seo
Archive | January, 2010

Kekasih Hati Si Polan Lelaki Lembut. Boleh terima ke?

29 Jan

Kekasih hati saya seorang lelaki lembut. Kekasih hati saya tidak seperti lelaki-lelaki lain di luar sana. Kekasih hati saya tidak sempurna macam orang lain. Kekasih hati saya bukan lelaki sejati. Teruja?

Ok, maaf. Bukan cerita saya pun. Sekadar pembuka bicara untuk topik kali ini.

Apa pendapat kamu tentang isu ini? Tentang seorang wanita yang mempunyai hubungan cinta bersama lelaki lembut. Saya perbetulkan perspektif korang semua dulu ok. Lelaki lembut yang saya maksudkan, bukanlah lelaki pondan ya. Pondan lain cara hidupnya.

Pondan berbeza dengan lelaki lembut. Pondan pada pandangan saya, lelaki yang menyerupai wanita dalam pelbagai aspek. Apa yang ada pada wanita, akan ada pada lelaki pondan. Lelaki pondan sedaya upaya merubah diri mereka secara fizikal dan juga nalurinya seperti wanita sejati.

Kononnya. Mahu menjadi wanita sejati. Mereka lupa asal kejadian mereka.

Cuma, kita tidak boleh juga mengejek mereka. Bukan itu caranya. Islam tak mengajar kita sebegitu bukan? Tak perlu lah mengajuk cara mereka berjalan, tidak usah juga buat-buat memuji kecantikan palsu mereka itu. Lebih baik kita berteman dengan mereka saja.

Hari demi hari, kita nasihatkan mereka. Tidak perlu menyakitkan hati mereka. Cukuplah sekadar kita memberi contoh terbaik pada mereka. Mereka tidak buta hati, cuma pincang sedikit tentang ilmu dunia dan agama. Kita pun ada dosa yang lain. Kita serupa saja.

Berbalik isu kekasih hati saya seorang lelaki lembut.

Ada juga saya melihat pasangan kekasih yang sebegini. Si wanita, seperti wanita-wanita lain juga. Lembut, ayu, sopan santun. Sejuk mata memandang. Tapi, bila saya terpandang si lelaki. Saya terkedu. Tiada banyak beza di antara mereka! Macam mana si wanita berjalan, begitu jugalah si lelaki berjalan.

Melenggang lenggok. Agak cute juga sebenarnya :)

Itu soal berjalan. Belum lagi saya sentuh soal memegang dulang makanan. hehehe. Kadang-kadang saya sedikit cemburu bila melihat gelagat si lelaki itu. Gaya memegang dulang beliau sangat lembut dan berhati-hati ok. Sambil membawa dulang, berjalan melenggang lenggok ke sana dan kemari. Boleh korang imagine? ;)

Itu apa yang saya lihat tentang aspek fizikal. Naluri mereka macam mana pula?

Ok, saya pernah juga terlihat satu aksi percintaan yang sangat romantis dan sangat jiwang karat juga. Selalunya, saya meluat dengan aksi-aksi begini. Pada saya, bercinta ada batasnya. Perlu jaga adab, perlu lihat orang kiri kanan bila kita hendak buat aksi macam dalam drama hindustan. hohoho.

Tapi, lain pula kisahnya bila saya melihat adegan asmara pasangan wanita dan si lelaki lembut. Ah, comel. Kalau korang ada peluang, jangan sesekali lepaskannya ok :P

Akan ada aksi begini. Si wanita membelai rambut si lelaki, si lelaki pula akan meletakkan kepala di atas bahu si wanita (yang biasa sebaliknya), cara si lelaki bertutur dengan si wanita..pergh! 110% lembut ok. Kalah suara lembut si wanita itu. ahaks!

Mungkin wanita di sini, ada pengalaman bercinta dengan lelaki lembut. Mungkin juga ada teman korang yang pernah bercinta dengan lelaki lembut, atau mungkin juga korang ada cerita-cerita atau pendapat tentang isu ini, silakan beri pendapat. Saya beri mandat. hehehe.

