Saya membela diri bagi pihak wanita yang tak bertudung dengan sempurna

25 Nov


Entry ini ditulis untuk menjawab dan bagi melepaskan rasa kecewa sedikit. SEDIKIT ya. Jangan nak mandai-mandai cakap saya tengah emo ke panas baran. Geget nanti. Mau? muahahaha.

Saya terbaca entry terbaru Luth Textile tentang 8 Kesalahan wanita ketika bertudung. Sejujurnya, saya sangat suka dengan cara penulisan Luth. Bukan membodek sebab saya tak perlukan itu untuk mendapat publisiti murahan. Tapi, kalau Luth nak promote saya boleh jugak. wakakaka! :P

Nice entry. Kalau kamu Islam, silalah baca. Pada yang mahu dan ada terdetik di dalam hati ingin mengenal Islam, dijemput baca juga entry Luth. Entry beliau walaupun 95% sebenarnya tertuju tak sengaja pada saya, wa no problem nak baca. hahahaha. Bacalah, sebab 8 perkara yang dinyatakan memang benar dan saya akuinya jugak.

Wa tak kuasa nak hipokrit. Nak berlakon baik padahal tidak.

Not-Stupid-logo-001

Tak ada salahnya apa yang dicoretkan Luth. Itu tanggugjawab beliau untuk berkongsi apa yang dia mahu dengan kita. Saya hormat walau ada sedikit sebanyak tersiat sikit. Al-maklum, kebenaran itu kadang-kadang menyakitkan juga. Padan muka kau Lizz. muahahaha.

Cuma, saya terkilan dengan responden untuk entry tersebut. Baca komen si Jaws di bawah ini ya.

isu tudung

Klik untuk paparan lebih jelas ya!

Kita punya hak untuk bercakap apa saja. Itu saya tahu. Sangat tahu. Jaws merupakan salah seorang yang saya sanjung juga dalam dunia blogging ni. Saya subscribe woo website Jaws. Tapi, saya terkilan sedikit bila terbaca komen beliau untuk entry Luth.

Pada saya, niat beliau mungkin baik. Ingin menegur pada kami-kami yang senget sebelah ni :P

Tapi, bukan itu caranya. Tak perlulah senang-senang nak cakap manusia lain bodoh. Kan? Kita kan orang Melayu, ada cara menegur yang betul. Bukan tak boleh. Boleh sesangat tapi biarlah beralas.

Yang membaca entry Luth kan manusia bukannya haiwan. Punya perasaan. Pandai melenting juga bila dijentik. Terluka juga bila dihina macam tu. Bodoh sangat ke manusia yang tak pakai tudung dengan sempurna ni ye?

Hina sangat ke kami berbanding manusia yang bertudung tapi beromen dengan kekasih sendiri? Kami mungkin bodoh di satu sisi tapi InsyaAllah, kami pandai jaga maruah dan jangan ingat kami ni murah nak beri “koleksi” peribadi kami pada semua lelaki.

Bukan perempuan murahan saja yang buat macam tu. Ada sesiapa nak koleksi 3GP perempuan bertudung labuh blow job? Saya boleh minta pada kawan-kawan lelaki saya. Nak? Email reques korang di mintamintabertaubat[at]gmail[dot]com

Minta maaf kalau ada yang marah. Tapi, saya perlu membela diri juga. Saya ada sindrom tak boleh duduk diam kalau dalam hati ada perkara yang kurang senang untuk difikirkan.

Sindrom kronik tu woo. Minta maaf sekali lagi. Ikhlas daripada manusia bodoh. hehehehe.

Sekian, terima kasih. Insan yang menulis entry ini kelaparan. Makan dulu ya!


61 Responses to “Saya membela diri bagi pihak wanita yang tak bertudung dengan sempurna”

  1. Mr J 25. Nov, 2009 at 4:05 pm #

    wowowow.. panas juga isu korang erk.. huhu..

