seo

Siapa kata 25 tahun wajib kahwin?

7 Oct

 Banner
  • Sharebar

7 hari lagi, saya akan melangkau masuk ke alam umur yang baru. Angka yang cukup sebati dengan saya akan saya tinggalkan. Selamat tinggal 24 , dan selamat datang 25.

Saya tidak pernah menyembunyikan usia daripada sesiapa. Cuma,kadang-kadang ada yang tersilap membuat andaian. Ada yang mengatakan saya seusia mereka. Kononnya baru menjejaki alam 20-an. (ini wajib diboldkan bukan???)

Ok, saya suka juga. hahaha.

Bila umur melangkau usia 20-an, mulalah sibuk sana sini tanyakan bila mahu berkahwin. Sumpah, saya tak suka orang tanya saya soalan itu. Itu terlalu personal untuk saya.

Kalau teman seusia sudah pun punya keluarga, ada yang sudah punya anak. Biarkan. Itu hidup mereka.

Kami berbeza. Mereka selesa dengan keadaan hidup mereka. Belum pasti kebenarannya. Sejujurnya, saya berani kata. Mereka tidak happy sekarang ini. Ada yang menyesal berkahwin muda. Cuma, sudah takdir mereka begitu. Mereka perlu akur.

Bak kata mak, 2 bulan pertama perkahwinan. Semuanya indah belaka.

Saya kata, takkan 2 bulan saja? Mak jawab. Bukan, lihat saja apa jadi selepas itu. Pasti ada antara mereka yang merungut dengan kamu. Iya, memang betul.

Jangankan 2 bulan. 2 minggu saja sudah ada yang buat perangai. Saya pelik. Bila ditanya, mereka mengaku. Soal wang punca utama pertengkaran. Mana taknya, belum bekerja tetap sudah mahu berkahwin.

Bila saya nasihat, tunggu kerja stabil dulu baru berkahwin. Saya pula dimarah. Kononnya saya tidak faham yang mereka sudah saling jatuh cinta. Tengkorak hang :P

Cinta ke nafsu? Bukan ke korang seronok bergilir-gilir cerita kisah malam pertama korang dulu? Stupido

Itu satu hal. Ada yang baru 1 bulan berkahwin sudah mengadu yang dia bosan dengan perangai hubby yang tidak beri dia keluar bersama kawan-kawan. Dia rasa tertekan sangat. Kesian kan? Meh kita sunat hubby dia nak? muahaha

Bila keadaan memaksa, ada yang terpaksa menebalkan muka meminta pertolongan. Sebelum berkahwin, saya katakan padanya kumpul duit sikit dulu before kahwin . Saya pula dikatanya  menyibuk. Tapi, bila dah tambah ahli keluarga tak tahu nak korek duit mana beli susu anak. Malu kan?

Pleaselah. Kalau rasa diri belum cukup stabil dan sempurna fizikal dan emosi untuk berumah tangga, jangan teruskan. Jangan menyusahkan hidup orang lain gara-gara hendak melayan nafsu sendiri.

Saya tidak mahu persoalkan pada sesetengah pasangan yang kurang pendidikannya. Itu tak perlu kita perdebatkan. Mereka kekurangan di satu sisi hidup mereka. Jadi, mereka punya alasan andai tersilap langkah.

Tapi, saya cukup heran mereka yang berpendidikan tetapi still lagi lembap. Sorry to say. Memang lembap pun. guna otak beb. Hidup bukan untuk melayan nafsu saja, hidup perlukan lebih daripada itu. Hidup perlukan pengorbanan.

Sampai sekarang tak faham, kenapa orang bercinta selalu berfikiran pendek? Melebihkan pasangan daripada kedua ibu bapa? Kenapa berpegang tangan sesama mereka dikhalayak ramai tetapi ada yang malu memimpin tangan ibu melintas jalan? Kenapa ada yang sanggup tinggalkan ibu bapa demi pasangan yang baru saja kenal? Oh, mungkin mereka belum rasa bagaimana perit ditinggalkan orang tua buat selama-lamanya.

p/s: Entry ini untuk peringatan hidup saya bukan untuk kamu semua. Kalau ada yang terasa, silakan pujuk diri sendiri kerana saya sendiri tidak ada yang pujuk. wakakaka!