Macam biasa, jagalah adab korang ya semasa memberi komen. Jangan ada yang terasa dengan kata-kata korang.

Pendapat peribadi saya, begini. Pasangan kita itu lelaki lembut atau tidak, itu adalah pilihan hati kita. Jangan sesekali kita pandang rendah dengan pasangan kita kalau itu sudah jodoh kita. Lelaki lembut, sama macam lelaki biasa. Cuma, mungkin nalurinya ada sedikit kelainan.

Lelaki lembut dilahirkan dengan satu naluri yang sama seperti wanita. Hati mereka mudah tersentuh seperti wanita, mudah terguris barangkali andai ada yang menyakitkan hati mereka. Sama macam naluri wanita, tetapi mereka lelaki! Mereka punya hak untuk bercinta dan punya zuriat juga. Sekian!

Penutup Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

27 Jan

Alhamdulilah, akhirnya contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL anjuran Denaihati sudah pun menutup tirainya. Ini antara contest terbaik untuk rekod peribadi saya. Belum pernah saya join mana-mana contest yang hebat sebegini sebelum ini.

Pada saya, terlalu banyak benefit yang saya perolehi dengan contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Pertama, saya sudah tahu serba sedikit tentang rahsia SEO. Sifu-sifu dunia blogging, tak perlu risau dan rasa tercabar dengan tuan blog cap ayam ini ok. Ini kerana, jumlah ilmu SEO saya masih boleh dikira dengan hanya dua belah tangan saya lagi. Got it?

Maksudnya, ilmu saya belum cukup banyak macam korang lagi. kikiki.

Kedua, melalui contest anjuran Denaihati ini juga telah mengajar saya erti persaingan sihat! Sebelum ini, sejujurnya saya rimas dengan keadaan “makhluk-makhluk” dunia blogging yang seakan berlumba untuk menempah nama untk glamor dengan cara yang agak kotor.Tak perlu lah saya nak senaraikan. Bukan urusan saya ;)

Ada apa sangat dengan glamor ye? Adoi.

Cuma, idea Denaihati menganjurkan contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL sebagai penutup tahun 2009 sangat menarik. Hello. Mencabar minda woo. Persaingan untuk menjadi antara yang terbaik melalui SEO! Zero tentang SEO, perlukan korang untuk belajar apa itu SEO. Zero tentang page rank, perlukan korang belajar daripada bawah. Dari Page Rank 0, kini alhamdulilah berkat terhegeh-hegeh belajar sana-sini.

Page Rank saya sudah PR2. hehehe. Baru 2, tapi tetap happy.hahaha. Thanks buat semua yang mengajar saya!

Ketiga, perkara yang buat saya tidak pernah dan tidak akan menyesal join contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL adalah kerana ini contest teradil pernah saya turut serta (jakun kan?). Kalau sebelum ini, saya sedikit malas untuk join mana-mana contest kerana satu hal.

Saya kurang tertarik dengan cara pemilihan pemenang. Kita manusia kan? Kadang-kadang, ada rasa kasihan dengan si polak kerana dia merupakan teman baik kita. Makanya, dia kita pilih sebagai pemenang. Ada masa pula, si polan pandai mengambil hati kita. Makanya, kita angkat dia jadi pemenang. kan?

Tidak bagi Denaihati.

Pemilihan pemenang sangat adil. Simpe beb. Serahkan pada yang pakar. Google adalah penentu siapa yang layak dan siapa yang tidak. Senang kan? Tak ada sebab nak rasa sedih kalau kalah. Itu maksudnya, kita belum cukup layak lah :P

To Denaihati, congratulations!!! Senarai penuh penyertaan, klik di sini. 133 penyertaan bersedia untuk berentap.

Update Contest

1. Keyword yang sah untuk ranking di google adalah “HIDUP BERANI UNTUK GAGALBUKAN “Hidup Berani Untuk Gagal” atau “hidup berani untu gagal”.

2. Setelah dianalisa semua penyertaan yang ada maka diumumkan bahawa HADIAH untuk pemenang akan diubahsuai.

2.1. Blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com/ncr menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci  “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM400.

