari kemahuan yang ada pada diri sendiri. Kalau sebelum ini, saya hanya fikirkan apa yang perlu saya lakukan untuk si dia, si dia dan si dia itu. hahaha. Jadi, kemahuan saya waktu ini ialah saya mahu habiskan pelajaran saya ke peringkat tertinggi. Phd. Itu yang saya mahu, tetapi semuanya terletak pada rezeki dan takdir nanti. InsyaAllah.

5- Alhamdulilah, selepas menggangur agak lama juga, akhirnya saya mendapat rezeki baru. Bukan bekerja full time, cuma Skim Pelajar Bekerja. Sambil belajar, saya mahu timba pengalaman lain pula. Pengalaman lepas yang tidak sebest mana, saya nak bungkus. hahaha. Projek baru saya bertajuk “Increasing the Impact of Usability Work in Software Development in Malaysia”. InsyaAllah, saya akan mulakan dengan cara yang baru. Pray for me!

Rasanya, cukuplah kot itu saja yang saya kongsikan setakat ini. Maaf kalau sesiapa yang subscribe dan mendapati entry kali ini tidak mendatangkan manfaat. hehehe.

Hati saya ada yang tidak kena, jujurnya. Pelbagai masalah perlu diselesaikan tetapi rindu juga pada kalian semua. Nah, makanya entry saya coretkan juga. ahaks!

Jumpa lagi!

Artikel Berkaitan

18 responses to “5 Ceritera Terkini

  1. Saya pun rindukan penulisan Cik Lizz
    .-= eyriqazz´s last blog ..Ada Apa Dengan Melromeo =-.

  2. Mana yg dahulu kita dahulukan tak? Bagus kamu ada cita-cita untuk menaikkan taraf Ilmu kamu. Bleh lah panggil Professor pasni. Hehehe
    .-= Dak Wan´s last blog ..Cari Jodoh =-.

  3. haaa. theme ni best!
    .-= ariff´s last blog ..KAU NAK KENA PUKUL KE? =-.

  4. cik lizz diharap b’sabar dgn ke’slowan stimix dan terus update dan update..hahaha

  5. Teruskan usaha mu…aku sokong

  6. huhu.. layout baru.. patut la nak masuk sebelum ni tak dapat.. =D , layout yang ceria 😀
    .-= zuls´s last blog ..Blogger & Twitterer Perihatin =-.

  7. patutlah bila aku dtg je xupdate sblm ni..pelik gak aku sbb kalau sblm ni, mesti tiap ari ko update blog..hehe
    .-= x-po´s last blog ..PATUTKAH PENGAWAS SEKOLAH DIPILIH DARI KALANGAN PELAJAR NAKAL? =-.

  8. jgn lamex2 tak updated ea..
    .-= [email protected] last blog ..Pembantu Rumah pun manusia bukan malaikat kan.. =-.

  9. skim pelajar bekerja! memang best! aku dulu pun amik gak skim ni.. itu yang best pasal utm, yuran tak mahal dan boleh kerja lagi…. aku amik ngan group research bawah DSPi group ke dulu rasanya..
    .-= zuls´s last blog ..Hosting sepaku problem, Komen dan Post hilang =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge