seo
Archive | December, 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL- 2010

31 Dec

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Alang-alang mencuba, perlu berusaha. Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL mungkin sudah menghampiri tempoh tamatnya. Mungkin esok, atau lusa contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL akan tamat.

happy new year 2010

Saya cukup bangga kerana berani mencuba contest hidup berani untuk gagal anjuran Denaihati itu. Walaupun blog saya sudah tidak berada pada tangga antara yang teratas di search engine popular Google.com, itu bukan kesudahan bagi saya.

Contest Hidup Berani Untuk Gagal antara contest terbaik yang pernah saya join sepanjang tahun 2009 ini. Sejujurnya, saya sangat susah untuk join mana-mana contest kalau tiada “manfaat” untuk saya. Jangan berkecil hati ya, saya cuma berlaku jujur dan itu tidak bermakna contest kamu semua tidak bagus.

Cuma, saya yang tidak begitu bagus.

Sebentar nanti, tinggal beberapa jam lagi tahun yang penuh bermakna buat saya akan melabuhkan tirai. Tahun 2009 akan meninggalkan kita. Saya dan kamu. Ada rasa terkilan?

Tak usah bersedih kalau ada kenangan lama yang tidak begitu baik buat kamu.

Saya dan teman lain juga ada kenangan itu. Masing-masing punya cerita hidup. Ada ceritera tentang riwayat hidup sendiri. Jangan menyesal untuk apa yang saja .  Hidup berani untuk gagal kalau kamu mahu yang terbaik sebagai imbalannya kelak.

Tidak ada perkara yang mustahil kalau itu yang kamu mahu.

Prinsip Hidup berani untuk gagal akan tetap bersama saya sampai bila-bila. Setiap manusia perlukan prinsip dan bukan protokol kalau mahu berjaya. Kalau kamu rasa diri kamu terlalu bodoh pada pandangan manusia lain, sudah-sudahlah!

Tiada manusia bodoh di mata Tuhan. Kita semua sama.

Andai kamu rasa, kamu manusia yang sering terkecuali daripada nikmat Tuhan. Fikir-fikirkan lah dan buka hati kamu untuk terus melihat dan memandang salah silap diri kamu.

Tuhan tidak akan menghukum tanpa sebab.

Saya pernah merasa bosan untuk hidup. Saya rasa, Tuhan tidak adil pada saya. Saya mempersoalkan tentang nasib saya. Terlalu rajin pula saya melihat kelebihan yang ada pada diri orang.

Itu silap besar!

Kini, saya tidak lagi membeza-bezakan apa yang ada pada saya dengan manusia lain. Saya temui something istimewa tanpa sengaja. Kunci hidup bahagia adalah apabila kamu bisa membersihkan hati kamu dengan segala kekotoran.

Hidup berani untuk gagal. Saya sudah gagal berulang kali. Ada waktu saya di atas, ada ketika pula saya berada di tempat terbawah. Dek kerana mahukan kejayaan, apalah sangat erti gagal tu kan??

Selamat Tahun Baru! Love you all so much!

Semua nak pasang azam. Mungkin ini azam terbaik daripada saya!

31 Dec

Tahun baru 2010 tinggal lagi beberapa jam saja. Apa azam Tahun baru 2010 korang ek? Azam tahun baru 2010 saya sangat simple. InsyaAllah, nanti saya kongsikan naa :)

Sebelum tu, saya nak ucapkan  selamat ulang tahun ke ” ” buat teman saya. Beb, sesungguhnya kamu sudah semakin meningkat dewasa tahun ini. Sudah-sudahlah membuli dan menjeleskan empunya blog ini yek. kehkehkeh. Happy birthday ye!

happy_new_year

Ok, berbalik soal azam tahun 2010.

Saya sebenarnya kurang selesa bila menyentuh bab ini. Bukan apa. Cuma tidak mahu meratapi sesuatu yang tidak kesampaian saja. Tapi, kali ini saya perlu positif dengan semua perkara.

Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan menyesal dengan apa saja yang telah berlaku sepanjang tahun 2009 ini. Walau pahit kenangan dan perjalanan hidup, itukan takdir saya. Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Lagi-lagi Tuhan.

Esok, saya dan kamu akan melangkah masuk ke tahun baru 2010.

Saya punya impian dan azam. Kalau boleh, saya mahukan yang terbaik daripada Tuhan. Hidup kita bukan untuk bersedih buat selamanya, jauh sekali untuk berduka. Ayuh, bangun dong! :)

Hah. simple kan azam saya? hahahaha. Maybe orang lain, akan senaraikan perkara yang dia mahu. Tapi, saya tidak . Cukuplah saya minta yang terbaik daripada Tuhan untuk hidup saya.

Perjalanan hidup saya, walau apa yang saya mahu tetapi saya juga tahu. Semuanya kerja yang di Atas. Rasa segan pula bila saya pandai-pandai mahukan itu ini.

For me, mahukan yang terbaik adalah permintaan TERBAIK dan sudah mencukupi daripada hamba untuk Tuhannya ;)

Selamat Tahun Baru 2010 semua!!

Protokol bukan untuk orang seperti saya

29 Dec

Kamu manusia berprotokol atau tidak? Saya tidak sama sekali.

Saya tahu, ada manusia sukakan protokol di dalam hidupnya. Mahu semuanya teratur dan tersusun. Oh, sejujurnya saya tidak selesa bersama manusia begini. Saya dapat rasakan ketidak”best” hidup bersama manusia sebegitu.

Am i right?

jelik

Maybe jugak tidak. Kita punya cara hidup masing-masing. Kalau kamu suka, silakan. Cuma, jangan lah sesekali ajak saya sebab saya boleh pengsan dengan gelagat manusia yang terlalu berprotokol lah.

Seriously. Saya boleh mual.

Pada saya, kunci kebahagian bagi someone yang normal adalah bila mana dia rasa gembira dengan hidupnya. Sentiasa rasa selesa dengan kehidupan sekelilingnya.

Mungkin manusia yang berprotokol ni selesa barangkali dengan kehidupan diorang ek? huhuhu. How come ek? Adoi.

Bayangkan. Mahu makan, perlu pinggan yang sama. Color lain, corak lain, tidak dibenarkan. Kalau pinggan dan cawan lain jenis lagilah cari padah. Saya slumber aja makan dengan pinggan plastik even ada juga pinggan dari London.Tak kisah pun.

Ok, bayangkan pula. Mahu keluar rumah. kasut kena color sama dengan baju yang dipakai. Sandal murahan tak boleh. Tak menunjukkan keterampilan kononnya. WTfish. Saya keluar pakai sandal rm19.90 aje from Giant even ada kasut yang macam nak mahal tapi tak mahal sangat. Tapi oklah. RM259 selepas diskaun. Gelabah ayam nak jaga status buat apa? Masuk kubur kaki ayam jugak.

Berlagak biarlah kena tempat. Gua pakai selipar jepun je pun ada yang nak phewit-phewit. Cool kan? Hidup pemakai selipar jepun!!

Ini pula. Datang rumah orang, tak boleh blah nak kena layan macam anak raja. Protokol, protokol. Tetamu perlu dilayan. Tidur bersepah di ruang tamu tak sopan. Tak standard.

Alahai. Rasa meluat tahap cipan dengan manusia macam ni. Relax ar. Saya datang tidur rumah kawan-kawan cool aje. Ada katil, tapi lagi layan kalau dapat tidur bawah. Boleh buat kuak lentang beramai-ramai. kan?

For me, protokol boleh. Cuma, janganlah terlalu berprotokol sampai orang keliling rasa tak selesa dengan diri kamu. Jangan fikir, semua manusia boleh hidup dengan cara “jelik” kamu tuh.

Saya protokol bila perlu saja. Kalau keadaan memerlukan, mahu atau tidak…saya terpaksa follow. Cuma, im sure saya tidak akan selesa. Tidak sama sekali. hahahaha.

Kamu macam mana pulak ek?

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.