seo
Archive | November, 2009

Masyarakat Malaysia perlu diajar apa itu moral

24 Nov

Saya bukan nak busukkan bangsa sendiri. Cuma, sekali-sekali menegur mungkin tak ada salahnya juga. kan? Kita kan negara demokrasi. Kononnya jugak negara yang rakyatnya semua ramah tamah macam Mak Temah.

Ah, minta maaf terlebih dahulu naa :)

Saya bukan orang kaya yang pergi ke sana ke mari sekadar untuk tujuan melancong. Kalau ada yang mengajak, saya pergi. Selagi ada abang-abang yang tahu tanggungjawab mereka, insyaAllah saya akan terus berjalan melihat dunia. Kalau tidak, jangan harap. Saya tak ada duit. muahahaha!

moral

Saya seronok melihat keletah manusia sebenarnya. Macam-macam ragam semestinya. Kalau ke negara se Asia, dapatlah saya menonton ragam manusia yang punya warna kulit yang hampir sama tapi saya pasti dalaman tetap berbeda.

Warna kulit bukan penentu sifat lahiriah kamu, sejujurnya.

Minta maaf sekali lagi dulunya. Saya terpaksa berlaku jujur bila berbicara dengan hati sendiri untuk memastikan apa yang akan saya kongsikan di sini semuanya benar dan ikhlas daripada hati kecil saya. Maaf naa :P

Bukan niat untuk memberi contoh tidak elok pada masyarakat luar, cuma selaku rakyat Malaysia yang tak puas hati sungguh dengan manusia-manusia bangsa sendiri, terpaksalah entry ini ditulis dengan rasa berat tangan menaip naa. muahahaha.

Memandangkan saya baru balik bercuti bersama keluarga di Kuching, Sarawak.Jadi, mungkin negeri itu yang terbaik untuk saya buat contoh. Sila jangan berfikiran singkat. Jangan tuduh saya diskrimasi atau apa. Ini salah satu contoh, next time saya kutuk negeri lain pula. Nak sangat adilkan?

Mari kita mulakan.

Saya cukup kesal dengan masyarakat kita. Sampai sekarang, saya tak pasti tang mana yang semua orang katakan yang masyarakat Malaysia ni friendly, sopan santun,bermoral tinggi atau apa saja yang baik-baik itu. Ok, sekali lagi. Sila berfikir macam orang sekolah ya. Situasi ini, hanya untuk mereka yang termakan pedas. Kalau rasa diri kamu tidak tergolong, sila jangan rasa nak melenting tak tentu pasal.

Saya tak suka orang menuduh melulu. Bosan.

Sudah cukup bermoral ke kalau rata-rata meneguk arak di kawasan bandar, tempat pengunjung. Tempat di mana letaknya semua sejarah dan barang tradisi masyarakat Sarawak? Kalau Mat saleh yang terang-terang Kafir, tak perlu dipersoalkan.

Tapi, apa kes kalau yang mabuk tu Ismail, terang-terang Islam? Saya malu.

Sopan? Pleaselah. Pagi tadi, waktu breakfast di Restaurant (dalam hotel)..pergh! terbakar gila hati bila terlihat satu adegan sengal. Mat Saleh, tanpa sengaja terlanggar cleaner dan of course semua makanan yang dia pegang jatuh kan? Ok, dan dengan biadap mak ayam..si cleaner tu boleh maki, jeling dan berambus macam dia pulak yang bos. Terkujat Mat Saleh tu.

Nasib baik ada manusia yang tak bingai sudi nak tolong :P

Ok, soal masyarakat kita friendly. Mungkin ada benarnya, tapi ada juga yang merepek. Tang mana friendly kalau rata-rata muka masam mencuka. orang di luar, mungkin sedikit kolot tapi kenapa yang di dalam hotel pun macam tu? Bukan ke kamu dibayar gaji untuk itu? Sentiasa senyum dengan orang. Bukan mengilai sentiasa dengan kawan-kawan sekerja. Perkara tak penting pulak tuh.

Enuff lah. Mual pula nak sambung. Cuma, saya sedikit kesal. Perbezaan antara masyarakat kita dengan Mat Saleh. Dulu, sebelum ke United Kingdom..saya tertanya dalam hati. Bagaimana layanan diorang nanti. Lagi-lagi kami yang wanita bertudung kan?

Faham-faham sajalah.

