Tips lupakan manusia yang buat busuk dengan kita

Tips ni saya tergedik nak share lepas dapat idea daripada pergaduhan comel antara 2 blogger dekat twitter tadi. Its ok, tak perlu nak sibuk. Jangan tanya saya siapa blogger itu. Jangan menyebuk hal orang woo. Sekadar sumber idea untuk entry ini. Maceh!

Sejak dua menjak ni, saya lebih matang dalam memilih kawan. Mana yang saya benar-benar selesa saja saya akan stay together. Mana yang menyusahkan hidup saya, biasanya saya buang mereka jauh-jauh. Tak berdendam. Cuma, saya tak reti berhipokrit.

Jadi, daripada saya terus bersama mereka yang saya tidak suka dan tidak akan selesa bersama. Ada baiknya, saya chow dulu kan? hahaha. Jangan pula fikir saya tidak sedih langsung kalau terpaksa buang kawan-kawan yang saya sudah “bosan” itu.

Bosan tu merujuk pada kawan-kawan yang bikin hati saya sakit. Kalau  tidak sengaja is fine. Semua manusia buat silap. Belum ada manusia yang dilahirkan sempurna. Kalau semua manusia sempurna, siapa pula yang dicalonkan untuk menghuni neraka kan?

Saya berulang kali cakap, saya tidak pernah memilih kawan. Siapa kamu, daripada mana asal usul kamu, saya tidak kisah. Kamu kaya,itu rezeki kamu. Andai kamu miskin, itu dugaan hidup kamu. Jika kamu pandai, saya tumpang gembira untuk kamu dan andai kamu kurang cerdik, saya boleh didik kamu. Itupun, kalau kamu mahu.

Tapi, jangan sesekali ambil kesempatan. Saya cukup bosan melayan karenah manusia yang hipokrit, saya cukup lelah kalau ada teman yang mempermainkan saya, apa lagi kalau ada yang berani mengherdik saya. Sia-sia rasa kalau kenal manusia macam ni. So, buang aja. Senang cerita beb.

Sedih tetap sedih, tapi biasanya sedih tu tak lama. Apa guna nak bersedih lama-lama? Apa saya akan dapat? Sakit mata, lebam kelopak mata yang sah-sah sepet ni, buang air mata? Ish, tak kuasa lah.

Banyak lagi perkara penting yang perlukan saya untuk menangis. wahahaha.

Tips ini saya akan lakukan untuk lupakan masalah. Lupakan muka mereka yang bikin masalah pada saya, Lupakan juga kisah-kisah sentimental antara manusia yang sudah bikin hati saya  panas.

Awas, tips ini untuk saya sendiri. Kalau ada yang tiru, apa-apa tanggung sendiri yek! kehkehkeh. Mana yang suka, tepuk tangan setiap kali baca tips satu persatu ok. Mana yang tak suka, tutup mata cepat-cepat naa.

Tips lupakan manusia yang buat busuk dengan kita

1- Tukar nama dia dalam phone book handphone. Contoh nama manusia busuk tu, Mala. Kamu boleh tukar jadi Malapetaka. (niat dalam hati memang akan tanggung dosa lepas suka suki nama anak orang. janji puas.)

2- Kalau rasa-rasa tak kuat iman dan senang kena pujuk rayu, tak payah lah jawab telefon. Saya biasanya tak jawab telefon manusia ni. Kalau ada pun, pernah saya berikan pada adik dan pesan dengan dia…”cakap aku dah mati last week.”. Ikut rezekilah adik kamu macam mana. Adik saya sangat menurut perintah. You got what i mean???? hahaha

3- Kumpul apa-apa yang pernah dia beri pada kamu. Masuk dalam plastik dan simpan kat sudut paling gelap dalam bilik kamu. Jangan buang. Tak baik. Bila bencikan orang, biar berpada. Bakar boleh. wakakaka

4- Bila ada kawan-kawan sengal yang konon-konon nak tunjuk prihatin, padahal niat sebenar nak korek rahsia pergaduhan bertanya, jawab aja”berapa ko dapat duit dari si Malapetaka?”. Sure si penyibuk itu tau kita tak suka dia menyibuk. hehehe

5- In case terjumpa dengan si manusia busuk itu, jangan lari! Jangan jadi kanak-kanak ribena. Berjalan lah macam kamulah super model terhebat walau time tuh kaki rasa kebas-kebas ok. Sambil jalan sebelah manusia itu, sambil angkat kening. At least, kamulah tak berperangai busuk macam dia yang nak jeling-jeling. Be matured beb!

Ok, itu saja lah tips serong daripasa saya. wakakaka.

<p style=”text-align: justify;”>

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

30 responses to “Tips lupakan manusia yang buat busuk dengan kita

  1. ada gak tips cenggini….? hAha…lama2 lupa cenggitu je…

  2. aku prnh buat yg no.3..abes sume emel aku delete,sume gmbr pn dh bakar dan hanyut kt sungai..tp x prnh menyesal pn buat sume tu,sbb lps tu rs lega gile
    .-= Annesa´s last blog ..trust vs sayang =-.

