The Psychology of Blogging

17 Dec


Lagi jauh saya mengenali dunia blogging, lagi meluas dan matang saya dibuatnya.  Setiap hari, ada saja perkara baru yang saya perolehi. Lebih mendalam saya gali, akan banyak perkara menarik dan bombastic  saya temui. Tak rugi saya berblogging!

otai blogging

Saya akui, ada masa saya rasa bosan dengan dunia blogging. Sejujurnya, bukan dengan dunia tetapi dengan individu yang berada di dalam gelung blogging itu sendiri. Ada saja yang mahu menjadi raja di dalam dunia yang bukan miliknya. Saya tidak sukakan itu.

Saya bencikan diskriminasi. Saya sukakan toleransi sebenarnya.

Kalau dulu, saya sewenang-wenangnya saja akan melabelkan seseorang blogger itu sebagai “otai”. Oh, sekarang tidak lagi. Betul kata orang, pengalaman akan mendewasakan kita. Cuma, soal masa saja yang  menjadi persoalannya. Samada lambat atau cepat untuk kamu sedari perkara itu.

Tiada otai sebenarnya di dalam dunia blogging yang meluas ini.

Ada yang mahu sangkalkan pernyataan saya? Silakan sebab saya tidak kisah untuk menerima kritikan. Silakan kalau mahu berhujah tapi sila beradab. Once kamu berada di dalam dunia maya ini, silalah belajar untuk menghormati orang dan juga privasi manusia lain.

Apa ingat artis saja yang mahukan privasi?

Berbalik tentang isu otai yang saya sebutkan sebentar tadi. Begini, sejak kebelakangan ini..saya lihat makin menjadi-jadi manusia yang inginkan populariti segera. Please, cukuplah Astro hasilkan  Mawi yang segera tapi tak cukup perasa tu. Tak usah ditambah lagi.

Populariti  yang saya maksudkan, bila ada segelintir bloggers yang sanggup menjebakkan diri dengan isu remeh temeh. Saya beri contoh. Isu Geng Klik Nuffnang. Saya sejujurnya tidak  suka bila isu ini dibesar-besarkan . Melz sure tahu pandangan saya tentang isu ini. Melz tempat saya nak mengumpat dan dapat dosa free. Muahahaha.

Saya boleh terima bila “orang-orang” lama melenting. Saya boleh buat-buat faham walau saya tak ingin nak faham pun. Manusia mana yang tidak hangin bila ada yang mencantas cara normal mereka  berada di dalam dunia blogging kan? Im sure, saya akan marah juga.

Cuma hairan, bila bloggers baru pun terhegeh-hegeh nak join hangin kenapa ya? Sedangkan, dia pun sama naik klik. Manusia talam dua muka sentiasa ada di mana-mana ;)

Artikel pertama berkenaan isu Geng  Klik Nuffnang saya temui adalah di blog Megat.net . Saya baca semua pautan yang Megat sertakan di situ dan saya baca apa kata mereka yang sudah lama di dalam dunia blogging.

Memang pedas-pedas juga pada sesiapa yang terkena. Syukur saya  tidak terjebak terdaftar secara rasmi dengan Geng Klik Nuffnang. Memang saya ada klik Nuffnang secara sukarela bila dah bosan tahap cipan mengadap laptop. Sampai boleh buka untuk penyertaan ok. Wa siap buat entri woo. Hahahaha.

Tapi, pada saya itu hak saya dan tidaklah pula saya terasa dengan kata-kata pedas JustKhai, Topo atau Arjuna sekalipun. Pada awalnya, saya komen pada entri mereka. Tetapi lama-kelamaan bila melarat sehingga ada yang berkecil hati…saya tak kuasa nak melayan.

Bukan tak berani bersuara, tetapi pada saya bloggers ramai yang masih berdarah muda. Masih mentah cara pemikiran mereka. Kalau si A menyalak, si B pun nak menyalak sama. Lama kelamaan, yang mana salah dan yang mana betul pun saya tidak tahu. Biarkan saja lebih baik :)

Itu baru 1 isu kecil. Masih ada lagi isu lain. Isu yang mana, semua bloggers nak tunjuk dia pandai itu ini tetapi padahal sama saja blog mereka itu dengan saya. Cap ayam juga. Cuma, mungkin ayam mereka cap Ayamas kot. Saya ayam katek :P

Ada yang ingin hasilkan ebook itu ini, tetapi  ilmu tidak sedalam mana. Saya sudah terkena jadi untuk membeli ebook agak fobia sikit kalau tidak betul-betul. Unless, ianya ebook percuma macam yang diberikan oleh Geng Newbie.

In fact, percuma itu sebenarnya jauh lebih bermanfaat daripada yang berbayar!