2.2. Blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com.my menggunakan pages from Malaysia berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci  “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM400. Blog yang telah menang hadiah untung ranking 1-5 google.com/ncr tidak layak untuk menang.

3. Hadiah untuk referral kekal RM10 untuk setiap referral. Senarai referral @ Referral.

4. Hadiah bernilai RM50 untuk setiap entri terbaik. Admin akan pilih 10 entri terbaik daripada semua penyertaan. Undian akan dibuat oleh pelawat DENAIHATI untuk memilih 5 diantara 10 yang tersenarai.

5. Tarikh tutup penyertaan Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL telah ditetapkan pada jam 20.20 pm pada 20.01.2010. Peserta diberi masa sehingga 11.59 pm pada 27.01.2010 untuk menukar link entri dengan entri terbaik bagi didaftar untuk contest entri terbaik.

6. Undian 5 entri terbaik akan dibuat dari 28.01.2010 sehingga 11.59 pm 03.02.2010.

7. Ranking 1-5 yang tersenarai di google.com/ncr dan google.com.my akan ditentukan juga pada 11.59 pm 03.02.2010.

8. Pemenang untuk semua HADIAH akan diumumkan 1 minggu selepas 03.02.2010.

9. Blog yang tersenarai sebagai pemenang tetapi tidak mengikut syarat-syarat contest yang telah ditetapkan tidak layak untuk menang hadiah.

Contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

Boleh bertanya terus melalui ruang komen, twitter @Denaihati, facebook @Denaihati atau tinggalkan pesan di contact. Jangan lupa untuk lawat blog ini untuk melihat update terbaru.

Permohonan Maaf AdukaTaruna Kepada Rakyat Malaysia, Saya Terima!

25 Jan

Permohonan maaf AdukaTaruna saya terima. Saya berhak masuk campur di dalam isu yang agak hangat ini. Saya anak Malaysia dan lebih membanggakan lagi, saya adalah anak jati negeri Johor Darul Takzim. AdukaTaruna, kamu buat silap besar dengan mencarut tentang kemangkatan Sultan kami .

Kamu tahu?Kamu sedar? Syukur kamu cepat sedar. Alhamdulilah.

Terima kasih buat saudara Rohaizad kerana menyebarkan cerita ini. Kalau tidak, sumpah saya tidak tahu menahu. Terima kasih sekali lagi. Mungkin ada yang masih tidak tahu senario yang sedang saya bicarakan kali ini.

Begini. mengikut pemahaman saya melalui apa yang  saudara Rohaizad tuliskan di blog beliau, ada seorang blogger hebat (katanya) yang sudah tersilap langkah dengan mencarut di dalam entry beliau sebelum ini berkenaan cerita kemangkatan DYMM Sultan Johor.

Malangnya, entry kurang sopan dan penuh tidak beradab itu sudah dibuang oleh AdukaTaruna sendiri selepas mengalami sindrom rasa bersalah. Terkena daulat barangkali. Di bawah, antara isi entry di mana beliau dengan rasa penuh kesedaran memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan Johor khususnya.

Baiklah. Rasanya, mana yang belum tahu tentang kisah ini sudah pun dapat meneka apa perasaan saya waktu ini kan? Wa hangin woo ada manusia yang tidak tahu menjaga adab anak melayu macam ini. Nah, terima padahnya. Mungkin akan ada rakyat Malaysia yang boleh maafkan kamu, tetapi pasti ada juga yang berat untuk terima permohonan maaf kamu juga.

Tidak apalah. Perkara dah jadi, bukan?

Sekurang-kurangnya kamu berani mengaku salah. Jadikan isu ini sebagai pengajaran ya :) Kita anak Malaysia, kita orang Melayu, kita diajar tentang adab dan bukannya biadap. Fikir-fikirkan lah dan jangan lupa berkabung bersama kami pun cool juga ;)

p/s: Saya berkabung selama 7 hari. Apalah sangat susahnya memakai tudung putih setiap hari selama 7 hari dengan harga kesetiaan kan??? Peace korang!

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.