    Mr J jadi diri sendiri .
    Mr J´s last blog ..Yang buruk dan si Kacak rupa. My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahaha. mana ada, isu biasalah. pusing kanan n kiri sure ada isu ni :)

    [Reply]

  2. zuls 25. Nov, 2009 at 4:05 pm #

    hangat juga dunia blogging ni ye :)
    zuls´s last blog ..TwitterFeedkan Blog ke Twitter saya? My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    maybe. tapi, yang hangat boleh sejukkan balik nanti. hehehehe

    [Reply]

  3. Mr J 25. Nov, 2009 at 4:06 pm #

    lupe plak.. tuuu .. gambar tangan seluk2 , perempuan tu pun kire syok lah. kerana 1 nila rosak susu sebelanga.
    Mr J´s last blog ..Yang buruk dan si Kacak rupa. My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    itu pic hiasan. tak bape best. tengok video sure lagi mabeles. hahaha. if nak video, sigg ade koleksi. wakakakaa

    [Reply]

  4. Mr. Cuz 25. Nov, 2009 at 4:07 pm #

    wah mmg terasa hati betul ni lizz..rileks na..huhu
    semua manusia melakukan kesilapan per..jd kan ia pengalaman untuk terus menjadi lebih matang dan menjadi yg terbaikkwalaupun sukar sebenarnya..huhu
    (pss..aku nak 3gp tu..baru punya ka??hampess)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    tak adalah. aku wakilkan aja. muahahaha. aku baca shila dalam komen tu. kesian cuz die terasa tapi jawab macam tu sure ada yang lagi tak suka. aku tlg shila ni. kumpul komisen dosa :P

    3gp lama. sigg ade stok baru. muahahaha

    [Reply]

  5. aidi-safuan 25. Nov, 2009 at 4:11 pm #

    hehe..mungkin maksud enchek jerung tuh dier kecewa agaknye dengan orang2 yg camtuh.hehe
    aidi-safuan´s last blog ..My first time contest! My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    memang pun, boleh faham dan aku faham sebenarnya. tapi, kan sebab bodoh tu dah ada yang terasa. baca komen2 lain. if susun ayat beralas sure no hal :)

    [Reply]

  6. Firazzurri 25. Nov, 2009 at 4:12 pm #

    hehehehe… bunyik cm marah… tp ayat cover2… steady la sis… sis secubit pesanan ikhlas dari fir, kalau ada masa terluang sebelum kuar tu kan.. pakai tudung elok2 kan best.. biar tutup semua ‘perhiasan’ seorang wanita kan…kan..kan.. ye tak.?
    Firazzurri´s last blog ..Ujian Penilaian Sekolah Rendah My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hai Fir!!! daru dulu sampai sekarang tak penat-penat nasihat saya kan?? bagus, usaha tangga kejayaan Fir. dah berjaya sket kot. kehkehkeh.

    nak kena beritahu ke saya pakai tudung ke x ek kat sini?tak perlu kot cuz i pakai tudung tapi baju still kadang-kadang ketat lah Fir :)

    pelan-pelan kayuh naa.hehehe

    [Reply]

    Firazzurri Reply:

    hehehe.. tkpe la lizz.. pelan2 pun tkpe… yang pasti akhirnya kita semua menuju ke “destinasi” yg sama gak kan..?? So, kita sama-sama la mencari ‘jalan’ menuju destinasi yg satu itu… ;-p

    lizzz… dh kawen blum ni..?? hehehe
    Firazzurri´s last blog ..Ujian Penilaian Sekolah Rendah My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    belum tentu lah Fir. Kalau saya failed..saya masuk neraka . u masuk syurga. Tak tahu lagi lah :)

    oh, belum kawen lagi. hahahaha

  7. Ynn 25. Nov, 2009 at 4:12 pm #

    heh aku baca juga entry luth and xtngglkn komen pun tp bila aku bc entry kau ni aku pun jd panas. elok2 luth dh tego baik2 tu kira dh bole trima la. tp bila ko siap print scrn komen jaws tu mendidih kan hati aku ni.

