Masyarakat Malaysia perlu diajar apa itu moral

Saya bukan nak busukkan bangsa sendiri. Cuma, sekali-sekali menegur mungkin tak ada salahnya juga. kan? Kita kan negara demokrasi. Kononnya jugak negara yang rakyatnya semua ramah tamah macam Mak Temah.

Ah, minta maaf terlebih dahulu naa 🙂

Saya bukan orang kaya yang pergi ke sana ke mari sekadar untuk tujuan melancong. Kalau ada yang mengajak, saya pergi. Selagi ada abang-abang yang tahu tanggungjawab mereka, insyaAllah saya akan terus berjalan melihat dunia. Kalau tidak, jangan harap. Saya tak ada duit. muahahaha!

moral

Saya seronok melihat keletah manusia sebenarnya. Macam-macam ragam semestinya. Kalau ke negara se Asia, dapatlah saya menonton ragam manusia yang punya warna kulit yang hampir sama tapi saya pasti dalaman tetap berbeda.

Warna kulit bukan penentu sifat lahiriah kamu, sejujurnya.

Minta maaf sekali lagi dulunya. Saya terpaksa berlaku jujur bila berbicara dengan hati sendiri untuk memastikan apa yang akan saya kongsikan di sini semuanya benar dan ikhlas daripada hati kecil saya. Maaf naa 😛

Bukan niat untuk memberi contoh tidak elok pada masyarakat luar, cuma selaku rakyat Malaysia yang tak puas hati sungguh dengan manusia-manusia bangsa sendiri, terpaksalah entry ini ditulis dengan rasa berat tangan menaip naa. muahahaha.

Memandangkan saya baru balik bercuti bersama keluarga di Kuching, Sarawak.Jadi, mungkin negeri itu yang terbaik untuk saya buat contoh. Sila jangan berfikiran singkat. Jangan tuduh saya diskrimasi atau apa. Ini salah satu contoh, next time saya kutuk negeri lain pula. Nak sangat adilkan?

Mari kita mulakan.

Saya cukup kesal dengan masyarakat kita. Sampai sekarang, saya tak pasti tang mana yang semua orang katakan yang masyarakat Malaysia ni friendly, sopan santun,bermoral tinggi atau apa saja yang baik-baik itu. Ok, sekali lagi. Sila berfikir macam orang sekolah ya. Situasi ini, hanya untuk mereka yang termakan pedas. Kalau rasa diri kamu tidak tergolong, sila jangan rasa nak melenting tak tentu pasal.

Saya tak suka orang menuduh melulu. Bosan.

Sudah cukup bermoral ke kalau rata-rata meneguk arak di kawasan bandar, tempat pengunjung. Tempat di mana letaknya semua sejarah dan barang tradisi masyarakat Sarawak? Kalau Mat saleh yang terang-terang Kafir, tak perlu dipersoalkan.

Tapi, apa kes kalau yang mabuk tu Ismail, terang-terang Islam? Saya malu.

Sopan? Pleaselah. Pagi tadi, waktu breakfast di Restaurant (dalam hotel)..pergh! terbakar gila hati bila terlihat satu adegan sengal. Mat Saleh, tanpa sengaja terlanggar cleaner dan of course semua makanan yang dia pegang jatuh kan? Ok, dan dengan biadap mak ayam..si cleaner tu boleh maki, jeling dan berambus macam dia pulak yang bos. Terkujat Mat Saleh tu.

Nasib baik ada manusia yang tak bingai sudi nak tolong 😛

Ok, soal masyarakat kita friendly. Mungkin ada benarnya, tapi ada juga yang merepek. Tang mana friendly kalau rata-rata muka masam mencuka. orang di luar, mungkin sedikit kolot tapi kenapa yang di dalam hotel pun macam tu? Bukan ke kamu dibayar gaji untuk itu? Sentiasa senyum dengan orang. Bukan mengilai sentiasa dengan kawan-kawan sekerja. Perkara tak penting pulak tuh.

Enuff lah. Mual pula nak sambung. Cuma, saya sedikit kesal. Perbezaan antara masyarakat kita dengan Mat Saleh. Dulu, sebelum ke United Kingdom..saya tertanya dalam hati. Bagaimana layanan diorang nanti. Lagi-lagi kami yang wanita bertudung kan?