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

46 Responses to “Siapa kata 25 tahun wajib kahwin?”

  1. kenwooi 07. Oct, 2009 at 9:54 pm #

    hmm.. marriage will be complicated if it’s not figured out properly..
    money should be a problem if both knows how to manage their family finance properly..
    and i dont think it’s a must to get married at 25.. take it slow! =)
    .-= kenwooi´s last blog ..Mysterious Face at Penang Hill =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehe. thats what i mean actually. They need to properly plan their life. Not just “bantai” as malay people said. for me, 25 is still ok to be single. if 35..then something wrong :)

    [Reply]

  2. yash 07. Oct, 2009 at 10:11 pm #

    huhuhu… betol weyh! kadang2 dorg nie tau nak kawen cepat jek!
    keje tah pape.. nak kawen.. duit baru wape kerat je da nak kawen.. tah kawen pinjam duit agknya.. hohohoho.. dah lepas kawen rasakan.. nanti menyusahkan org sekeliling..

    lagi aku stuju ngn ko.. pimpin tgn mak segan malu.. nak kuar ngn mak pown malu.. kalo ngn bf/gf cepat aje! haish.. harap2 aku takkan tergolong dlm org yang mcm nie.. mintak di jauhkan.. amin… huhuhuhuh..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    bab kawen pinjam duit tu mmg tak best tapi aku still ok lagi cuz kalo nk tggu duit sendiri..sampai tue lah ade yg xkawen. kahkahkah!

    tp, aku menyampah bab nk kawen tp duit dlm bank xde pun. kelam kabut woo. lagi2 bile baru2 kawen dpt anak trus, seriyes sakit punye lah

    [Reply]

  3. leman 07. Oct, 2009 at 11:28 pm #

    Aiseh.. Aku baru nk hntr minang kt ko. uhuk2.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    oh really? hahaha

    [Reply]

  4. nesca 07. Oct, 2009 at 11:35 pm #

    kahwin la bila² pun asalkan bukan MBA (married by accident)

    pernah tak orang fail ‘spam protection’ kat atas ni? huhu
    .-= nesca´s last blog ..Moto ROKR E8 finally R.I.P =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    of cozlah ade. muahaha! bkn org, tpi robot yg anto spam sengal. wakaka.

    MBA kadang2 best gak ape. lain dr yg lain.hahaha

    [Reply]

  5. Faarihin 07. Oct, 2009 at 11:41 pm #

    Salam.. wah.. entry ni paling saya suka.. buat apa nak kawen awal2.. nanti tak boleh nak enjoy puas2.. huhuhu.. hargai mak ayah selagi ada di sisi.. pi jalan la bf2 ni.. hahaha.. lainlah kalo dah kawen baru suami di utamakan..
    bukan senang nak kawen slagi tanggungjawab itu tak mampu untuk digalasi.. betul tak..(^__^)
    .-= Faarihin´s last blog ..Gemok Dan Papan =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahaha. actually, kalau dah cukup smue2..if nak kawen,,then go ahead. yang wat saye pening lalat ni..duit xader..tapi nak kawen!!! adoi.

    awal2 diorang kawen, saye tau akan ade problem. huhuhu. betul, umur diorang pun kite xtau sampai biler…

    [Reply]

  6. wan 07. Oct, 2009 at 11:57 pm #

    it’s subjective. haha. marriage is bout commitment ie physically or mentally. literally, muslims wud say marriage can be said as building a masjid. even im not an architect, i wud say to build a building need good structure. that’s a metaphor.
    .-= wan´s last blog ..Give schools extra day off for Deepavali: DPM =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yeah. i agree with ur word. marriage is not like “main pondok2″. u need to prepare urself or u will be in trouble. kehkehkeh

    [Reply]

  7. blowie 08. Oct, 2009 at 1:04 am #

    @lizard *hahaha*
    mungkin pengalaman hidup kamu membuatkan kamu lebih matang dari mereka,heeee
    .-= blowie´s last blog ..Ep.1 Kronologi Si Tuah Berbau Malang =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aik, awat tibe2 sebut pasal lizard itu? kohkoh
    yeah, maybe. thats y i tak boleh nak idup ngan manusie yang tak matured. rase nak pengsan :P

    [Reply]

  8. izwan7 08. Oct, 2009 at 1:44 am #

    perghh..dah 25 ke ko?
    hm,tapi betol ko ckp..
    banyak yg lebihkan awek/balak dari mak ayah..
    pasal yang pimpin tangan tu memang panas owh..
    .-= izwan7´s last blog ..Fakta filem melayu kita =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yezza. baru 25. wakakaka!
    diorang ni malu mende2 yang wajib diorang wat.mende yg haram…aku tak cakap aku tak wat naa (kene sebut, kang org bebel.)..diorang tunjuk2 lak. ntah ape2.

    aku jalan ngn mak aku, memang pimpin tangan die. kalo ade laki nnti, aku make sure die pegang tgn mak die gak. takkan nak tggu diorang dah masuk liang kubur baru terhegeh2 nak pegang2 cry2 nak pegang tangan diorang. Tak ade maknenyer.

