5 tips buang rasa risau sebelum jadi sasau
26 Sep
Risau sudah sebati dalam diri setiap orang yang dilanda masalah bukan? Janganlah bohong diri sendiri dan mengaku yang kamu terlalu hebat terima masalah yang mendatang tanpa risau itu dan ini.
Tipu kan?
Kita hidup menumpang di atas bumi Tuhan ni, pasti ada 1001 masalah malah lebih daripada angka itu sebenarnya. Hidup lawannya mati. Kaya lawannya miskin dan senang lawannya susah.
Rata-rata kita punya masalah. Kalau bukan soal wang, mungki masalah dengan keluarga. Paling tidak pun, masalah kecil dengan teman-teman. Zaman sekarang, budak seusia 11 tahun pun sudah punya masalah cinta ok!
See. Mahu atau tidak, kalau sudah masa giliran kita untuk terima masalah, tak ada apa yang boleh tegah. kan? Masalah tu sekadar ujian Tuhan. Korang boleh pilih samada mahu terima dan jalani saja ujian itu atau menolaknya. Imbalannya bergantung pada korang jugak.
Bukan semua antara kita yang boleh lapang dada terima ujian Tuhan. Saya pun kadang-kadang tersasul dan lemah juga bila ada saja ujian Tuhan buat diri kerdil ni. Haih.
Risau dan bimbang selalu ada dalam diri kita kan?
Risau kalau-kalau ujian tu terlalu sukar untuk kita tempuh. Bimbang pula memikirkan impak ujian tersebut pada diri kita nanti. Jadi, kali ini saya ada sedikit tips yang saya gunakan bila timbul sedikit rasa risau setiap kali ada “Ujian” dari Pemilik dan Pencipta hakiki saya. Ini yang saya lakukan :-
- Tarik nafas panjang dan sedalam mungkin. Saya akan pejamkan mata saya dan berkata di dalam hati, “ujian ini untuk bersihkan dosa-dosa kecil aku barangkali. Aku perlu jalani jugak mahu atau tidak.”.
- Sedar dan terima hakikat yang kita sedang diuji. Ah, ini memang sangat sukar untuk saya sebenarnya. Sakit bila mengenangkan kenapa saya yang perlu jalani kerisauan itu dan ini. Kenapa tidak orang lain. Kenapa teman-teman saya seolah riang saja tanpa masalah? Itu cuma mainan hati yang tak tenteram! Percayalah. Cuba kamu dekati dan selami hati manusia-manusia lain sekeliling kamu. Mereka juga sebenarnya sedang diuji!! Bukan kamu saja….
- Percaya bahawa ujian dan kerisauan itu pasti wujud dalam hidup manusia. Jadi, kamu pasti rasa lebih tenang. Setiap kali saya fikirkan begini, saya akan jadi lebih tenang dan lebih tegar jalani hidup. Hidup itu sesuati yang menyeronokkan!
- Cari someone yang kamu percaya. Tidak ramai manusia yang saya boleh ceritakan hal hidup saya. Saya sangat susah mempercayai orang. Tapi, bila saya ada masalah atau sesuatu yang merisaukan saya..i will find someone to share with her/him. Silap sesetengah orang is bila ada problem, sorokkan. Pendamkan. Go to h***. Kamu pasti akan menjadi manusia paling tidak seronok kalau begitu! Share share share beb!
- Simpan niat dalam hati yang saya takkan risau tentang perkara itu. Lupakan saja masalah. Isikan masa-masa dengan sesuatu yang paling best dalam hidup korang. Macam saya, saya akan dengar lagu dalam kereta sambil ronda-ronda taman. Bila bosan, saya layan DVD. Paling busuk pun, saya pinjam anak-anak saudara dan layan diorang main game.hehehe. Masalah cuma menyakitkan saja. Lupakan lah.




boleh jadi panduan ni…tp bab nak share dgn org ni yg payah skit. bukan sebab ego tp lebih pada taknak susahkan org lain dgn mslh kita.
[Reply]
nesca Reply:
September 27th, 2009 at 2:19 am
betul gak. kadang² nak cerita tapi tak semua orang leh reply balik. aku kalau orang cite problem, kalau nak tolong dengar tu aku no hal je tapi nak bagi kata² nasihat ke cadangan ke nak pujuk ke memang fail
[Reply]
Lizz Reply:
September 27th, 2009 at 11:00 am
hehehe. kalau aku plak. biler aku cite hal aku kat someone tuh..mmg dah set kat kpale otak aku yg aku just nak share bukan nk mntk advise mangkaw2 dr diorang. cukup sekadar luahkan aje then aku dh cukup rs bebas n tenang balik.hohohoho
[Reply]
Lizz Reply:
September 27th, 2009 at 10:58 am
Rosli, jangan fikir macam tuh. fikir positif saja. Dalam dunia ni, macam2 perangai manusia. tak mustahil ada yang boleh jadi pendengar setia kamu
[Reply]
Rosli Reply:
September 27th, 2009 at 11:58 pm
setuju sgt…insyallah aku dah jumpa orgnya
and hopefully dialah yg jd peneman setia aku ke akhir hayat
amin…
[Reply]
salam liza
mmg btl ape yg liza tulis kat ctu…if kt ade mslh, better kt share dgn some1…luah kan…sbb suma 2 akn wat kt lbh tenang….
tp….baru2 ni ein dpt teguran dr seorg kwn…tahun ni terlalu byk mslh wat diri ein..dugaan dtg silih berganti..alhamdulillah ein tabah hadapi suma 2…kwn 2 berkata, ein asyk dgn prob je..nnt suma kwn akn lari..kata2 dia wat ein terpikir…adekah slama ni ein slalu menyusah kan kwn2 dgn meluah kan segala masalah ein pd mereka…kwn 2 wat ein pk, mayb after dis, ein ptt pendam kan je…xnak susah kan sape2 lg….
