seo
Archive | October, 2009

Nak merepek pun boleh

31 Oct

Gila ar bila tak ada mood nak menaip ni, memang tak boleh nak paksa. Ini pun, sengaja saya buat-buat macam..alangkah seronoknya menaip dalam blog sendiri. Motivasi konon-konon.

Kalau korang rasa nam merepek dekat blog saya malam ni, silakan. Malam ni saja. Sementara mood tuan blog tengah baik hati nak bagi korang merepek. muahaha.

Ah, damn lah. Kenapa hari ni bosan sangat. Nak kata tak  kuar rumah, dah merayap dah pun. Siap dah balik dah ni. kehkehkeh. Tak apa. Mungkin, hormon Sabtu tengah tak best lah kot. hahaha.

Hmm, now saya tengah tonton Idola kecil. Ah, silakan gelak. hahaha. Saya memang sukakan kanak-kanak. Even, saya anti gila dengan program-program Tv9 selama ni..tapi kalau bab-bab Idola Kecil sejak musim pertama, saya tak pernah skip. kahkahkah.

Sorry lah, tak ada hidangan saya nak beri korang baca hari ni.

Tengoklah, kalau rajin sikit dan hormon tengah malam kang elok sikit..adalah kot entry baru menyemak kat sini. hehehehehe. Selamat berhujung minggu korang!!! Cheer ya! Love u all :)

Campaign assignment from ChurpChurp!

30 Oct

111

Soalan pertama saya pada si ChurpChurp :)

Bila daa nak bagi earning yang super masyuk macam Nuffnang ek? muahahahaha. Ok, ok. Saya tahu. Jadi manusia, tak boleh tamak and sila belajar untuk bersyukur wahai Lizz oi. hehehehe.

Erm, rasanya ramai dah tahu kan pasal

ChurpChurp. Ada yang still tak tahu lagi ek? Ok, tak apa. Maybe korang boleh refer entry Yehaa! ChurpChurp bagi 2 tugasan

Mana yang dah tahu, jom proceed ek.

Korang punya earning dengan ChurpChurp ni camner ek? Ok ke? Saya punya sentiasa ada campaign, tapi tak berapa masyuk lagi. Al-maklum, follower dekat Twitter tak ramai sangat kan??? hahahaha. Bawah ni, earning terkini.hahaha.

c2

So, far, baru dapat 6 Campaign ChurpChurp. Not too bad lah. hehehehe.

This week, saya baru dapat campaign Xpax Blackberry Prepaid Plan! Tak payah tunggu lama pun, 1 jam aje kot before ChurpChurp approve. hehehe. Thanks!

c1

Saya sebenarnya taklah berharap sangat dengan ChurpChurp ni, maybe because earnings dia terkedek-kedek and maybe jugak saya tak jumpa lagi tips best-best untuk bagi earnings masyuk dengan ChurpChurp ni kot :P

Tak apalah. Sikit-sikit pun, bergerak jugak. Ada rezeki, adalah nanti tu merasa duit ChurpChurp lak. hehehe. So, you guys..mana yang ada tips nak bagi earnings ChurpChurp gwe masyuk, oh.sila-silalah share apa yang patut. wakakaka!

Siapa yang rasa-rasa nak add me dekat twitter, boleh add kat guna ni username lizarazak

*Updated: Hahahaha! ChurpChurp dengar rintihan hati gwe kot. Tengah tulis entry ni, tup-tup dapat lagi 1 campaign from ChurpChurp. kehkehkeh.

c6

Klik untuk besarkan imej

Kenapa lelaki je yang banyak keluar modal waktu dating?

29 Oct

sasa

Korang sure pernah bercinta kan? Kalau belum, tak apa. Boleh jugak buat-buat macam confident tahap dewa macam dah 1000 kali putus cinta. Saya no hal!hahaha.

Ok, katakan korang dengan your partner pergi dating.

Siapa yang banyak berhabis duit ek? Lelaki atau perempuan? Atau mungkin juga keduanya? Ada sesiapa nak share? Kalau ada yang dah broke up dan nak mengutuk pasangan masing-masing yang kedekut tahi hidung masin tu pun boleh. Bisa aja :) )

Oklah, let me start it first ya.

Honestly, saya memang tak suka dengan istilah kedekut tu sendiri. Sekali orang kedekut dengan saya, 10 kali saya super kedekut dengan dia. Itu cara saya. Nampak kejam tapi memang saya suka dan gembira tahap terbelah langitlah kalau dapat balas balik.hahahaha.

I dont care.

Ok, jadi. Tak ada  siapa yang banyak berhabis duit masa keluar dating dengan saya. Kalau bukan dating sekalipun, saya memang bukan kaki kikis duit orang. Sorry,kalau ada yang terasa.

Pengalaman lepas, bila kami keluar dating.

Saya ada cara tersendiri. Masa first date, of course si lelaki sure poyo-poyo nak tunjuk kasih sayang super kan? So, i just let it go lah. Suka hati sebab saya pun jenis tak suka nak manja-manja geli-geli depan khalayak ramai.

Tolak-tolak, gesel-gesel bahu, konon nak bayar bil sendiri. No need lah.Macam budak-budak.

Saya biarkan si lelaki bayar. Cuma, dalam kepala otak saya akan ingat yang si dia dah pun keluar duit untuk saya kali ini. So, i need to balas balik. Of course, for the next dating..i will pay lah.

Saya bukan apa, kadang-kadang saya tengok ada antara kengkawan saya yang macam ambil kesempatan lah dekat lelaki. Seriously, saya tak suka.

i just watch it ajalah kan.

Pergi makan tempat mahal-mahal, si lelaki yang keluarkan duit. Lepas tu, pergi pulak tengok wayang, eh eh si lelaki jugak keluar kan duit, Tiba-tiba nak pula pergi shopping pun si lelaki tolong bayarkan bil.

Eh, pleaselah. Belum jadi suami isteri wei.

Berpada-pada lah kalau sayang pun. For me, baik lelaki mahupun perempuan kena alert lah perkara ni. Kalau rasa-rasa pasangan kita macam ada ciri-ciri kaki kikis or kedekut, bawa-bawalah blah kan diri woo.

Sekian, jangan marah sesiapa yang terasa. :P

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.