15
Jaya Jusco Melaka Meletup
Jaya Jusco Melaka pula menerima padah kali ini. Jaya Jusco Melaka mungkin juga terkena badi KB Mall yang runtuh tempoh hari. Bezanya, Jaya Jusco Melaka meletup dan bukan runtuh. Rosaklah rancangan untuk majlis pembukaan rasmi Jaya Jusco Melaka yang sepatutnya diadakan pada Khamis ini.
Jaya Jusco menerima nasib malangnya itu semalam (14 /12/2009).
Bukan isu nasib Jaya Jusco Melaka sebenarnya yang harus kita debatkan, tapi lebih kepada apa sudah jadi dengan hasil kerja kontraktor-kontraktor Malaysia sekarang! Memikul tanggungjawab sewenangnya ke? Entahlah
Difahamkan, Jaya Jusco Melaka ini meletup gara-gara terdapat kebocoran pada saluran gas di dalam pusat membeli belah tersebut. Dibawah, sedikit info mengenai kejadian yang dilaporkan seperti di dalam akhbar Mstar.
Seorang terbunuh manakala 16 lagi cedera apabila kebocoran pada saluran gas di Aeon Jusco Mall di sini menyebabkan satu letupan besar sehingga menjejaskan persiapan untuk pembukaan rasmi gedung membeli-belah itu Khamis ini.
Aeon Jusco Mall Melaka yang terletak di Jalan Lagenda, Bachang itu bakal menjadi gedung Jusco yang terbesar di Malaysia.
Dan persiapan untuk majlis pembukaannya rancak dijalankan dengan para pekerja dan penyewa sibuk menyiapkan lot/ruang kedai masing-masing apabila malapetak ini berlaku sejurus sebelum jam 1 petang tadi.
Letupan yang berlaku di bahagian medan selera aras bawah Jusco Mall itu sangat kuat sehingga meninggalkan lubang sedalam dua meter.Kaca dan serpihan yang pecah dari letupan tersebut melayang sejauh 25 meter.
Ketika pihak bomba tiba, terdapat dua orang mangsa ditemui tertiarap di luar bangunan manakala lima mangsa diselamatkan dari runtuhan akibat letupan tersebut.
Bagaimanapun, pihak bomba menemui Tiau See Peing, 25, seorang penyelia Restoran Old Town White Coffee ditemui mati dengan kecederaan teruk pada leher dipercayai terkena serpihan yang terpelanting.
Mungkin tidak adil kalau saya atau mungkin juga yang lain menuding jari menyalahkan sesiapa. Tetapi, kalau perlu nak buat macam mana kan? Mungkin kontraktor, mungkin juga jurutera binaan, mungkin juga buruh yang diberi upah dan tanggungjawab untuk membuat saluran gas itu yang patut disalahkan untuk hal ini.
Atau, ada kemungkinan isu sabotaj? Siapa tahu kan? Kadang-kadang saya rasa Malaysia pun boleh jadi ala-ala Hollywood. Semakin banyak kontroversi merepek tetapi menghiburkan juga kadang-kadang. Hampagas.
Cukuplah. Perkara dah jadi. Mungkin kes Jaya Jusco Melaka meletup menjadi penutup kes-kes malang yang menimpa bangunan pasaraya di Malaysia untuk tahun ini ya. Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan Malaysiawood. Eh salah, MALAYSIA!!!!
Credit to AZFARUL
47 Comments to “Jaya Jusco Melaka Meletup”
Post comment
Siapa Punya Blog?
Empunya blog ini bernama Lizz. Tiada istimewa kalau dilihat dengan mata kasar, tetapi punya kehebatan tersendiri untuk meneruskan hidup. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!
Komen Kamu
- Lizz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Lizz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Lizz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Lizz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- rohaizad on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
Cerita Baru
- Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Adakah Innity Sesuai Untuk Blog Anda?
- Haram Ke Kalau Kita Berkawan Dengan Pengkid?
- Bukan Senang Nak Suruh Saya Jawab Tag. Kali ini Mello Berjaya!
- Entry Khas Untuk Geng Blogger Yang Superb!
Cerita Panas Sikit
- 100% HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
- 94% CLOSED ~ Contest: Menangi wang RM50
- 92% Sticky note: Contest 3 in 1 for you-closed
- 65% Tips menjadi blogger yang bermoral
- 63% Earnings Nuffnang bertambah lagi!
- 59% Your lover cheated, forgive him/her or say bye bye?
- 51% Permohonan Maaf AdukaTaruna Kepada Rakyat Malaysia, Saya Terima!