    memang la smua manusia tak perfect, aku sedar juga kadang2 aku bertudung secara tak sempurna tapi bukan bermakna aku bodoh atau sesape je la perempuan bertudung x sempurna itu bodoh, kadang2 kita tersalah cara pemakaian juga kn, and and dan dan aku hrp jaws boleh minx maaf lah kn aku hrp la. jaws, aku tetap syg ko hehe tp sentap weh baca komen ko :)
    Ynn´s last blog ..(gambar) i waktu kecil. My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aku pun sayang si Jaws tu. if tak, takkan aku sampai aku bookmark and subscribe blog die woo. hehehehe.*oh, terkantoi :P

    aku tak marah Jaws pun, biasalah. Dia manusia jugak, niat lain tapi tersalah ayat je tuh. Cuma, kalau aku tak wat entry ni aku tak boleh tido nanti. wakakaka.

    Sebab tu aku selalu wat ayat skema bila tulis artikel sebab aku ni mulut laser tapi nak jaga hati orang jadi aku wat ayat skema sikit. even nampak sastera, hope kalau ada yang terasa pun tak teruk sangat lah. huwaa. *maafkan diriku :P

    [Reply]

  8. si budak aboi 25. Nov, 2009 at 4:14 pm #

    kerana nilai setitik rosak sebelanga !

    itu komen aboi..! nk kate lebih nnti terasa pula kamu hee..

    ape yg penting kita tahu siapa diri kita untukNya..
    si budak aboi´s last blog ..Mimpi My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kalau kau komen separuh2 lagi aku terasa aboi. wakakaka! :*joke naa :P

    aku tahu diri aku bukan manusia sempurna. tu yang aku minta maaf byk kali tuh setiap kali wat entry baru.hohohohoo

    [Reply]

  9. sofia 25. Nov, 2009 at 4:23 pm #

    Ya….cara nak menegur tuh jugak perlu ada cara…islam pun suruh kita hormat menghormati antara manusia kan….tak silap ustaz pnh ckp dulu..byk2 perkataan yang akan berbalik pd tuan adalah perkataan bodoh…so baik be carefull utk gunakan ayat tuh..

    regards,
    http://triplesmiley.blogspot.com
    sofia´s last blog ..Azwan Ali Dilamar?? My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yes, isu kat sini just nak sebutkan pasal hormat orang. Bila tegur, biar guna ayat paling lembut kot baru senang sikit nak ikut cakap. its about psikologi .

    [Reply]

  10. yash 25. Nov, 2009 at 4:29 pm #

    mungkin tu tanggapan dia kat popuan yang macam tu..
    laki nie nak bagi tanggapan tu kadang2 melampau2.. hu3

    tapi betol la.. tak sume org sempurna.. tapi kita kene baiki untuk menjadi sempurna yang mampu.. kalo yang tak baiki tu.. tu yang masalah.. itu baru senget.. huk3 kita manusia nie adalah sebaik2 kejadian.. ^____^

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aku dari dulu try baiki diri. Cuma,takkan setiap kali nak baiki nak kene cakap kan? Tak kuasa aku wei. hehehe.

    aku tak orang lain. kalau aku sendiri, aku lebih hormat dan boleh dengar nasihat orang bila orang tu cakap baik-baik and bukan sindir or kasar2. tambah aku sakit hati lagi adalah.

    tu yang aku protes and bukak2 kan lagi. gegegege

    [Reply]

  11. wan 25. Nov, 2009 at 4:50 pm #

    wow. actually la, pada pandangan aku yg tak maksum ni. aku nak ckp la ada 2 isu sbnar ni.

    a)pasal pemakaian tudung – ni benda wajib pada pompuan yg akil baligh

    b)perbuatan terlampau (zina) atau melampau (bersentuhan yg bkn mahram)

    secara realitinya, tak adil kalo nak crite pasal bertudung dgn perbuatan ‘terlampau’ atau ‘melampau’ itu. kalau nak bahaskan, kene bahaskan 2 benda yg berbeza. tak molek kalo dicampur adukkan.

    kesimpulan aku, perbuatan ‘terlampau’ atau ‘melampau’ itu tidak mengira org tu bertudung ke tak. tp dtgnya dari ketahanan iman dia.

