Zina itu haram, namun benihnya tetap suci
20 Aug
Salam Jumaat semua! Hari esok kita akan memasuki bulan Ramadhan. Buat pembaca yang beragama Islam, selamat menjalani ibadah puasa korang dengan tabah. Andai ada pembaca blog saya yang beragama lain, harap dapat hormati teman-teman korang yang beragama Islam ya. Hehehe
Pagi tadi, saya ke pasar menemani ibu membeli sedikit bekalan ikan untuk dimasak hari ini dan esok. Terlalu sesak. Haih. Saya cukup tidak suka keadaan tempat yang terlalu sesak. Erk. Alasan untuk mengelak pergi pasar sebenarnya.
Entah macam mana. Dalam keadaan sibuk dengan sesi tawar-menawar mak cik-mak cik kepochi di dalam pasar tersebut, mata saya terhenti pada seseorang. Kelibatnya saya lihat dicelah-celah ramainya manusia di pasar tersebut.
Oh, saya cukup kenal wanita itu. Teman lama semasa di sekolah menengah.
Sekali lagi. Mata saya terhenti buat kali kedua pada si pemilik tubuh yang kecil. Kira-kira umurnya melangkau 5 tahun barangkali. Saya bersembunyi kali ini.
Bukan malu untukbertemu teman lama. Tidak sesekali. Rindu juga untuk menyapa dan bertanya khabar. Tetapi, andai pertemuan itu tidak seperti yang saya inginkan..bagaimana? Lagi-lagi pula, kehadiran si pemilik tubuh imut disebelahnya itu.
Oh. Saya tidak mahu membuat keadaan semakin parah dan menyusahkan hidupnya.
Namun, itu sekadar rancangan saya. Takdir Tuhan lebih mendahului saya. Sedang asyik bermonolog sendirian, tiba-tiba seseorang menepuk bahu saya. Argh. Ternyata dugaan saya salah. Teman saya itu dengan girangnya bertemu saya.
Seperti tiada apa yang perlu dia sorokkan pada orang. Saya kagum dan terkelu.
“Eh, lama tak jumpa kau!”, Sarah (sumpah, bukan nama sebenar.) memulakan bicara pagi itu.“Aku study lagi. Tu yang busy nak jumpa kawan-kawan. Weekend je lah aku merayap-rayap”, alasan lapuk aku berikan.
Dialog diteruskan. Sepanjang perbualan itu, hati saya memberontak mahukan jawapan yang pasti untuk persoalan yang bermain difikiran. Jadi, sebelum saya meminta diri untuk pulang, saya tanyakan dia soalan itu.
“Sarah, ni anak kau ek?”, tutur saya tanpa sedikit berselindung.
Sarah senyum“Ha’ah lah! Anak aku yang dulu tuh..”, Sarah menjawab dengan jujur . Namun, isyarat mata tetap diberikan.
————————————————————————————————————————————
Orang kata, untuk menyampai cerita kepada yang ingin tahu..perlukan kita berterus-terang. Saya di dalam situasi itu sekarang. Bukan untuk mengaibkan sesiapa. Sekadar ingin berkongsi cerita dan andai ada yang boleh dijadikan tauladan, silakan ambil ikhtibar daripadanya.
Mahu atau tidak, saya terpaksa mulakan isi cerita terpenting entri ini. Kamu mahu tahu siapa pemilik tubuh kecil di sisi teman saya itu?
Itu anak Sarah. Aisyah (Ini nama sebenar). Dialah anak hasil perkongsian “haram” Sarah dengan teman lelakinya dulu. Hubungan Sarah dengan lelaki jahanam itu memang haram. Namun, Aisyah tetap suci dimata semua teman-teman kami.
Aisyah mangsa perbuatan terkutuk ibu dan ayah (saya gelar lelaki ini dengan lelaki jahanam!). Sarah? Yeah. Dia juga silap. Sarah khilaf suatu masa dulu. Dara yang sepatutnta dijadikan hadiah buat si suami yang sah, diserahkan saja pada lelaki jahanam itu.
Nah. Dipendekkan cerita. Tuhan berikan imbalan dari dosa mereka. Sarah mengandung. Lelaki jahanam itu tidak mahu bertanggungjawab kerana katanya bukan miliknya dan mahu Sarah menggugurkan saya kandungan.
Malu teramat sangat barangkali, keluarga Sarah turut mendesak Sarah menggugurkan saja. MujuR, Sarah kuat. Luarnya saja Nampak lembut, hati dalam Sarah cukup kuat. Aisyah dilahirkan juga. Masih saya ingat sewaktu Sarah menangis diherdik jiran-jiran.
Itulah manusia kampong. Entah mana lelaki jahanam dapat berita. Dia datang ke rumah Sarah untuk melihat si anak. Wajah Aisyah saling tidak tumpah dengan wajah lelaki jahanam itu. Namun, untuk menerima si jahanam dalam hidup Sarah..tidak sama sekali.
Walau Sarah wanita kotor suatu masa dulu, namun saya tetap bangga dengannya. Someone yang berani dan ibu yang sangat baik buat Aisyah sebenarnya. Kalau tiada keberanian itu, saya pasti Aishah tiada lagi bersama kita kini.