- 50% Kenapa lelaki je yang banyak keluar modal waktu dating?
- 48% Perempuan akan nampak manis kalau ada 5 perkara ni
- 48% Part time job
FOLLOW ME
Hal Penting





Charmaine says:
Kesian betul org yg tak bersalah terkorban

Charmaine´s last blog ..Microsoft China rips off Plurk!
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 2:42 pm
hmm, itulah dan nasib badan. huhuhu. tapi, kita yang dapat berita yang rasa ngeri n fobia lak pegi shopping mall
[Reply]
EiNS says:
Badi kbmall? pls explain…
EiNS´s last blog ..Politik mampu membutakan iman seseorang
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 2:54 pm
maybe aje. hehehe. tak sampai sebulan kes KB Mall runtuh dah ada kes baru. shopping mall againz. macam badi aje lah. huhhu
http://www.lizarazak.com/2009/12/kb-mall-runtuh/
[Reply]
coco says:
OMG!!!! the day before that i was there!!!!PHEWWWWWWWWW >.<
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 2:59 pm
phew!!! scary heh?????? glad u went there 1 day before the accident!!!!!
[Reply]
ariff says:
hm. kemalangan macam ni memang tak diduga..
bila lah aku nak tngok jusco tu. tengar cerita hebat gak
ariff´s last blog ..Free GSC Cinema Tickets
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 3:09 pm
hebat? aku pun rase macam hebat gak ni. if diorang wat tugu peringatan yg ade gas bocor tu pun bagus. bagi manusia2 yang terlibat atas kelalaian tu SEDAR sket
hehehe
[Reply]
eyriqazz says:
au, ada kemungkinan isu sabotaj? Siapa tahu kan? Kadang-kadang saya rasa Malaysia pun boleh jadi ala-ala Hollywood. Wah2,mungkin juga.Dunia berniagani kan penuh pancaroba..
eyriqazz´s last blog ..Kisah Si Mamat
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 6:44 pm
itulah, kemungkinan tapi minta-minta bukan lah. hohoho
[Reply]
sepul says:
semoga kontraktor2 kat malaysia ni ambil iktibar diatas kemalangan2 yang berlaku..
sepul´s last blog ..Bantu saya ubah blog saya
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 6:45 pm
yeah. jangan diorang nak pass2 kesalahan tu kat orang lain sudeh. kan?
[Reply]
Melz says:
aku nak gi beli kat pasar je la len kali..haha tapi kes ragut plak ada miahaha
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 6:57 pm
ok lah jugak niat ko tuh, aku nak beli kat makcik2 yg gune payung pelangi aje lah pasni. if roboh, insyaAllah idup lagi kot. wakakaka
[Reply]
si budak aboi says:
itulah masalah kite..buat keje sambil lewa..!
si budak aboi´s last blog ..Naluri Lelaki
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 6:58 pm
itulah, cuai sangat, amik perkara semuanya mudah padahal itu soal nyawa woo
[Reply]
x-po says:
skrg ni, mesti dh rmai org fobia nk gi shopping complex..hehe
x-po´s last blog ..AKU TAK AKAN TOLONG ORANG TU, SORRY YA
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 6:59 pm
aku salah seorangnya. kes baru lagi kan..ngeri woo
[Reply]
kosong says:
Safety Officer utk bangunan patut buat pemantauan berkala….
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 7:01 pm
safety officer busy ade banyak projek kot.huhuhuhu
[Reply]
Mr K says:
Kalau orang ckp ni sebab Nik Aziz berdoa, memang akan aku gelak kaw2.
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 7:45 pm
wakakaka! itu aku pun gelak n guling2.muahaha
[Reply]
megat says:
belum capai negara maju lagi tapi bab-bab sosial dan masalah projek pembangunan dah mengalahkan negara maju ni.
adeh la fobia, fobia (hu3)
megat´s last blog ..Problogger Khai, Kongsi Pengalaman Sebagai Blogger Sepenuh Masa!
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 7:49 pm
hahaha. a’ah ek. masalah sosial pun sama naik jugak. masalah projet ni dari dulu ade je kes tapi biasenye apartment2 yg retak lah ape lah n xder nyawa terkorban tp yang ini…uhuhuh
[Reply]
fit says:
maybe bukan salah kontraktor..maybe pekerja2 indon yg leas tangan dlm keja..melaka memang byk indon skang..huh rimas btul..
eh awak whiteharajuku ek??tak perasan lak..heh!
fit´s last blog ..Weblog Harga Kereta revealed!
