seo
Archive | October, 2009

Ramai kawan, seronok atau menyusahkan hidup?

26 Oct

fren1

Original photos  here

Entry pagi-pagi ni, saya pasti ramai yang kurang setuju atau memang tak akan setuju pun dengan content yang akan saya taip. Terpulang. Kita punya rasa dan pendapat masing-masing dalam dunia nyata bukan?

Tak perlu diperdebatkan secara serius untuk entry kali ini kalau korang rasa tak selesa. Its only my opinion.

Sabtu kelmarin, saya bersama teman baik ke satu majlis perkahwinan yang seriously sangap habis. We arrived at 8pm and only got our first drink at 9:45pm ok. Mangkuk ayun kan?

Ok, itu bukan topik. Selingan saja. hehe. Mengutuk diperlukan dalam hidup juga. haha!

Kami semeja dengan kawan-kawan pengantin dari Kuala Lumpur. Mereka sangatlah hyperactive. Im not sure berapa umur diorang. Tapi, yang pasti older than me. Maybe same age with my bestie, around 29 years old.

Seronok tengok diorang bergelak-sakan.

5 orang semuanya. Pasti mereka teman baik. Nampak macam too close each other. Saya dan teman sekadar pandang antara satu sama lain dan senyum. Enjoy saja melihat gelagat mereka.

Terlintas dalam benak saya waktu itu. Betul ke seronok kalau punya teman ramai. Tak sakit kepala nak melayan setiap satu perangai?

Saya akui, satu ketika dulu saya pernah menjadi someone yang sangat caring. Semua perkara saya nak jaga. Kalau ada kawan, saya jaga hati mereka. Inikan pula kawan baik. Saya akan tatang bagai minyak yang penuh.

Soal keluarga, sentiasa menjadi keutamaan saya. Sejak dulu, hingga kini. Itu tak mungkin akan berubah. Mereka nyawa saya. Tulang belakang saya. Kalau mahu berubah pun, biar cukup kerana kematian.

Pendek kata, kalau boleh. Semua manusia dalam dunia ni saya mahu jaga hati mereka.

Itu dulu, pengalaman mengajar saya untuk tidak terus menjadi sebegitu. Bila punya teman baik yang waktu dia susah sayalah tempat dia menangis, waktu perlukan bantuan, sayalah tempat dia meminta bantuan. Pendek kata, dalam apa keadaan sekalipun saya akan ada bersamanya. Tapi, entah syaitan mana menghasut.

Saya pula dituduh mahu merampas kekasihnya. Saya ditinggalkan terkontang-kanting bila dia punya cara penyelesaian yang baru untuk masalah “berat” dia. Mana bahagian saya? Go to hell now “kawan baik” yang dahulu.

Tiada niat untuk berdendam.

Tapi, saya tak mungkin akan terus menjadi someone yang lemah. Tak kuaser. Saya selesa dengan life saya sekarang. Masih macam dulu. Saya someone yang lebih suka berteman dengan lelaki berbanding wanita. Betino, orang Kelantan sebut. kehkehkeh.

Saya tidak lagi mencari teman. Tapi, tak juga menolak teman yang datang. Sesiapa yang mahu berkenalan, silakan. Tapi, untuk menjadi teman rapat tak mungkin lah.

Hati saya sudah kering sebenarnya.

Cukup, dengan adanya pengganti kawan baik yang dulu. Thanks to God saya dikirimkan kawan baik yang tidak mungkin sesempurna seperti yang saya mahukan tapi masih menjadi antara teman terbaik sepanjang hidup saya. Itu sudah mencukupi.

Jadi, kalau ada yang terasa dengan saya atau apa saja..silalah pujuk diri sendiri. Saya tak akan memujuk.

Hidup saya, cuma untuk Allah sang pencipta saya, buat menjadi peneman ibu yang sudah 6 tahun bergelar balu, buat abang-abang yang mungkin memerlukan khidmat adik perempuan mereka bila tua nanti.hehehe. Pelengkap hidup buat adik yang saya tahu kekurangan kasih sayang seorang ayah, dan juga tempat berpaut buat teman baik yang sesekali terjatuh dalam hidupnya.

Korang semua macam mana? Selesa punya teman baik yang ramai?

Tips menjadi blogger yang bermoral

24 Oct

blog1

Aku ada masalah dengan manusia copycat idea orang.Bukan baru, dah lama. Kiranya, memang pantang larang dalam hidup aku lah. Ok, kalau aku dah start bahasakan diri as “aku” dalam entry..maksudnya memang aku tengah marah.

Aku tak nak sebut sapa, sebab kalau aku sebut nama..kang ada yang menangis sebab tangan aku ni kalau dah start mengutuk memang kaw-kaw punya. Penyakit bukan keturunan susah jugak nak pulih woo. Hahaha.

Kalau kau, apa kau rasa kalau ada orang yang suka sangat tiru kau buat itu ini?

Suka? Ok, sila blah dari sini sebab entry ni tak sesuai dengan kau. Kalau tak suka, ok..sila baca entry sampai habis dan wajib komen. Tolonglah support aku! Wahahaha.

Mental lah kalau balik-balik isu yang sama. Aku naik bosan dengan manusia macam ni. Kau buat diam-diam, lepas tu konon-konon nak jadi lebih baik daripada orang yang kau tiru. Masalahnya, dari dulu memang takkan jadi pun. Carca marba gila.

Dalam dunia blogging ni, ada pantang larang yang patut kau tahu. Mungkin kau tak tahu  kot. Aku bukan otai, tapi aku pun bukan lembap sangat macam kau. So, mari sini aku list kan pantang-larang tu naa. Baca baik-baik.

1) Kalau nak curi tajuk entry orang, biar bijak sikit. Make sure kau punya entry boleh beri impak lebih daripada blog yang kau curi idea tuh. If not, kau sure kena kutuk kaw-kaw. Belajar beb teknik merembat elok-elok naa. Haha

2) Kalau rasa-rasa nak tukar theme blog kau, make sure theme baru kau tak sama konsep dengan blogger-blogger yang kau close cuz wa confirm lah blogger yang kau tiru tu akan rasa tak puas hati gila dan tak happy ok. Banyaklah lagi template lain.Jangan jadi sengal ok.

3) Kalau nak pasang widget macam blogger lain boleh, tapi make sure kau tahu cara nak setting kat blog kau sendiri cuz if tak memang Nampak cacat. Itulah masalahnya kalau apa orang ada, kau nak jugak padahal tak reti apa pun. Aku tak mengutuk tapi mengata terang-terang ni naa. Kehkehkeh

4) Kalau kau nak tarik visitors ke blog ko, make sure kau jangan curi visitors blogger lain selalu sangat. Lagi-lagi kalau visitors tu “pelanggan tetap” blog kengkawan kau. Tak baik buat orang lain rasa tak best woo.

5) Kalau kau menulis entry, pleaselah guna ayat sendiri. Jangan tiru style orang lah wei. Bukan semua orang bodoh macam kau, sikit-sikit copycat style orang. Maybe orang takkan sound kau direct, tapi dalam hati diorang kau mana tau??? Berdosa woo buat orang macam tuh.

6) Berblogging bukan sekadar untuk kau cari duit atau meluahkan perasaan jiwang karat kau ke ape. Depends lah pada niat kau nak berblogging kan..tapi, pada aku. Blog ni boleh mengajar kau cara hidup dan bersosial dengan lebih elok lagi ok. Tak tahu maksud social??? Bukak kamus!

Johorean memang rude ke?

23 Oct

rude1

Saya baru kena sound dengan one of my friend baru-baru ni. Kami jumpa masa majlis perkahwinan teman kami. Ok, itu bukan topik utama. Jadi, boleh abaikan saja. hahaha.

Oleh kerana kami dah lama tak jumpa, jadi bila sekali berjumpa tu macam-macam loghat keluar. Tapi, saya sampai laa ni jugaklah tak boleh nak terima. Ada ke patut dia cakap orang Johor cakap kasar nak mati.kehkehkeh.

penat siut saya fikir. Tang mana yang kasarnya?

Alah, yang sebenarnya my friend tu macam terkujat lepas saya panggil dia macam ni “wei, perempuan sini jap” :) )

Lebih terkujat cipan lagi, bila dia asked saya kenapa saya panggil dia perempuan dan saya jawab macam ni “dah tu, kau nak suruh aku panggil wanita ke???”. muahahaha!!!

Selepas buat solat istikharah (ok, siapa percaya  dia gila!), saya rasa perlulah saya buat entry simple ni. Setakat nak perbetulkan prasangka kengkawan yang dari negeri-negeri yang mana tutur katanya tersangatlah sopan tapi perangai saya rasa sama aja dengan Johorean. lalalala

Actually, perlu diperbetulkan di sini. Bukan semua Johorean cakap kasar. Its, more to people yang duduk dan growth up dekat Johor Bahru aje. Bahasa kami rojak with people from Singapore. hehehe.

Lagi satu, perlulah korang ingat. Johorean ni mostly keturunan Bugis beb.

Sejak bila pulak Bugis ni lemah lembut. hahaha! Kami kasar. Tak payah sebut pasal family orang lain. Family saya sendiri pun berasal dari Kalimantan dan keturunan Bugis yang garang super.

Tapi, garang berpada-pada lah. Kami kasar. Style we all cakap memang macam rude tapi kalau dah dari kecik sampai ke besar semua orang cakap ala-ala macam tu…so, no hal pun! Smart dowh cakap kasar-kasar ni. kehkehkeh

Cuma, kalau orang luar yang tak biasa dengan kami punya style memang lah sakit jiwa. Sure rasa nak menangis kalau mula-mula cakap ngan we all. Konon-konon terasa macam we all ni tak suka diorang. wakakaka!

Jangan fikir macam tu pasni naa. Meh sini, saya berikan sedikit bahasa-bahasa Johor yang kami guna. Memang bunyi kasar tapi maksud dia tak beb. lalalala

1) Wei dol, kalau nak amik ni. Jangan lembap pulak

Ayat suci: Awak, kalau nak benda ni..amik lah. Jangan lambat ya. (geli buku lali aku baca. kahkahkah)

2) perempuan, awat ko macam mengenyam semacam ni. terkulat-kulat

Ayat suci: Janganlah macam ni, gedik sangatlah.

3) Wak lu!

Ayat suci: Tak baik cakap macam tu (Ya Allah, susah nye nak wat ayat baik. haha)

4) Bingai/bangang/sengal kau ni…

Ayat suci: memang jenis slow  ek? hehehehe

5) Kau boleh tak, buat kerja cikai jangan terkedek-kedek

Ayat suci: Kerja ni senang, boleh buat cepat sikit tak? (macam cakap dalam filem Yusof Selam lak. wakakaka!)

Jadi, bila ada kawan yang asal dari Johor Bahru macam saya..tak perlulah nak kecik ati atau ape bila saya panggil yang gurl as “perempuan” dan yang lelaki as “mangkuk ayun”. Tak ada maksud beb, its just our style :)

justify

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.