    n jelas ianya dosa besar tanpa perlu dikaitkan dgn org tu bertudung ke tak. sbb bertudung itu absolutely wajib.
    wan´s last blog ..World class shopping hub in Johor My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yes, got it. tudung itu wajib. isu ni takkan keluar kalau antara kita ada rasa hormat each other. kan? Aku dulu memang tak pernah nak pakai tudung cuz keliling aku pun gurl semue tak pakai tudung.

    tp, bila aku masuk matrik aku stat pakai tudung n baju lengan panjang. first time pakai..aku cam”ape kejadah aku pakai baju sopan2 ni???” tapi, bila aku balik umah and kuar tak pakai tudung..aku start rasa something wrong. hehehe. so, aku amik tudung n sarungkan. adik aku si setan tuh siap cakap”aik, tobat dah?” hahahaha

    pnjg cite cuz itu kisah idup aku. cume, intinya…aku just nak cakap…hidup tu 1 proses. Manusia takkan sempruna serba serbi. Kita akan belajar dr pengalaman. baik buruk, kita yang tahu. orang cuma tahu mengutuk dan terus mengutuk tanpa bertanya apa sebab.

    aku dah cukup masak dengan isu zina cuz kwn depan mate aku dulu berzina aku tau jam berapa dan dimana. bertudung jugak. so, tang mana nya yang aku nak berubah and follow manusia macam ni???

    bila ada yang cakap bodoh tu, of course aku tersiat jugak kan?

    [Reply]

    Zala Wajik Reply:

    Bukan pakai tudung itu wajib..
    tetapi menutup aurat itulah yang wajib..

    Ramai orang Melayu salah tafsir perkara kecik ni sebab
    tak nak tanya pakar agama..
    Zala Wajik´s last blog ..Ilmu Itu Cahaya My ComLuv Profile

    [Reply]

  12. YobSumo 25. Nov, 2009 at 5:03 pm #

    ya. ise tersirat lainnya entri ni, berfkir sebelum beri komen.

    aku pun kadang2 hilang pertimbangan juga, tapi dgn lawak2 bodoh. untuk gunakan bhsa kasar spt bodoh, babi, etc etc sentiasa dikawal dgn rapi.
    YobSumo´s last blog ..YobSumo Bersunat Steady je… My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kite same. aku pun kadang nympah bace entry2 yang mengutuk ke ape. ikutkan hati nak je aku maki sbb aku teror bab maki ni. haha.

    tp, rasanya tak perlu. if aku nk hangin pun aku wat versi lawak. sure last ade wakakaka :)

    [Reply]

  13. ain_chokio 25. Nov, 2009 at 5:50 pm #

    btol2..aku pon kadang trase gak ble dorg pos entri gni..ye ah..aku pakai tudung pon selimpang je..tapi aku tau la jage diri..cme mungkin aku tak sedia lagi nak pakai tudung labuh bagai..hurmmmm
    ain_chokio´s last blog ...:nur amina kah??:. My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hohoho. aku pakai tudung tapi xpernah pakai anak tudung :)
    tak reti. tak apa, as long as pandai jaga diri n maruah..lantak kan aje ape orang kate.

    hidayah tuhan nak bagi bila2 aje. mana tau, Tuhan beri hidayah pakai tudung labuh kat kita kan?

    [Reply]

  14. meo 25. Nov, 2009 at 6:04 pm #

    erm, ntahlah…. yg penting ape yg kite percaya/iman & kita syg sgt2 pd Tuhan & Rasullah. xpayah nk mrh2….. tgk jelah di padang mashar nanti mcmana….
    meo´s last blog ..Sangat-sangat hepi gile ah ding dong! My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    huhu. aku tak suka nak cakap pasal padang Masyar ke ape. Itu soal berat. tak tahu nasib kita..buat yang terbaik ajelah nanti :)

    [Reply]

  15. Faarihin 25. Nov, 2009 at 6:44 pm #

    Salam cik lizz.. lama saya tak menjengah ke sini… wah.. topik macam ada panas2 juga ni.. memang tak patutlah pihak yang beri komen itu.. nak menegur org ada caranya.. jangan di sebabkan marah yang tak tentu hala, menghukum orang dengan ikut suka aje.. hmmm..

