Nak lupa diri pun perlukan syarat
12 Oct
Jadi manusia, jangan mudah lupa diri. Jangan hidup kalau korang punya rasa ingin menjadi seperti itu. Andai korang hidup bersama-sama binatang atau apa saja jenis hidupan yang tiada diberi nikmat “perasaan” oleh Allah, itu lain cerita.
Tapi, itu tidak mungkin kan? Kita hidup dikelilingi manusia yang berotak, berakal dan berperasaan. Korang pun sama kan?
Semalam, saya dan family pulang ke kampung halaman ibu. Sejujurnya, saya tidak selesa setiap kali pulang ke kampung. Cara hidup kami berbeza. Saya tak mungkin boleh hidup lebih daripada 1 minggu di kampung yang cara hidupnya agak “classic”.
Saya cukup tidak tahan dengan cara mereka yang suka mengumpat. Waktu makan, waktu masak, waktu menyapu dan paling teruk saya rasa bila waktu nak solat pun sempat lagi berhujah bergosip. Please lah! Jauh di dalam sudut hati, hati kecil saya berkata dengan sedikit umpatan yang sengaja saya pilih.
“manusia-manusia ni solat beriya, masuk waktu pergi solat, tapi solat diorang ni untuk apa sebenarnya?
Orang-orang yang tidak ke surau, mereka pulaukan. Mereka jauhkan diri daripada orang-orang ini. Tuhan tak pandang serong pada orang-orang ini, tetapi mereka pula memandai-mandai menghukum. Alasan, tak boleh campur dengan orang yang tak pergi ke surau dan tak ikut serta majilis-majlis di masjid. WTfish.
Ok, itu topic lain, Sekadar selingan cerita ini. Mesej saya cukup simple untuk perkara di atas. Kalau orang hidangkan kamu dengan lauk yang basi, jangan pula kamu balas dengan sesuatu yang lebih hina tapi tukarkan hidangan kamu untuk orang itu dengan sesuatu yang lebih baik daripada itu.
Trust me, kalau bukan hari ini orang itu akan berubah..esok , lusa atau paling tidak pun 5 tahun akan datang.
Berbalik tentang soal lupa diri. Even tidak selesa dengan cara “kampung”, tapi tak ada lah pula saya menjadi kurang ajar. Tiada pula terniat dalam hati, bila sampai nanti saya tak mahu turun. Belum terfikir lagi geli hendak menjejakkan kaki ke rumah usang milik saudara mara yang kurang kemampuan.
Ibu saya juga berasal daripada keluarga susah. Walau saya tidak merasa semua itu, tetapi my mom setiap masa ingatkan pada kami adik-beradik tentang rezeki,usaha dan nasib. Jadi, itu tidak menjadi masalah buat kami.
Cuma, saya memang dari dulu agak failed setiap kali naik ke rumah papan. Segan . Setiap kali turn saya, saya akan pastikan tapak kaki menjadi selembut sutera sebelum memijak lantai papan itu. Saya selalu rasa macam, saya akan jatuh ke bumi. Hehehehe. Ok ok, nanti saya belajar lagi
Tapi, saya sedih melihat keletah saudara lain. Bukan semua, tetapi segelintir. Kalau tidak silap, mereka dari Kuala Lumpur. Ok, saya tahu Kuala Lumpur itu bandar besar. Suka hati nak berlagak dekat situ.
Cuma, tak perlu lah nak bawa sekali kemegahan korang tu dekat kampung. Cermin diri dulu. Siapa korang nak berlagak dan lupa diri. Rumah yang korang kata tak selesa, panas, berhabuk tu kan tempat korang bermain waktu kecil dulu? Bukan ke korang belajar dalam gelap di rumah ini jugak?
Pleaselah. Mual saya lihat gelagat “kebandaran” diorang ni. Rasa-rasanya, rumah saya di JB jauh lebih besar dan tinggi berbanding rumah korang kan di Kuala Lumpur tuh? Kalau tidak silap juga, rumah korang tu menyewa saja kan? Bagus lagi rumah saya di JB yang dah dibayar cash dulu.
Eh, sumpah saya meluat dengan manusia-manusia ini. Nak lupa diri biarlah guna otak. Sebelum lupa diri, pandang dulu diri tu baik-baik. Layak ke belum nak lupa diri. Bodoh punya orang.






emm org kg lizz mmg ler mcm tue mengumpata tue mcm dh habit aje =p
.-= Uruchimaru @ kf´s last blog ..PST…………… =-.
[Reply]
Lizz Reply:
October 12th, 2009 at 11:55 am
aku tak suke lah wei. aku rimas. yg pelik tuh, aku ngn mak aku dh wat muke sememeh dah xminat nk dgr..adoi, makin ligat lak cite.hoho
[Reply]
itu lah ada orang bila senang sikit mula nak lupa dulu pernah je hidup susah.
.-= Annesa´s last blog ..this is hard =-.
[Reply]
Lizz Reply:
October 12th, 2009 at 12:20 pm
tau xper, menyampahlah aku org macam ni. ngalahkan org yang btul2 kaye2. diorang yg kaye ni aku rs tak lah meluat sgt kalo diorang nak berlagak sekalipun. hahaha
[Reply]
sbb tu aku ada wat entry tjuk biar orang wat jht kat kita, tp jgn kita wat jht kat org..xpsl2 plak kita dpt dosa free je
.-= x-po´s last blog ..MELUAT BETUL LA DENGAN SI GEDIK TU =-.
[Reply]
Lizz Reply:
October 12th, 2009 at 12:23 pm
itula. aku wat entry ni pun dah dapat dose melimbun2 ni. ni,diorang nyer pasal lah ni.muahahaha
[Reply]
wannabe la tu..dah senang lupa asal usul..
kalau dari kecik senang no wonderla sebab tak penah susah kan..
ni tidak kecik main kaki ayam,dh besar panjang jijik pijak tanah..ape kes
.-= izwan7´s last blog ..Rahsia lelaki =-.
[Reply]
Lizz Reply:
October 12th, 2009 at 4:16 pm
tau tak per. ramai aje macam ni wei. cume, nasib bertuah ke malang ajelah kalo jumpe manusia macam ni. aku malang.. muahaha
[Reply]
wakaka aku boleh salah 8+3 = 12.. wtfish ? bengap betul mate aku… neway Quote : itula. aku wat entry ni pun dah dapat dose melimbun2 ni. ni,diorang nyer pasal lah ni.muahahaha.. ntah tatau la dose ke tak..huahua ekceli kite mengingatkan kan ? x da pape kot ;P uhuks just my 5cent
.-= Melz´s last blog ..MunaSarawak Diriku =-.
[Reply]
Lizz Reply:
October 13th, 2009 at 12:17 am
hahaha. tapi, aku rase dosa ade gak ni dapat sikit kat aku. macam share saham gitu. muahaha. ko skolah mane dulu? kehkehkeh
[Reply]
uurrrmmm… aku nye family memang asal kuala lumpur gak… tapi, sbb ayah aku kne pindah tempat keje kat taiping, kitorang kne pindah sana dan di sbbkan ayah ngan mak aku baru kawen & dpt aku ngan adik aku sorang
kitorang agak ssh lah juga. waktu kat kuala lumpur, mak ngan bapa aku dok ngan nenek & atok aku… memang diorang senang cket sbb atok aku bnyk gak ah duit dia…
kat taiping, kitorang dok kat umah pusaka moyang aku. rumah tu umah kayu lah juga… tapi serius… penuh ngan jln maut. lantai rumah bnyk giler pecah. seingat aku, aku memang takut lubang2 yg de kat lantai tu masa kecik dulu sebab memang lebih drpd muat ngan saiz bdn aku.
lama gak kitorang dok situ seblom mak ngan ayah aku senang sikit lpas meniaga. sekarang ni umah dah batu dah… tapi, disebabkan aku dok umah tu lama… aku rasa aku nampak hidup susah drpd situ. umah tu bapa aku dah jual kat org lain sbb x de sapa family yg nak.
walaupon umah tu truk mcm tu, skarang ni aku ngah struggle cari duit walaupon umo baru 20 tahun. aku nak beli balik umah tu… itu lah tempat asal aku walaupun dlm IC nombor kawsan aku 14 (kuala Lumpur). Serius, aku dtng KL ni pon sbb nak blaja… sape yg nak dok sini? ngan panas nye… ngan x aman nye… suasana kampung memang the best.
aku membesar mcm org lain gak… aku serius bkn truly bdak kampong. aku blaja gak standard2 ni… tapi, kalo campak aku kat kampong pon aku x de masalah nak hidup laaa… lagi happy ada laa… wahahaha! kat situ lah 1st time aku lemas kat sungai dpn umah… mak aku x mo kawasan umah sbb de ular kat pagar & mcm2 lagi. sume tu kalo kita kenang memang boleh baiki diri kita… kita kne igt asal usul…
ps: aku igt lagi jamban umah kayu aku tu dulu de kat luar umah. memang seram sejuk aku nak gi tandas kalo mlm2… bapa aku lah dulu yg jadi mangsa… ahakz!
.-= fikri´s last blog ..Com’on guys… Join The Countdown! =-.
[Reply]
Lizz Reply:
October 13th, 2009 at 5:46 pm
erk. aku teringat tido umah sdare aku kat Melaka dulu., pagi2 aku bangun dgr sore katak2 bersukerie. wat party bezday kot. wahahaha!
skali celik2 mate.. katak ade depan pintu bilik!!!! mau menjerit aku!! wakakaka.mase jadi mende tu aku kutuk2 kaw2 lak umah tuh. tapi, bile dah borak2 duduk sembalng balik.. aku bantai gelak n its very funny and itu experience lah kan.
hehehe
[Reply]
fikri Reply:
October 13th, 2009 at 7:29 pm
wooOooo… aku memang ske katak time kecik… kalo dpt baling best giler… x tau nape… maybe sbb bdn dia lembut + berat kot…
[Reply]