Manusia hati zombie

hatikarat

Manusia cepat betul alpa dengan apa yang Tuhan beri kan? Kadang-kadang, saya fikir adalah lebih baik kalau tidak punya sesiapa. Cukuplah sekadar ibu dan bapa. Adik beradik sekalipun, adakalanya cuma menyesakkan fikiran saja.

Inikan pula teman sehidup semati kononnya.

Mulut manusia jangan sesekali kamu semua percaya. Manis diluar saja, di dalam hati sebusuk mana niatnya hanya Tuhan saja yang tahu. Sesungguhnya, Dia yang maha mengetahui, kan?

Kita tidak berhak menghukum manusia lain, lebih-lebih lagi diri sendiri.

Manusia memang akan diduga. Kalau bukan saat ini, mungkin seminit kemudian. Andai bukan hari ini, barangkali dugaan akan menjengah kalian keesokkan harinya. Tak perlu menidakkannya, sebab ia pasti. kan? kan?

Saya semakin muak dengan manusia yang bertopengkan malaikat. Kalau kamu lihat daripada luaran, mereka ini tak ubah seperti jelmaan malaikat. Nampak sempurna di mata semua. Tapi, cubalah kamu dekati dan kenali hati budi manusia bertopengkan malaikat itu. Jijik sekali rupanya.

Semakin hari,saya semakin tahu dan kenal siapa itu kawan dan siapa itu lawan. Tak perlu saya perjelaskan. Itu hal peribadi saya dan terlalu peribadi. Cukup hanya kamu semua tahu yang saya sudah bosan melayan karenah manusia. Waktu susah, saya yang dia cari. Waktu mahukan pertolongan, saya dipuji-pujinya, waktu mahukan itu ini saya tempat dia mengadu.

Tapi, mana kamu waktu saya yang perlukan pertolongan? apa yang kamu bisa lakukan andai saya sedang sakit? Kamu terleka dan terus lalai kewajipan kamu bukan? Janji macam gampang. Sudah-sudahlah *dibenarkan menyanyi gaya Imran Ajmain

Itu dulu, saya semakin dewasa. Saya tahu apa yang terbaik buat saya.

Mungkin saya tidak sesempurna kamu, tapi saya juga tidak sehina apa yang ada di dalam hati kamu. Sudah-sudahlah mencerca. Saya tidak kisah. Saya baru saja join contest Hidup berani untuk gagal tau. wakakaka!!

Intipatinya, saya tidak terlalu bodoh untuk terus dihina, tidak terlalu murah untuk terus diherdik dan tidaklah terlalu jahil untuk diperlakukan sebegini lagi. Terima kasih kerana mencerca, walau sakit tetapi hati saya sudah kental. Tiada luka pun. Saya kuat woo ­čśŤ

p/s: Jangan lupa download 16 ebook percuma sebelum tawaran tamat!!!

Artikel Berkaitan

18 responses to “Manusia hati zombie

  1. pedulikan kata orang…kita je tau siapa kita…
    .-= kosong┬┤s last blog ..Biskut =-.

  2. Penuh bermakna entry u Lizz…Syabas…Haah,susah nak menilai manusia sekarang ni…Adik beradik pun kadang2 tak boleh dipercayai terutamanya bila perkara bersangkutan dengan duit…Masa kerja di tempat lama,byk kerenah manusia yang saya pelajari…Sayapun pernah ditipu oleh orang yang saya betul2 percayai….terbaru,ditipu pula penjual rumah yang nampak dari luarannya tersangatlah baik…Berhati-hatila di luar sana…Byk manusia bertopengkan…..
    .-= eyriqazz┬┤s last blog ..Fauziah Latiff =-.

    • bertopengkan?? hhohohoho. nak tulis pun malas kan.
      bila selalu snagat terkena, rasa geram.so far adik beradik saya ok. syukur, tapi orang sekeliling yang lain..huwaa!!!!

  3. “Waktu susah, saya yang dia cari. Waktu mahukan pertolongan, saya dipuji-pujinya, waktu mahukan itu ini saya tempat dia mengadu.” pernah jadi kat fizz dulu-dulu la.. hoho.. upenye cam nk menkan perasaan fizz jee walaupun bukan niat dia.. adeh..

    • minta dijauhkan manusie macam ni lagi sekali dalam hidup woo. kalau manusia yang muka memang jahat, tak kesah sangat kot. tapi, yang muke baik macam malaikat tapi…alahai…

  4. manusia macam tu la.. saya paham betul ape lizz cakap tu.. mmg sebenarnya at the end family jugak paling bes.. kawan itu duniawi semata2..
    .-= darling┬┤s last blog ..stomach ache (baca dalam sebutan bm.. lebih menarik) =-.

  5. emm..itulah manusia..makin difahami semakin tidak mengerti, mungkin kerana mmg mereka berhati zombie..
    .-= cik muda sara┬┤s last blog ..tentang cinta…..dunia =-.

  6. janganlah harapnya kita semua berhati zombie
    .-= zuls┬┤s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal – Makcik Kantin? =-.

  7. hurm..nak bt mcm mana…dh nama manusia..sabar jer la..
    .-= black-me┬┤s last blog ..Jangan berlagak =-.

  8. entahlah. dulu pernah menulis mengenai dalam pelbagai bentuk penulisan tapi ianya tetap menjadi luahan perasaan sendiri dan beberapa peminat (ceh, pembaca sebeanrnya ha3).

    sakit hati? tak payah cakap lah kalau boleh buang hati ni, dah lama letak tepi (hu3). tapi hidup yang pastinya perlu diteruskan dan kita perlu berusaha menghindari dari terperangkap dalam mereka yang berkategorikan ‘zombie’!
    .-= megat┬┤s last blog ..Bersuci, Memastikan Diri Bersih Sebelum Menunaikan Ibadah =-.

  9. okeh..btol ape ko ckp tu..mulut manusia mang besenye manis mcm gule..hadui..tp kdg2. kte pon lpe gak..kte ade ckp manis..sbb nak jage ati org..huhuhu
    .-= ain_chokio┬┤s last blog ...:last but not least..WTH??:. =-.

  10. persetankan cakap org tu..kalau kita rasa apa yg kita wat tu tak menyusahkan org, xpa, go on je..tp kalau apa yg kita wat tu menyusahkan org, kita ptt ubah
    .-= x-po┬┤s last blog ..SAYA MASIH ISLAM. TAK PERCAYA KE? =-.

  11. Manusia yang zahirnya baik hatinya busuk selalunya hipokrit. Dalam hatinya memberontak untuk menamatkan apa yang dizahirkan tapi apakan daya ingin buat baik pun ada juga, bertembung antara baik dan jahat. Jahat lebih kuat tak terkalahkan baginya. Orang macam ni lebih baik kool jer jangan tunjuk kata diri baik sangat. Sekali buat jahat malu besau tuh. kalau kool, buat silap, orang tak berapa nak kata sangat.

    Abu jahal zaman Nabi pun pakai jubah arab gak weh…sabor je lah yang penting kita jadi diri kita dan pertahankan hak kita.
    .-= Abu Widad┬┤s last blog ..Syukur Dan Kufur =-.

  12. Kadang-kadang memang begitulah kawan-kawan disekeliling kita. Masa mereka susah pandai mencari & meminta tolong kita. Namun bila masa diri kita susah….. Hmm… Macam HARAM dorang ni!

  13. Pingback: Tips Untuk Sentiasa Positif Even Anda Sebenarnya Dalam Dilemma | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge