Dec
1

Personal entry, jangan baca! Komen saja dibenarkan


Kalau kau rasa nak marah, silakan sebab selagi kau tak lepaskan rasa marah kau tu..hidup kau takkan terasa bahagia. Itu cara aku. Cara kau aku tak tahu. Sebab kita dilahirkan berbeda.

Jangan meniru sebab aku tak suka orang yang meniru aku. Kalau masih berdegil mahu meniru, sila meniru dengan gaya paling pandai. Kalau yang itu aku tak kisah. Dan, jangan jadi sengal. Pandai aku maksudkan bukan pandai bila kau dapat tunjuk yang kau berjaya dapat 55 A1  sekalipun. Bukan.

Pandai bagi aku, bila mana orang itu boleh dan mampu berlagak dan eksyen bijak menggunakan otak sebaik mungkin dan aku jadi bangga dengan kau even kau sebenarnya manusia terbodoh.

Sorry, to say kau bodoh. Bukan kau, tapi dia yang terkena dengan kenyataan ini.

aku pun tak tahu apa aku merepek sebab aku macam ada something yang tak puas hati dalam hati now, cuma sebab aku macam ada saki baki rasa kemanusiaan. Jadi, aku simpan dan akibatnya aku yang sewel separuh jalan.

Korang jangan rasa kecewa sebab aku tak apa-apa. Aku boleh senget 30minit dan waras kembali pada jam berikutnya. Jangan risau terlebih sebab aku tak termakan dengan belas kasihan. Aku cuma terjuling kalau ada yang menjatuhkan duit daripada langit untuk aku pungut selepas itu. Ada tak?

Tuhan tu pada aku terbaik.  Memang kenyataannya macam itu.

Aku pernah rasa nak terjun bangunan macam dalam drama-drama melayu yang tak berprestij tapi aku mengaku,aku tengok juga sebab nak pastikan aku masih lagi dicop sebagai anak Malaysia. Betul kan tindakan aku? Aku sayang Malaysia walau aku selalu jugak kutuk.

Berbalik soal terjun bangunan tu. Aku pernah pasang niat sebab aku tensen sangat tapi bila aku kira-kira dengan jari berapa banyak pahala yang aku dah buat dalam dunia ni, aku rasa macam cuak pulak. Lagi-lagi, bila aku kira dosa yang aku dah buat gune jari tangan dan kaki tapi still tak cukup sampai aku kena kire guna sempoa.

Aku jadi makin gelabah ayam. Aku takut kena beratur belakang pula nanti dekat padang Masyhar. Tak jadi. Sebagai langkah cover malu,aku hanya buat-buat macam rajin dan lap tingkap bangunan 2 tingkat iaitu rumah hak milik sampai mati mak aku. Maruh kena jaga beb.

Apa aku mengarut ni? Masa untuk tidur sebab aku merajuk sangat Nuffnang tak nak update lagi. muahahaha.


11 Comments to “Personal entry, jangan baca! Komen saja dibenarkan”

Post comment

CommentLuv Enabled

Siapa Punya Blog?

Empunya blog ini bernama Lizz. Tiada istimewa kalau dilihat dengan mata kasar, tetapi punya kehebatan tersendiri untuk meneruskan hidup. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!

Komen Kamu

Cerita Baru

Cerita Panas Sikit

FOLLOW ME

Lizarazak.com on Facebook

Hal Penting


ShoutMix chat widget
Web hosting for webmasters