Pemandu Singapura dan Malaysia sama-sama tak beretika
30 Nov
Damn masih penat! Even bukan saya yang memandu, tapi terpaksa duduk di dalam kereta lama sangat buat badan saya sakit woo. Kenapa lah highway dekat Malaysia ni tak ada 6 lane terus?? hahaha. soalan bodoh from me. Bukan apa, saya cukup bosan dengan sikap pemandu Malaysia dan juga Singapura.
Sorry sebab libatkan sekali Singaporean.
Tapi, perkara yang sememangnya fakta tak bisa kan saya nak sembunyikan. Oh, bilalah semua nak berubah. Sesiapa yang menggunakan highway utara-selatan hari ini pasti tahu lah kenapa.
Accident dahsyat setakat ni, tak ada pula saya lihat. Syukur sangat-sangat. Sayang nyawa woo. Cuma, adalah 3 ke 4 kes accident kecil waktu saya lalu highway from Kuala Lumpur to Johor Bahru malam tadi. Ini punca utama jalan sesak macam sardin!!!
Ok ok, tak boleh nak salahkan sesiapa. Dah nasib nak terkena, apa boleh buatkan?
Tapi, macam biasa. Saya muak dengan manusia ni. Semua nak laju aja. If laju tapi bermoral tu tak kesah lah. Ini tidak, jalan 3 lane dah jadi 4 lane. 2 lane dah jadi 3 lane. Confused gua beb.
Manusia yang pandai-pandai tambah lane tu bukan guna kereta kokak. Kereta manusia-manusia macam berpelajaran punya tapi im sure mereka tu semua manusia bangang. Tak tahu disiplin langsung.
Sorry lah kalau ada yang terasa.
Ini kenyataan. Kalau emergency, bini nak terberanak ke, bawa orang nazak ke..gua no hal beb. Ini, dah lah menambah lane. Boleh pulak, berjoget-joget dalam kereta ek? Susah betul kalau dah terlebih pandai ni.
Pandai macam mana pun, tapi kalau tak tahu tata tertib tak ada guna wei.
Malaysian mungkin nak tunjuk otai di negara sendiri. Kalau accident, boleh glamour agaknya. Itu, saya tak pasti. Boleh tanya pada tuan yang menambah lane itu naa
Paling saya meluat, Singaporean. Excuse me, kenapalah kalau dekat negara sendiri tersangatlah berdisiplin. Bawa tak boleh lebih 80 KM kan? Kenapa dekat negara orang jadi pelesit daa??? Menyusahkan orang maa…
Hormat lah sikit negara orang. Boleh kan?? Part car park full gara-gara kereta Singaporean, kami Malaysian dah pasrah sangat sebab itu hak kamu jugak. Silakan. Tapi, bab atas jalan raya..pleaselah hormat. adoi.
Malaysia dengan Singapore sama-sama bingai jugak kadang-kadang. Please faham, bukan semua yang terlibat. Hanya, mereka-mereka yang terlibat saja dan saya faham istilah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga itu.
Jadi, anggap saja entry ini sekadar teguran biasa daripada someone yang biasa juga. Tiada niat untuk melagakan, cuma kalau tak dibahaskan sampai bilalah tak ada yang terkena dan sedar. kwang kwang kwang.
Im tired now. Komen-komen akan dibalas nanti yek. Pengklik Nuffnang juga akan saya lawat dan klik Nuffnang korang. Terima kasih lagi sekali pada Nuffnang. 1 Lagi buffered earnings untuk blog cap ayam ni saya terima subuh tadi










Komen Kamu