Soul Therapy
21 Dec
Perkara terhebat di dalam hidup seseorang bila dia tahu di mana dia berada sekarang. Tahu bersyukur bila menerima nikmat Tuhan dan mengaku akan silapnya selama dia hidup. Dunia ini milik Tuhan. Zahir dan batin, Tuhan saja yang memegang rahsianya.
Tiada siapa yang perlu dan berhak tahu. Saya dan kamu tidak terkecuali.
Selama mana kita bernyawa, selama itu kita akan diduga. Kalau hari ini kamu bergembira, jangan sesekali lupakan yang lain. Jangan terlampau ghairah bila bergelak tawa. Tiada alasan lain untuk itu. Hanya satu.
Sudah tentu ini sebabnya. Apakah hari esok kita masih boleh boleh tersenyum atau tidak ya seperti hari ini? Itukan kerja Tuhan bukan?
Dunia ini punya hukum karma. Ada masa, kamu melihat saja mereka yang lain dihukum. Satu masa, kamu pula yang akan terima hukum itu kerana kesilapan kamu. Tapi, kalau kamu bernasib baik. Tanpa sebab pun kamu akan menerima hukuman itu.
Oh, tak usah risau. Pasti ada sesuatu imbalan buat kamu.Iya, saya yakin!
Saya tidak mahu berkongsi tentang kesedihan. Cukup sekadar sedikit kata-kata yang mungkin ada antara kamu di luar sana perlukan. Saya sudah tiada perasaan untuk bersedih.
Untuk apa bersedih kan kalau di dalam hidup saya punya mereka yang sewel seperti ini setiap hari, kan?
Ubat paling mujarab buat yang sedang sakit jiwa dan bukannya sakit kanser hati *kikiki adalah diri kamu sendiri. Anggap saja apa yang berlaku itu sudah ada di dalam kamus perjalanan hidup kamu.
Mahu atau tidak. Suka atau benci.
Perjalanan itu perlu juga kita tempuh kan? Jadi, cubalah sebaik mungkin untuk keluar daripada belenggu yang kamu reka sendiri. Belenggu yang cuba menidakkan takdir Tuhan.
Sibukkan diri kamu dengan perkara lain. Tak usah menjadi terlalu baik, tapi jangan pula jadi terlampau kejam pada manusia lain. Mereka bukan tempat kamu melepaskan rasa tidak puas hati pada Tuhan.
Sejadah mungkin tempat terbaik buat yang sentiasa cukup 5 waktu. Saya masih belum berhak terima nikmat untuk itu. Masih banyak bolos. Sama macam kamu juga. kan? *yang terlibat saja
Kerana itu, saya tidak pernah menyalahkan Tuhan kalau nasib saya sebegini. Nampak seolah saya bodoh membuka pekung sendiri tetapi saya bukan mereka yang hipokrit yang sentiasa mahu kelihatan sempurna padahal hidup tidak segah mana.
Mana lebih baik? Sendiri mahu ingat lah





emm aboi suke bce catatan serupa ini cik lizz..teruskan ea..=)
“evethings can happen..
si budak aboi´s last blog ..Nusajaya
[Reply]
Lizz Reply:
December 21st, 2009 at 2:06 pm
yeah, apa2 mungkin boleh berlaku kan aboi
im glad cuz ada yang suke dengan my article. hehehe. thanks ya!
[Reply]
Btol tue…
aku pun kkdg terpenjara dalam diri sendiri
[Reply]
Lizz Reply:
December 21st, 2009 at 2:13 pm
kan? tak apa, at least kau normal. manusia lagi. hehehehe *joke ek
[Reply]
aku ni pun banyak bolos.. adehh…
ariff´s last blog ..What’s Up With Hidup Berani Untuk Gagal
[Reply]
Lizz Reply:
December 21st, 2009 at 2:36 pm
tau. aku ada bace entry cute kau tuh. kikiki.
its ok, sama-samalah kita perbaiki diri naa
[Reply]
yeah,kerana sdr diri ini tlalu byk bolos dari apa yang sepatutnya ak lakukan,ak takut untuk menyalahkan apa2 y buruk yang dianugerahkan untuk ak…
*ak sdr itu balasannya…huhu
[Reply]
Lizz Reply:
December 21st, 2009 at 4:53 pm
huhuhu. tak apa, belum terlambat untuk perbaiki. aku pun apa kurangnya.tapi, entah apa rezeki..tiba2 arini masalah aku macam ilang. hehehehe
[Reply]
Itulah lumrah manusia,susah nak bersyukur dan klu tuhan tak sayang dah lama dah diambil nikmat-nikmatnya.
Dak Wan´s last blog ..Tips Blogging – Boikot WIDGEO!
[Reply]
It is us who determine it.. may our soul be blessed…
[Reply]