Oh ya, saya sekarang tidak lagi menjebakkan diri dengan bloggers yang pada saya biadap atau pun kurang adab. Ramai bloggers yang masih mentah, masih belajar tetapi berlagak punya lah melampau. Bila menegur, sesuka hati tapi kalau ditegur, pandai melenting pula. Adoi.

Saya tidak kisah dengan kritikan. Saya selalu juga terima kritikan, teguran dan nasihat. Rohaizad.com pernah menggunakan  blog saya sebagai salah satu idea untuk menulis entri beliau. Komentar juga boleh tahan yang menghentam saya. Tapi,  saya tidak kisah sebab Rohaizad menulis dengan cukup berhemah dan ada mesej yang ingin disampaikan.

Lagipun, wa admire gila dekat dia. So, tak boleh nak marah. Muahahaha! *sila sembunyi bawah meja

Hari ini, saya dapat semangat baru. Saya sengaja membaca entri daripada bloggers yang boleh memberi saya sedikit semangat untuk terus berblogging. Kadang-kadang mencari pemangkin itu perlu woo.

Kalau kamu punya masa, luangkan sedikit daripadanya untuk membaca hasil tulisan Jerung Perkasa bertajuk 2010 – Cabaran Lebih Getir Menanti dan juga penulis jemputan di blog Rohaizad.com iaitu saudara Aqif bertajuk 7 Sebab Mengapa Blogging Bukan Untuk Anda.

Saya tidak dibayar untuk mempromosikan hasil tulisan mereka ini tetapi saya perlu untuk berkongsi apa yang saya temui hari ini untuk kamu semua.

Mana tau, ada yang hampir putus asa untuk langkah seterusnya kerana kegagalan sebelum ini kan? Mungkin juga ada yang tersesat dan tersilap langkap, insyaAllah masih sempat berpatah balik :)

Good Luck semua and i love you all!!!! :)


26 Responses to “The Psychology of Blogging”

  1. xun 17. Dec, 2009 at 3:16 pm #

    luv u too. :P

    [Reply]

    Azfarul Reply:

    lol

    [Reply]

    Lizz Reply:

    cool adik!! :)

    [Reply]

  2. Azfarul 17. Dec, 2009 at 3:26 pm #

    hrmm…ada jugak betulnya..
    setuju nagn pendapat Lizz..
    kadang2 bosan ngan dunia blogging..
    Azfarul´s last blog ..Tutorial : Cara-Cara menggunakan Windows Live Writer Dan Review Ringkas My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kan? kadang-kadang lah, biasalah nama pun manusia. kang kalo tak reti bosan bukan manusia normal namanye :)

    [Reply]

  3. eyriqazz 17. Dec, 2009 at 3:27 pm #

    Lizz,hebat kupasan anda.Begitu bernas dan bermakna.Betul cakap u,bagi saya tiada istilah Otai dalam bloggers…Bloggers baru pula jgnlah diperkotak-kotaktikkan (saya pun blogger baru).Bagilah komen membina dan bukannya menghina.Yang baru atau lama ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing.Jgn pandang enteng perkara ini,kalau tak,camne Nabil mampu menewaskan Saiful Apek (Otai dan Pro la) dalam Anugerah Artis Paling Popular.Kita tidak semestinya akan selalu berada di atas…
    eyriqazz´s last blog ..Penantian Sally Berakhir My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    memang, tiada istilah otai pun dalam dunia blogging ni. masing2 ada “istimewa”. cuma, kadang2 manusia ni terlebih poyo. itu yang sakit jiwa,

    tapi, kita as manusia biase ni and ada berotak ni kena pandai control marah and sabar ajalah. hehehehe

    [Reply]

  4. fiza 17. Dec, 2009 at 3:38 pm #

    Salam kenal,

    Pasal isu Geng Klik Nanang ni, biasa lah…manusia punya cara yang berbeza, klo nak untung cpt, kena buat sesuatu, tapi memang tak patut lah sbb ada blogger yg sanggup buat N3 khas utk klik nanang.

    Isu blogger yg biadab, lately byklah yg mcm tu, dengki & tak bley di tegur. Ntahlah…mcm² ragam dlm dunia blogging ni (^_^)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    salam,
    saya buat entri untuk sukarela klik nuffnang orang. tapi, tak adalah pulak buat gengklik nuffnang. kalau ada pun, kami-kami aje yang sepakat.wakakaka.

    isu biada tu memang melampau. dah ar komen biadap tak tinggal link. haprak

    [Reply]

  5. zella 17. Dec, 2009 at 3:38 pm #

    hurm..betul tu…
    mmg tidak berminat dgn blog2 yg suka menulis psl emosi mereka yg melampau2…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    itu hal lain, kalau nak biadap dalam blog sendiri ok lagi..tapi bila masuk blog orang dok komen entri2 macam lah dia bagus sangat tu yang buat menyampah tuh.

    [Reply]

  6. des.bliss 17. Dec, 2009 at 4:20 pm #

    Entry yang menarek untuk dibaca.
    des.bliss´s last blog ..My Pandemonium My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    huhuhu. biasa2 aje :)

    [Reply]

  7. kosong 17. Dec, 2009 at 4:39 pm #

    Dunia blog itu indah…terpulang pada kita untuk merealisasikannya…

    Sahabat blog memang best
    kosong´s last blog ..Aku kamu My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    memang best tapi kadang-kadang bila ada anasir yang merepek meraban macam kutu jadi tak best sat. kehkehkeh

    [Reply]

  8. si budak aboi 17. Dec, 2009 at 5:10 pm #

    betulx3..tiada otai dlm dunia blog !
    salam maal hijrah cik liza..=)
    si budak aboi´s last blog ..Flymas.mobi – sebagai mudah sebagai 1,2,3! My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    salam maal hijrah juga aboi!
    takkan ada, sebab semua punya kelebihan dan kurang masing2 :)

    [Reply]

  9. rohaizad 17. Dec, 2009 at 7:27 pm #

    My dear,

    Dalam entri tersebut, sebenarnya tiada satu pun komentar “menghentam” dari pembaca lain di berikan terhadap kamu. Semuanya suka dengan kenyataan kamu itu (feel free to check it).

    That’s why komen kamu di pilih sebab ada “jawapan” di sebaliknya yang perlu pembaca lain fikirkan.

    Apa-pun, komen itu memang telah “dijangka” akan memberi satu impak supaya pembaca berfikir akan kepentingan dan keburukan Feedburner (depend pada pengguna itu sendiri).

    Anyway, thanks for the great comment. Opss…there’s a “PART 2″ for that entry to be published. Nantikan yaaa.. :)
    rohaizad´s last blog ..7 Sebab Mengapa Blogging Bukan Untuk Anda. My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    erk. ok ok, nak buat kenduri sebab sebut my dear itu. wakakaka*kidding ya

    ada part 2???? mantop! kehkehkeh. menghentam /tidak..selagi ianya disampaikan dengan baik..no hal :)

    [Reply]

  10. ain_chokio 17. Dec, 2009 at 8:32 pm #

    huhu..isu nuff tak abes2..sbb tu mls nak ikot sume sgale iklan hape tah tatau..haa..mesti penin ne ko bace..lol
    ain_chokio´s last blog ...:idung sy gatal,,jadi sy garu:. My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    tak ada, aku pusing aje. wakakakaka!! isu nuff dah slow sikit now..yang salah dah terasa and senyap sikit. yang start that issue pun dah minta maaf rasanya kalau2 terkasar cara teguran tuh.

    relax2 sudah. aku klik sendiri punye and org2 yang aku caye die klik aku nyer aje now :P

    [Reply]

  11. ariff 17. Dec, 2009 at 8:41 pm #

    hm. aku terjebak dulu pun saje-saje je.. huhu. memang tak kemana pun benda2 macam tu.

    cuma tulah. aku tengok bila orang dah hebat2 macam tu sampai buat mereka fikir mereka layak panggil orang lain najis. tak tau la kan macam mana. padahal benda kecik je pun. xsampai juta juta buat duit. lol. lima nam ringgit je.
    ariff´s last blog ..Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    itulah, sebab tu aku cakap..kadang2 isu nyer hal remeh sangat-sangat tapi sebab cara teguran tu salah..boleh jadi besar pulak. tapi, rasanya now dah senyap and ok balik. alhamdulilah :) kehkehkeh

    [Reply]

  12. Jessica18oJ 24. Feb, 2010 at 6:16 am #

    I do truly like your professional topic! Can you accomplish the essay thesis for example? Because I do know that a masters custom comparison essay service can compose custom research papers of superior quality.

    [Reply]

  13. HUMPHREYMeagan 27. Feb, 2010 at 7:44 am #

    I would like to propose not to wait until you earn enough money to order goods! You should just get the business loans or just secured loan and feel fine

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Mana Hilangnya Rasa Respect Kamu Semua Dalam Alam Maya Yek? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 14. May, 2010

    [...] yang sama tapi dalam keadaan dunia yang berbeza. Dunia berbeza, maksudnya dunia maya kita termasuk dunia blogging dan bukannya dunia sebelah zara. phewww. Sudah 2, 3 hari saya “private” kan Twitter [...]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.