Dec
22

Lizarazak.com di blog Pengupas Jalanan


Cita-cita saya untuk menjadi penulis sambilan tercapai juga. Walau tiada sebarang bayaran, saya gembira juga. Percubaan pertama sebagai penulis sambilan di blog Pengupas Jalanan cukup memuaskan!

Cubaan pertama tak boleh nak demand. Tapi, kalau ada yang jemput dan ada yang nak beri bayaran tapak kaki singa saya tadahkan.wakakaka!

writer

Saya mahu menjadi penulis satu hari nanti. Bukan novelis sebab saya tidak ada kelebihan macam Ramlee Awang Mursyid. hahahaha. Saya suka menulis. Terima kasih untuk peluang ni.

Saudara Syin yang bertanggungjawab untuk semua ini. Syin cuba hubungi saya melalui twitter, dan bertanyakan soal ini. Phew. Terkejut dan teruja. Jangan salah faham ya. Ini bukan soal mahu merasa diri sudah bagus.

Tapi, ini soal something yang saya sudah lama mahu. Lebih-lebih lagi peluang datang waktu di dalam kepala saya punya 1001 beban. So, you guys bolehlah bayangkan betapa saya bergembira.

At least, waktu saya merasa Tuhan mungkin tidak adil pada saya..ada sesuatu rupanya yang mahu dikirimkan. Soul Therapy beb!!! Thanks God!

Jadi, kalau korang ada sedikit masa terluang dan mahu baca artikel yang tidak seberapa best pun daripada saya di blog Pengupas Jalanan..sudi-sudi kan lah ye. Entri pertama, bertajuk Berblog untuk Kepuasan Diri atau Popular Yang Dicari? sengaja saya bikin sedikit poyo tajuknya.

Siapa terasa, nasiblah :)

Ok, lupakan soal penulis sambilan itu. Semalam, secara rasminya juga contest 3 in 1 yang saya anjurkan sebulan yang lepas ditutup untuk penyertaan baru. Pergh. Masak saya dibuatnya nak pilih pemenang.

Lihat saja senarai penyertaan. Contest lain tidak dapat sambutan sangat. Its ok, tapi penyertaan untuk mencipta banner blog Lizarazak.com mendapat sambutan kaw-kaw.

Serious, saya tak fikir pula ramai yang nak join. Alhamdulilah lah kan.

Jadi, mulai hari ini saya akan memilih pemenang!!!! Hurray. Tak sabar nak ada banner untuk tujuan promosi lepas ni. Susah kan kalau jadi buta seni macam saya. wakakaka!

Lagi satu, dalam waktu hidup saya tidak semeriah macam selalu. Ada juga yang buat saya happy. Siapa lagi kalau bukan si  Nuffnang kan? Lately, ada saja yang bertanya saya tentang Nuffnang. Saya tidak sehebat mana pun.

Tips untuk merasa duit Nuffnang tu simple sangat sebenarnya. Ok, saya beri sedikit yang saya tahu ok. First, buat 1 blog yang korang perlu sentiasa update at least sekali sehari. Kalau mood mengada-ngada baru boleh buat 2 hari sekali ok.

Second, dapatkan status Glitterati ok dear. Kalau rasa-rasa blog dah tersesat dengan iklan lain yang menimbulkan kemarahanan Nuffnang, of courselah tak merasa status tu. Glitterati penting sebab cepat sikit earnings tu nak naik.

Third, buat banyak blog. Kalau setakat 2 blog susah sikit lah. Tak perlu nak update blog yang lain tu selalu sangat. 2 minggu sekali pun boleh kalau dah pemalas mak lampir sangat. ahaks! Tapi, kalau dah malas sangat..janganlah pulak merungut kalau kurang dapat ads ye :P

Next, Pilih niche blog yang ramai orang suka baca. Contoh, buat blog pasal lirik lagu-lagu masa kini, produk kesihatan, gosip artis, blogging tips. Senang sikit nak dapat ads daripada Nuffnang. Kalau buat entry tangkap leleh pasal cinta, entry jalan-jalan di zoo susah sikit lah :)

Eh, apa kata baca lagi dekat sini. Takkan nak beri semua dekat sini kan? Ada saya sertakan semua link pasal Nuffnang. Boleh study kalau mahu. Tapi, kalau dah pro jangan baca. wakakaka!

Sesiapa yang rasa-rasa HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, boleh lah join saya dan bloggers lain dalam contest anjuran Denaihati. Selamat berusaha untuk rebut RM 500 ok!!! Join HIDUP BERANI UNTUK GAGAL now.

Bulan ni, alhamdulilah dah cash out 2 kali. So, good luck untuk yang lain ek!


29 Comments to “Lizarazak.com di blog Pengupas Jalanan”

  • pro Nuffnang..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ish, mana ade. aku pun belajar terkedek2. huhuhuhu

    [Reply]

  • terima kasih banyak2…
    pihak kami berbesar hati diatas kesudian anda menjadi pengupasjalanan di blog kami.
    TQ. hohoho…
    | pengupasjalanan |´s last blog ..Berblog untuk Kepuasan Diri atau Popular Yang Dicari? My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hohoho. sape yang patut say thanks ni wei???huhuhu.
    wutever, tapi thanks sangat!!! ;)

    [Reply]

  • bkn main feymes lagi diva kita ni…hahahaa…diva? hohoho..
    ingatkan aku sorang je nk memetik bunga di taman larangan ni…rupanya..org lain ada gak…

    nasib baik aku sempat petik dulu..hohoho..
    syin´s last blog ..Awal tahun 1431H My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kejadahnye diva. wakakaka.
    syok woo kalo tulis reramai cam tu. happening. muahahaha

    [Reply]

  • waa..penulis xbertauliah sey ! thumb up utk cik liza..
    bwt ehh sempat plak promot blog lain ea..!
    si budak aboi´s last blog ..Masalah My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    wakakaka. sambil menyelam minum air. kehkehkeh.
    ikutlah care selaman ni.hehehe

    [Reply]

  • ko memang hebat beb…hehehehe

    [Reply]

    Lizz Reply:

    huhuhu. tidak2. ada yang lagi hebat woo. ingat, aku cap ayam.kikiki

    [Reply]

  • nice nice.. gua pon mau join ^^

    [Reply]

    Lizz Reply:

    jom join blog pengupas jalanan ok!

    [Reply]

  • ahaha..kak liza..lame tak datang sini..
    congratz da dapt hd writer kat sane..
    ahaha..wlpn x bebayar xpela..
    keseronokan lagi penting maaa…
    ahaha…
    Aus´s last blog ..isu lama otai membuatkan aku teringat kata NELSON MANDELA My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    thanks tapi tak ada sangat pun sebenarnya. ramai yang bagus2 kat situ. just happy for myself :)

    betul. try something new dalam hidup. best jugak woo.

    [Reply]

  • x sbr nak tgk banner y menang tuh..
    neway selalunya selepas “hujan” Dian mungkin akan berikan kita “pelangi” y semestinya lebih indah..
    *buta seni jgk….lukis manusia silap2 bleh jadik burung..
    OranGe´s last blog ..Q & A My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yeah, pelangi akan ada juga. in fact, pelangi tu makin cantik arini. hehehe :)

    sabar ek, orang yg kene pilih pening nk pilih yg mane dah ni. hahaha.

    [Reply]

  • tahniah!
    Lan Bingka´s last blog ..Avatar filem terbaik 2009 My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    thanks ek :)

    [Reply]

  • aku kagum dengan penulisan ko lizz…memang respek n suspek ler kat ko….aku yakin suatu hari nanti ko akan jadi penulis yg mahakarya..hohoho
    rizputra7´s last blog ..CINTA My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    pergh. nak amin sat lah.hehehe.
    aku nak sangat jadi penulis. tp, tak yah popular. wakakaka

    [Reply]

  • hoho selamat menjadi seorang pengupas yang berjaya ye cik kak
    x-po´s last blog ..LELAKI, BOLA SEPAK, DAN TEMAN WANITA/ISTERI My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    insyaAllah, tapi aku terime cuz suke2 aje. tak ade niat nak mengglamorkan diri. hehehe

    [Reply]

  • kalau boleh, aku pon nak jugak jadi penulis..
    tp aku x berbakat la.. ada blog pon tak berupdate…
    jeles ngan ko..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    banyak lah kau tak berbakat. kau sifu aku masa mula2 aku kenal WP woo. geget kang :P

    [Reply]

  • Yup, banyak sangat contest hujung tahun :) Pasal blog byk2 tu nak wat per?
    Dak Wan´s last blog ..Tips Blogging – Boikot WIDGEO! My ComLuv Profile

    [Reply]

  • hohoho macam menarik je konsep pengupas jalanan ni.. :D
    topo´s last blog ..iklan promo anugerah juara lagu AJL ke 24 My ComLuv Profile

    [Reply]

  • Wawawa… Congrats! Pujian ikhlas dr sy.. Penulisan LizaRazak ni mmg ada style yg tersendiri. Kagum! Kagum! No wonder. Ngeee…
    Fathiha Zainal´s last blog ..JATUH CINTA? My ComLuv Profile

    [Reply]

  • Looks interesting… menarik tertarik….
    Malangnyer, x cukup kaki & tangan nak join.. hehehehe…
    All d best Lizz…………
    Money Maniac´s last blog ..My 3rd Nuffnang Income My ComLuv Profile

    [Reply]

  • wah, semoga penulisan yang baik dapat dikongsikan bersama kami smua. :)
    mohdisa´s last blog ..Serangan Malware Bakal Menemui Kita di 2010 My ComLuv Profile

    [Reply]

Post comment

CommentLuv Enabled

Siapa Punya Blog?

Empunya blog ini bernama Lizz. Tiada istimewa kalau dilihat dengan mata kasar, tetapi punya kehebatan tersendiri untuk meneruskan hidup. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!

Komen Kamu

Cerita Baru

Cerita Panas Sikit

FOLLOW ME

Lizarazak.com on Facebook

Hal Penting


ShoutMix chat widget
Web hosting for webmasters