Cuma. Aisyah masih terlalu kecil untuk terima siapa dirinya sekarang. Saya pasti, sampai masa. Dia akan tahu juga. Kita doakan yang terbaik buat Sarah dan Aisyah ya!
*Kamu tahu? Aisyah tu cute giler woo







agree sgt..
kesian klo kite hukum budak2 yg x bersalah tu
[Reply]
i agree with ur title for dis entry. anak yg lahir tu tak berdosa. siapalah die utk memilih ibu bapanya… yg salah ialah ibu dan ayahnya. tapi benda dh berlaku, kita kena redha. cuma jadikan ia sebagai pengajaran dan tauladan kerana setipa kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya baik untuk dirinya mahupun untuk orang lain. tahniah untuk teman u sebab besarkan anak tu. Aisyah, namanya sperti isteri Rasulullah, harap akhlaknya nanti juga seperinya…
[Reply]
Benar anak itu suci. Harap2 Si Sarah ajar anak dia baik2. Amin.
Kamu cik Harajuku? X nak p jadi mak cik angkat Aisyah? :p
[Reply]
moge kte sume djauhkan kan dgn sume tu..ank itu mmg suci..jgn la ade saper2 pndg hine pd si comel tu 1 hari nti…
[Reply]
moga bulan puasa dapat memberi keberkatan untuk sarah dan aisyah
[Reply]
setuju.. kanak2 tu mmg suci.. kwn lizz tu juga seorang yg tabah..
bgs juga tindakan dia utk tidak menerima lelaki jahanam tu dlm hidupnya lg..
semoga Allah pertemukannya dgn lelaki yg jauh lbh baik dan dpt menerimanya seadanya.. amein..
[Reply]
please letak gamba aisyah.
ingin ku tatap wajah anak itu.
lelaki jahanam!!!!
sial.
1st time aku mencarut anta komen kat org.
[Reply]
seronok pulak bro membaca kisah ini… mmg sesuai dijadikan pedoman buat semua…
p/s- lagi satu jgn la mengutuk atau mengaibkan org len… nnt kne kat btg hidung sendiri sape yg susah (khas untuk org yg menindas sarah…)
[Reply]
tabah betol sarah tu…sian aisyah ye..
[Reply]
macam dalam novel je kawan ko punye watak nie.. huhuhhuh.. *pengaruh novel kuat* lol
betol la sgt.. yang berdosa mak bapak.. tapi anak tuh x salah.. tapi masyarakat kita selalu pandang jijik kan ank tuh.. kenapa? sian ank yang x berdosa tuh.. semoga di lindungi sentiasa.. amin…~
[Reply]
SIAPA YG BERSALAH DALAM HAL INI…??ADAKAH SI EMAK NYA, SI LELAKI YG JAHANAM TUE, MASYARAKAT?????YG PASTI AISYAH TIDAK BERSALAH DALAM HAL INI…
[Reply]
Att Ashburn~yep. tapi, manusia selalunyer buat macam tu.macam gak pulaukan kanak2 yang ada HIV. hohoho.
[Reply]
Fiq~yeah. memang sengaje my frenz berikan name macam tuh. cuz biasanya anak2 "special" ni orang akan berikan nama yg baik2. mula2 nak Khadijah tapi last2 tukar Aisyah. sweet jugak.
asam garam hidup dia dah camtu…
[Reply]
biasanya org kata, anak haram ni mmg comel dan lawa..
hm..sian budak tu kan..
Alhamdulillah la klau mak budak tu dah insaf.
moga jd pengajaran pd sume.
p/s: tp x kan la bila da jd gini br nk insaf kan? hmm….
[Reply]
blackskin~hahaha. tak perlu nak jadi aunty/uncle pun kalau saya nak sayangkan Aisyah. memang dah sayang ngn die dari dulu. cume her mom macam lebih suka asingkan diri. malu dulu2. but now, ok sikit. kisah lama kan?
[Reply]
SITI RAUDAH HJ AHMAD~InsyaAllah tak. Sarah pun dah pindah n tak stay kat area jiran2 mangkuk ayun tu lagi. Mulut cam cipan giler. kadang2 itu alasan saya tak suka stay kat kampung2.seriyes, tipikal giler makcik tu
[Reply]
Monkey D Luffy~yeah. dah bertahun2 Aisyah n Sarah sambut raya tanpa si lelaki jahanam tu. sure diorg hepi.hahaha.
[Reply]
ezany~hmm.. nak find someone yang boleh terima keadaan n anak dia tu yg susah. maybe sebab tu dia langsungtak terfikir nak kawen till now kot.
but its ok. dia pun muda lagi. Besarkan anak die dulu ada baiknyer
[Reply]
lumut~1st, aku tak pernah ada pic Aishah. kedua, tak mungkin kan aku nak letak her picture here. even Sarah sekalipun.
aku kenal lelaki jahanam tuh. muke die baik. tapi….erk.