**maaf…terkomen pnjg lak kat cni…maaf ye**
[Reply]
Lizz Reply:
September 27th, 2009 at 11:04 am
its ok. panjang tapi tak lari topik pun
dari ape yg ein cite ni, for me and to be honest ok..ein dah tersilap orang utk share problem ein rasenya. kalau diorang to ikhlas jd pendengar, diorang xkan cakap macam tuh. actually, mmg btol ape yg diorang cakap..biler kite ni idup asik ade masalah aje..kwn2 akan lari cuz xnk same2 rase beban masalah kite tuh.
tp, itu bg kwn2 yg SEKADAR DATANG WAKTU SENANG aje. mmg ade spesies manusia mcm ni. kite kene pandai pilih kwn yg btul2 ikhlas ngn kite lah…
[Reply]
nzms_ein Reply:
September 27th, 2009 at 5:57 pm
hurm..mayb juga…sbb ein x bp kenal pun dgn kawan 2..dia juz tau ein ade prob je..but, kwn2 ein yg lain suma ok…diorg sentiasa di sisi utk bg support…
bukan sng utk cari kwn yg sejati tp sng sgt utk cari kwn semasa kt sng…
[Reply]
nice post.
mmg xleh lari masalah.
cuma hadapi nye dgn sikap rasional, bukan emosional.
kalau ade masalah, berdepanlah dgn masalah, jangan lari.
bring it on, oh yeah!
[Reply]
Lizz Reply:
September 27th, 2009 at 11:06 am
yeah. itu yang saya buat. hadapi sajalah. Aturan hidup kita dah ditentukan oleh Allah sebenarnya. jalani saja untuk sampai ke penamat
[Reply]
siapa lagi yg boleh hepikan diri kita melainkan diri kita sendiri..nak tak nak kene campak itu masalah jauh2.even kadang2 rase dunia ni sempit.erk.dunia luas la.merepek je ckp sempit.peti ais pon luas ok.
[Reply]
muahahaha! dunia mmg luas, tapi bagi orang yang dibebani problem aje..diorang akan rase dunia ni seluas liang lahad saja.
aku pun ada aje problem sebenarnya.tapi, memang tak suka nak buat muke 10sen depan kawan2. dah macam mayat hidup nanti. so, hepi2 kan diri aje. hohohoho
[Reply]
aku akui sejak aku buat bisnes..otak aku makin risau memikirkan banyak hal2…sebelum aku jadi sasau,,,berikut adalah perkara yang telah aku buat sejak2 akhir nie…
1. aku nyanyi kuat2 kat dalam kedai,atas motor,atas kereta,dalam bilik air, dan last sekali aku jamming ngan budak2..
2.aku kacau member2 aku dengan lawak2 bodoh..kadang2 diaorg sampai feddup ngan aku..
3.aku belasah dan sepak bola sepenuh hati..
4.buat blog..hahaha ini lagi ler…..sepanjang hidup aku tak reti nak tulis karangan panjang2(tulis diari lagi ler)..disebabkan aku rusing (risau)ler aku kenal org blogger (lizz,lyn,lumut,imam,rona dan ramai lagi…)
5. sebenarnya banyak lagi benda2 bodoh aku buat..tapi cukup ler tue….hua..hua.hua..(lagu ini best siut)
[Reply]
Lizz Reply:
September 27th, 2009 at 6:44 pm
wakakakaka! bagus sungguh kau ni. actually, even nampak sangat mende2 yg ko wat ni macam dibuat2 tp tak ape. cuz aku pun sllu wat camni cuz jnji leh wat aku hepi super duper. hohohoho.
nyanyi is the best part even sore cam katak.muahahaha. bola aku xwat cuz aku kan takut bola.kehkehkeh
[Reply]
dulu aku suka lari je dr masalah sbb tu terima pegi oversea pun sebab nk lari dr masalah..kononnya xnk blk msia lg..tp tiap2 tahun pn blk sebenarnya..bila dah semakin banyak perkara berlaku, barulh sedar kenapalh asyik nak lari je,.buknnya tak boleh nak cari jalan penyelesaian.
[Reply]
Lizz Reply:
September 27th, 2009 at 7:02 pm
yeah. takpelah. at least kau dah sedar yg setiap masalah tu pasti ade care terbaik utk selesaikannya kan? mende yg lepas tuh, jadikan pengajaran wat diri kau. tak rugi ape pun.
[Reply]
hish.. susah jugak nak cerita masalah kita kat org.. tapi selalu nya aku becerita.. tapi paling kerap aku mendengar masalah org.. hohohoho! agak pening jugak tapi aku berusaha bagi pandangan yang baik dan tenangkan diri kawan tuh.. masalah akan sentiasa wujud selagi mata tak akan pejam selama-lamanya.. huhuhu.. T__T jadik layankan aje masalah yang ada.. kui3
[Reply]
buat2 sibuk jer.. hehe..
[Reply]
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.
[Reply]
http://iorichee.wordpress.com/2009/01/09/kita-sering-bertanya-al-quran-dah-menjawapnya/
other view of mine……
iorichee´s last blog ..Perubahan hidup di kampung dan bandar….
[Reply]