    [Reply]

  9. Annesa 08. Oct, 2009 at 2:51 am #

    btul..kawan2 mula bercerita tntg nk kawen,ada yg bakal berkahwin..bukanlah xnk bg,tapi sbb tgk keadaan diri msg2 buat ms skrang,aku rs baiklah tunggu dulu..tangungjwb pd family pn x tunaikn lagi..ini dh nk ada tanggungjwb lain pulak..jgnlh ckp lps kawen msh bley bantu keluarga, rumah tangga sndr pn silap2 hari akan terabai..tunggulah diri stabil dari semua perkara baru fikir nak kahwin sume tu.umur tu kn number je..takde apa2 pn..haha
    .-= Annesa´s last blog ..duhai lelaki =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    wakakaka! motto idup kite serupe. muahaha.
    aku rase, if orang tu memang btul2 mampu..then, silelah kawen cepat.tu mmh sunah nabi pun. tapi, yang macam aku..still terkial-kial nak idup ni mmg tak yah lagi lah kot.

    to be honest, aku memang pandang serong orang yang cakap..umur 20> tu dah kene kawen. takut tak laku n lain2. for me, sorry to say..its kampung style. orang hulu2, mmg btol. lumbe2 nk anak kawen. ntah ape2.

    tp, org bandar n open minded person tak. jiran2 aku tuh..bile anak orang kawen cpt aje..dok pelik cuz maybe ade something. standard kawen..umo 27/28. ok aje. haha

    depends care org kot

    [Reply]

  10. x-po 08. Oct, 2009 at 11:27 am #

    aku ingt time umur 25 tu nak tunang or dh kwin dh..tp kalau btl pelajar upsi ssh nak dpt keje nnt, mmg nmpknya kne kawin lwt la..hehe

    [Reply]

    Lizz Reply:

    better dapat keje dulu kot. huhuhu. if idup berdue maybe bley survive lagi. tapi, bila dah ber3,ber 4..nazak wei if tak stabil lagi.

    [Reply]

  11. eldy 08. Oct, 2009 at 3:27 pm #

    betul tu .. kalo lepas khawin m’jadi derita apakah faedahnya .. enjoy dulu ~
    .-= eldy´s last blog ..Mengapakah Indonesian anti Malaysia ? =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    actually, bukan semue yang kawen dpt derita..nasib main kan peranan jugak. tapi, kalau bergantung sangat ngan nasib pun xbagus gak.lebih bagus siap sedia :)

    [Reply]

  12. xun 08. Oct, 2009 at 8:09 pm #

    ni yg takut nk kwin ni. nk kekal muda je la. lalala.
    .-= xun´s last blog ..I’m back to Miri and no more of GeoRaya =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahaha. janganlah cam tu woo. boleh kawen, tapi kene stable kan ekonomi, mental dulu :P

    [Reply]

  13. zool 08. Oct, 2009 at 8:10 pm #

    Ramai orang bertanya aku bila nak kawin..AKu lebih dari 25 thn..
    Aku nak stabilkan duit dulu.. Sekarang perkahwinan runtuh byknya sebab duit..
    Selain tu kena dalami ilmu agama..
    Kawin bukan untuk seronok tanggungjawab berat perlu dipikul
    .-= zool´s last blog ..MyKad disalahguna =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yeah. thats right. setuju ape ko cakap. aku nak akte stabil sgt maybe tak, tapi kalo leh nak dapat keje tetap dulu pun ok kot. huhuhu.

    ngeri tengok kawan2 yg dah kawen , tp now mcm tak hepi aje.

    [Reply]

  14. fikri 08. Oct, 2009 at 8:39 pm #

    uurrrmm… aku baru je umo 20 tahun. nak masuk campor, kang kne sound “kecik2 hang dah gatai no…” (ayat paling aku lmah :P ).

    urrmm.. bagi aku, bukan umo 25 tahun kne kwn… kalo poan aku rasa elok dalam 20-30. sebabnya, cikgu bio aku habaq pompuan ni ada masa tamat haid. ntah org panggil ape nama ntah…

    apa-apa pon, yg penting skali ialah si jantan tu sendiri. nak kawen, buat cara nak kwn. kalo agak tiap-tiap malam bleh blanja at least 3 org mkn sambil ngok bola… kira bleh kawen la tu… sbb sorang member wakil si isteri & sorang member wakil si anak. wahahaha! :D

    tapi, serius btol pe yg ko ckp… tapi, aku lbih tujukan pada laki… de ramai couple yg nak kwn yg aku knal; laki dia dah sah-sah ngah cari duit… keje pon x dpt lagi… adus! kalo aku, serius segan… bukan segan igt nak kwn, nak couple pon segan. :(

    [Reply]

    Lizz Reply:

    couple is ok for me. couple tu untuk kite kenal hati budi masing2. no problem untuk aku. cume, bile nak wat keputusan nak kawen tu kene lah ukur baju kat abdan sendiri. huhuhu.

    agak2, macam tak boleh nk survive..janganlah kawen dulu. bwk bersabar.. hohoho. kawan aku ade yang baru kawen..konon2 nak privacy sewa umah. tup2, now dah ade anak…tak larat nak bayo..kene balik umah mak balik. malu kan?

    [Reply]

  15. namie 08. Oct, 2009 at 9:32 pm #

    mmg btol suma ni hak masing2 nak kawen awal ke tidak…tapi sepatut nya bakal pengantin mesti da arif ngn keadaan pas kawen kang…yela, kalo sblom kawen kne pikir duit makan sorg je, tp da kawen ade algik 1 mulut kne suap( bukan time makan bersuap je). Blom lagik kalo kire kalo kilang keluarga jadik produktif (bahasa kiasan), kompom leh wat sakit kpale nak pikir kalo gaji stakat bawah Rm1k nak kawen. Snang cakap, bak kata liza bgtaw lam post die kat atas, pastikan dlu keadaan hidup da stabil, baru la pikir nak RASA bini. opps..bukan rasa, tpi SARA sbnarnye k.. ^^

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahaha. pandai naa main ngn RASA n SARA itu. haha.
    yes, perfect comment! memang sepatutnyer cam tu lah semue org kne fikir. bukan nak hina ke ape kalau gaji below rm1k tu mmg sakit lah.huhuhuhu

    [Reply]

  16. ansaree 08. Oct, 2009 at 9:49 pm #

    oh.. saya 23 pun x kawin lagi ape.. kwn2 ada je yg dah bertunang.. dah kawin.. yg dh dapat anak pun ada.. nak jugak kawin *gatal* tapi memang kena pikir masa dpn.. xleh pikir sekarang je.. lagi2 saya anak sulung.. cinta saya pun muda sket dari saya.. huhu.. muda ape kami nih..

    ha.. saya nak pimpin tangan ibu saya time lintas jalan dia taknak.. dia cakap dia tak tua lagi.. ayah plak cakap ayah yang patut jaga saya.. so, sedang menikmati zaman muda saya.. hehe.. (^_^)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kehkehkeh. comei nyer dapat parent camtu. hehehe. ur mom n dad sure mude lagi ni kan? biler ade parent yg dah masuk umo 60+, macam sakit kepale nak layan sensitif diorang tapi tak apelah. gwe redah aje:P

    tunang tak ape kot. tapi, kalau saya..malas nak tunang kalau ikukan ati. ktorg nyer style belsah aje. takder adat sangat lah. unless belah laki nak…kire ok aje.

    anak sulung besar tanggungjawab. maybe bley “beri” sikit ape yg termampu pd ibu n ayah dulu kot b4 kawen :)

    [Reply]

  17. rizputra7 08. Oct, 2009 at 9:57 pm #

    org2 yg kahwin awal nie..tak apa ler…mak bapak diaorg support ari belakang…macam aku nie sapa nak support????hahaha…
    .-= rizputra7´s last blog ..Tips penting bersama Prof.Makye =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahaha. suruh bakal bini support:P
    kalo kawen gune duit parent tu biase,..aku faham. tapi, pas kawen xkan nk pow lagi kot kan???

    [Reply]

  18. meo 09. Oct, 2009 at 7:12 am #

    erm, sy nak kawin dlm umur 28…. sempat ke nk cari gadis pujaan ati?

    huhuhuhu :p
    .-= meo´s last blog ..Happy Birthday – Meo188 (feat. Si Bulat, Belalang Tempur, Bumble Bee & Samy Vellu) =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sempat aje kalau ada umur. gegegege. umur tu very subjective. nak kawen bile boleh if dah sedia fizikal n mental. no hal woo

    [Reply]

  19. penjenayah merah jambu. 09. Oct, 2009 at 6:27 pm #

    sy target kawen after 29.lambat takpe,banyak sgt benda yg lebih penting dlm dunia ni nk dibuat sebelum kawen.kawen ni byk benda kne ambilkira,bukan setakat nk telempiaskan nafsu nak tidur2 n dpt baby je kan?
    :)
    .-= penjenayah merah jambu.´s last blog ..kalau kau menjadi yang terakhir,atau kedua terakhir,atau tak termasuk langsung dalam list,kau perlu tahu,siapa kau pada mereka sebenarnyakan? T_T" =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    malangnyer..tak smue yg akan fikirkan ape yg kite fikir. ramai yg kawen express je now. diorang kawen,sy yang dok fikir..camner lah diorang nak survive tu nnti.huhuhu

    [Reply]

  20. Hafidz 10. Oct, 2009 at 4:23 pm #

    Berani KAHWIN bermaksud Berani untuk memikul TANGGUNGJAWAB =)

    Ada berani? =P

    [Reply]

    Lizz Reply:

    belum berani lagi. heheh

    [Reply]

  21. iorichee 11. Oct, 2009 at 9:25 pm #

    bak kata member aku….
    perkahwinan adalah satu perjudian hidup….
    pernahkah kita terfikir…
    suasana rumahtangga…
    dimana 2 orang manusia..
    yang berbeza jantina…
    berbeza ragam…
    berbeza pendirian…
    berbeza segala-galanya….
    tapi jika ada sesuatu…
    yang bole menyatukan 2 hati ini…
    segala rintangan dapat ditempuhi…..
    ada sorang pak cik pernah berkata…
    rezeki akan bertambah bila berkawen..
    bertambah2 lagi rezeki bila ada anak…

    umur tidak tentukan waktu bila kita kawen…
    yang penting….
    kita hidup bahagia di dunia dan akhirat….
    AMIN….
    (^A^)v
    ‘PEACE NO WAR’
    .-= iorichee´s last blog ..Perubahan hidup di kampung dan bandar…. =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ade orang kate jugak, nasib diorang n rezeki kureng lepas kawen..itu nasib n kebetulan saje. perkara yg dh ditentukan tuhan. cume,for me..belum bersedia utk pikul tanggungjawab berat lagi.

    kalau takat jadi bini,aku rase no hal. kalau dah jadi ibu itu berhal2. hahaha

    [Reply]

  22. zelo55 12. Oct, 2009 at 4:54 pm #

    5 bintanglah ak bleh bg kt ko!
    entri n mmg terbaiklah..

    p/s : aku nk kumpul duit berjuta-juta pastu kawin tros…x kire da umur brape pon…wakakaka…
    .-= zelo55´s last blog ..Aku Berjaya Blogging Selama Setahun! Yeah! =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    muahaha. kalo ko dah bersedia..boleh aje nak kwen skrg woo.
    tp, kalo dapat duit berjuta..hulur aku sket naa. kehkehkeh

    [Reply]

  23. iorichee 13. Oct, 2009 at 8:17 pm #

    jadi bini memang best…
    tapi nanti rasa kesunyian kala orang lain ada anak….
    rasa tanggungjawap dengan sendiri ada..
    ye la anak sendiri…
    dah la kena mengandung 9 bulan…
    pastu beranak dah la sakit…
    nak bagi susu,makan, tido dll…
    takkan nak biarkan dia je….
    instinct sebagai ibu akan ada dengan sendirinyer…
    pandaila merancang dengan pasangan masing2…
    semua bole adjust punyer….
    tak kira baper umur kita kawen pon…
    as long as kita semua merasa bahagia….
    (^A^)v
    .-= iorichee´s last blog ..Perubahan hidup di kampung dan bandar…. =-.

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tips memastikan entry sentiasa dapat sambutan | Lizarazak.com - 16. Nov, 2009

    [...] Kalau cikgu Bahasa Melayu saya dulu tahu, dan kalau-kalau dia ada terbaca entry saya tentang  Siapa kata 25 tahun wajib kahwin? , Kenapa lelaki je yang banyak keluar modal waktu dating? or maybe jugak pasal Cinta BMW [...]

Leave a Reply