Faham-faham sajalah.

Oh tidak. Mereka sangat-sangat friendly ya kengkawan. Tak perlu berbual pun, tapi mereka sumpah murah gila dengan senyuman. I was shocked bila rata-rata mereka senyum, say good morning and tundukkan sedikit kepala bila bertembung di hotel. Orang kita??????

Ada tetap ada tapi jarang.

Saya masih ingat lagi, waktu di London. Tiada tempat kosong untuk kami duduk bersarapan di dalam restaurant hotel. Mulalah melilar mata mencari tempat. Tak perlu staff hotel pun yang bersusah payah menolong kami, tapi guest hotel tu jugak yang bangun dan minta kami duduk di tempat mereka.Betapa

Oh, sangat gembira dan bertuah kalau masyarakat kita pun sama macam tuh. Tapi, jarang sangat nak jumpa. kan? Soal adab ni, susah benar nak diajar.Haih, baik lu fikirlah sendiri!! kehkehkehkeh

Artikel Berkaitan

23 responses to “Masyarakat Malaysia perlu diajar apa itu moral

  1. antara tanda kiamat adalah berkurangnya kemesraan antara manusia itu sendiri.

    contoh, bertembung atau berselisih antara kita kurang memberi senyuman dan memberi salam.

    sebenarnya sekarang sudah nampak jelas akan perbezaan sikap orang islam dan orang bukan islam. malahan berdasarkan apa yang kita dapat lihat, orang bukan islam lebih ramah.

    apakah hasrat 1Malaysia bakal tercapai atas sikap orang kita sendiri? (erk!? ada kena mengena ke? ha3)
    .-= megat´s last blog ..Cemburu Lelaki, Suami Dan Ayah, Pertahankan Keluarga! =-.

    • ada-ada. its related lah actually. bukan nak salahkan masyarakat Islam saja, tapi sebab aku islam..ajaran islam saja aku tau.hohoo. so, better beri contoh tentang islam 🙂

      dalam islam kan, kita diajar supaya murahkan beri senyuman, senyuman tu sedekah, tapi,.aku tensen sangat tgk org kita ni..kedekut tikus btul nak senyum!!!!!

      aku tulis entry ni cuz segan dengan bangsa asing. malu giler dengan situation macam tuh. aku tak kata aku terbaik, tapi hope entry ni wat kite same2 sedar lah.

      melayu kan mudah lupa 😛 kehkehkeh

  2. waa macam mane ni aboi nk melancong dlm erti kata cuitix2 malaysia klu mcm gayanya !
    bagus jadi katak aje orang2 tue..!
    .-= si budak aboi´s last blog ..Need You Now =-.

  3. sbb tu kite kna sokong 1 malaysia..hehe..
    .-= azizan4444´s last blog ..Ada Apa Dengan Cinta? =-.

  4. saya tak pernah ke UK jadi saya tak tahu layanan di sana, tapi menurut cerita anda, mereka sgt nice. tapi kenapa org selalu ckp org Malaysia ni friendly? tang mana?

    ya saya pun pernah pegi Sarawak, dan ya juga layanan setiap org tu berbeza. Ada satu hotel tu, bellboy tu sentiasa senyum, tapi receptionist dia sentiasa masam. Dan yg tegok arak merata rata tu mungkin mereka Islam mungkin jugak tak, muka lebih kurang sama kan di sana. Wallahualam.
    .-= YobSumo´s last blog ..Nak Sunat ke Nak Lari? =-.

    • yes, kita pun semua tahu..orang sarawak muka macam Islam tapi belum tentu Islam. tapi, InsyaAllah saya tahu bezakan yang mana Islam yang mana bukan..

      i dont care kalau bukan islam nak teguk tuh, even mencacatkan juga kalau teguk tepi sungai yang glamer tuh kan? malu lah dengan pelancong asing, diorang nak teguk arak pun tak macam tuh. haiya

  5. kalau gitu, aku pun nk gi london gak la..nk bwk blk awek london sorg..haha
    .-= x-po´s last blog ..AKU ‘DIBUANG’ UPSI..OH! =-.

