MOTIVASI HIDUP BERANI UNTUK GAGAL TERBAIK!
18 Dec
Sekali lagi entri HIDUP BERANI UNTUK GAGAL sempena contest anjuran Denaihati. Selepas membaca entri HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dalam peperiksaan yang ditulis oleh Mr Bintang, saya terpanggil untuk berkongsi cerita HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dalam peperiksaan versi saya pula.
Prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL menjadi pegangan saya. Masih saya ingat, sewaktu zaman persekolahan. Saya merupakan pelajar aliran Sains Tulen. Dek kerana minat yang mendalam dalam bidang kira-kira, saya memilih untuk mengambil subjek di dalam aliran perdagangan iaitu Prinsip Akaun.
Tiada masalah kerana memang subjek itu ditawarkan untuk pelajar Sains Tulen yang berminat. Tetapi, entah macam mana. Mungkin kerana perinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang menebal di dalam diri barangkali. Saya telah memohon untuk menambah subjek Ekonomi Asas di dalam SPM.
Gatal. Tiada kelas untuk saya dan seorang lagi teman. Tiada sebarang bantuan nota atau apa saja untuk kami yang disediakan ole pihak guru. Kami seakan diperlekehkan. Pantang saya. Kan prinsip hidup saya HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
Berani mereka nak perlekeh kami. Kononnya, kami tidak akan lulus kerana tiada langsung asas. Tiada kedatangan yang dicatit untuk kami. Kami dipandang sebelah mata saja.
Ah, sampai masa. SPM tinggal beberapa minggu saja. Waktu itu, saya sedikit tertekan kerana mendengar kata-kata sindiran teman-teman yang memasuki kelas tersebut. Saya tidak mahu malu kerana gagal subjek pilihan saya itu. Oh tidak sesekali.
Saya dan teman belajar sendiri. Setiap hari, saya mentelaah buku. Hampir menangis kerana saya tidak faham apa-apa pun. Saya pejam mata dan saya katakan di dalam diri. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL itu pilihan saya. Jadi, saya perlu lalui juga. Saya mesti berjaya!
Alhamdulilah, berkat usaha dan doa ibu bapa..saya dapat sedikit keyakinan untuk menjawab. Saya tidak pedulikan guru-guru yang sibuk berdiri di sebelah saya untuk melihat apa yang saya jawab. Saya abaikan mereka saja.
Waktu keputusan SPM dikeluarkan, saya seakan mahu menjerit dan mahu saja menjerit pada cikgu dan teman-teman yang memerli saya. Hey, saya punya prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang istimewa tau. Syukur, bukan setakat lulus malah keputusan saya lebih baik daripada mereka yang mengikuti pelajaran itu selama 2 tahun!
Walau bukan A1, tetapi saya bersyukur kerana mendapat B3 untuk subjek tersebut. Subjek yang saya ambil dengan kehendak hati saya. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL motivasi terbaik buat saya!
P/S: Di jemput menyertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL anjuran Denaihati dan berpeluang memenangi sehingga RM500!!!





wah. ade lagi entry. memang all out nih
ariff´s last blog ..Persatuan Penggemar Karipap Nasional
[Reply]
Lizz Reply:
December 18th, 2009 at 10:52 am
contest ni tolong aku time2 tak ada idea lain nak tulis entry. kehkehkeh
[Reply]
azizwan(dot)com Reply:
December 20th, 2009 at 12:36 am
sape tak kenal Lizz.. beliau kan tak pernah nak mengaku kalah.. so, slagi boleh all out.. keluarkan je semua. hahaha.. neway, congratz sbb ekonomi asas anda kredit.. b3 pulak tu

azizwan(dot)com´s last blog ..Top rank HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ‘dijamin’ menjadi milik anda jika…
[Reply]
Pandai akak lebatkan click rate yang seterusnya dpt membantu ranking seo.. nasib baik gua x join, (1)dah lambat, sure kalah kat google (2)Kak Liza yg hebat ni join xD
eldy´s last blog ..Dating
[Reply]
Lizz Reply:
December 18th, 2009 at 10:58 am
ilmu SEO pun tak reti, tang mana yang pandai
kehkehkeh.
alah, sebenarnya kalau dah usaha then kalah, rasanya lain. so, tak kisah kalah or menang woo. jom ar join!
[Reply]
yer..hidup berani untuk gagal !
si budak aboi´s last blog ..Misteri:RM 90 + RM 50
[Reply]
Lizz Reply:
December 21st, 2009 at 5:05 pm
of course lah kan.if tak, susah nak hidup woo
[Reply]
aku blom join lagi ler…esok aku try wat post
[Reply]