30
Betul tak lelaki cerewet?

Secara logik dan rata-rata orang kata, perempuan agak cerewet tentang apa-apa hal. Saya tak menyangkal fakta ini,memang ada benarnya. Rasanya, normal kalau perempuan cerewet.
Tapi, fakta pun adakalanya tak boleh pakai.hehehe.
Apa kata korang kalau saya katakan sebenarnya lelaki pun ada saja yang cerewet macam perempuan? Malah, ada masa lebih cerewet. hehehehe
Tak perlulah saya nak beri contoh orang lain. Contoh terbaik dan pasi tidak diketahui dan takkan berjaya dijejaki, amik saja abang-abang saya sebagai bahan ujikaji kita ok. wakakaa.
Saya ceritakan, korang boleh fikirkan sendiri samada mereka ni spesies lelaki cerewet ataupun tidak ok.
Abang sulung saya. Lelaki yang pada saya sangat-sangat cerewet yang pernah saya kenal dalam hidup. Pening saya. Apa saja yang dia mahu, kami semua perlu buat dengan elok. Kalau dia kata sila kemas rumah, kami perlu buat lebih daripada itu. Bila dia sampai ke rumah, apa dia akan buat? Ok, abang saya ini akan guna jari macam iklan shampoo rejoice tu untuk periksa tahap ketebalan habuk. hahahaha.
Mana yang dia tak periksa?almari, kerusi, lantan, kipas pun dia periksa ok!
Mula-mula menyampah. Tapi, kalau abang saya tak buat macam tu..dah tentu saya jadi perempuan pemalas yang type goyang kaki sambil tengok jangan lupa lirik kot sekarang.
Lagi satu, abang sulung saya ni sangat cerewet bab hidang makanan. Dia cuma akan makan kalau makanan dah dihidangkan wife dia saja. Tapi, cerewet ini takkan laku dengan my mom. Siapa nak makan, amik sendiri. hahaha!
Jadi, terima kasih abang Udin. Cerewet kamu buat saya tak lupa yang saya seorang perempuan. wakakaka!
Cerita abang kedua pula. Kami tidak rapat. Tapi, dah nama adik abang kan? Saya pasti tahu juga perangai cerewet dia tuh. Ok, abang saya yang ini agak cerewet hal-hal kebersihan menda-menda yang melekat pada badan dia. hahaha!
Isteri dia perlu pastikan baju bergosok tanpa seline pun yang tertinggal. Kalau ada, sila siapkan baju baru ok. Annoying kan? Menyampah siut. muahaha. Baju tak boleh kotor sedikit. Macam budak-budak. Asal kotor, nak tukar baju baru. Adoi. Cerewet sangat. Saya pulak rasa nak hepuk aja dengan mesin basuh. muahaha
Ok, lain pulak kalau cerita abang saya ketiga. Antara kami, dialah paling bijak. Kalau dibandingkan dengan saya, ibarat langit dengan dasar laut kot. kahkahkah. Cerewet dia pun boleh tahan.
Dek kerana dia terlalu taksub dengan belajar, cerewet pun hal belajar jugak. Boring gilak. Saya tak suka belajar dengan abang saya yang ini. Psiko gilak. Kalau formula matematik saya tak betul aja, dia mula bising-bising. Padahal, formula tu kalau tak ada pun tak kisah! Cerewet.
Dah lah cerewet, lepas tu bila saya tanya formula yang betul…dia jawab macam siut ok. “siapa yang belajar sebenarnya ni?”. hek eleh. Kecik ati saya tau. kahkahkah.
Itu aja kot hal cerewet si lelaki ni. Eh, ada lagi. Seorang lagi makhluk lelaki dekat rumah saya. Adik bongsu saya!
Sumpah annoying tau. Dia sangat cerewet dengan harta benda dia. Apa-apa saja milik dia, kalau nak pinjam boleh. Tapi, dengan syarat yang sumpah buat saya naik muntah pink tau.
Sila make sure tangan tak berminyak before pegang harta benda dia. Ngader-ngader kan? Kalah perempuan woo.hahaha
Ada tak lelaki-lelaki yang kat sekeliling korang cerewet macam abang-abang dan adik saya?

Dah dapat, senyap boleh tak?
Peringatan! Entry kali ini agak serius dan akan menyentuh isu yang agak sensitif pada sesetengah orang. Bukan saya. Im very open minded person. Setakat isu virginity dan isu buka baju sana sini, saya tiada hal.
Baru-baru ini, saya berborak panjang bersama seorang teman.
Isi perbualan kami agak berat hari itu. Saya dengan cerita saya, dan begitu juga dengan dia. Satu persatu cerita silih berganti. Akhirnya, kami sampai ke satu topik yang hanya untuk orang-orang “dewasa”. (dewasa bukan tua ya kengkawan. hahahaha!)
Isu “main” antara lelaki dan perempuan. Ok, boleh tinggalkan blog saya sekarang kalau korang tak faham apa maksud “main “. Kamu masih terlalu muda maksudnya.
Saya terlalu faham dengan istilah ini. Bukan baru. Sudah lama. Pengalaman teman-teman dengan aktiviti “haram” yang sengaja mereka halalkan itu mengajar saya untuk memahami istilah itu.
“main” orang dewasa bukan seperti main guli.
Sejujurnya, saya tidak pernah pandang serong pada mereka yang pernah “main”. Itu bukanlah hak saya untuk menghukum dan menilai orang. Itu antara mereka dan Tuhan. Bukan saya.
Tapi.
Bukanlah juga saya menggalakkan “main” di antara couple ok. Tepuk dada, tanyalah hati sendiri. Jika mahu bonus dosa, lakukanlah. Kalau rasa beban di bahu kiri sudah cukup. Berhentilah.
Sendiri mahu hidup. Pandai-pandai lah kamu. hehehe
Cuma, satu persoalan yang buat hati saya sedikit sakit bila memikirkannya. Bukan sekali dua cerita ini saya dengar. Sejak kes teman sekolah sampailah kini tetap cerita sama.
Ok, saya tidak puas hati bila si lelaki sudah dapat apa yang dia mahu, mereka akan canangkan pada seisi alam buana tentang kisah “malam permainan” mereka!
teruk bukan?
Sudahlah merasa tanpa hantaran dan mas kahwin, apa yang terhidang korang ratah. Janji itu dan ini. Imbalannya apa? Jaja cerita ke sana ke mari???
Pleaselah. “main” itu pun sudah satu dosa bukan?
Tak perlulah merasa hebat mencanang cerita. Habis cerita apa yang korang dapat ratah tersebar. Tak elok kan? Please stop it lelaki.
Saya sendiri kurang pasti apa alasan mereka berbuat demikian. Bangga dengan perbuatan terkutuk? ataupun perbuatan terkutuk itu difikirkan bisa menjadi motto hidup buat teman-teman lain juga?
Boleh sesiapa berikan jawapan pada kami wanita-wanita ini???
OKOK. (Sila baca macam OK pertama dan OK kedua itu terletak berasingan ok. Jangan lampi sangat.) Malam semalam, malam terakhir untuk saya dan adik tidur dengan nikmatnya. Kalah nikmat malam pertama pengantin kot.
Why?
Sebab, kami tahu malam ini kami tidak akan tidur dengan lena. Memikirkan Isnin yang tidak best akan datang esok hari. Masing-masing perlu jalankan tanggungjawab yang mak kami pesan tiap-tiap hari jam.
Risau sudah sebati dalam diri setiap orang yang dilanda masalah bukan? Janganlah bohong diri sendiri dan mengaku yang kamu terlalu hebat terima masalah yang mendatang tanpa risau itu dan ini.
Tipu kan?
Kita hidup menumpang di atas bumi Tuhan ni, pasti ada 1001 masalah malah lebih daripada angka itu sebenarnya. Hidup lawannya mati. Kaya lawannya miskin dan senang lawannya susah.
Rata-rata kita punya masalah. Kalau bukan soal wang, mungki masalah dengan keluarga. Paling tidak pun, masalah kecil dengan teman-teman. Zaman sekarang, budak seusia 11 tahun pun sudah punya masalah cinta ok!
25
Saya cerewet hal tag tag.
Heh? Kena tagged dengan si orenlili. Dah lama saya tak jawab tag. Tapi, kali ni punya tag macam lain daripada yang lain. So, i just decided to answer it.hehehe
The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
Kamu sudah punya pasangan atau belum? Kalau disoal pada saya, sejujurnya saja saya katakan belum dan saya masih belum berpunya. Buat waktu dan saat ini, saya masih mahu sendiri tanpa ada tanggungjawab besar yang bergantung di bahu.
Saya masih belum bersedia untuk bergelar isteri untuk usia 25tahun.
Iya, saya tahu ada yang mengatakan umur 25tahun sudah selayaknya untuk kita punya keluarga. Kalau kamu pembaca tegar artikel milik saya, pasti ada sekali dua kamu terbaca sindiran dari teman-teman yang meninggalkan komentar.
Honestly, saya mahu jawab yang lain. Jauh di sudut hati saya, ada sesuatu yang ingin saya coretkan dan mahu saya gunakan untuk membela diri bagi sesiapa yang memberi komentar berbaur sindiran itu.
Namun, saya punya akal. Saya punya otak yang masih waras untuk saya gunakan.
Bimbang kalau-kalau jawapan saya akan mengguris hati teman lain yang sudah pun berumah tangga sewaktu usia muda, atau paling tidak pun risau andai jawapan saya itu nanti bisa membuat mereka berfikir-fikir kelak.
Tidak baik bukan?
Biarlah kamu dengan sindiran kamu. Asal kamu bahagia. Silakan dengan cara kamu menyindir kehidupan saya. I dunt care.hahaha
Berbalik kepada soalan saya. Apa kalian sudah berpunya atau belum? Sama kayak gwe? Masih jomblo ya?hehehe.
Itu bukan intipati untuk entry ini. Sekadar seloroh pembuka bicara. Tak usah risau andai kamu masih belum punya jodoh. Serahkan pada Tuhan. Kita cuma mampu berdoa dipertemukan dengan jodoh yang tepat. Itu sudah memadai.
Pokoknya, saya cuma mahu tanya pada mereka yang sudah berpunya. Berpunya di sini, maksud saya untuk mereka yang mungkin sudah punya pasangan hidup yang sah (suami/ isteri), mungkin juga pasangan separuh sah (tunangan orang) atau mungkin juga buat mereka yang punya awek/ balak .hehehehe.
Kamu semua pasti ada cerita masing-masing bagaimana bisa ketemu kali pertama dan seterusnya bercinta. kan?
Jadi, kalau ada yang tidak kisah berkongsi cerita…silakan!
Apa cinta kalian mulanya di pawagam sewaktu menonton filem? atau juga, cinta kamu sekarang asalnya musuh ketat kamu suatu masa dulu? atau cinta milik kamu itu sebenarnya pasangan chatting di alam cyber saja???
Ayuh, cerita dong!!! Peace
22
I love them so much!
Salam semua. Cepat aje kan dah raya ke 3. Esok dah masuk raya ke 4. Rasanya ada yang dah kena masuk kerja balik kot naa?hohoho. Mujurlah kitaorang terus dapat cuti semester for 1 week. kehkehkeh.
Tak ada apa sangat nak tulis untuk hari ni. Bukan tak ada topik untuk saya bicarakan. cuma belum masanya lagi. Masih dalam mood beraya kan? Bimbang pulak kalau-kalau saya menulis artikel yang mungkin tidak disenangi orang raya-raya ni. Tak pasal-pasal tambah dosa. wakakaka.
Siapa Punya Blog?
Empunya blog ini bernama Lizz. Tiada istimewa kalau dilihat dengan mata kasar, tetapi punya kehebatan tersendiri untuk meneruskan hidup. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!
Komen Kamu
- Lizz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Lizz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Lizz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Lizz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- rohaizad on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
Cerita Baru
- Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Adakah Innity Sesuai Untuk Blog Anda?
- Haram Ke Kalau Kita Berkawan Dengan Pengkid?
- Bukan Senang Nak Suruh Saya Jawab Tag. Kali ini Mello Berjaya!
- Entry Khas Untuk Geng Blogger Yang Superb!
Cerita Panas Sikit
- 100% HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
- 94% CLOSED ~ Contest: Menangi wang RM50
- 92% Sticky note: Contest 3 in 1 for you-closed
- 65% Tips menjadi blogger yang bermoral
- 63% Earnings Nuffnang bertambah lagi!
- 59% Your lover cheated, forgive him/her or say bye bye?
- 51% Permohonan Maaf AdukaTaruna Kepada Rakyat Malaysia, Saya Terima!
- 50% Kenapa lelaki je yang banyak keluar modal waktu dating?
- 48% Perempuan akan nampak manis kalau ada 5 perkara ni
- 48% Part time job
FOLLOW ME
Hal Penting