    ape2pun salam aidil adha ye cik lizz..
    Faarihin´s last blog ..GTO dan Salam Aidil Adha My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    salam AidilAdha jugak!!! wah, tak sabar nak makan lauk daging korban woo :)

    entahlah., tangan macam dah lenguh nk type ni.muahaha. saya tak kisah langsung orang nak nasihat. silakan tapi biar beradab and hormat orang baru ok kot

    [Reply]

  16. Si Naga 25. Nov, 2009 at 7:02 pm #

    hahaha…
    kita tunggu apa komen jaws nanti..
    paperpun tindakan yang berani!
    respek la…
    Si Naga´s last blog ..Siapakah Sebenarnya Nostradamus?! My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hye Naga :)
    komen lah. tak kisah. bukan soal berani pun, soal mempertahankan diri aje. hehehe.

    [Reply]

  17. paeh 25. Nov, 2009 at 7:11 pm #

    isu ni mmg panas… wohoho…
    paeh´s last blog ..tips for freelancer My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ye ke? tak ade lah. cool aje. tak ada gado2. relax woo :)

    [Reply]

  18. aus 25. Nov, 2009 at 8:10 pm #

    salam
    1st time bg komen..hehe
    em..saba jela..

    ntah la..aku kalo pasal mende2 camni
    aku xkisah sgt..maybe aku pon bkn dari golongan yg alim2.

    tapi aku ade reason sendiri
    dan satu persoalan

    “..adake kalo bertudung btol2 baek..”

    kalo diikot secare logik akal memangla kan mengikut syariat islam tapi kalo mengikut zaman
    semue ni sekadar kerana disuruh atau terbiase dari kecik

    bagi aku
    aku lbh menitikberatkan sikap ataupun perangai seseorg i2..

    sbb kat zmn sekarang ni..
    imej boleh diubah bile2 je..
    perangai 2 yg sebenarnye kita..

    so..pade lizz
    troskan perjuangan..

    dan pade jerung..haha..
    xmop emo2..

    dari emo baek evo ! laju !
    aus´s last blog ..hey !! foLLow La saYE.. My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    cheh. aku suke bace komen ko. tadi aku penat type tp now aku rajin balik nk balas komen. hahaha! perangai tu mmg penting. tak boleh nak hukum orang suka-suka hati. tapi, honestly aku bukan tak suka si jaws tu.

    cuma, silap sikit cara nasihat dia. if dia tulis elok2 sikit sure aku jatuh hati kat die. kehkehkeh. aku hormatkan semue orang, tapi kadang2 ntah lah labu. hohoho.

    alah, tak ade hal lah. sama2 lah perbetulkan diri sendiri. uhuhu

    [Reply]

  19. CikChelsea 25. Nov, 2009 at 8:13 pm #

    bertudung tu kewajipan, tidak syak lagi!

    tp aku sndr pakai tudung blm ’sempurna’ yelah kadang masih tak tutup dada, kadang tudung jarang (tp pakai anak tudung la), etc…nak mencari kesempurnaan tu hati kena btol2 ikhlas.

    yg penting niat :)
    CikChelsea´s last blog ..Make-ups for grab! My ComLuv Profile

    [Reply]

    Lizz Reply:

    oh, ko mulie sket dari aku sebab aku tak pernah pakai anak tudung. aku pernah maki2 sebab rambut terkuar and 1 of my frenz yg bertudung sound camni “tu lah, lain kali pakai anak tudung”

    wah wah. ngan muke bajet baik. aku jawab je “tak leh, rambut aku cacak2. nanti koyak :P

    [Reply]

  20. zelo55 25. Nov, 2009 at 8:29 pm #

    akak liz yg kiut miut cantik molek hot vouge bam bam kebabow…
    mintk jasa baik buang gmbar laki n prempuan tu leh…
    gnti ngn gmbaq yang lain..
    sbb ak tgk kureng manisle…
    buleh yee…

    ok ni komen..