Oh tidak. Mereka sangat-sangat friendly ya kengkawan. Tak perlu berbual pun, tapi mereka sumpah murah gila dengan senyuman. I was shocked bila rata-rata mereka senyum, say good morning and tundukkan sedikit kepala bila bertembung di hotel. Orang kita??????

Ada tetap ada tapi jarang.

Saya masih ingat lagi, waktu di London. Tiada tempat kosong untuk kami duduk bersarapan di dalam restaurant hotel. Mulalah melilar mata mencari tempat. Tak perlu staff hotel pun yang bersusah payah menolong kami, tapi guest hotel tu jugak yang bangun dan minta kami duduk di tempat mereka.Betapa

Oh, sangat gembira dan bertuah kalau masyarakat kita pun sama macam tuh. Tapi, jarang sangat nak jumpa. kan? Soal adab ni, susah benar nak diajar.Haih, baik lu fikirlah sendiri!! kehkehkehkeh

Sticky note: Contest 3 in 1 for you-closed

19 Nov

Eh, meh sini. Saya nak beritahu. Saya akan pergi ke Kuching, Sarawak jam 7am nanti bersama keluarga terchenta. hehehe. Holiday!

Jadi, sepeninggalan saya nanti. Saya nak buat 1 contest simple. Simple sebab habuannya pun taklah seberapa. Tapi, kalau nak buat topup tu boleh lagi. wakakaka! Its for fun lah. At least, bila balik nanti ada jugak tugas nak buat kan? Kena judge and pilih pemenang :)

join now

Updated: Due date dilanjutkan sebab tiba-tiba tuan blog rasa seronok pula nak main contest ni.hahahahaha! So, kalau ada yang nak join lagi..silakan dan please check tarikh tamat contest yang baru ek :)

Contest ni, ada 3 dan jangan gelabah sebab kamu boleh pilih mana-mana yang kamu rasa nak join. If tak nak pun tak apa. Cukuplah sebarkan berita. muahaha! Ok, 3 in 1 contest tu adalah :-

1) Pertandingan membuat banner untuk website Lizarazak.com

Syarat-syaratnya:-

- Warganegara Malaysia termasuk kelantan dan Terengganu. hehehe

- Tak perlu ada blog untuk join sebab banner tu bukan untuk blog korang tapi untuk Lizarazak yang buta seni ini :)

- Banner tak payah nak gelabah buat sebesar alam semesta. Cukup 125×125 aja size nya.

- Basically, no trademark or saya tak minta lebih-lebih sebab i just give you RM10 rite? hehehe. Agak-agaklah. Just keep it simple. Saya suka element vector (tak tau, sila google.hehe), bagi color terang jangan color tanah (coklat takmo kalau boleh) , tertulis perkataan Lizarazak.com

- Penyertaan,sila hantar hasil seni korang yang tak buta seni macam gwe di lizarazak84[at]gmail[dot]com

- Sila inform penyertaan korang melalui ruang komen di bawah ok.

- Tamat pada: Tepat jam 12 am 21 Disember 2009

* Pemenang akan menerima wang RM 10 (boleh buat beli sim card baru kan? hahaha)

———————————————————————————————-

2) Pertandingan request topik artikel mengikut kehendak hati sanubari

kikiki. Seriously, memang senang nak mati yang ini. Macam bonus. Syarat-syaratnya ialah :-

-Perlu ada blog sendiri

- Sila senaraikan 5 saja topik-topik pilihan korang. Sukahati as long as korang tak request saya buat entry pasal porno dan minta letak sekali video 3GP. hahaha!

- Setiap request perlu diletakkan sekali di dalam blog masing-masing dan perlu di link kan ke blog Lizarazak.com

- Akhir kata di dalam blog perlulah berbunyi bertulis begini :

Request saya perlu diterima kerana…………….(suka hati korang nak merepek berapa panjang.hahaha)

- Sila inform penyertaan korang melalui ruang komen di bawah ok.

- Tamat pada: Tepat jam 12 am 21 Disember 2009

* Pemenang akan menerima wang RM 10 (boleh buat beli kuaci RM1.50 banyak-banyak)

——————————————————————————————–

3) Pertandingan memuji dan mengutuk sampai bernanah

Syarat-syaratnya :-

- Wajib ada blog sebab, korang perlu kan platform untuk memuji dan mengutuk beramai-ramai kan?

- Senaraikan 3 perkara best-best dan 3 perkara paling tak best tahap cipan tentang blog Lizarazak.com. 3 je naa, korang jangan lelebey. muahahaha

- Hasil kutukan dan pujian hendaklah dimasukkan didalam blog memasing dan sila link kan ke Lizarazak.com. Wajib, tiada kompromi! hahaha

- Tak perlu buat ayat bodek seperti pertandingan no 2.

- Sila inform penyertaan korang melalui ruang komen di bawah ok.

- Tamat pada: Tepat jam 12 am 21 Disember 2009

* Pemenang akan menerima wang RM 10 (boleh buat beli nasi goreng dan makan dengan kawan naa)

———————————————————————————————–

Itu saja. Tiada sebarang paksaan. Contest 3 in 1 ni saja-saja. For fun. Kalau nak kaya, memang tak boleh. Kalau nak kasi mesra sesama bloggers maybe boleh :)

So, good luck!!

UPDATED: KLIK SINI UNTUK SENARAI PENYERTAAN SETAKAT INI

Hukum Karma untuk ustaz dari Kelantan (part 2)

18 Nov

Note: Kamu perlu baca Part 1 sebelum meneruskan bacaan.

——————————————————————————————–

Saya sudah faham dengan karma Tuhan untuk hari itu. Dulu, saya dihina oleh si Angah itu. Kononnya, adik dia takkan happy kalau berkahwin dengan saya. Alasan paling bangang. Mereka Kelantan dan saya Johorean! Mereka keluarga warak dan mungkin saya tak. WTFish lah wei.

Jadi, jangan salahkan saya kalau saya bencikan Kelantan :P

Seumur hidup saya, sekali saja saya jejakkan kaki ke negeri tu. Itupun, waktu teman baik saya berkahwin. Terpaksa. Shes know everything and boleh faham kalau saya tak suka Kelantan tapi cuma minta saya datang sekali saja untuk dia. Yeah, dia Kelantan tapi growth up dekat Kuala Lumpur. So, tak perlulah saya nak perdebatkan tentang dia. Sendiri mahu fikir!

Kakak-kakak si F pun sama perkauman. Nak kata dungu, tak sampai hati. But i just hate them so much. Cuma, nak menyumpah tak sampai hati. Saya serahkan saya pada Tuhan.

Oh yeah, semalam terjawab. Kata-kata ucapan untuk abang ipar tak jadi


Rasakanlah sekarang macammana kau buat kami dulu. Kau kata kami takkan bahagia kalau kahwin pun. Kau bangga dengan adik-adik perempuan kau yang bertudung litup sampai ke kaki kalau boleh. Aku, kau pandang suku mata hanya sebab tak pakai tudung waktu tu. Bodoh korang ni semua. Sekolah pondok mana entah yang ajar diskriminasi macam tu.

Kau kata, Johorean ni selalunya agak sosial. Keluar malam balik subuh. Excuse me, kau jumpa aku berapa kali aja? Aku keluar dating ngan adik kau pun sebelah siang je tau. Macamlah aku tak tahu dosa maksiat. Lagi-lagi malam, kau ingat aku percaya sangat dengan adik kau? Silap-silap, dia raba aku waktu malam. Im not stupid.

———————————————————————————————-

Saya tak faham kenapa ada manusia macam ni lagi. Nak kata zaman batu, dah lepas. hello, bukak mata. Jangan suka-suka judge manusia dengan apa yang kamu lihat.

Kamu patut tahu, untuk menilai manusia..bukan daripada luaran tapi hati di dalam. Sesuatu yang tak boleh kamu lihat tetapi kamu akan rasakan keikhlasannya jika kamu tidak sempitkan pemikiran kamu.

Walau tinggi manapun ajaran agama kamu, tapi kalau tidak ikut cara Nabi pun tak ada guna jugak. Kamu pulak yang berlagak alim melebihi Nabi nak menghukum saya. Sekarang rasakan.

Kenapa ustaz berkopiah sekolah pondok boleh terjatuh cinta dengan awek Johor yang muda remaja ek? Gatal dah naa??? Kat Kelantan dah tak ada ustazah muda-muda ek?  muahahahaha!!


p/s: Sila open minded sikit. Kalau korang from Kelantan tapi tak terjebak dengan perangai busuk macam ni..sila jangan nak terasa ya :)

Nak baca artikel lain?

Si cantik dan si buruk rupa.Apa aku kisah!

Cinta bukan untuk ditangisi

Cinta parasit

Hidup bercinta penuh hipokrit


Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.