[Reply]
Framestone~hohoho. kan? kalau jadik kat anak2 mak cik jiran kepochi tu..baru padan muke.seriyes nympah.
[Reply]
MuMMy 2 Haqq~fikir sekali mg kesian, fikir aje macam Sarah fikir. Shes told me that..Aisyah macam penawar dia. Kalau bukan kerana Aisyah, saya tak rasa Sarah tinggalkan "dunia" dia *
[Reply]
Salam Ramadhan ya..
[Reply]
x adil kan bila mak ayah dia buat salah n dia kena hukum.. kuat la kawan lizz tu..
harap hidup dorang ok la lepas2 ni..
[Reply]
letak pic laki jahanam 2…
black listkan dia…huhu
pndai buat x pndai btngjwb..
ikutkan ati,sunatkan je dia smpai abes…
baru padan muka..
dah nama pun tugas lelaki membimbing pmpuan…mmg jahanam…
[Reply]
Zaidon~salam Ramadhan buat kamu juga..
[Reply]
ansaree~yup. my frenz tu mmg kuat. kalau tgk dari luaran cam lembik. tp,die brani if dah nekad woo
[Reply]
giGGLe~hahaha. its ok, dia dah kene blacklist ngn Tuhan kot.hohoho.
[Reply]
rizputra7~tiga2 spesies tu bersalah. cuma, Sarah ada kesedaran dah. si lelaki jahanam..tak tahu hidup @mati. jiran itu, mungkin ada lagi.uhuhu.
Aishah, tetap terbaik antara mereka
[Reply]
Azah~manusia kan mmg macam tu beb. selagi tak diberi pengajaran..slagi tu ar die hanyut. macam aku gak
gegege
[Reply]
yash aka yasha~Novel tu biasanya penulis dapat idea daripada kisah realiti jugak
doakan saja Aisyah dan Sarah kuat untuk hidup..
[Reply]
stuju jugak.. stiap ank yg dilahirkan itu suci.. dan ank itu tidk bersalah.. yg slh org2 yg melahirkan dia dengan mmbuat hubungan yg trlarang.. mudah2an entri ini mmberi pengajaran kpd kita smua..
slamat menjalani ibadah puasa.. jangan lupe bangun sahur esok.. (^__^)
[Reply]
ala mane gambar aisyah..x snap ke..
[Reply]
hmm..btoi la tu..ak pon ada kawan "anak haram"..
xptut la kan kta hukum dia sbb slah y dia x buat..lgipon sapa kita nak menghukum..serahkanla kerja2 menghukum ni kpda Allah s.w.t
~selamat berpuasa
[Reply]
wah! tak sangka Sarah sangat tabah. Apa-apa pun, ex dia memang tak patut tinggalkan dia sesorang macam tu.
Semoga Aisyah membesar ngan sehat. Hehe
[Reply]
[Reply]
he..23x cam tue la yg bro selalu pesan kat org len..jgn ngate org len..krg terkena kan susah…
ade citenye… ade sorg tue dok kutuk perempuan tue xde maruah sebab die mengamalkan seks bebas (ala wat secara suka sama suka je)
last2 terkena kat muke sendiri… x-bf die wat die cam tue n terus blah… dah pulak tue dgn suami org..so cam mne nk tolongnye
[Reply]
Abortion is not always the way out. It's has great negative impact to the gal. Luckily she is strong enough to keep the baby
[Reply]
bape umur si aisha teu skrg lizz..!!!
[Reply]
Faarihin~sama2 amik pengajaran dari kisah ni..untuk saya jugak.huhuhu.insan kerdil yang selalu terlalai dengan dunia:(
[Reply]
izwan7~tak ade pun. janggal ar nak main snap2 kat tengah pasar.macam tak betul aje. hahha
if ada pun, tak mungkin upload terang2 dalam entri ni. selingan entri lain mungkin jugak.hohoho
[Reply]
Kojack de Alloohaa~lagi advance ko nyer citer. hmm, tak apelah. ini lah yang dinamakan idup.
lain org, lain pengalaman. selamat berpuasa jugak!
[Reply]
EIPUL~lelaki jahanam itu pengecut. dah ar tak bijak (aku sangat jarang nak kutuk org kurang bijak kecuali lelaki buaya ini!!!)
takpe, nanti dah tua.dia tahulah merasa apa yang patut
[Reply]
mknace~you too )
[Reply]
Framestone~sebab tu, saya tak suka nak tunjuk bagus kat kengkawan yg ade problem. sebenarnya, kita manusie ni same2 buat salah n dosa..cume caranya berbeza setiap org.
[Reply]
Viya~yes. shes very strong person i ever know in my life. now, her true love is only Aisyah. No one can replace Aishah's place in her heart
[Reply]
khaLifah feDi~about 5 years old dah
[Reply]
hhmmm…
adakah aku kenal dia ker atau lelaki tuh….
lizz..???
banyak btol citer ttg masalah manusia nieh…
[Reply]
sy sgt risau dgn gadis2 pompuan remaja kini & akan datang. jg diri elok2…
kpd semua jejaka2… tolonglah jgn ape2 gadis2 anak2 bangsa & seagama kita.
[Reply]