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 7:50 pm
oh, tak berani pulak nak salahkan sesiapa tapi berani senaraikan saja. huhuhu. yeah, whiteharajuku tp now gune domain n hosting sendiri
[Reply]
ain_chokio says:
ya ampun..istigfar je bace ne..haish..mcm2 hal skang ne..pasne ape lak runtuh??haiii
ain_chokio´s last blog ...:idung sy gatal,,jadi sy garu:.
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 10:36 pm
hmm, itulah. aritu nyer kes KB Mall pun mula2 rase tak percaya..tapi, bila masuk yang ini dah rase geram lak cuz cuai sangat org yg bertanggungjawab tuh
[Reply]
meo says:
wah2… tragis tul…
sy dh 3 kali berkerja parttime kat jusco dulu2…
memori gitu2 dgr name jusco nie
meo´s last blog ..Sabariah Tukang Sihir
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 10:38 pm
huhuhuhu, JJ biasenye ok tapi nakdijadikan cite kan???huhuhuh
[Reply]
dianna says:
tulah org melayu. dah dapat job, buat kerja sambil lewa. last2 rakyat biasa yg terkena tempiasnya.
dianna´s last blog ..Janganlah pandang rendah pada orang gemok dan tak cantik macam i.
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 10:39 pm
silap orang atasan jugak kot cuz amik pekerja ikut suka hati aje..tangkap muat. kan?
[Reply]
nesca says:
ni mesti keje orang jahat. otromen! help!
nesca´s last blog ..Back to Win XP
[Reply]
Lizz Reply:
December 15th, 2009 at 10:39 pm
otomen cuti nk sambut new year nanti. mask rider boleh????wakaka
[Reply]
darling says:
mall adalah tempat terlarang sekarang.. fuh.. bahaya nye..
darling´s last blog ..pointless
[Reply]
Lizz Reply:
December 16th, 2009 at 9:33 am
tempat paling havoc utk release tension da jadi tempat paling mengerikan woo
[Reply]
Mr J says:
jangan jadi playwood dahlah.. hhee
Mr J´s last blog ..Apa itu Buah Dabai ? ( Buah di Kepulauan Borneo )
[Reply]
Lizz Reply:
December 16th, 2009 at 9:42 am
hahaha. taklah kot
[Reply]
shaza says:
hurm.takotnye kn.arap2 kalo kite sume g mall xde la mnde2 cmneh.da quest is,cne leakage tu bole jdk?kecuaian sape?uish,bhy2.menakotkn la plak.dekt mall pn bole ade musibah lorh.erm~~
[Reply]
Lizz Reply:
December 18th, 2009 at 5:50 pm
itulah, menda2 macam ni semua musibah/dugaan yang ada lah tu mesej yang hendak disampaikan
[Reply]
azrie says:
lepas mall…
mall lagi…
silap2 boleh jd trend…
azrie´s last blog ..Menutur Langkah
[Reply]
Lizz Reply:
December 18th, 2009 at 5:58 pm
minta2 janganlah. erk,
[Reply]
arnamee says:
Salam akak:)
uhu,insyaallah last lah gni, dugaan kan.
banyak kena kaji balik..:)
arnamee´s last blog ..Dot com dot net dot my – berdomain sendiri , sombong?
[Reply]
Akuro San says:
sekarang nih macam-macam bala yang berlaku. kes JJ Melaka ni salah satu darinya. tapi sebelum ni pun ada kes budak mati rentung dalam rumah gara-gara ada lori yang terbabas dan melanggar rumah budak tu, dan rumah budak tu terbakar~
jadi jangan kata kat shopping kompleks jer~ kat mana-mana pun boleh berlaku kemalangan sekarang nih~
Akuro San´s last blog ..Cara Mudah Buat Komik
[Reply]
kulanz says:
ada jg dengar berita ni di radio, tp xda kesempatan tengok keadaan di tempat kejadian..
[Reply]
EmatNgage says:
Ermm..
bahaya r skang ni kalau nk pegi shopping Mall..!!
Kena pegi yang biasa2 plak lah like Uptown ke Downtown ke plak..!!
Bagus x idea ni..??
[Reply]
Jaya Jusco Melaka Meletup | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Lizarazak.com | http://newsfornerd.com says:
[...] more here: Jaya Jusco Melaka Meletup | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Lizarazak.com Tags: a-mungkin-juga, a-pula-menerima, appid, detected, empty, following, jusco, jusco-melaka, [...]