    bagi aku niat jaws lain….niat da betul da…
    mmg betul sgt2…
    cume care penyampaian je salah..
    xdela sgt bnde nk dibincngkn pasai twit die tu..
    biasela…kdg2 da mrh or bengang ke ape ke bnde x ptut kuar pon leh kuar..
    so jgn dijadikn isu ok… :)

    p/s : aku laki. aku tak pakai tudung…ngaaaaa~

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kehkehkeh. boleh2 adik zelo sayang. tak mo dapat dose free naa? no hal wei. pukul 9:15 aku buang naa. wakakaka.

    bukan twit tu, komen kat entry je. alah, isu ni biasa je..aku tulis pun sebab nak puaskan ati sendiri lah. dah diorang suka nk komen..aku reply aje. gegeggee *joke eh :)

    aku faham niat jaws tu. dia betul, cuma salah sikit cara penyampaian. kalau tak ada yang melenting kat entry tu, aku tak wat gak entry ni..tapi ada yang hangin. itupun, aku tak suka juga cara membalas. cuz, bila wat camtu sure tak ada kesudahannya.

    for me, dalam hidup ni kena ada rasa respect each other kot

    p/s: aku gurl, kena pakai tudung tapi aku pakai terlambat sket dr tarikh aku akil baligh :P

    [Reply]

  21. apiih 25. Nov, 2009 at 9:39 pm #

    bro jaws..jawab..asl snyap jerk..hehehe

    [Reply]

  22. megat 25. Nov, 2009 at 10:44 pm #

    antara masalah blogger adalah apabila isu yang disampaikan tidak kesampaian maksudnya. sedih ni (hu3).

    itu pasal entri yang disampaikan secara bersahaja boleh jadi panas. padahal perkataan tanpa emosi sukar untuk dijiwai (he3).

    itu baru mukadimah ke? (kah3).

    sebab itu aku sering khabarkan islam itu syummul (menyeluruh). kita tidak boleh tentukan siapa yang baik atau jahat disisi allah. tugas kita hanya menyampaikan apa yang baik bukan menghukum kan kan kan?
    megat´s last blog ..Gadis Cun, Tiada Beza Dengan Gadis Seksi!? My ComLuv Profile

    [Reply]

  23. fiffymafia 25. Nov, 2009 at 11:38 pm #

    kebanyakan orang menilai seseorang dari luaran. kalau pmpuan tu free hair ke, or pakai tudung tp xsempurna macam aku dah kene cop macam &^%$$&. kadang2, ada yang menegur tu merasakan dia penuh rahmat dan seolah2 kompom masuk syurga sangat. dan orang yg ditegur tu macam kompom ahli neraka. macam dorang je yang menilai kita. dosa pahala, Allah yang judge. bkn manusia. tapi memang kecewa la dgn org yg ske menegur dan berdakwah tapi dgn cara x berhikmah. hoho.. terpanjang lak komen haku
    fiffymafia´s last blog ..it comes from my heart.. kalau nak baca, baca la. kalau tak nak, tak payah baca. My ComLuv Profile

    [Reply]

  24. luth textile 26. Nov, 2009 at 6:08 am #

    aku taknak jadi penganjur sebarang perkelahian sis.. rilex suda..
    yg benar mmg benar.. salah tetap salah,ok?

    [Reply]

    CN Reply:

    CN ada baca entry luth tu. tapi tak sempat pula baca komen jaws tu. hurm. betul jga. mahu menegur biar bhemah. jgn kamu yg menegur pula spt kelihatan lg bodoh. :) bgus utk slg migt kn…

    [Reply]

  25. entah 26. Nov, 2009 at 6:08 am #

    semua orang kena pupuk sifat untuk mencari yang sebenar..
    kan gitu?
    :)
    entah´s last blog ..awak cepat sembuh dan jangan sedih ye My ComLuv Profile

    [Reply]