    • hahaha. kalau rasa-rasa dapat mat saleh and ko dah cukup kuat iman nak ubah diorang jadi muslim sejati,,sila woo. aku tak bley cuz ilmu agama di dada tak cukup kuat lagi. gegegege

      oh, pengakuan ikhlas. hahahaa

  6. malaysians ni friendly ngan foreigners je. kalau sesama kita susah sikit.

    tapi kalau kat russia ni, kebanyakan russian tak bermoral pun. semuanya hampe belaka,.
    .-= Ariff´s last blog ..Tutorial Innit Nuffnang =-.

    • rusia aku tak sempat nak pi lagi, tak ade nak sponsor. kehkehkeh.
      hmm, actually mana-mana tempat pun akan ada masalah ni. cuma, perlu ingatkan sesama kita je lah. sendiri mau ingat woo

  7. Lizz,
    Good observation n explanation as usual.Tahniah…
    .-= eyriqazz´s last blog ..Bersihkah Air yang kita minum? =-.

  8. kisah tentang mat saleh yang friendly dan baik hati tu memang betul..dulu aku cam takut jugak bila tau kena duduk serumah dengan orang Maori dan Fiji, tapi turn out diorang tu sangat baik dan menghormati..dan mat saleh mesti selalu nak senyum bila jumpa even tak kenal pun, dan kalau sama2 tengah tunggu bas, mesti nak borak-borak jugak..kalau kat Msia, pengalaman peribadi, memang tak pernah dapatlah layanan macam tu..semua buat hal masing-masing saja
    .-= Annesa´s last blog ..jerk =-.

  9. memang btol pon..mat saleh ne mang sume sivik bagus la..tak pena lagi jumpe guest mke sombong2 tak sym..mesti sym nye lah..huhu
    .-= ain_chokio´s last blog ...:nur amina kah??:. =-.

  10. Yaaa… Sebetulnya, kita sesama satu bangsa perlu lebih mesra dan prihatin kn? Ini tidak. Sesama sendiri mau bertekak, bermasam muka. Kalau nak pandang muka pun payah lagikan nak bertegur sapa. Sangat2 kesal bila itu semua terjadi. Bukan kena bayar pun kalau senyum.. Huhu!
    .-= Fathiha Zainal´s last blog ..Berlagak! Perlu ke?? =-.

  11. Saya masih ingat lagi, waktu di London. Tiada tempat kosong untuk kami duduk bersarapan di dalam restaurant hotel. Mulalah melilar mata mencari tempat. Tak perlu staff hotel pun yang bersusah payah menolong kami, tapi guest hotel tu jugak yang bangun dan minta kami duduk di tempat mereka.U r rite,saya masa blajar di UK pun,jauh Mat Salleh berbudi bahasa sampaikan masatu rasa taknak balik Malaysia.Lebih-lebih lagi masatu blajar di kawasan pedalaman,byk budaya positif mereka yang patut dicontohi.
    .-= eyriqazz´s last blog ..Unique Visitors vs Entry =-.

  12. dah kebetulan, bila nmpk tntg orang kita, ternampak yang tak baik.. bila pegi luar nampak yang baik.. sedangkan smua ada busuknya.. kat uk ataupun england.. bab2 dikrminasi ni macam lauk dh kat sana.. baru2 ni je ada satu masjid minta dirobohkan sebab orang yang duk sana terasa tergangu..

    so kesimpulan dalam bunga yang banyak ada gak yang rosak.. so kita ambil je lah yang baik 🙂
    .-= izzat aziz´s last blog ..10 not-so-serious reasons why you should use wordpress instead blogger =-.

  13. senyum itu sedekah.. marilah kita senyum selalu! =D

  14. Pingback: Valentine’s Day Hari Penyerahan Tubuh Pada Pasangan? | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Lizarazak.com

  15. yana

    cth plg menyerlah dpn mata aku mse dlm tren ade mamat melayu pkai smart n muda (kerja gamen dr caranye) n mat saleh dgn beg n brg (holiday kat msia la tuh)..dlm situasi ddk sebelah menyebelah,dn msk la kaum2 pmpuan dn berdiri dpn mereka sbb tpt full,c laki melayu buat xtau n hye menyandar manakala c mat saleh bgn beri tpt pd wanita yg padahal bkn la mengandung,sakit,bwk bayi atau tua…aku geleng pale je time tuh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge