seo

Ramai lelaki panas baran? Biar betul

15 Oct

 Banner
  • Sharebar

Pernah tak korang rasa stress tahap kucing tunggu masa nak beranak, cuma gara-gara ada someone yang panas baran? Tak kire lah manusie tu ada dalam rumah, dekat tempat kerja ke atau dekat dalam kelas. Korasang selesa ke rasa macam kalau manusie ni tak ada lagi best? hehehehe.

Saya bukan someone yang panas baran. Saya manusia yang sangat mudah didekati, actually. *Sila mual dan loya-loya kalau mahu. muahahaha. Saya bukan someone yang jenis panas baran even mulut saya agak laser kadang-kadang. Bukan, selalu sangat.

Suasana kat rumah barangkali yang buat saya macam ni. Mak saya, orang Melaka. Tau-tau ajalah orang Melaka punya mulut kan? Itu my mom. Saya baik sikit daripada itu. Mak saya laser woo. Cuma, lasernya kat anak-anak aja. kehkehkeh. Bernanah-nanah dengar mak punya ayat pedas.

Tapi. orang kata.

Biar laser dekat mulut. Habis benda nak laser, habis lah yang didalam hati juga. itu jauh lebih baik rasanya, berbanding simpan dan pendam. Macam muka dan mulut orang baik-baik. Hakikatnya, dalam hati berlubang-lubang menahan geram sendiri. kahkahkah. Tak elok beb!!

Laser, kalau dapat puaskan hati sendiri dan dapat beri mesej kat orang itu..apa salahnya. kan?

Ok ok. Cerita pasal panas baran tadi. Dalam rumah saya, tak ada seorang pun yang panas baran. Mak , abah macam pasangan lain juga. Ada masa, bergaduh juga. Tapi, sumpah saya tak pernah nampak mak dan abah macam orang gila bermaki-maki.

Mak suka berleter. Itu saya akui. Adatlah. Perempuan kan? Abah pula, someone yang sangat cool. Kadang-kadang saya pula heran bila abah boleh buat relax aja dengar mak membebel. kikiki. Mungkin sebab itu, perangai saya jadi sebegini rupa. muahahaha!

Mak kata, saya macam abah. Buat bodoh aja bila kena marah. lalalala.

For me, tak ada guna nak bertekak dengan orang yang kuat membebel. Selagi tak puas, selagi modal nak bercakap tu ada, sia-sialah kalau saya melawan. Tak kuasa. hahaha. Tapi, even mak kuat berleter, mak bukan spesies panas baran!

Kami adik beradik, belum pernah lagi kena marah dengan mak secara terang-terang depan orang lain. Biasanya, kalau kami buat salah. Mak akan buat signal mata. Ok, saya takut kalau mak dah buat signal. Kami dalam bahaya kalau mak dah buat signal :P

Signal saja, imbuhannya nanti di rumah. Bukan macam sesetengah orang yang panas baran tuh. Sadis kalau jadi anak orang panas baran ni woo. Kalau anak buat salah, tak kiralah depan sesiapa pun. Habis dia jerit macam ala-ala dekat sarkas! Pening kan?

Apa yang saya perasan, orang yang panas baran ni..dia tak dapat nak control rasa marah dia kalau ada something yang buat hati dia panas. Padahal, hal kecik aja pun. Macam saya cakap tadi, hal anak-anak je pun. Tapi, sebab manusia panas baran ni biasanya hati dia cepat mendidih. Ayat pasar kata, darah cepat sangat naik kat kepala. muahahaha.

So, pantang di cuit sikit, jangan silap sentuh. Kalau tak kena gaya, semua orang keliling jadi mangsa. hampeh.

Cuma, ada sesetengah pendapat kata..lelaki lebih ramai yang ada sifat semulajadi macam ni. Lelaki lebih ramai yang panas baran. Fakta mana, saya pun tak tahu.

Sejujurnya, saya tidak bersetuju. Manusia yang ada disekeliling saya dan yang panas baran ni bukanlah majoritinya lelaki sebaliknya wanita. hehehe. Ipar saya, sangat panas baran. Cuma, bila umur semakin meningkat..dia makin bijak control rasa baran dia tuh. Bagus!

Seorang teman saya, wanita. Waktu sekolah, pernah marahkan seorang lelaki yang ambil pencil case dia dan panas baran dia pun sampai. Habis meja dan kerusi, dia terbalikkan. Terbeliak dan kecut budak lelaki tuh! muahahaha.

Tapi, satu aje kelemahan manusia panas baran ni. Kita nampak dari luaran, mereka macam kuat. Hakikatnya, hati di dalam pengecut. Kalau tak percaya, pergi buat survey. Berapa ramai menusia panas baran ni, lepas habis dan puas memaki…kemudian menangis :)

Fikir-fikirkan lah dan selamat tidur. hahahaha


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

17 Responses to “Ramai lelaki panas baran? Biar betul”

  1. Melz 15. Oct, 2009 at 2:58 pm #

    ramai lelaki hati periang.. huahua …mara² cepat tua weh..kedut² + abes airliur …
    .-= Melz´s last blog ..Tutorial and Tips =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ye ke? tapi ramai gak yang jadi lelaki duka lara. wakakaka :P

    [Reply]

    Melz Reply:

    dem la spam protection nie..asyik salah ja…wakakaka next time ko buat contest bagi calculator plak la tak pon sempoa.. huahuaahua…

    Ala macam sama je…pompuan adagak yang panas baran..tahap Super saiya ke20… wakka
    .-= Melz´s last blog ..Terluka – Lyrics Oleh Melz.. =-.

    [Reply]

  2. meo 15. Oct, 2009 at 3:14 pm #

    entah… sy paling tak suke org yg brlagak hero. kemudian bile ajak face 2 face… kecut.
    .-= meo´s last blog ..Kucing yang bernama Stoking =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    itulah pasal. boring giler. baik lelaki, baik gurl..ade aje org camni.huhuh

    [Reply]

  3. Uruchimaru @ kf 15. Oct, 2009 at 3:41 pm #

    sama dgn mak gwe..lizZ

    [Reply]

    Lizz Reply:

    itulah. hampagas sungguh :P kehkehkeh

    [Reply]

  4. Mr K 15. Oct, 2009 at 4:02 pm #

    =S
    .-= Mr K´s last blog ..Melayan Jiwang 12 : Lagu Ini. Touching. =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ???

    [Reply]

  5. tokey blog pistonpecah 15. Oct, 2009 at 4:32 pm #

    ala…biase la…lelaki mmg la cpt mare…
    sabar pon ad hadnye…x semestinya panas baran x tentu pasal…
    marah dalam keadaan ad had…
    sbb kita kn ada agama…nk mare lebih2 kang syaiton yg menang lak…marah tp ad had…ad org mara tp ckp slow talk je org da taw die mare…hihi
    .-= tokey blog pistonpecah´s last blog ..Cage Of Death – Australia =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehehe. entak eh cuz lelaki kat umah aku ni..semue bukan pemarah nyer type. smue cool2. if marah, diorang kuar umah/ do something lah.tp, xder lak nk mengamuk maki2.

    tu yg kalo aku jumpe lelaki mengamuk hal kecik..rs nk baling aje ngn batu.muahaha

    [Reply]

  6. naz 15. Oct, 2009 at 5:04 pm #

    ahah, seb bek tidak bersetuju. ingtkn nak trying to create gender war td. hahah! btw, slalunye mmg llaki yg lbh pnas baran coz llaki lbh byk tggjawab than prempuan. espcially ble dah brkluarga, stress akn mngkat.heh. whtever pun, its all depend on situation. =)
    .-= naz´s last blog ..Chillaxing with Yoga! =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehe. actually, bukan aje situation..sifat semulajadi org tu sendiri pun yek gak. kalo die mmg jenis cool, prob camner pun..die akan orait aje.

    [Reply]

  7. x-po 15. Oct, 2009 at 5:21 pm #

    so kpd pmpn, kalau xnk laki mrh2, jgn wat hal xtentu psl ye, terutama time laki tgh lth2 atau tgh sbuk wat keje
    .-= x-po´s last blog ..PANDAI NASIHAT, TAPI SUSAH NAK APLIKASI KAT DIRI SENDIRI =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hah. bab lelaki ngah byk keje n gurl wat hal…sah2 aku tau lelaki akan panas baran giler2 kan?? hahaha.

    [Reply]

  8. fikri 15. Oct, 2009 at 7:28 pm #

    aku waktu baru tukar masuk universiti ni, memang serius panas baran… tpi, lpas dah kne lecture ngan mak aku, langsung x panas baran dah sampai skarang. :) (dia mengamok sbb aku mengamok kat adik aku.. lol)

    sekarang ni, kadang2 aku cakap still tinggikan suara. tapi mostly sbenarnya aku melawak je… aku dah x amek tu sebagai marah… member sume paham… x de hal… :D i’m cool man… wahahaha!
    .-= fikri´s last blog ..Com’on guys… Join The Countdown! =-.

    [Reply]

  9. Annesa 15. Oct, 2009 at 8:13 pm #

    aku selalu takut kalau dekat dengan org yg panas baran sbb takut aku pulak yang kena tempiasnya..prnh sekali berjalan dgn kawan aku yg agak panas baran ni,then adalah org terlanggar bahu dia sikit tp x mntk maaf sbb tak perasan kot,boleh pulak dia marah2 dan aku yg jadi mangsa kena dgr..dari tgh2 berjalan tu,aku stop dan ckp selagi dia tak berhenti marah,aku tak nak jalan..dan sekarang selalu nak kena ingtkn dia jgn lepaskn marah kat orang lain..nasib baik dah berubah dh
    .-= Annesa´s last blog ..Ex ajak pegi kenduri kahwin, apa nak buat? =-.

    [Reply]

Leave a Reply