  26. Annesa 26. Nov, 2009 at 8:44 am #

    dari dulu isu ni tak pernah habis,tapi memang betullah tak boleh nak judge org dari segi pakai tudung atau tidak, kalau dia betul2 tau apa erti bertudung, mesti takkn timbul isu org bertudung tapi ada yg buat prkara tak elok kan?semua pun bergantung pada tahap iman masing2..dan cara nak menegur pun ada caranya..gunalah cara berhemah..takdelah orang nk terasa nnt
    Annesa´s last blog ..jerk My ComLuv Profile

    [Reply]

  27. blackangelz 26. Nov, 2009 at 10:17 am #

    hmm…byk gak respon ek..
    tiara bru nak bce yg luth nyer entry nie..
    btul jugak kalo nak tegur,tegur dgn elok2..
    dlu mase kat skola ustzah2 2 perli2 jew..pastu pndg serong spe yg x pkai 2dung..siap wat telahan kalo yg x pkai tudung x reti nak ngaji & sembhyang..
    mase 2 mmg sbr je lar..
    blackangelz´s last blog ..Raya Haji Tahun Ini.. My ComLuv Profile

    [Reply]

  28. ruff 26. Nov, 2009 at 4:47 pm #

    ades…isu pasal pempuan lagik…
    ngeee…nape ye…isk2…isk….
    ruff´s last blog ..Kucen boleh Merbahayakan kita… My ComLuv Profile

    [Reply]

  29. izzat aziz 27. Nov, 2009 at 5:15 pm #

    masing2 berhak meluaskan pendapat, mungkin cara dia nak sampaikan tu menyakitkan hati yang terkena, aku pun kadang2 ada gak terkena.. nak nasihatkan orang.. diri sendiri pun tak berapa betul asyik terkena je cmtu.. so apa aku buat.. aku trima je phtu cuba berubah klau bnda tu btol2 salah.. :)
    izzat aziz´s last blog ..How to Really Promote Your Blog On A Forum My ComLuv Profile

    [Reply]

  30. bellarossa 30. Nov, 2009 at 12:34 am #

    hey lizz..first time bg komen.hmm regarding tudung isu ni.dari dlu smpi sekarang xkan lapuk..huhu,papepon..bg daku la..kte xleh nak judge org dari appearance dia.sbb hati dia kite xkan xtau.kite doakan je moge 1ari nanti empunye diri peroleh hidayah dan cahaye yg dtgnya seikhlas hati utk tutup aurat bkn sbb terpaksa atau malu atau ikutan semate,itu yg terbaik dr kutuk2 yg bkn2..betul x lizz…sory kalo slh ckp pape=D

    [Reply]

  31. Muhasabah Trading 12. Dec, 2009 at 4:54 am #

    Setiap manusia mempunyai pegangan masing-masing. Setiap manusia tidak lari daripada melakaukan kesalahan dan dosa – sebab kita bukannya malaikat. Yang penting jika kita tahu kita salah, berubahlah atau sekurang-kurangnya berazam untuk berubah, daripada tak elok, kepada yang lebih baik. Semuanya memakan masa… bukan sekelip mata kita boleh bertukar (cam power rangers)..
    Muhasabah Trading´s last blog ..Koleksi Jubah Batik Dress sentuhan gaya baju kurung modern My ComLuv Profile

    [Reply]

  32. sueella 18. Dec, 2009 at 5:18 pm #

    menutup aurat memang wajib. itukan perintah Allah dan rasul, bukan hanya menyalahkan mereka yang mekakai tudung tapi buat maksiat, iman mereka lemah ketika itu. tapi mereka telahpun mengikut perintah Allah & Rasul. memakai tudung bukan satu trend atau ikutan tetapi inyanya adalah perintah Allah dan Rasul. ada ganjaranya apabila kita sentiasa melakukan kebaikan, moga ada keinsafan dan diberi hidayah kepada meraka yang belum melaksanakan perintah Allah dan & rasul itu . :)

    [Reply]

  33. nurul 14. Mar, 2010 at 5:55 am #

    lizz.
    memg betul apa yg awak ckp tu. xsemua yg pakai tudung seperti 8 gol tu seperti yg org lain fikirkan(apakh aytku ini). kebarangkalian, mereka kurg mengerti tntg hakikat sebenarnya bertudung.
    pun begitu,saya xsetuju dgn cara lizz cuba menyebarkan gmbar mereka yg bertudung labuh sedg membuat perkara yg tidak elok.
    pertama, kerana awak seolah2 menyebarkan video yg lucah.(walaupun saya tahu niat awak lain)
    kedua, awak telah memberi gambaran negatif kepada pemakai tudung labuh yg lain. mungkin pd hakikatnya, yg melakukan perkara itu adalah 10 drpd 50 org(sekadar contoh), tp, awak telah memberi tanggapan negatif org ramai terhdp 40 org yg lain. bagaimanakah itu??
    dan awak jgn terlupa, manusia itu sifatnya adalah lupa, leka, alpa dan sewaktu dgnnya.
    sebb itulah kita perlu saling ingt mengingtkan. itulah tujuan kita bersaudara.
    maaf, pnjg berceloteh.

    sekadar pesann saya, islam dtg ketika wanita di zamn jahiliyyah di pndg hina, ketika maruah wanita dipijak2, diletakkn di martabt yg paling bwh sekali. islam dtg, terus menaikkn maruah wanita, dgn turunnya perinth menutup aurat, maruah wanita terus terbela. wanita terhindar dari pndgn lelaki2 yg bernafsu. namun, zmn sekarg wanita seolah2 telah kembali meletakkn mereka ke tempt yg paling bwh sekali. alangkh ruginya kita. sekadar itu sahaja. salam.

    [Reply]

  34. Hamba Allah 14. Mar, 2010 at 2:28 pm #

    Klu org pki tudung mcm nk tak nk je/tak ikhlas, biarlah diorang,
    nnti masa kehidupan slps kematian, sndiri yg tanggung, wallahualam..
    Tpi klu nk biar je, tercemar nama islam, da jadi satu masalah lain.. haih..

    Maaf klu apa yg aq katakan tu salah, assalamualaikum..

    [Reply]

  35. ciksubang 21. Mar, 2010 at 3:44 pm #

    salam lizz. saya baru mengikuti blog ni & gatal tangan rasa nak reply entry pasal tudung ni. pengalaman saya memula pakai tudung 10 tahun dulu… memula pakai tudung ala cikgu bedah dlm Adik Manja tu, kekadang senget benget, dah la masa tu tudung ala2 kain licin… pas tu berubah sikit pakai tudung penuh yang pin pakai kerongsang, pastu hujung tudung pin lak ke bahu kiri & kanan… pas era tudung bawal, mcm2 kaler, dah pakai anak tudung, x nampak jambul lg dah… pas tu pakai la tudung skrng ni, yg siap jahit dgn ‘awning’ dia, bleh sarung je tp tudung tu pendek… memula fesyen hujung dia rambu ramba… smpai la skrng ni pakai tudung siap tu tp dah labuh dah tp x la labuh smpai bukulali tangan… corak & jenis kain jer berubah… 10 tahun ni la saya menngasuh diri saya untuk menutup aurat..10 tahun ni juga bertarung dgn nafsu sbb ikut fesyen… x peduli apa org kata cuma bila yg ‘ahli’ bercakap, dengar la juga. x la mlawan sbb tau smua tu betul… jujur cakap, skrng saya pn ngeri nak pakai tudung atau pakaian yg tersembul sana sini… saya sokong lizz… pedulikan org, tepuk dada tanya minda.. nawaitu biar betul…

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Wanita Hari Ini Sempurna ke? | Lizarazak.com - 16. Dec, 2009

    [...] Saya tak kata saya wanita hari ini yang begitu sempurna. Eh, jangan salah sangka. Saya manusia biasa yang kurang itu ni juga macam korang. Siapa yang tidak mahu berjaya kan? [...]

  2. Kalau dah kahwin, wanita yang dulunya bertudung dah boleh togel ek? | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Lizarazak.com - 03. Mar, 2010

    [...] Kalau dulu, saya selalu sembur tidak tentu pasal. Kononnya, nak puaskan nafsu sendiri! Nak balas dendam. Ah, itu dulu. Zaman budak hingusan. Publisiti murahan.muahaha [...]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.