  3. Saye la kwn baek Mala. Ooo.. Aku bg tau die psl ni nnt. Haha.

  4. saya kurang cerdik..didik ler saya….kalu ler saya terkena macam tue…bye2 ler..putus kawan buat selama-lamanya…nama dan nombor phone dia terus delete…
    .-= rizputra7´s last blog ..Tips penting bersama Prof.Makye =-.

  5. hahahaha adeh knplah n3 kamu sungguh bernas lizz..
    seyes walau nmpk mcm kelakar tapi ade makne lah..

    ps:-aku ketawa sorg2 mcm org gilak sudah..
    .-= Uruchimaru @ kf´s last blog ..Blog Sudah Ringan =-.

  6. kalau aku lah, aku dah tak simpan dah number orang yang aku benci dalam phonebook aku.
    .-= Ladynoe´s last blog ..Manusia makan payudara perempuan =-.

  7. wan

    tips yg ganas. ala tak guna kalo ignore org tu camtu. biar kan je la. tak slamanya dia di atas, kita di bawah. suatu hari nanti dia dpt pembalasan atas perbuatan dia. redha je la.
    .-= wan´s last blog ..Unitar on right track to fulfil goals, says PM =-.

  8. ganazz la.. fasa ini sudah berlalu bagi saya.. move on.. 😛
    .-= ansaree´s last blog ..dia yang bernama dotdotdot… =-.

  9. haha aku penah wat camni..
    tukar nama die jadi slut..kah3..
    .-= izwan7´s last blog ..New Advanced Post Editor For Blogger =-.

  10. betul. kalau aku pun simpan gak. aku pernah beb. kawan aku meninggal aku just dapat dengar berita lepas seminggu kematian dia. aku tak ada contact number dia untuk pergi melawat sebab takda alamat. terkilan weh :/
    .-= Rara´s last blog ..5 kunci pasangan bahagia =-.

  11. hohoho.tips menarik. aku bookmark nih! mne tau ku memerlukannye nanti.
    .-= Fitzgerald Bukowski´s last blog ..Better late than never =-.

  12. wa kacak,poket tebal tp xde org mau..sbb hidup wa dgn tenet je.haha..wa nk amalkn tips ni..
    .-= azizan4444´s last blog ..Seleksi Hari Minggu #1 =-.

  13. Delacroix

    Merujuk kepada tips-tips kamu ya..

    1) Saya tak pernah menukar nama si dia dalam handphone saya. Tiada alasan yang kukuh untuk itu. Mungkin kerana saya malas, tak kuasa dan tiada masa untuk buat housekeeping phonebook saya.

    2) Saya tidak menjawab panggilan atau sms. Tidak lagi setelah kali yang terakhir. Sehingga kini segala-segalanya sepi dan telahpun mati. Jadi..tips kamu yang no 2 ini..saya burn kan ia!

    3) Kumpul barang-barang? Seingat saya, saya tak pernah terima walau sebesar jarum pun barang dari si dia. Fungsi saya hanya memberi…tetapi bukan menerima. Tiada apa yang perlu saya kumpulkan dan simpan..apatah lagi bakar. Sekali lagi, tips kamu tak boleh saya praktikkan.

    4) Kawan yang mengorek rahsia? Ohh..banyak! Tapi saya buat tak tahu saja. Sebab kalau saya tak bercerita pun, mereka tahu. Segala-galanya terlalu jelas. Haha…tips kamu tak membantu saya. Bagaimana?

    5) Terjumpa si dia? Setakat ini, saya masih belum terserempak si dia di mana-mana. Tak tahulah kalau saya yang tak nampak. Almaklum, saya ni rabun menghampiri tahap titik buta. Tapi andaikata saya terjumpa dia…saya takkan sesekali lari. KL ni kecik beb. Pusing-pusing kat situ jugak. Saya takkan angkat kening atau berjalan seperti model. Tapi saya akan menjadi diri saya dan berjalan seperti biasa. ‘Ohh..saya tak kenal awak. Minta maaf..’ dan terus saja saya berlalu pergi.

    • hmm, mungkin pengalaman kamu terlalu pahit untuk kamu kot. tu yang tips saya tak membantu kamu at all. kikiki. its ok, lain orang, lain caranya. kamu boleh apa yang kamu suka as long as kamu tidak wat perkara bodoh ok.

      jangan perbodohkan diri sendiri, benda yang lepas jadikan pengalaman terindah even perkara itu terlalu sakit buat kamu. move on!

  14. huhuhuhuu…
    besh giler tips ko weyh..
    aku kalo betol2 da benci ngn org..
    sume pasal dia aku da tak amik tau..
    bila org tnye aku akn jawab x penah kenal dia..
    tapi untuk bercerita ketidak puasan tentang apa dia buat kene la jugak mengaku dia pernah jadik kawan aku.. kui3
    num tpon pown aku buang habis.. apa je la pasal dia aku tak amik tau.. kalo dgr cite pown aku akn buat masuk tinga kanan kuar tinga kiri.. huhuhuhu

  15. ct yang 1

    sy pnh wat y num 3. tp bg org la brg die tu..xbuang,,hehe

    paling suke num 4, coz mmg teramatla ramai y suke “jual kain” haha..

    num 5 tu,masih praktis lagi..coz mmg nk muntah if ternmpk muke die, ase nk invisible je…;p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge